sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya;
sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya;
berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ;2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan;
menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya;2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa;
menguasakan memberi kuasa kpd, mewakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya;
terkuasa, terkuasai;tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll);
kekuasaan1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan;
penguasaan perihal menguasai atau menguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah;
berpenguasaan sl ark mempunyai penguasaan;
penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini;
~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polisjawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor.
kuasa II ark sj tongkat yg hujungnya bercangkuk besi (utk mengemudikan gajah), angkus, kosa.
kuat I 1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap: walaupun ia sudah tua badannya masih ~; orangnya muda lagi ~; ubat ~ ubat utk menambah tenaga badan; 2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dsb), tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: meja ini ~ buatannya; jahitlah dgn benang yg ~ sedikit; mendapat kedudukan yg ~;3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dsb), kukuh: angkatan tentera yg ~; barisan pertahanan yg ~; 4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dsb), tetap berpegang (pd kepercayaan, keimanan, adat, dsb), teguh: mereka masih ~ kpd adat lama; imannya ~;5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll): ibunya sedang sakit ~ di kampung; suaranya semakin ~; bekerja ~ bekerja keras (sungguh-sungguh); angin ~ angin kencang; diikatnya ~-~ diikatnya erat-erat; 6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu: ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; budak-budak pun ~ berjalan sejauh itu; 7. suka makan (minum dll) banyak-banyak: ~ makan (minum); ~ belajar; ~ berhutang; 8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dlm sesuatu pengetahuan: ia ~ dlm ilmu kira-kira; 9. = kekuatan tenaga, daya: ~ tarikan bumi; ~ tekanan udara;
~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) yg membuat kesalahan; ~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya;
sekuat 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu;2. = sekuat-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya;
berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh;
berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan: marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia;
menguati melakukan dgn kekerasan, bertindak keras kpd, memaksa: dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut;
menguatkan 1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dll): ~ badan; ~ ikatan; ~ pelukan;2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pendapat, dll): kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya; ~ hati; ~ iman; ~ semangat;3. mengeraskan atau menghebatkan (bunyi, tekanan, dll): dlm suasana yg riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya;
memperkuat menjadikan lebih kuat, memperkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru;
kekuatan 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan;2. kekuasaan, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman;
penguatan perihal (perbuatan, usaha) menguati atau menguatkan;
penguat sesuatu yg menguatkan.
kuat II; kayu ~ = kuat-kuat sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii.
kuat kuasa 1. perihal mulai berlakunya (peraturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~nya;2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah;
berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga;
menguatkuasakan menjadikan (undang-undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi;
penguatkuasaan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan;
penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb).
kuau sj burung; bagai ~ mengigal prb perihal kehebatan (keindahan) rupa seseorang;kuang I.
kuaver (Muz) not yg mempunyai nilai masa setengah drpd krocet.
kuaya Jw empedu.
kuayah; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok renek), akar membur, akar nyamuk, akar tulang daing, akar tupai-tupai, tangisan burung, Connarus semidecandrus; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar berumat, akar pialu, akar tulang daing bukit, jendereh, jenderus burung, Derris thyrsiflora; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar koyah, akar pua, Whitfordiodendron erianthum.
kubah I Br kubur orang kenamaan, makam.
kubah II Ar 1. bahagian bumbung yg berbentuk separa bulat, terutamanya yg terdapat pd bangunan masjid: maka dikuburkanlah oleh paduka adindanya Raja Haji Ahmad di dlm kotanya, diperbuatnya satu ~;2. ark lengkung (relung, ceruk) di dinding atau tembok dlm masjid dll; 3. Id bahagian kapal terbang atau lori yg tinggi dan berbentuk setengah bulatan (tempat senjata dll);
berkubah beratap (berbumbung) lengkung, memakai kubah.
kubal Igubal I.
kubal II; ikan ~ sj ikan laut, Polynemus indicus (tetradactrylus).
kubal III Br sj makanan kering yg diperbuat drpd sagu.
kubang I = kubangan lopak atau lubang di tanah yg berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam); asalnya dr kubangan ki (orang yg) terlalu hina;
air lalu, kubangan tohor prb upah atau wang
yg diterima habis dibelanja (utk membayar hutang); besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan prb tiap-tiap orang mulia dan berkuasa di tempatnya masing-masing; tiada kubangan yg tiada berkodok prb tiada negeri yg tidak ada keburukannya;
berkubang 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya;2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~ ;3. berlumpur, bergelumang dgn lumpur.
Kubti 1. mazhab Kristian di Mesir pd masa dahulukala; 2. = bahasa ~ bahasa yg digunakan dlm upacara agama mazhab Kubti.
kubu I 1. sj pagar drpd kayu dan tanah utk menahan serbuan (serangan dll): murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam;2. tempat pertahanan (yg diperkukuh dgn pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dll), tempat pertahanan sementara (berupa benteng dll): Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus;3. tempat yg berpagar kuat utk menangkap gajah;
berkubu 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu;
berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya;
mengubui membuat kubu pd, memperkukuh (sesuatu) dgn kubu;
terkubu terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~;
perkubuan benteng-benteng utk pertahanan: pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka.
kubu II; rotan ~ sj tumbuhan (akar memanjat), Treycinetia javanica.
Kubu III;orang ~ puak atau suku bangsa yg tinggal di hutan-hutan Jambi dan Palembang.
kubung I; burung ~ sj burung, burung lah, burung pacat, Pitta brachyura cyanoptera; ~ padi, Niltava grandis.
kubung II sj binatang yg boleh melayang, kandau, Cyanocephalus variegatus; cicak ~ kubin.
kubung III; susu ~ bisul di bawah ketiak.
kubur I 1. tempat menanam mayat, makam; ahli ~ orang-orang yg sudah meninggal dunia; batu ~ nisan; bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yg biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja); 2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat: ~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; sampai ke lubang (liang) ~ sampai mati;
berkubur 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~;3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi;
menguburkan 1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan; 2. ki menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan;
terkubur 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya;2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja;
kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam;
perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~;
penguburan perihal menguburkan mayat.
kubur II;burung ~ sj burung, burung malas, burung segan, burung tukang, Caprimulgus macrurus bimaculatas; burung ~ rimba sj burung, burung gua, burung siput, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus.
kubus (Mat) bongkah yg mempunyai enam permukaan, yg setiap satunya berbentuk segi empat sama.
kucar-kacir (keadaan) tidak teratur atau tidak berketentuan, kacau-bilau, kelam-kabut: ketenteraman rumah tangga menjadi ~ kerana perselisihan faham antara suami isteri; pentadbiran negeri itu ~ ; sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab jahiliahberada dlm ~;
kucil; mengucil 1. keluar dr lubang (sesuatu yg dipicit); 2. menyisih dr yg lain, memencil;
mengucilkan 1. membiarkan (memberi) keluar dr lubang (sesuatu yg dipicit); 2. memecat atau mengeluarkan dr golongan (keluarga, persatuan, dll);
terkucil1. terkeluar dr lubang dll, tergelincir dr tempatnya; 2. dipecat atau dikeluarkan dr golongan (keluarga, persatuan dll);
pengucilan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mengasingkan atau menyingkirkan (seseorang) drpd kelompok atau komuniti tertentu, penyingkiran, pengusiran: dia berasa begitu terasing sejak ~nya drpd masyarakat umum.
kucindan Mn gurau senda, kecindan.
kucing I sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus;
(menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb perihal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb menganiaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan;
kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki;
berkucing-kucing1. sj permainan kanak-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan).
kucing II1. sj ikan laut, kasa janggut, Setipinna (Engraulis) melanocir;2. sj ikan laut, biang-biang, kasai janggut, Setipinna (Engraulis) taty.
kucing III; akar ~ sj tumbuhan, Toddalia acuclata; ekor ~ a) = buntut ~ sj tumbuhan (herba), Acalypha hispida; b) sj tumbuhan (herba), awi tanah, ketumpang, buntut ucing, Dysophylla auricularia; c) = buntut ~ sj tumbuhan (herba) kacang kayu, kududung padang, pemati ulat, serengan hutan, Uraria crinita; d) sj tumbuhan (herba), angkup merah, bayam pasir, bayam rusa, penjarang ayam, Cyathula prostrata;
kucing-kucing; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, Champereia griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum.
kucir secekak rambut yg dibiarkan tumbuh di kepala yg gondol, kuncit.
kuco ark ketua kampung (pd zaman pemerintahan Jepun).
berkucup bercium (dgn melekatkan bibir): nampaknya anak-anak muda kita semakin berani ~ di khalayak ramai;
mengucup mencium dgn melekatkan bibir pd bibir atau pd sesuatu: ia ~ dahi anak itu.
kucup II Mn; mengucupkan menguncupkan;kuncup I.
kucur Jk; berkucur, mengucur bercucuran, mengalir turun (air mata dll);
mengucuri mendirus, menyiram(i);
mengucurkan mencucurkan (air mata dll);
kucuran cucuran (air mata dll).
kuda I1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus;2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur;
~air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditunggang; ~kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpenunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menyerupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk;
anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pembelengguan);
kuda-kudaansj alat permainan kanak-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang;
berkuda1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~;
memperkuda, memperkuda-kuda1. membuat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung;
perkudaan1. tempat menternak (memelihara) kuda; 2. kandang kuda.
kuda II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), kedondong, Lannea grandis.