berkuliahmemberi kuliah, bersyarah (utk menyampaikan ilmu pengetahuan).
kulik-kulik sj burung malam.
kulikat kelakuan, tabiat;khalikah.
kuliling ark bp keliling.
kulim1. sj tumbuhan (pokok), bebatai, beka, cikih, tampoi hutan, Dysoxylon costulatum; 2. sj tumbuhan (pokok), Scorodocarpus borneensis; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), Erythropalum scandens; ~ burung sj tumbuhan (pokok), cikih, kasai paya, pasak lingga, pasak lingga merak, Aphanamixis polystachya; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Dysoxylon spp.
kulimambang Br sj kupu-kupu.
kulimat Mn ark = berkulimat berjimat-jimat (menggunakan makanan dll), berhemat.
kulimbambang kulimambang.
kulimpapat Br kelip-kelip, kunang-kunang.
kulinari berkaitan dgn masak-memasak: anda boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Hawaii yg terkenal di dunia dlm kursus seni ~.
kulio Mn ark sj masakan drpd daging (hati dll).
kulintang sj alat muzik tradisional Sulawesi Utara yg terdiri drpd bilah-bilah kayu.
kulipis lapisan atau selaput nipis yg membaluti, melapisi atau menyekat bahagian-bahagian dlm tubuh binatang atau tumbuhan, membran: ~ nukleus; ~ sel.
kulir sj alat utk mencedok simen (kapur dll).
kulitI1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasarkan maksudnya);
~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlindung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuning-kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berketurunan Eropah; ~ renang kulit yg menghubungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat;
~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perundingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu;
berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan;
mengulit1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulitnya;3. Id mengupas kulit kepala;
menguliti1. memberi berkulit, membalut (buku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll);
pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit).
kulit II; ~ lawang sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum culilawan; ~ manis sj tumbuhan (pokok), kayu manis, Cinnamomum cassia (Cinnamomum zeylamcum); akar ~ manis sj tumbuhan (akar berteras), akar manis, tebu gajah, Albizzia myriophylla.
kulkas peti sejuk (tempat menyimpan makanan supaya tidak busuk dll).
kulon Jw barat.
kulot bp seluar pendek berkaki lebar seakan-akan skirt yg dipakai oleh orang perempuan.
kultur 1. penanaman tumbuh-tumbuhan terutamanya dgn kaedah saintifik utk memperbaik baka atau menghasilkan baka baru; 2. penternakan dan pembiakan binatang utk memperbaik baka: hasil sampingan drpd ~ kulat; Sabah akan mengeluarkan udang ~; 3. sekumpulan sel tisu, bakteria dsb yg diperoleh drpd proses pembiakannya dlm bahan nutrien di dlm makmal;
mengkultur membiakkan mikroorganisma, spt bakteria dan sel tisu dlm bahan nutrien: ahli biologi menggunakan agar-agar sbg medium utk ~ bakteria dan kulat;
pengkulturan proses atau perbuatan mengkultur: serum merupakan suatu bahan penting dlm ~ sel.
kultus 1. sistem pemujaan dlm upacara keagamaan; 2. kumpulan kecil orang yg menjalankan pemujaan keagamaan seumpama itu.
kulub Ar (jamak bagi kalbu) jantung hati.
kuluk Jw sj songkok (kopiah) yg dipakai oleh orang besar-besar.
kulum I; berkulum bergumam, berkemam (tidak membuka mulut); tersenyum ~ tersenyum dgn tidak membuka mulut; suaranya ~ suaranya tidak jelas kedengaran (kerana tertahan dlm mulut);
mengulum1. menahan atau membiarkan (gula-gula dll) di dlm mulut, mengemam: dikulumnya gula batu dlm mulutnya; 2. menggumam, mengeluarkan suara (perkataan dll) dgn tidak membuka mulut; ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut;
terkulum dikulum, digumam: perkataan itu dikeluarkannya dgn suara yg ~.
kulup I nama timang-timangan bagi anak lelaki atau anak lelaki yg sulung.
kulupII kulit khatan (kulit pd hujung kemaluan lelaki yg dibuang ketika dikhatankan);
berkulup belum berkhatan.
kulur sj tumbuhan (pokok), sukun, Artocarpus communis.
Kulzum; laut ~ laut Merah (laut di antara negeri Arab dan benua Afrika).
kumai1. ukiran (pd perkakas kayu spt almari dll) yg timbul atau bergerigi: perbuatan ~ itu berkerawang, berbunga lawang dan berkarang-karang; 2. bingkai (bakul dll);
berkumai1. berukir dgn alur-alur (ukiran) tenggelam timbul: maka adalah perbuatan itu empat persegi, dan batu mengampar ~ spt perbuatan peterana; 2. berbingkai;
kuma-kuma stigma (drpd crocus berbunga ungu)yg berwarna jingga, berbau kuat dan dikeringkan, digunakan utk mewarnai dan memberi perisa kpd makanan.
kumal = berkumal renyuk dan kotor (bkn pakaian dll yg sudah lama dipakai), lusuh, berkerumuk (bkn kertas dll): seluar yg ~ dan koyak-koyak sudah kehilangan warna asal; diselubungi dirinya dgn kain selimut yg sudah berkumal;
mengumalkan merenyukkan;gumal.
kumalakemala.
kuman1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bakteria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll);
~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis;
~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia.
kumandang gema (bunyi), gaung, kemandang;
berkumandang bergema, bergaung: dr dlm dewan hotel terdengar lagu irama rancak ~ di udara; ~ suara azan di udara;
mengumandangkan1. mengeluarkan bunyi atau suara yg bergema: suara menyeru umat Islam menunaikan kewajiban mereka kpd Allah dikumandangkan ke telinga umum; 2. ki mendengung-dengungkan, menyeru-nyerukan dgn nyaring: suaranya akan ~ kekesalan yg tidak terungkai.
kumanga, kumango = barang ~ barang kecil-kecil utk keperluan hari-hari (spt pinggan mangkuk, sikat, berus gigi, dll): kain, ~, pecah-belah, sekaliannya laku di sana, sebab wang banyak.
kumat Jw bentan (sakit semula sesudah agak sembuh).
kumat-kamitbergerak-gerak bibir (spt orang membaca doa dgn tidak bersuara, bercakap sendirian, dsb: bibirnya ~ mengucap berulang kali;
berkumat-kamit kumat-kamit: Pak Utih mengangguk sambil mulutnya ~ menyebut nama Tuhan;
mengumat-ngamitkan menggerak-gerakkan bibir (spt orang bercakap dgn tidak mengeluarkan suara): mulutnya dikumat-kamitkan bagaikan membaca doa pelias mengelak drpd ular bisa;
terkumat-kamit tergerak-gerak bibir: mulut Ramlan ~ membaca isi surat itu.
kumayan kemenyan.
kumba I sj bekas (spt buyung); ~ emas kumba yg diperbuat drpd emas; ~ mayang sj bekas spt belanga yg dihiasi daun kelapa dan diisi air utk memandikan pengantin.
kumba II bonggol pd dahi gajah.
kumbah; mengumbah 1. membersihkan dgn air, membasuh: ~ pinggan mangkuk;2. ki mencaci (orang), mengatakan keburukan orang;
kumbahan; air ~ air yg telah digunakan utk membasuh.
kumbang 1. sj serangga yg berkepak dan berkulit keras; jenis-jenis: ~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dll; 2. sj serangga (lebah); jenis-jenis: ~ kayu, ~ madu dll;3. ki hitam (berkilat); anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yg hitam bulunya;
~ ambrosia sj kumbang perosak kayu dlm famili Platypolidae dan beberapa genus dlm famili Scolitidae dan Lymaxylidae; ~ bubuk sj kumbang perosak kayu dlm famili Bostrychidae dan Lyctidae; ~ kulit sj kumbang perosak kayu dlm famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia); ~ kura-kura kumbang kecil berwarna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam; ~ perabot sj kumbang perosak kayu dlm famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum; ~ sesungut panjang sj kumbang perosak kayu dlm famili Cerambycidae yg larvanya mengorek kayu;
~ melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya; ~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perempuan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup; bagai ~ putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya);
kumbuh = mensiang ~ sj tumbuhan (rumput yg dibuat tikar), rumput kumbar, rumput kerecut, Scirpus mucronatus.
kumbuih Kd bahagian (punat berwarna putih) yg tumbuh dlm buah kelapa yg sedang bercambah.
kumi ark sl sila makan, makanlah (diucapkan kpd orang Portugis).
kumico ark ketua perkumpulan orang yg berjiran (terutamanya pd zaman pemerintahan Jepun).
kumin sesuatu atau bahagian sesuatu yg sangat kecil (halus), benda seni: jikalau air itu mengandungi lebih banyak ~ pasir atau gelembung-gelembung udara, ia akan kelihatan berwarna hijau;
sekumin sangat sedikit, sekelumit, sangat kecil: terasa sangat oleh Ramlan kerumitannya menjimatkan wang gajinya yg ~ itu.
kumis I misai;
berkumis mempunyai kumis, bermisai.
kumis II; ~ kucing sj tumbuhan (herba), ruku hutan, Orthosiphon grandiflorus.
kumit I; sekumit Pr sekumin, sekelumit: utk memenuhi sekurang-kurangnya ~ apa yg dihasratkan oleh penduduk Melayu.
kumpai; ~ tikus sj tumbuhan (herba), rumput tapak itik, Floscopa scandens; rumput ~ (jantan) sj tumbuhan (rumput), rumput sumbu; a) Hymenachne myurus; b) Panicum auritum.
kumpal Igumpal.
kumpal II ark; terkumpal-kumpal 1. terumbang-umbang, terkatung-katung; 2. ki tidak tahu berbuat apa-apa (kerana dlm kesulitan).
kumpuan majmuk: daun ~ daun yg terbahagi kpd beberapa anak daun yg terlekat pd gagang atau tangkai daun yg sama, daun majmuk; kanta ~ kanta yg terdiri drpd beberapa kanta ringkas yg terlekat atau terletak bersaingan pd paksi yg sama, kanta majmuk; mata ~ mata (spt mata serangga, ketam, dll) yg terdiri drpd gabungan beberapa mata ringkas, mata majmuk.
kumpul; sekumpul selonggok;
berkumpul 1. berdekatan rapat-rapat menjadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), berkampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula;
mengumpulkan 1. menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengampungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak;
terkumpul terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok): hasil drpd pungutan derma itu banyak wang sudah ~; air hujan yg ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dlm tanah;
kumpulan 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri;5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan;
~gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll);
perkumpulan gabungan, kesatuan atau persatuan: dia menjadi pengerusi dlm persidangan ~ buruh kasar;
pengumpulan perihal atau perbuatan mengumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara;
pengumpul tempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem.
kumuh 1. Mn kotor, keji, cemar; berhati ~ tidak bersih (ikhlas) hatinya; 2. benda yg tidak berguna dan dikeluarkan oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan, kotoran: darah membawa zat makanan dan oksigen dan mengeluarkan ~; ~ tumbuh-tumbuhan hijau terdiri drpd karbon dioksida yg dikeluarkan dlm masa pernafasan dan oksigen yg berlebihan;
mengumuhkan 1. Mn mengotorkan, mengejikan; 2. mengeluarkan benda yg tidak berguna dr badan manusia, haiwan atau tumbuhan;
kumuhan bahan buangan yg dikeluarkan dr tubuh spt peluh, air kencing, dsb;
perkumuhan yg berkaitan dgn kumuh atau pembuangan kumuh; salur ~ salur utk mengalirkan kumuh.
kumul arkkumal.
kumulatif bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dsb) kerana pertambahan, bertimbun (hasil pertambahan yg berulang kali).
kumulus; awan ~ tompokan awan yg dasarnya rata dan struktur atas yg berkepul-kepul dan berwarna putih.
kumur; ubat ~ ubat berupa cecair utk mencuci (mengubati) mulut;
berkumur mencuci mulut dgn mengocak-ngocak air di dalamnya: sebelum makan pagi, dia menggosok gigi dan ~.
kumus = ~ hitam sj tumbuhan (pokok), damar laut kuning, resak hitam, resak merah, resak tempurung, Shorea ciliata; ~ beruang sj tumbuhan (pokok), bangkal paya, kelat bukit, kelat hitam, membatu hitam (merah), mertas, Ctenolophon parvifolius; ~ merah sj tumbuhan (pokok); a) Shorea ciliata; b) Shorea laevis.
kumut ark; berkumut menyeringai.
kun Ar jadi; ~ fayakun (firman Allah yg bererti) jadi, maka jadilah (seisi alam);
dikunkan ditakdirkan jadi (oleh Allah), sudah ditentukan lebih dahulu (oleh Allah).
kunang-kunang sj serangga yg mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip pd perutnya, api-api, kelip-kelip; ~ sekebun sj cincin yg mempunyai satu permata yg dikelilingi intan kecil-kecil;
berkunang-kunang 1. berkelip-kelip, berkilau-kilau, berpendar-pendar: makin lama, panas itu makin menjalar masuk danau, air menjadi ~ rupanya; 2. seolah-olah melihat cahaya yg berkelip-kelip (kerana pening kepala atau menahan perasaan sedih, dll), berpendar-pendar (penglihatan): terasa rekah bumi yg dipijaknya, gelap dunia baginya, ~ pemandangannya; matanya ~ melihat wang sebegitu banyak.
kunani ark si ~ ayam kenantan (ayam yg putih seluruh bulunya).
kunapa, kunarpa (Sanskrit) ark sl bangkai, mayat.
kunau sj siput (yg boleh dimakan).
kunca I 1. ukuran isi bagi padi (biasanya sama dgn 160 gantang): hasil sawahnya seluas kira-kira tiga ekar itu cuma lebih sedikit drpd tiga ~; 2. berkas besar (padi, jerami, dll).
kunca II Jw punca (kain).
kunca III ark sj bakul kecil.
kuncahkunca I.
kuncen (kuncén) Jk pemegang kunci (di tempat keramat).
kunci I 1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci;4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarumnya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan-soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama;8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing;
~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (motor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang-piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai persetujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (membongkar rahsia dll);
anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad;