K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə39/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   42

kudai I 1. sj bakul atau kembal drpd mengkuang (rotan dll); 2. sj tempat sirih bulat dibuat drpd perak dll.

kudai II mawas betina.

kuda-kuda 1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahankan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan.

kudal Kd sangat kotor, sempudal.

kudam godam.

kudangan Jk permintaan orang perempuan yg harus dipenuhi oleh laki-laki yg akan mengahwininya.

kudap = kudap-kudap = kudapan 1. makanan ringan spt keropok yg dimakan di luar waktu makan; 2. makanan ringan spt minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dlm sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pd waktu minum petang atau selepas makan malam;

mengudap memakan kuih yg dibeli di luar waktu makan;

pengudap orang yg suka mengudap.

kudeta (kudéta) rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sah.

kudi Jk sj parang.

kudian Mn kemudian, (ter)akhir, belakang: mereka yg datang ~ tidak mendapat tempat;

mengudian berjalan (menyertai) di belakang, ikut (turut) di belakang: dia tak pernah datang bersama mereka melainkan ~ saja;

mengudiankan 1. mengemudiankan, membelakangkan, meletakkan di belakang: orang yg datang lambat dikudiankan; 2. menangguhkan (menunda) pekerjaan;

terkudian terkemudian, yg di belakang sekali, yg terakhir.

kudidi sj burung;kedidi.

kudil kudis.

kudis 1. sj penyakit kulit yg gatal dan berjangkit; ~ anjing = ~ api kudis yg besar; ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata badan; 2. ki sesuatu yg mencelakakan, sesuatu yg mendatangkan keburukan;

~ menjadi tokak prb perkara kecil menjadi besar (kerana dibiarkan); mengubik kepala ~ orang prb membuka rahsia orang;

berkudis, kudisan mendapat (menderita) penyakit kudis;

mengudis menjadi kudis: luka itu ~ sebab dibiarkan.

kudrat Ar 1. kuasa (Allah); ~ Ilahi; ~ (dan) iradat Tuhan kuasa dan kehendak Tuhan; 2. kuasa, tenaga, kekuatan: semakin lama semakin lemah ~ saya hendak mengawal keinginan saya itu; ~ alam a) kekuatan alam; b) hukum alam, hukum-hukum (kaedah-kaedah) yg menentukan sesuatu kejadian alam; 3. sifat atau tabiat semula jadi, pembawaan.

kudrati Ar 1. yg amat berkuasa, maha kuasa; 2. sl murni, tulen, jati; mas ~ mas tulen.

kudsi Ar suci, maha suci; hadis ~ hadis yg diilhamkan oleh Tuhan.

kudu I patung yg diarak pd tabut.

kudu II cat merah drpd akar mengkudu yg digunakan utk mewarnai kain.

kudu III Jw mesti, harus, tidak boleh tidak.

kudu IV Jw ark kuntum bunga, kudup (bunga).

kudu V sj tumbuhan (herba), akar kutu babi, daun balam, orang-aring merah, pokok kedudu paya, ubai itik, Pouzolzia zeylanica (indica).

kudu VI Kl, Tr kuyu, nampak spt mengantuk (bkn mata).

kuduk Mn tengkuk.

kudung I terkerat atau terpenggal (kaki, tangan, jari, dll), terpotong pd hujungnya: kedua-dua belah kaki pengemis itu ~; bagai si ~ mendapat cincin prb beroleh untung tetapi tidak dapat merasai nikmatnya;

sekudung sekerat, sepenggal, sepotong; ~ limbat, ~ lintah prb goyang atau tidak teguh pendiriannya;

mengudungkan mengerat (memotong) hujung sesuatu (spt jari, tangan, kaki, dll):berperanglah tetapi jangan ~ anggota badan.

kudung II = kekudung, kudungan Jk kain penutup kepala, kelubung, tudung;

berkudung berselubung, berkelubung;

mengudungkan menyelubungkan, menutupkan (kepala).

kudup kuntum (bunga), kudu, kuncup (bunga).

kudus Ar tidak bercela, suci, bersih, murni: dia yg berhati ~; roh al-~ = ruhulkudus roh suci (Jibrail dlm ajaran Islam);

menguduskan menyucikan, membersihkan (batin, hati, dll): moga-moga Allah ~ roh-roh mereka;

kekudusan kesucian, kebersihan (hati, batin, dll): dia akan jadi peruntuh pula, akan meruntuhkan kemanusiaan dan ~ manusia seluruhnya.

kudut Br pinggan.

kuek (kuék) bunyi spt bunyi itik;

berkuek berbunyi kuek: tiada seekor pun itik yg ~;

berkuek-kuek berkuek berulang kali: itik-itik itu ~ di tepi kolam;

menguek mengeluarkan bunyi kuek, berkuek.

kuetiau (kuétiau) C sj makanan dibuat drpd tepung beras (dimasak atau digoreng spt mi).

kufu Ar kesamaan taraf (martabat, pangkat dll);

sekufu setaraf, sedarjat, sama martabatnya: saya orang yg tiada berbangsa dan tiada ~ dgn tuan;

kufuan; sama ~ sama tinggi darjat keturunannya, sama-sama berketurunan bangsawan.

kufur Ar 1. tidak percaya atau tidak beriman kpd Allah dan rasul-Nya, kafir: ada antara umat Islam yg ragu-ragu tentang kerasulan Nabi Muhammad dan kembali ~; ilmu ~ ilmu yg menafikan wujudnya Allah; 2. ingkar terhadap suruhan dan larangan Allah: orang yg meninggalkan sembahyang dgn sengaja adalah ~; 3. = ~ nikmat tidak bersyukur kpd nikmat Allah: utk menguji sama ada mereka bersyukur atau ~ terhadap segala nikmat Allah;

mengkufuri 1. tidak percaya kpd Tuhan: kami akan dianggap ~ Allah andainya kami kembali kafir; 2. tidak bersyukur kpd (nikmat Allah): ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah;

mengkufurkan 1. memandang sbg kufur, menganggap kufur; 2. ark mengeluarkan (mengucilkan) dr golongan yg beragama;

kekufuran keadaan kufur: dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~.

kugah sj tumbuhan (pokok renek), Excoecaria quadrangularis.

kugar sj binatang liar yg termasuk dlm famili kucing, rupanya seakan-akan singa, berbulu coklat kekelabu-kelabuan dan berekor panjang, biasanya terdapat di kawasan pergunungan Amerika Utara dan Selatan, puma, Felis concolor.

kugiran kumpulan gitar rancak, pancaragam moden yg popular.

kui I sj kuali kecil tempat melebur emas.

kui II Ml tong atau bekas utk menyimpan beras.

kuih penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam-macam jenis kuih;

kuih-kuih kuih-muih.

kuil rumah berhala, tempat memuja dewa-dewa.

kuilt gebar atau tutup tilam yg dibuat drpd isian lembut (spt span) yg dijahit di antara dua lapisan kain (biasanya digunakan di negara berhawa sejuk).

kuilu ark arnab, kelinci.

kuing I ketua kampung, penghulu.

kuing II; minyak ~ minyak yg dikeluarkan oleh sj pokok.

kuing III bunyi dengking anjing;

berkuing-kuing mendengking-dengking (bkn anjing).

kuini sj mangga yg harum baunya dan halus dagingnya (isinya), embacang, Mangifera odorata.

kuinin sj tumbuhan (pokok yg kulitnya digunakan utk membuat ubat penyakit malaria), Cinchona spp..

kuinina (Kim) sj sebatian yg pahit rasanya dan diperoleh drpd kulit sj pokok Cinchona spp. (digunakan utk membuat ubat penyakit malaria)

kuintal ukuran berat yg bersamaan dgn 100kg.

kuintet (kuintét) (Muz) 1. gubahan muzik utk lima orang penyanyi atau lima alat muzik; 2. sekumpulan lima orang yg bermain alat muzik atau yg menyanyi bersama-sama.

kuir Mn sj alat pertanian utk membersihkan tanaman (dr rumput, semak-semak, dll).

kuis; menguis 1. menolak (menepis, menyepak) ke tepi: tangannya menguis-nguis padi basah di atas tikar jemurnya; dikuisnya sampah itu dgn kakinya; 2. mengais (spt ayam);

menguis-nguis menguis beberapa kali atau berulang kali: tangannya ~ padi basah di atas tikar jemurnya;

kuisan hasil menguis: dia cuba menguis dgn tangannya tetapi itu tidak membesarkan lubang tersebut;

penguis orang yg menguis sesuatu, spt bola dsb.

kuit = ~ gamit gerak-gerak jari (utk memberi isyarat, memanggil dll); ~ kapai a) mencakar-cakar (sampah dll); b) membuat pekerjaan yg kecil-kecil (yg tidak penting);

menguit 1. menyentuh dan menggerakkan sesuatu dgn jari dll, mencuit: anak rambutnya dikuitnya sedikit; 2. bergerak (bkn sesuatu benda, ekor binatang, dll): ekornya ~ apabila disentuh; 3. Kd bergerak utk melakukan sesuatu kerja;

menguit-nguit menguit beberapa kali, bergerak-gerak (bkn ekor dll);

menguitkan menggerak-gerakkan jari (tangan dll): dia memanggil aku dgn ~ tangannya;

kuitan hasil perbuatan menguit.

kuitansi IB surat tanda sudah menerima (wang), resit: kalau tidak dibayarnya wang itu koyakkan saja ~ ini.

kuiz 1. ujian tentang pengetahuan seseorang dgn mengemukakan soalan-soalan utk dijawab; 2. pertandingan (permainan) utk menguji pengetahuan seseorang, duga akal.

kujakoja.

kujarat Mn sj bunga (kerap digunakan dlm pantun).

kujaukoja.

kujur I; sekujur seluruh, segenap, semua bahagian; ~ badan; kuyu matanya, sedangkan ~ tubuhnya berasa lesu.

kujur II sj tombak (lembing) utk menangkap ikan (dgn menikamnya).

kujut; tempat ~ tempat orang digantung;

berkujut 1. menggantung diri; 2. terikat (kerana telah melakukan kesalahan), terlibat, tersangkut dlm perkara dll: semuanya berkujut-kujut dlm perkara itu;

mengujut mencerut leher, mencekik leher dgn tali dll: hukuman orang Melayu di zaman dahulu utk kesalahan itu ialah disalang atau disula dan dikujut kalau kesalahan itu besar.

kuk kayu yg bengkok di tengah, dikenakan pd tengkuk lembu atau kerbau ( utk menarik kereta atau bajak).

kukabura sj burung raja udang yg terdapat di Australia, Dacelo spp.; ~ kepak biru, Dacelo leachii.

kukai sj ikan.

kukang sj kera, kongkang.

kukri sj pisau melengkung yg melebar di hujung, terutamanya digunakan oleh Gurkha.

kuku I 1. selaput atau bahagian keras yg tumbuh pd hujung jari manusia, benda keras yg menganjur yg tumbuh pd hujung kaki binatang (ada yg besar dan ada yg panjang dan tajam): menggaru dgn ~; ~ kuda; ~ kucing; bunga ~ bahagian pangkal kuku yg keputih-putihan; daging (isi) ~ bahagian tengah kuku yg melekat pd isi jari; sehujung ~ ki sangat sedikit; 2. bermacam-macam alat atau bahagian alat yg rupanya atau gunanya sama spt kuku manusia atau kuku binatang;

~ bajang hujung bajang; ~ besi ki (yg) berdasarkan atau cenderung menggunakan kekerasan (kekejaman, paksaan); ~ betul bahagian kuku yg melekat pd hujung kulit; ~ kambing a) kuku pd hujung kaki kambing; b) sj alat utk menanam anak padi (di tanah lembut); ~ sauh pengait (cangkuk) pd sauh;

bagai ~ dgn isi (daging) prb sangat erat (karib) perhubungan atau persahabatan (tidak berenggang atau bercerai); (harimau) memperlihatkan ~nya prb (seseorang) menunjukkan kuasanya; kalau dibalun sebalun ~, kalau digumpal segumpal tanah prb alam rohani yg tidak terbatas tetapi dapat dikecilkan sekecil-kecilnya;

sekuku = ~ hitam sangat sedikit, sehujung kuku: dirasanya perjuangannya sia-sia dan tidak berfaedah ~ pun;

berkuku 1. mempunyai kuku; harimau ~ tajam; ~ belah berbelah dua kukunya (spt lembu, kerbau, dll); ~ satu (tunggal) mempunyai satu kuku (bkn kuda dll); 2. ki berkuasa, berkukuh: tentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; tidak ~ ki tidak berkuasa (berpengaruh); ~ besi ki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dll);

belum ~ hendak menggaruk (mencubit) = belum bergigi sudah hendak menggigit prb belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dll) orang; diberi ~ hendak mencengkam prb diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang.

kuku II; ~ gerda sj tumbuhan (pokok renek), pokok teh, siku keluang, Nothopanax fruiticosum; ~ lang a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kait-kait hitam besar, kait-kait jantan, Uncaria sclerophylla; b) = akar ~ balam = akar ~ lipan sj tumbuhan (pokok menjalar), daun kait-kait, duri sakah, Zizyphus venoplia; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), kayu sekatuk, Zanthoxylum hirtellum; ~ lang laut sj tumbuhan (pokok), Aegliceras corniculatum; ~ lang paya sj tumbuhan (pokok memanjat), pekan betina (hutan, jantan), Jasminum bifarium; ~ lang rimba sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kait-kait, akar onak, damai-damai, jambu kelawar, Zizyphus calopyhlla; akar ~ lang sj tumbuhan (pokok memanjat), darah belut, gorek, kelici rimba, kulang, maticang, mentiung, tampu rengat, Mezoneuron sumatranum; rumput ~ sj tumbuhan (pokok renek), nilau bukit, Pogostemon heyneanus.

kuku III; ikan ~ sj ikan laut, Acanthopagrus berda.

kuku IV sj siput.

kukuh I 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang;

berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir);

mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~;

mengukuhi 1. memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi;

mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam;

memperkukuh menjadikan lebih kukuh;

kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman;

pengukuhan perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan);

pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat.

kukuh II; padi ~ padi yg masak sangat (di pokok).

kukuk Kl tidak lurus (tanduk dll), bengkok.

kukul Jw ark jerawat.

kukup lumpur yg ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau tebing sungai: di pantai tersebut, airnya cetek dan selalu didapati ~; ~ salji (Geog) timbunan salji yg telah berpindah tempat (kerana digerakkan oleh air dll).

kukur I = kukuran alat bergerigi hujungnya utk mengeruk (mengikis) isi kelapa;

~ apa kpd ~, nyiur juga yg binasa = apa peduli pd kukuran, nyiur juga yg akan habis prb mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yg melakukannya juga yg menemui kesukaran; murah terbelingut bagai kukuran timah prb mudah merajuk atau berkecil hati; satu hadap bagai kukuran prb orang yg mahir dlm satu pekerjaan sahaja;

mengukur 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk;

pengukur 1. kukuran; 2. orang yg mengukur (kelapa dll).

kukur II bunyi burung tekukur.

kukur III bergerigi (bkn tepi daun); ~ halus bergerigi halus (bkn tepi daun).

kukus I 1. wap air panas; kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn memanaskannya dgn wap air panas; 2. alat utk mengukus, kukusan;

berkukus 1. mengeluarkan kukus, berwap (air panas); 2. yg dimasak atau dipanaskan dgn menggunakan kukus (wap) air mendidih: nasi lemak yg ~; 3. yg dijadikan (atau ditukarkan semula menjadi) cairan dr wap cairan yg dididihkan;

mengukus 1. memasak atau memanaskan sesuatu dgn menggunakan wap air mendidih: ~ nasi lemak; 2. memanaskan cairan (spt air dll) hingga menjadi wap yg kemudian bertukar semula menjadi cairan;

kukusan 1. sj bekas drpd anyaman yg berbentuk bulat panjang atau merunjung utk mengukus nasi, alat mengukus makanan, kukus; 2. hasil mengukus;

pengukusan proses atau perbuatan mengukus;

pengukus sesuatu yg digunakan utk mengukus: air ~; periuk ~.

kukus II sj musang yg busuk baunya.

kukus III; buah ~ (kukusan) sj buah langsat, buah kokosan.

kukut Ikokot I.

kukut II (Sunda); anak ~ anak pungut.

kul IB 1. kubis, kol; 2. = akar ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), akar bani, akar banuk, Dischidia rafflesiana.

kula Jw sl patik, hamba: ~ disuruh Rama Andika akan menyambut tuanku.

kulah I = kulah-kulah sl sj kopiah tinggi, ketopang: suatu kelembut emas berkemuncak permata merah terhantar di atas ~ keemasan.

kulah II ark sj pokok mangga.

kulai I; berkulai, berkulaian bergantung berbuai-buai (spt dahan patah yg belum putus), berkelepai;

terkulai terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar), tergantung terbuai-buai (spt dahan patah), terlentok (kepala, bunga di dahan, dll): kakinya yg patah itu ~; kepalanya yg ~ itu perlahan-lahan diangkatnya;

terkulai-kulai terkulai berulang kali: kelopak bunga tersebut ~ hampir gugur.

kulai II; siput ~ sj siput, Turbo marmoratus.

kulak I sukatan isi bagi biji-bijian spt beras dll (lebih kurang satu gantang).

kulak II Jw membeli barang utk diperdagangkan.

kulak-kulak; ~ tangan Mn buku jari.

kulakasar sl barang-barang (yg boleh diangkut, spt perabot dll).

kulambaikelambai.

kulampair kulat dan alga yg hidup secara simbiosis, liken.

kulan sj tumbuhan (pokok), balam sundik, getah sundik, semaran, surin, Payena leerii.

kulang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, darah belut, gorek, kelici rimba, maticang, mentiung, tampu rengat, Mezoneuron sumatranum; rumput ~ pulut sj tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapati, kerak nasi paya, keremak, rumput loh, Alternanthera triandra.

kulansing Mn ark sirih yg dilipat segi tiga sbg isyarat memanggil (menjemput) orang yg menerimanya, sirih pemanggil: nan dekat panggilan tiba, nan jauh ~ lepas.

kulapuk (Bio) kulat yg menyebabkan pertumbuhan yg berbulu halus rupanya di permukaan bahan organik yg lembap atau reput.

kularikelari.

kulasentana Jw, sl keluarga.

kulat I sebarang kumpulan organisma parasitik yg tidak mempunyai klorofil, termasuk kulapuk, cendawan, yis, dll; jenis-jenisnya: ~ kayu; ~ padang; ~ sisir dll;

~ ambrosia sj kulat yg hidup secara simbiosis dgn kumbang ambrosia di dlm kayu (dgn kulat itu menjadi sumber makanan larva kumbang tersebut); ~ madu sj kulat dlm kelas Basidiomycetes yg menyebabkan reput pangkal pd pokok kayu, Armillaria mella;

berkulat berlapuk, ditumbuhi kulat: ia berbaring di atas tilam jerami lapuk yg telah ~.

kulat II; terkulat-kulat 1. terkebil-kebil atau termangu-mangu (spt orang kebingungan, kehairanan, dll): murid-muridnya ~ sahaja apabila muka mereka direnunginya; 2. terkecap-kecap (kerana menginginkan sesuatu makanan): ~ mulut budak itu apabila ia melihat makanan yg terhidang di atas meja.

kulau 1. sj tumbuhan (pokok); a) Taraktogenos spp.; b) Hydnocarpus spp.; 2. sj tumbuhan (akar memanjat), akar padang, garing-garing, hempedal ayam, kacat, karang-karang, sembelit merah, sembelit padang, Cnestis palala.

kulawangsa sl keluarga.

kulawarga Jw keluarga.

kuli orang yg membuat kerja kasar atau kerja berat (spt memunggah barang, membaiki jalan raya, dll), buruh kasar: maka dipanggilkannya segala ~ dlm Melaka drpd segala bangsa, maka disuruhnya ~ pecahkan kota itu; makan ~ bekerja sbg kuli; wang ~ wang yg dibayar kpd kuli sbg upah; ~ plat kuli stesen dll yg lengannya memakai plat bernombor;

berkuli bekerja sbg kuli: pekerjaan terlalu sedikit, sedang orang yg mahu ~ terlalu banyak;

memperkuli memperbuat sbg kuli: maksud mereka tiada lain lagi drpd hendak ~ dia;

kulian wang kuli, upah kpd kuli.

kuliah Ar 1. pelajaran yg disampaikan secara bersyarah (berpidato) oleh mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab, syarahan: setengah-setengah mahasiswa sibuk mencatat beberapa perkara yg dikemukakan dlm ~nya; bilik ~ bilik tempat menyampaikan kuliah; 2. ceramah agama: ~ subuh; 3. fakulti yg terdapat di sesetengah universiti; 4. ark sj maktab atau sekolah tinggi; ~ guru maktab guru;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin