K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə42/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   42

berkurang menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat;

mengurang menjadi kurang (susut);

mengurangi menjadikan berkurang (kerapnya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti;

mengurangkan 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai;

terkurang kurang banyak (kuat, lama, dll) drpd, tersedikit drpd: daya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit drpd tarikan bumi di Honolulu, Hawai; sel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya drpd sel-sel darah merah;

kekurangan 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu;

kekurang...an perihal (keadaan) kurang ...: kekurangajaran, kekurangsenangan:

berkekurangan mempunyai kekurangan: hidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga;

perkurangan perihal berkurang;

pengurangan perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan:~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman;

pengurang Id bilangan (angka) utk mengurangi.

kurap I penyakit kulit berjangkit yg berupa tompok-tompok merah dan bulat dan gatal; ~ anjing kurap yg terdapat pd anjing;

berkurap 1. mendapat (menghidap) penyakit kurap; 2. ki cacat, buruk.

kurap II; daun ~ sj tumbuhan (herba), gelenggang, ketepeng, Cassia alata.

kuras I helaian kertas yg digunakan dlm percetakan buku dan dilipat-lipat serta dikerat menjadi beberapa muka.

kuras II Jw; menguras membasuh (kolah dll), mencuci (parit dll) dgn mengalirkan air;

pengurasan perihal menguras.

kuras III sj tumbuhan (pokok), kapur, keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia.

kurasani  kersani.

kuratif mempunyai daya (kemampuan) utk menyembuhkan (penyakit dsb), dapat atau menolong menyembuhkan (mengubati).

kurator 1. pengurus (pemegang amanah) harta benda orang dll yg muflis (jatuh bankrap); 2. anggota jawatankuasa pengelola (universiti dll); 3. pengurus atau penyelenggara muzium: ~ Muzium Negara.

kurau I sj ikan laut, Polynemus spp.; ~ janggut sj ikan laut, senangin, Eleutheronema tetradactylus; ~ pipih sj ikan laut, Polynemus sextarius.

kurau II sj tumbuhan (pokok), berumbung, merumbung, riuh, tabah, tentulang, tulang, Timonius pendicularis.

kurau III Kl; mengurau menconteng (dgn kapur dll), menggaris.

kurawal tanda kurungan (kandungan), { }.

kurbal pengumpil, alabangka.

kurcaci 1. sj orang halus; 2. ki (orang yg) suka mengacau (mengganggu); 3. Id pandu puteri (kecil).

kurenah (kurénah) Mn perangai;kerenah.

kuret (kurét) (Ubat) sj alat pembedahan seakan-akan sudu kecil yg digunakan utk mengikis tisu atau sel mati, ketumbuhan dsb dr rongga tubuh.

kuria 1. daerah, kampung yg menjadi asal bagi kampung lain, induk kampung; 2. (daerah) persekutuan pemeluk agama Kristian Protestan (di tanah Batak dll).

kurik bintik-bintik, rintik-rintik;

berkurik mempunyai bintik-bintik, berintik-rintik; ayam ~ ayam yg bulunya berbintik-bintik.

kurikulum skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dll, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dll.

kurio barang kecil yg aneh dan jarang-jarang ditemui, biasanya mempunyai nilai bagi pengumpul barang antik atau aneh.

kuripal sj tumbuhan (pokok), durian daun, durian hutan, Durio oxleyanus.

kuripan ark; kapur ~ kapur yg kering.

kurir utusan atau orang suruhan yg menyampaikan berita dll dgn cepat.

kuririk Mn sj cengkerik.

kuris ark 1. gores; 2. kudis.

kurium sj unsur logam yg radioaktif.

kurkum, kurkuma ark kunyit.

kurkunkerkum.

kurma I sj tumbuhan (palma) yg buahnya manis dan boleh dimakan, Phoenix dactylifera.

kurma II = gulai ~ sj gulai yg dibuat drpd campuran rempah dan daging.

kurnia 1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda;

mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian;

mengurniakan menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu;

kurniaan anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda;

pengurniaan perihal atau perbuatan mengurniakan: upacara ~ bintang-bintang kehormatan;

pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya.

kurrat Ar cahaya.

kursani  kersani.

kursemangat 1. kembalilah semangat (seruan utk menghilangkan rasa takut pd budak yg terperanjat dll); 2. sr kata utk melahirkan perasaan hairan (terkejut, sayang, dll): ~, banyaknya!; kalau dilonggokkan orang sekarung intan sekalipun, ~, takkan kakak samakan dgn sayang kakak ini!

kursi 1. jawatan profesor di universiti: suatu ~ pengajian komunikasi di UKM akan diwujudkan utk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan para wartawan dan pengamal media; Ketua Menteri Sarawak telah melancarkan K~ Kajian Dayak di Universiti Malaysia Sarawak; 2. Id kerusi.

kursif IB = tulisan ~ tulisan yg huruf-hurufnya berangkai (bersambung) antara satu dgn lain, tulisan sambung (bersambung).

kursor (Komp) aksara yg digunakan sbg penanda kedudukan semasa pd tabir paparan komputer (biasanya aksara bongkah berkelip-kelip).

kursus pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran;

~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg berkaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik;

berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd;

dikursus bp diajar;

dikursuskan bp diajarkan.

kuruh Br bunyi nafas orang yg berdengkur.

kurun jangka waktu seratus tahun, abad: orang Eropah mula sampai ke Melaka hampir lima ~ yg lampau; ~ Masihi kurun yg mula dihitung sesudah lahirnya Nabi Isa; ~ yg kesembilan belas jangka waktu dr tahun 1801 hingga tahun 1900;

berkurun-kurun beratus-ratus tahun, berabad-abad: adat yg sudah ~ dianuti tidak mudah dapat dihapuskan.

kurung I 1. = kurungan sj kandang atau sangkar: Raden ini sedang membuat kurungan utk binatang-binatang; 2. = kurungan penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan: dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dlm kurungan di penjara itu; 3. = tanda ~ = (tanda) kurungan tanda dlm tulisan yg berupa keluk atau garis melengkung dll utk melingkungi (mengasingkan) perkataan atau nombor yg tertentu: dua kali jumlah x dgn y boleh ditulis dgn menggunakan kurungan menjadi 2(x + y); 4. ruang yg berdinding, bilik (dlm perahu): mereka dibawa berjumpa nakhoda dlm ~ di haluan kapal;

~ bajau = ~ beranda sj bilik dlm kapal; ~ batang Jk usungan mayat; ~ kelengkeng, ~ laut, ~ tengah beberapa bahagian (ruang) pd sj alat menangkap ikan;

berkurung 1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. memakai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air);

mengurung 1. menahan atau memasukkan ke dlm penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar): beberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya dlm penjara; orang tua-tua yg sering kali ~ anak gadis mereka; 2. mengepung (mengelilingi) musuh dll utk menawannya (menyerangnya dll); 3. menulis (meletakkan) dlm tanda kurung (perkataan, nombor, dll); 4. Br membendung atau mengempang (air);

terkurung terpenjara, terkongkong (dlm rumah dll), tertutup (terlengkung) dlm ruang dll, terkepung: gadis pemalu yg ~ dlm rumah sepanjang hari; paru-paru ~ di dlm suatu tempat yg tidak dapat ditembusi oleh udara; ~ fahamnya sempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya;

kurungan 1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara; 3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung;

pengurungan perihal atau perbuatan mengurung.

kurung II; baju ~ sj baju (pakaian) tradisional orang Melayu (dipakai oleh wanita), bertebuk bulat di leher dgn sedikit bukaan di bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan: dia kelihatan ayu dgn ~ merah jambu itu.

kurus 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~;

memperlihatkan ~ tidak berbaju prb mendedahkan kemiskinan kita kpd orang;

mengurus menjadi kurus, merana;

menguruskan menyebabkan kurus, membuat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan;

kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus.

kuruyuk Jk berkokok (ayam).

kus bunyi kucing (spt bunyi mendengus);dekus.

kusa sj tongkat yg berhujungkan kait besi (utk mengendalikan gajah), angkus, angkusa: maka Raja pun naik di kepala gajah memegang ~ emas;

mengusa mengendalikan (mengawal) gajah dgn kusa.

kusa-kusa; rumput ~ sj tumbuhan (rumput yg dijadikan makanan ternakan), Echinochola colona.

kusal; mengusal menggosok-gosok dgn menggolek-golekkan benda yg bulat (spt menggolek-golekkan tembakau yg bulat di mulut), menggolek-golekkan sesuatu di antara kedua-dua tapak tangan (utk menjadikannya bulat).

kusam pudar (tidak berkilat atau bercahaya), tidak berseri-seri (muka), suram, muram: semua bintang itu ~ dan kumal; perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yg ~ itu jadi berseri-seri pula; pucat ~ pucat lesi, sangat pucat;

kekusaman keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuraman: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~.

kusambikesambi.

kusat; ~-mesat sangat kusut;kusut I.

kusatom molekul.

kusau; kusut-~ sangat kusut (rambut);

berkusau, berkusau-kusau kusut (rambut), tidak bersikat dgn rapi (rambut): segumpal rambutnya berkusau-kusau di keningnya dan sehelai-helai terjuntai bergantung ke pipinya yg kusam.

kusi; pinang ~ pinang yg tua dan kering, pinang kotai.

kusik Mn; berkusik bergerak (berkisar) sedikit.

kusin; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit-kunyit, berkunyit, Tiliacora triandra.

kusir pemandu (kereta, beca, dll), sais: kereta kuda itu dihentikan oleh ~nya.

kusta = penyakit ~ sj penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki.

kusti; berkusti sl bergusti, bergomol.

kusu I; berkusu-kusu berduyun-duyun, berekor-ekor dgn berkelompok-kelompok (spt penonton yg keluar beramai-ramai dr panggung wayang), berpusu-pusu: jamuan sudah habis dan tetamu turun ~ dr rumah itu pulang ke rumah masing-masing.

kusu II ark; berkusu-kusu berbisik-bisik.

kusu-kusu sj tumbuhan (rumput), akar wangi, naga (nara) setu, rumput wangi, Vetiveria zizanioides.

kusuk Mn; daun ~ sj daun yg digosokkan pd badan ketika mandi;

berkusuk menggosok badan dgn daun ketika mandi;

mengusuk menggosok.

kusum sj tumbuhan (pokok renek), cerek jantan, embalau (padang), hempedu beruang, serajat, sisik manik, Brucea amarissima (sumatrana); rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput cicih (minyak), rumput duduk, Daemonorhops calicarpus.

kusut I = berkusut 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut;

~ diselesaikan, keruh diperjernih prb persengketaan hendaklah diselesaikan (didamaikan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna pekerjaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan;

berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll);

mengusut menjadi kusut;

mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu;

kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya.

kusut II Mn; mengusut menyiasat dgn teliti;usut II.

kusyen sj bantal atau tilam kecil yg digunakan sbg alas kerusi dll: semua kerusi di bilik itu mempunyai ~ dan tempat bersandar;

berkusyen memakai atau dibubuh kusyen, ada kusyennya: duduk di kerusi empuk ~.

KUSZA akronim bagi Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.

kut Kd, Pn, Pl agaknya, barangkali, kalau-kalau: dia tak datang ~.

kutaha ark sl agaknya, rasanya, konon, -kah, -tah.

kutak Mn; mengutak menggoncang dgn kuat;

mengutak-ngatikkan, memperkutak-katikkan 1. mengharu-birukan, memporak-perandakan (negeri dll); 2. membuat sesuka hati terhadap orang lain, mempermainkan: dia berasa dirinya sudah cukup kaya dan sudah dapat ~ isi kampungnya; betapa rakyat diperkutak-katikkan spt anak lembu; kotak-katik.

kutang = baju ~ 1. baju dalam perempuan (utk menutup susu), anak baju, coli; 2. sj baju yg tidak berlengan atau pendek lengannya.

kutat Jk; ~-kutet sibuk atau asyik memikirkan beberapa perkara atau masalah.

kuteri ark bilik tidur di kapal.

kutet I Jk; berkutetan tidak mudah menyerah (mengaku kalah, berputus harap, dll), giat berusaha supaya berjaya dll.

kutet II; kutat-~;kutat.

kuti I; kuti-kuti ark suka menegur (mengkritik) perkara-perkara kecil;kutik.

kuti II Mn; menguti mencarik (mengoyak) kecil-kecil.

kutik; berkutik bergerak sedikit-sedikit: ia terbaring, tubuhnya kaku, tidak ~ sedikit pun;

mengutik-ngutik 1. menyentuh-nyentuh (menggerak-gerakkan, mengusik-usik) dgn jari dll; 2. menyebut-nyebut atau mengambil tahu (sesuatu perkara, hal orang, dll), suka mengkritik (kesalahan orang dll); gutik.

kutikel (Bio) kulit ari.

kutil sj jerawat atau bintil kecil pd kulit;

sekutil seketil, sangat sedikit;

mengutil mengetil, mengotes, mengunggis, menggigit sedikit-sedikit.

kutilang sj burung;ketilang.

kuting ark; berkuting-kuting selalu menurut (tidak membantah).

kutip; mengutip 1. memungut benda kecil-kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (mencabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma;

kutipan 1. pungutan (derma dll): wang ~; 2. petikan (karangan, cerita, dll): ~ beberapa fasal drpd undang-undang hukum pidana;

pengutipan perihal (perbuatan dsb) mengutip;

pengutip orang yg mengutip, pemungut: ~ derma.

kutir Kl; mengutir mengutil, mengetil, mencubit.

kutis; mengutis mencubit (kuih dll) sedikit-sedikit, mengopek sedikit-sedikit dgn kuku (kuping kudis dll).

kutlet (kutlét) potongan daging atau ikan yg biasanya dimasak dgn cara memanggang atau menggorengnya.

kutu I sj binatang halus (yg terdapat pd rambut manusia, bulu binatang, dll); jenis-jenis: ~ anjing, ~ babi, ~ daun, ~ kepala, dll;

~ air sj penyakit yg menyebabkan jari kaki gatal-gatal; ~ embun orang yg suka merayau-rayau dgn tidak menentu pd malam hari; ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan dgn tidak menentu; ~ rayau orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan; sudah mati ~ bp sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu;

(bagai) mencari ~ dlm ijuk prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; di mana ~ makan kalau tidak di kepala prb sudah menjadi adat, anak bergantung pd ayah dan yg miskin pd yg kaya; ibarat ~ boleh diselisik prb sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga; pantang ~ dicukur, pantang manusia dihina prb tidak ada orang yg mahu dihina;

berkutu 1. mempunyai kutu: rambutnya ~; 2. = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyebak-nyebak rambut): lihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dgn segala dayang;

berkutu-kutuan saling menyelisik kepala (utk mencari kutu);

mengutui mencari kutu (di kepala dll).

kutu II 1. ark sj perkumpulan perniagaan; 2. sj usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan giliran orang yg mendapatnya dgn cara mengundi, sinoman, arisan;

berkutu berkumpul, bersyarikat, bersekutu;sekutu.

kutub I 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk;

~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan, arus dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi;

berkutub ada kutubnya (bkn sel dll);

kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif;

pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering.

kutub II; burung ~ sj burung, burung tanau, Megalaima zeylanicus hodgsoni.

kutubkhanah bangunan (bilik dll) tempat menyimpan buku dll utk bacaan umum, perpustakaan.

kutuk I 1. perkataan (sumpah) yg mendatangkan kecelakaan, laknat: tidak guna hidup kena ~ orang sahaja; 2. = terkutuk ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi;

ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau keputusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya;

mengutuk 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut;

terkutuk (yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina, cela, dll): perbuatan yg ~;

kutukan sumpah (makian, cerca, nista), laknat (dr Tuhan): kalau saya memungkiri janji saya, maka saya akan menerima ~ Tuhan;

keterkutukan keadaan terkutuk;

pengutukan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mengutuk (mengeji, mencela, dll): Parti Komunis Indonesia telah membuat satu ~ hebat terhadap kerajaan Sukarno dan pemimpin-pemimpin tenteranya;

pengutuk pihak atau orang yg mengutuk.

kutuk II sukatan beras yg sama (banyaknya) dgn empat genggam; se~ beras basah prb tidak ada faedahnya.

kutur Tr sj burung bangau.

kuud Ar duduk.

kuwuk Jk; kucing ~ kucing yg besar yg makan anak ayam dll.

kuwung pelangi.

kuya Ikeria I.

kuya II (Sunda) sj kura-kura kecil, baning.

kuyu 1. tidak berseri, muram, suram (muka); 2. = mata ~ tertutup sedikit, hampir-hampir pejam (mata): matanya yg tadi ~ dan mengantuk kini cerah semula; 3. = hati ~ sedih, dukacita, sayu; 4. Mn penakut, pengecut;

kekuyuan menjadi kuyu: matanya ~.

kuyuh Mn kencing;

menguyuhi mengencingi.

kuyuk ark (kata utk memanggil) anjing.

kuyung sj tumbuhan (pokok), Shorea eximia.

kuyup = basah ~ basah sama sekali, sangat basah: basah ~ kena hujan.

kw kep kilowatt.

Kwijau suku kaum peribumi Sabah dlm rumpun kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di daerah Bingkor, Apin-Apin dan Keningau, dan kegiatan utama ialah bertani.

kwj kep kilowatt-jam.

Kwongsai suku kaum Cina yg berasal dr daerah Kwangsi, selatan China, dan tinggal di merata tempat di dunia.

KWSP kep Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin