berkunci 1.memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya;
mengunci1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. mengakhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri;
terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi;
pengunci1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya.
kunci II;temu ~ sj tumbuhan (herba), dekunci, merkunci, temu kecil, Gastrochilus panduratum (Kaempferia pandurata); ~ fatima sj tumbuhan, pokok pinggang, selusuh fatimah, Labisia pothoina.
kuncir arkkucir.
kuncit seikat (seberkas) rambut yg berjalin (beranyam) atau tidak yg dibiarkan tumbuh panjang, kucir, tocang.
kuncu konco.
kuncung Jw jambul, jambak, gombak.
kuncup I 1. tidak terbuka lebar (bkn payung dll), tidak mekar atau kembang (bkn bunga); ~ hatinya ki ketakutan; 2. kuntum bunga, daun muda yg belum terbuka: ~ bunga mawar; 3. ark bp berkulup, belum berkhatan;
menguncup 1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut;3. menyerupai kuncup (kuntum bunga);
menguncupkan menjadikan kuncup (tertutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatukan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan;
penguncupan perihal menguncup (menjadi kecil): pengembangan dan ~ yg disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita.
kuncup II;menguncup mengucup;kucup I.
kuncur 1. sj tumbuhan (rizom), temu kuning, Curcuma zedoaria; 2. = ~ putih sj tumbuhan (pokok), guncak, gunciak, sekincak, Antidesma ghaesembilla.
kunda Kl; berkunda-kunda berasak-asak, berjejal-jejal, penuh sesak (orang).
mengundai membuat kundai, menyanggul (rambut): rambutnya yg hitam keriting berombak-ombak, dikundai bergantung.
kundang I = budak ~ sl budak pengiring (raja, orang bangsawan, dll), budak suruhan (raja dll), biduanda, juak-juak: maka baginda pun bangun berangkat bersiram ke taman bunga diiringkan ~-~;
berkundang; anak ~ Mn anak yg sangat dikasihi, anak yg dimanjakan;
mengundang Mn selalu membawa bersama-sama (ke mana-mana);
kundangan 1. = ~ raja = budak ~ sl budak kundang; 2. Mn anak berkundang.
kundang II; kundangan Jk 1. kondangan; 2. undangan;undang I.
kundang III = tali ~ pembalut luka pd kemaluan yg baru disunatkan (dikhatankan).
kundang IV = kundangan sj tumbuhan (pokok), Bouea macrophylla.
kundi Mn sj biji saga yg digunakan utk menimbang emas (beratnya 1/24 mas), kenderi.
kundur = ~ cina = ~ jawa sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis;
~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran.
kung I 1. Kd, Kl kayu (gading-gading) yg melengkung sbg rangka rusuk perahu; 2. Pl tanda pangkat yg berbentuk huruf V dlm tentera atau polis; 3. Kd lingkaran besi tempat tayar melekap, lereng: ~ basikal.
kung II bunyi spt bunyi anjing dipukul dll.
kung fu seni mempertahankan diri (terutamanya di kalangan orang Cina) yg mengandungi unsur-unsur judo dan karate.
kungki sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat lesung dll dan kulitnya dibuat ubat luka), Pometia pinnata.
kungkuma kuma-kuma.
kungkur 1. sj tumbuhan (pokok), keredas, medang buaya, medang gati, medang kok, Pithecellobium confertum; 2. sj tumbuhan (pokok), Pithecellobium splendens.
kungkuvak (Muz) sj serunai drpd batang padi di Sabah.
kuning I warna spt warna kunyit (tembaga dll);
demam (sakit) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan tubuh berwarna kuning; nasi ~ nasi kunyit (kuning warnanya); sirih ~ a) daun sirih yg kuning warnanya; b) ki gadis yg elok; ~ air kuning yg keputih-putihan; ~ gading = putih ~ kuning keputih-putihan spt warna gading; ~ langsat putih kuning (tidak putih sangat, bkn kulit dll); ~ pinang masak kuning kemerah-merahan; ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya; ~ tua kuning gelap (lwn kuning muda); ~ oleh kunyit, hitam oleh arang prb mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian;
menguning 1. menjadi kuning, berwarna kuning; 2. mulai masak (padi): padinya sedang ~ menantikan masa utk dituai;
kuningan tembaga kuning;
kekuningan 1. keadaan kuning; 2. sl barang-barang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsawan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah;
kekuning-kuningan berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~.
kuning II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cina, akar kunyit-kunyit, Limacia oblongata; bunga akar ~ sj tumbuhan (pokok), akar cempaka kuning, cempaka hutan, Allamanda cathartica; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), antat, kenanga hutan, lidah-lidah, melidah, pacal kuning, Alangium ebenaceum.
kuning III; burung ~ sj burung, burung siam, Pycnonotus a. atriceps.
kuning IV sj ikan laut, Lutianus spp.
kunir Jw kunyit.
kunit ark kunyit.
kunjung I; berkunjung pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui seseorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo;
mengunjungi mendatangi utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi: pelancong-pelancong yg ~ bandar tersebut tertarik dgn keindahannya; lama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung;
kunjung-mengunjungi saling mengunjungi: ~ spt itu ada kaitannya dgn tujuan keselamatan;
kunjungan hasil berkunjung atau mengunjungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu);
perkunjungan perihal berkunjung;
pengunjung orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong: pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana.
kunjung II Mn lekas, segera, mungkin; tak (tidak) ~ tidak lekas (mudah, pernah, mungkin), belum lagi; tak ~ datang tidak segera (mungkin) datang; tak ~ padam; tidak ~ tiba; tak ~ tidak tentu, pasti; api nan tak ~ padam semangat (azam) yg sentiasa ada (tidak padam-padam).
kuno1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden;
kekunoan1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (bahasa lama).
kunta sl sj lembing.
kuntau C sj silat atau pencak cara Cina;
berkuntau bersilat (berpencak) cara Cina.
kuntianak Jk puntianak (sj hantu).
kuntit Jk; menguntit1. mengikut (dr belakang), membuntut, mengekor; 2. menurut (kata atau perbuatan orang);
menguntiti mengikuti, mengekori.
kuntuan C sj kain sutera.
kuntul I tidak berekor, togel; ayam ~ ayam togel.
kuntul II sj burung bangau yg berbulu putih.
kuntul III Br sj perahu kecil utk membawa barang, yg ditunda oleh kerbau (digunakan di sawah).
kuntum I1. bunga yg hampir akan mekar (berkembang), kuncup (bunga); 2. ki gadis dlm belasan tahun;3. penjodoh bilangan bagi bunga: beberapa ~ bunga;
berkuntum tumbuh (keluar) dlm bentuk kuntum: bunga ~ di dahan;
menguntum1. sbg kuntum, mulai berkembang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu;
menguntumkan ki memberikan (melemparkan) sesuatu (senyuman): dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis;
kuntung tocang (rambut yg panjang beranyam), kucir.
kunyah; mengunyah1. melumatkan (menghancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi sebelum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan;2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki menyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu;
mengunyahkan mengunyah utk (orang lain);
terkunyah1. (telah) dikunyah: Milah membiarkan nasi yg masih ada dlm mulutnya ~;2. mengunyah dgn tidak sengaja;
~ di batu ki buruk nasib, malang, sial; ~ di nasi ki bernasib baik, beruntung, mujur;
kunyahan sesuatu yg sudah dikunyah.
pengunyahanperbuatan (proses dsb) mengunyah: gigi berfungsi memotong dan menyiat makanan menjadi potongan-potongan kecil utk memudahkan ~.
kunyam Mn kempung, caung (pipi).
kunyit I = ~ terus = temu ~ sj tumbuhan (rizomnya dijadikan bahan pencelup dan rempah), Curcuma domestica (longa); beras (nasi) ~ beras (nasi) yg kuning warnanya (kerana dibubuh air kunyit); ~ bolai sj tumbuhan (herba), bolai, bongelai, Zingiber cassumunar; ~ jawa sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesum, kesumba keling, Bixa orellana; ~teras hitam sj tumbuhan (herba), bersih hitam, lampoyang hitam, Zingiberottergii;
bagai ~ dgn kapur prb lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu, dll); kuning oleh ~, hitam oleh arang prb orang yg tidak berpendirian tetap dan dapat dihasut (dipengaruhi) oleh orang lain; tidak resan ~ resan serai prb tidak ada perhubungan keluarga antara dua orang.
kunyit-kunyit I sj ikan laut; a) Lutjanus spp.; b) kuning-kuning, Lutjanus letianus; c) kuning-kuning, remung, Lutjanus lineolatus; d) kuning-kuning, tanda, Lutjanus kasmira; e) kuning-kuning, tanda jalur, Lutjanus fulviflamma.
kunyit-kunyit II = ~ babi sj tumbuhan (pokok memanjat), Coscinium wallichianum; akar ~ a) sj tumbuhan (akar memanjat) akar cina, akar kuning, Limacia oblongata, b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kusir, berkunyit, Tiliacora triandra.
kunyuk Jk 1. sj kera (monyet); 2. ki orang yg bodoh atau tidak sopan.
kuorum bilangan paling kecil (anggota atau ahli) yg mesti hadir bagi membolehkan mesyuarat diadakan secara rasmi dan sah.
kuota bilangan maksimum sesuatu yg diperuntukkan, dibenarkan atau ditetapkan, spt kereta yg diimport dan pekerja asing yg boleh dibawa masuk ke sesebuah negara: kerajaan mengenakan ~ ke atas eksport bijih timah; pihak berkuasa Saudi tahun ini mula menetapkan ~ jemaah haji dr setiap negara Islam.
kupang I1. sj mata wang zaman dahulu yg berbeza-beza nilainya (menurut daerahnya); se~ sepuluh sen (di utara Semenanjung Malaysia), 12 sen (di Kelantan), 50 sen (di Pahang dll); se~ tera sepuluh sen; 2. Kd memberi upah (mengupah) utk membuat kerja;3. sj ukuran berat emas (sama dgn kira-kira 1/16 tahil): apa bicara Seri Nara Diraja, kerana emas pd kita se~ pun tiada?; pitis se~ genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb orang miskin yg tidak berkemampuan hendak berbelanja spt orang kaya.
kupang III; daun ~ sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan utk mengubati penyakit kulit dll), daun kurap, gelenggang, Cassia alata.
kupas; mengupas1. membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek: ~ kelapa; ~ limau;2. mengkaji dan menghuraikan dgn teliti (karangan, pendapat, persoalan, dll), mengulas, menganalisis: banyak masalah yg dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; 3. = mengupaskan ki menanggalkan (melucutkan) pakaian orang, menelanjangi;
mengupaskan1. mengupas (mengopek) utk; 2. ki menelanjangi;
terkupas1. terkopek (kulitnya), lecet: ~ sedikit kulit lututnya kerana jatuh di jalan raya;2. sudah dikupas: akan santapan raja China, beras yg sudah ~ itu lima puluh gantang China;
kupasan1. sesuatu yg sudah dikupas, hasil mengupas; 2. huraian ulasan, analisis: ~ buku ini berupa ikhtisar yg agak panjang lebar disertai dgn komentar;
pengupas 1. alat utk mengupas; 2. orang yg mengupas sesuatu spt kulit buah-buahan dsb; 3. orang yg membuat ulasan (spt buku dsb), pengulas, penganalisis.
kupat; ~-kapit Jk 1. berkibas-kibas (ekor dll); 2. terkelepai, terkulai dan berbuai-buai.
kuplet (kuplét) bait puisi yg terdiri drpd dua baris: imej ‘angin’ dan ‘kilat’ dlm ~ kedua membawa dimensi rohaniah.
kupluk sj kopiah.
kupoi sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), pupoi, Connaropsis griffithii.
kupon 1. kertas kecil bercetak yg memberi seseorang hak utk mendapat potongan harga bagi sesuatu bayaran atau perkhidmatan ataupun dgn percuma: beginilah di Cheko, setiap orang mengunjungi restoran dgn ~ dlm saku; isilah ~ ini utk mendapatkan buku percuma;2. Id surat kecil yg menunjukkan faedah (bunga) yg diperoleh (dr bon dll); pajak ~ cukai yg dikenakan pd bunga yg diterima.
kupronikel (Kim) aloi tahan kakis, mulur (terdiri drpd 70% kuprum, dan 30% nikel) digunakan pd bilah turbin, duit perak, dll.
kuprum (Kim) sj unsur logam kemerah-merahan yg boleh ditempa, atau dilentur dan dapat digunakan sbg pengalir elektrik yg baik, tembaga.
kupu Ar kufu.
kupu-kupu I sj serangga dgn kepak yg berwarna-warni dan tertutup rapat sewaktu rehat, dan tergolong dlm order Lepidoptera; ~ malam ki perempuan jahat, pelacur.
kupu-kupuII1. sj tumbuhan (pokok renek), bunga perak, Bauhinia acuminata;2. sj tumbuhan (pokok renek yg kayunya keras dibuat hulu keris dll), Bauhinia tomentosa.
kupuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cuis, akar kayu manis, akar tebu gajah, Acacia pennata.
kupur;akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg akar dan daunnya dibuat ubat); a) asam susuh, lidah kucing, Rubus alceifolius; b) akar balik adap, akar bulan madu, akar duri berumbet, Rubus glomeratus; c) duri berumbet, tampu rengat, Rubus moluccanus.
kur1. bunyi burung tekukur; 2. sr kata utk memanggil ayam.
kura limpa.
kurai urat atau garis-garis pd kayu (batu marmar dll), corak (gambar, barik-barik) pd bilah keris dll yg berpamor;
berkurai berurat atau berbarik-barik (kayu bilah keris dll): disisipkan pula keris yg bernama cerita, lok sembilan belas, ~ pamor ular lidi menyeberang tasik.
kura-kura1. sj binatang reptilia dlm keluarga yg mempunyai kulit yg keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat; jenis-jenis: ~ bukit = ~ duri, Heosemys spinosa; ~ daun, Cyclemys dentata; ~ gergasi, Geochelone gigantea; ~ katup = ~ padi, Cuora ambionensis; ~ paya, Siebenrockeilla crassicolis; 2. = kekura sesuatu yg menyerupai binatang kura-kura; kunci ~ kunci gantung; ~ jendela bingkai jendela; ~ kaki bahagian kaki yg melengkung di antara buku lali dan jari, punggung kaki; ~ tangan bahagian tangan yg kebalikan tapak tangan, punggung tangan;
~ dlm perahu prb perbuatan yg bodoh; ~ pandai kerebat kayu = spt ~ hendak memanjat pohon kayu prb orang yg hendak melakukan sesuatu yg mustahil dapat dilakukannya.
kurambit kerambit.
kuran sj tumbuhan (pokok), asam keranji, keranji burung (padi), Dialium indum.
kurang1. tidak atau belum sampai kpd angka (ukuran, takat, dll) yg tertentu, tidak atau belum cukup (genap, lengkap, sampai, tepat, dll): tidak dapat dibayarnya harga tersebut kerana wangnya ~; sudah pun disusun rancangan mengirim pekerja-pekerja ke tempat-tempat yg ~ tenaga buruhnya;2. utk menyatakan bilangan atau banyaknya yg belum cukup utk mencapai jumlah genap yg tertentu, tersedikit sebanyak (satu, dua, dll) utk menjadi atau mencapai (sesuatu jumlah dsb): ~ dua seratus dua lagi cukup atau genap seratus; ~ dua tahil empat kati dua tahil lagi menjadi empat kati;3. lebih rendah atau sedikit drpd sesuatu apabila diperbandingkan: banyaknya hasil padi tahun ini ~ drpd hasil tahun lepas; nilai barang-barang yg diimport ~ drpd yg dieksport; bertambah ~ menjadi makin kurang (drpd keadaan sebelumnya); 4. tidak berapa (baik, maju, sihat, dll), tidak begitu; ~ maju tidak berapa maju; ~ manis a) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar; b) tidak berapa manis atau tertib (bkn tingkah laku dsb), kurang sopan; ~ mengerti; ~ pasti; ~ percaya; 5. tidak sempurna (terdapat kelemahan dsb), cacat, cela: cerpen itu tidak dapat disiarkan kerana banyak ~nya;6. Id ditolak, diambil: lima ~ satu tinggal empat; ~adat tidak sopan; ~ ajar tidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya; ~ akal a) bodoh; b) agak gila; ~ asam bp kurang ajar; ~ bahasa tidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya; ~ beres a) tidak berapa beres; b) agak gila sedikit; ~ darah penyakit atau keadaan tubuh yg lemah disebabkan tidak cukup darah dlm tubuh; ~ fikir tidak difikirkan (dikaji) betul-betul; ~ hati tidak berminat; ~ ingat a) tidak berapa ingat; b) kurang hati-hati, kurang berjaga-jaga; ~ jadi tidak berapa banyak atau memuaskan buahnya atau hasilnya (bkn pokok buah-buahan, padi, dll); ~ jantan pengecut, penakut; ~ lebih = lebih ~ kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); ~ makan (minum, tidur, dsb) tidak cukup makan (minum, tidur, dsb); ~ periksa tidak tahu (sesuatu perkara, keadaan, dsb); ~ sara Kl agak gila sedikit; ~ tenaga a) tidak mempunyai tenaga atau kekuatan; b) tidak cukup pekerja; ~ terima (penerimaan) tidak berapa menyambut baik (tidak berterima kasih), tidak senang; ~ umur belum cukup umur, belum mencapai umur yg ditentukan (utk sesuatu);
~ kerat, rengkuh yg lebih prb usaha tiada seberapa, hanya cakap yg lebih; ~ tambah-menambah, senteng bilai-membilai prb sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan bersama-sama (dgn bergotong-royong) supaya sempurna;
kurang-kurang1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang;
sekurang-kurangnya1. paling kurang, yg tersedikit, serendah-rendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga;2. setidak-tidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi;