K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə37/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   42

krim 1. cecair pekat atau kental berlemak yg berwarna kekuning-kuningan yg timbul di atas permukaan susu dan dijadikan sbg makanan; warna ~ warna kuning keputih-putihan; 2. bahan makanan yg lembut, pekat, dan manis yg berupa spt krim; ~ karamel pencuci mulut yg dibuat drpd telur, gula, susu, dll yg dibubuh karamel di atasnya; 3. bahan berubat yg pekat dan lembut spt krim yg digunakan utk melembutkan kulit, menyerikan rambut, dsb; ~ asas krim yg digunakan sbg asas utk mekap.

krimer serbuk atau cecair berwarna putih yg menggantikan susu dlm minuman teh, kopi dsb.

kriminil IB kejahatan (spt membunuh, mencuri, dll) yg melanggar undang-undang negeri, jenayah, pidana; hukum ~ hukum terhadap perbuatan jenayah.

kriminologi kajian tentang jenayah, penjenayah, perlakuan jenayah, dsb.

kriobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang kesan suhu yg sangat rendah ke atas organisma.

kriogen (Fiz) bahan yg digunakan utk menghasilkan suhu yg amat rendah.

kriogenik (kriogénik) kajian tentang sesuatu bahan dan fenomena pd suhu rendah, lazimnya pd suhu yg kurang drpd −100°C.

kriolit (Kim) sj mineral tak berwarna atau berwarna putih yg digunakan dlm pengeluaran kaca, aluminium dan enamel.

kriologi kajian tentang air pepejal, spt hujan batu.

krioskopi (Kim) kajian tentang takat beku larutan; kaedah ~ kaedah menentukan jisim molekul relatif sesuatu bahan pepejal dgn mengukur penurunan takat beku pelarut yg sesuai apabila ditambahkan sejumlah kuantiti pepejal berkenaan.

krioterapi (kriotérapi) (Ubat) rawatan perubatan dgn cara mendedahkan sebahagian atau seluruh tubuh badan pd suhu yg sangat rendah.

kriptogam (Bio) tumbuhan yg tidak mengeluarkan bunga atau biji benih, mis kulat, alga dan paku pakis.

kriptografi kajian linguistik yg berkaitan dgn kod rahsia yg dapat membantu seseorang memahami bahasa yg telah pupus.

kriptogram (Lin) teks yg ditulis dlm kod rahsia.

kripton (Kim) sj unsur bukan logam, berbentuk gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan terdapat dlm udara sebanyak 0.001% mengikut isi padu.

krisis keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yg boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dll), keadaan yg lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yg genting, kegentingan, ketegangan, keributan: pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yg timbul dlm parti itu;

~ akhlak (moral) kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; ~ kelaparan keadaan buruk yg menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan); ~ kewangan keadaan yg sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (spt kekurangan wang dll); ~ politik ketegangan politik;

berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dll).

Krismas hari besar yg dirayakan oleh orang Kristian (jatuhnya pd 25 Disember).

kristal bahan yg hening spt kaca, hablur: jambangan ~;

mengkristal menjadi kristal atau spt kristal;

mengkristalkan menjadikan kristal, menghablurkan;

pengkristalan perihal mengkristal, penghabluran.

kristalografi 1. kajian tentang pembentukan hablur; 2. kajian tentang susunan dalaman (ion dan molekul) dan bentuk luaran hablur, dan pengelasan hablur; ~ sinar-X kaedah penentuan struktur hablur dgn menggunakan sinar-X.

kristaloid (Kim) bahan berhablur yg apabila larut dlm air boleh menembusi membran separa telap.

Kristian = agama ~ agama yg dipercayai dan dianuti oleh pengikut Jesus Christ; orang ~ penganut agama Kristian;

mengkristiankan menjadikan sbg penganut (pengikut) agama Kristian, memasukkan ke dlm agama Kristian: tugas paderi itu ialah berusaha ~ penduduk pulau itu;

pengkristianan perbuatan mengkristiankan seseorang: ~ penduduk tempatan telah dilakukan sejak beberapa lama dulu.

kriteria (kritéria) ukuran (asas pertimbangan) utk menentukan nilai (baik buruknya dll) sesuatu: penilaian sesuatu selalunya subjektif dan berdasarkan ~ yg berlainan; pemilihan pemenang berdasarkan beberapa ~;

mengkriteriakan menjadikan sbg kriteria: menurut Affendi, ciri yg dikriteriakannya itu tidak terdapat dlm syarahan perdana tersebut.

kritik 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan;

mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut;

pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu;

kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman.

kritikal 1. menunjukkan atau mungkin menimbulkan krisis, boleh atau mungkin menerbitkan kegentingan: ancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pd kadar yg ~ serta membimbangkan; 2. bersifat mengkritik, mengandungi kritikan (terhadap sesuatu atau seseorang): beberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yg agak ~ terhadap pelibatan negara itu utk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul.

kritikus IB orang yg mempertimbangkan atau mengulas sesuatu dgn menghuraikan pendapatnya serta membuat teguran atau kecaman, pengkritik: banyak hasil karyanya diperkatakan oleh ~-~ sastera.

kritis 1. IB tidak dgn begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), kritikal: masalah itu harus ditinjau secara ~; memberikan perhatian kpd pendapat-pendapat yg ~ tentang rancangan yg dikemukakan; 2. Id tegang (bkn sesuatu keadaan), sangat berbahaya (keadaan), genting, kemelut: keadaan yg ~ .

krocet (krocét) (Muz) not yg mempunyai nilai masa setengah drpd minim atau dua kuaver (biasanya dianggap sama dgn satu rentak).

kroisan (ERT) sj roti berbentuk bulan sabit yg diperbuat drpd doh yis yg dicanai dgn marjerin menjadi pastri, dan dibakar.

kroket (krokét) IB sj kuih drpd kentang bercampur daging dll.

krom 1. sesuatu (benda drpd besi dll) yg bersalut dgn kromium; 2. bahan pewarna yg mengandungi kromium.

kromatografi kaedah pengasingan sebatian dlm sesuatu campuran berdasarkan jerapan berpilih.

kromium (Kim) sj logam berwarna perak yg digunakan dlm aloi dan dlm penyaduran elektrik.

kromo I Jw bahasa yg halus (hormat).

kromo II Jw = kaum ~ rakyat jelata, rakyat kebanyakan: ~ itu sedang duduk berkumpul beramai-ramai.

kromo III; hentam ~;hentam.

kromosom (Bio) jasad yg membawa gen yg mengandungi DNA dan protein dan terdapat pd nukleus sel;

~ seks kromosom yg menentukan seks sesuatu organisma; ~ -X kromosom seks betina; ~ -Y kromosom seks jantan.

kroni kawan atau teman yg rapat (biasanya digunakan dlm situasi negatif atau yg melibatkan kepentingan peribadi): beliau menafikan terdapatnya unsur ~ dlm penswastaan.

kronik 1. berlarutan dan sukar sembuh (bkn penyakit; 2. sangat teruk dan tidak menyenangkan (bkn keadaan atau masalah).

kronis IB tidak mudah hilang atau sembuh (bkn penyakit), berlarutan, kronik.

kronisme amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dlm pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsb.

kronograf (Kej) sj alat utk merakamkan waktu dgn tepat.

kronologi susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.

kronologis berdasarkan kronologi, berturutan mengikut masa kejadian (peristiwa dll): sebuah buku mengenai sejarah perkembangan seni lukis Malaysia yg disusun secara ~.

kronometer (kronométer) sj alat utk mengukur masa (biasanya digunakan dlm pelayaran).

kropok Jk 1. lapuk, usang; 2. kosong, berongga (tidak berisi), tidak berair isinya, keropok; 3. ki lemah, tidak bertenaga atau bersemangat.

kru sekumpulan petugas, terutamanya yg mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yg bekerja bersama-sama mengendalikan sesuatu tugasan, projek dsb: sekumpulan jurugambar media cetak serta ~ sebuah stesen televisyen swasta kelihatan sedang membuat liputan peristiwa yg bersejarah itu; penerbit filem diwajibkan mengambil pelakon dan ~ yg berdaftar dgn persatuan masing-masing.

krupier orang yg bertugas menjaga meja judi, membahagi-bahagikan kad, memungut wang pertaruhan, membayar wang kpd pemenang dsb.

krupukan Jk kehilangan akal, kebingungan, gugup.

krus Id, bp nilai (wang).

krustasea (krustaséa) (Bio) jenis haiwan kecil yg mempunyai cangkerang luar yg keras dan sebahagian besar hidupnya tinggal di dlm air, mis ketam dan udang.

krusye (krusyé) (ERT) 1. cara membuat pakaian dsb dgn mengait benang bulu menggunakan jarum bercangkuk di hujungnya; 2. pakaian dsb yg dibuat dgn benang bulu yg dikait dgn jarum bercangkuk di hujungnya.

kruton (ERT) potongan roti berbentuk dadu yg dibakar atau digoreng, biasanya dimakan dgn sup.

ksj kep kilometer sejam: dia memecut motokarnya dgn kelajuan 120 ~.

KTM kep Keretapi Tanah Melayu.

ku Isingkatan bagi aku: ~baca; ayah~.

ku II singkatan bagi engku atau tengku.

ku III; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut (dibubuh inti dan dikukus).

kuaci C biji tembikai (semangka) yg dikeringkan utk dimakan.

kuadran (Ast) sj alat kuno utk mengukur altitud bintang, yg terdiri drpd lengkungan bersenggat 90°.

kuadrat (Bio) kawasan kecil berbentuk segi empat yg mempunyai keluasan tertentu, yg dipilih secara rawak utk menganalisis sesuatu komuniti tumbuhan (atau kadangkala komuniti haiwan) di kawasan tersebut.

kuadriplegia (kuadriplégia) (Ubat) kelumpuhan kedua-dua kaki dan tangan akibat kecederaan tulang belakang.

kuah air atau cairan drpd gulai (masakan sayur, masakan daging, dll) yg dicurahkan ke dlm nasi dll (apabila makan): ~ gulai ikan; ~ lemak; ~ pedas; ~nya pekat;

~ sama dihirup, sambal sama dicolek prb bersama-sama dlm senang dan susah; ~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi a) prb Mn dikatakan mengenai anak yg dikahwinkan dgn kemanakan (anak saudara perempuan); b) ki sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya; ke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi prb baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya; harapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan yg besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yg kecil tapi sudah tentu, dilepaskan;

berkuah dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan;

menguahi memberi berkuah pd, membubuh kuah pd: ~ nasi;

menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah: ~ gulai lemak ke nasinya.

kuai-kuai sj tumbuhan (palma), asam paya, kelubi, bayam, kelumbi, kubi, salak hutan, Zalacca conferta.

kuak I bunyi spt bunyi katak atau bunyi kerbau; katak ~ sj katak besar;

berkuak berbunyi kuak;

berkuak-kuak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali: jelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu;

menguak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau ~.

kuak IIgerakan menolak air dgn tangan semasa berenang;

~ dada gaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak; ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, dgn tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala;

berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah;

menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu;

menguakkan menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisahkan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi.

kuak III sj tumbuhan (pokok), medang pergam, tengar hutan, Ternstroemia bancana.

kuak-kuak; burung ~ sj burung yg keluar pd waktu malam, burung kuar, burung kuaran, Nycticorax nycticorax.

kual; terkual terayun-ayun, teralun-alun (gerak kapal); ~-kapai bergerak-gerak seakan-akan hendak mencapai sesuatu (spt anak kecil yg terlentang dan terkapai-kapai).

kuala I tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai;

berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka.

Kuala II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor.

kualat Jw 1. kena tulah, mendapat kecelakaan (kerana bersalah kpd orang tua atau orang yg patut dimuliakan); 2. bp celaka, laknat.

kuali sj bekas yg biasanya berbentuk mungkum, bertelinga, dan diperbuat drpd besi, aluminium, dll utk menggoreng.

kualitatif berdasarkan kualiti, berkaitan dgn kualiti atau mutu: ada perkembangan ~ dlm kehidupan beragama Islam di negara ini.

kualitet (kualitét) Id kualiti.

kualiti darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu: barang-barang itu baik ~nya;

berkualiti mempunyai kualiti, bermutu: ini dapat memberikan gambar yg terang serta jelas dan ~ apabila ditayangkan.

kualon Jw tiri; anak ~ anak tiri; bapak ~ bapa tiri.

kuam; panas ~ Kl rasa panas di tempat yg terkurung dan tertutup.

kuana Kl ke mana.

kuang I sj burung, kuau; ~ cermin, Polyplectron inopinatum; ~ mas, Chrysolophus pictus; ~ perak, Lophura nycthemera; ~ pongsu, Polyplectron malacense; ~ ranting, Lophura edwardsi; ~ raya, Argusianus argus; ~ raya gunung, Rheinardia ocellata;

mati ~ (kuau) kerana bunyi prb mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana perbuatannya sendiri; spt ~ memekik di puncak gunung prb a) perihal orang yg sedang mencintai kekasihnya; b) dikatakan tentang perempuan yg bercakap dgn suara yg kuat.

kuang II; balik ~ a) tertunggang, terjungkir; b) tidak spt yg sewajarnya (sepatutnya, seharusnya).

kuang III; ulat ~ sj ulat.

kuangkuit sj burung, burung kapas, murai batu, selancang, Lalage nigra.

kuangwung Jk kumbang nyiur, kumbang kelapa.

kuanta kuantum.

kuantifikasi butiran mengikut jumlah unit dan angka: ~ memungkinkan pelbagai kelebihan;

mengkuantifikasi membuat kuantifikasi: memang ada keperluan utk ~ pengamatan tersebut.

kuantitatif berdasarkan kuantiti, berkaitan dgn kuantiti: nilai ilmu, intelek, dan perkhidmatan tidak dapat diukur secara ~.

kuantiti banyaknya, jumlah, bilangan (sesuatu);

mengkuantitikan menghitung sesuatu secara kuantiti: ahli sains telah ~ dan menggunakan teknik formal.

kuantum 1. banyaknya, bilangannya; 2. bahagian (banyak) yg tertentu; 3. (Fiz) kuantiti tenaga tertentu yg boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem; teori ~ teori yg menyatakan bahawa tenaga itu diserapkan atau dipancarkan tidak terus-menerus tetapi terputus-putus dlm unit yg tertentu yg disebut kuantum.

kuap I hal ternganga mulut dan terkeluar nafas (biasanya kerana mengantuk): ~nya menjadi-jadi dan ia berasa mengantuk betul; ~ berapi-api makin banyak (bertambah, menjadi) kuapnya;

menguap membuka mulut lebar-lebar dan mengeluarkan nafas (sebab mengantuk dll);

terkuap-kuap menguap-nguap (kerana terlalu mengantuk): hari sudah jauh malam dan kelihatan beberapa orang ~.

kuap II; berkuap panas, hangat: bilik itu ~ kerana semua tingkapnya ditutup.

kuap III; cengkih ~ Kd terjengket-jengket, capik (spt jalan orang yg luka kakinya).

kuap IV; ara ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), ara gajah, ara kubang, beringin, Ficus dubia.

kuar I kuak;

menguarkan, menguar-nguarkan menguak-nguakkan, menghulurkan kayu dll utk meraba-raba.

kuar II; burung ~ (kuaran) sj burung yg keluar pd waktu malam, burung kuak(-kuak), Nycticorax n. nycticorax; burung ~ sj burung ayam-ayam, burung ruah-ruah, burung uak-uak, Amaurornis phoenicurus chinensis; menanti kuaran bertelur prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin terjadi atau diperoleh.

kuar III; anak ~ ark anak yg tidak sah, anak haram, anak gampang.

kuarantin tempoh masa seseorang, haiwan, atau tumbuhan yg disyaki membawa sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas utk mencegah penyakit itu drpd merebak;

mengkuarantin mengasingkan atau menahan orang, haiwan atau tumbuhan di tempat khas, terutamanya yg baru sampai dr luar negara, utk memastikan ia bebas drpd sebarang penyakit berjangkit, atau mencegah penyakit drpd merebak: kerajaan akan ~ pelancong asing yg menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut.

kuari I tempat mendapatkan batu, batu loh, dll dgn cara menggerudi, menembak, dsb; ~ pasir tempat mengambil pasir;

menguari mendapatkan (mengeluarkan) batu dll dr kuari: batu kapur dikuari dan digunakan utk membuat simen.

kuari II; ~ pintu Br lubang atau lekuk utk dimasukkan selak (palang).

kuarik ark perhiasan (bulatan) drpd emas atau perak penutup susu.

kuart unit ukuran cecair yg bersamaan dgn dua pain atau suku gelen.

kuartal IB suku (seperempat) tahun, jangka waktu tiga bulan; ~ pertama suku tahun yg pertama (dr bulan Januari hingga Mac).

kuartermaster 1. pegawai tentera yg bertanggungjawab menguruskan tempat penginapan, peralatan dan bekalan makanan; 2. anggota yg ditugaskan utk mengemudikan kapal atau memastikan kerja-kerja rutin kapal di pelabuhan dilaksanakan.

kuarters tempat tinggal kakitangan atau pekerja yg disediakan oleh majikan atau kerajaan.

kuartet (kuartét) (Muz) 1. gubahan muzik utk dinyanyikan atau dimainkan oleh empat orang; 2. sekumpulan empat orang yg bermain alat-alat muzik atau yg menyanyi bersama-sama.

kuarto saiz kertas yg diperoleh drpd dua kali lipatan kertas lebar.

kuarza sj galian yg terdiri drpd silikon dioksida yg wujud dlm bentuk hablur heksagon yg tidak berwarna dan lutsinar atau yg berwarna.

kuarzit = batu ~ batu kuarza yg berbutir-butir padat yg diperoleh drpd batu pasir.

kuas I IB sj berus utk melukis (mengecat).

kuas II IB air limau.

kuas III; ~-kais mengais-ngais;kais.

kuasa I 1. daya atau kemampuan (utk melakukan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut "enam kuasa tiga", iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216;

~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin