K huruf ke-11 dlm abjad Rumi


kana III (Lin) kata umum bagi hiragana dan katakana, iaitu sistem tulisan bahasa Jepun. kanaah, kanaat



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə5/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42

kana III (Lin) kata umum bagi hiragana dan katakana, iaitu sistem tulisan bahasa Jepun.

kanaah, kanaat Ar  qanaah.

kanabis 1. pokok hem; 2. sj ganja (bahan dadah).

kanak; kanak-kanak budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun): ~ yg tidak berdosa; pantun ~; bahasa ~ bahasa anak kecil;

kekanak-kanakan 1. spt kanak-kanak (tingkah laku, fikiran, dll), keanak-anakan: berkelakuan ~; ketawa ~; 2. Id terbantut (terhenti) pertumbuhan bahagian tubuh atau kecerdasan.

kanal IB, bp terusan, saluran, tali air.

kanan 1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu;

menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan;

menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan;

terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke P.B.B;

kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon.

Kanaq penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kawasan pinggir Kampung Selagi, Mawai daerah Kota Tinggi, Johor.

kanbus ark  gambus.

kancah I 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis;

~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkecamuk;

spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincangan dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya.

kancah II peluk, sepemeluk;

terkancah terlibat dlm kesukaran dll.

kancang Kl; berkancang bekerja beramai-ramai, bergotong-royong.

kancap Jk hingga sama paras dgn tepinya (bkn air dlm kolam dll), sangat penuh.

kanceh (kancéh) Mn ark; terkanceh terbantut (terhenti) pertumbuhannya, kerdil.

kancil 1. sj mamalia menceruh yg kecil, tidak bertanduk yg terdapat di bahagian tropika Asia dan Afrika Barat; 2. ki orang yg cerdik (pintar); akal ~ tipu muslihat yg licin, cerdik (dgn tipu muslihatnya).

kancing I 1. alat (spt cangkuk) utk menutup (merapatkan) baju dll yg berbelah; 2. butang (baju dll); 3. = pengancing alat spt selak dll utk mengunci (menutup) pintu (tingkap dll); ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut (penyakit tetanus);

berkancing 1. memakai kancing; 2. berkunci dgn kancing: pintu yg tak ~ itu kutolak;

mengancing menutup dgn kancing; ~ baju kemejanya; semua pintu astana dikancingnya;

mengancingkan menutupkan (baju, pintu, dll) dgn kancing;

terkancing terkunci, tertutup.

kancing II; ~ baju sj tumbuhan (herba), daun rotan, rumput juak, subang puteri batik, Bidens pilosa; ~ baju jantan sj tumbuhan (herba), katub perenggang, rumput sekepet burit, rumput teki, Kyllinga bervifolia.

kancung I tabung atau bekas drpd buluh (utk mengambil air), gerigik, perian.

kancung II; belalang ~; kacung I.

kancut kain penutup kemaluan perempuan, cawat.

kanda singkatan bagi kakanda: ya, ~ku yg tercinta; ~-manda sl kanak-kanak yg dipilih sbg teman atau saudara tua kpd anak raja yg baru lahir: maka disambut oleh pengasuh ~-mandanya.

kandang 1. tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari): ~ kambing; ~ kuda; ~ lembu; 2. ruang yg dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan; ~ bulan gelanggang bulan; ~ orang salah ruang berpagar (dlm mahkamah) tempat orang yg dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan; 3. sl makam, kubur: ia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua; ~ mobil Id setal kereta, garaj;

ayam laga se~ prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri; masuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling; memperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam prb memberi kesempatan kpd orang yg membahayakan tetapi tidak melindungi orang yg kesusahan; pulang ke ~ prb pulang ke tempat asal;

mengandangkan memasukkan ke dlm kandang: tiada siapa ~ kerbau kambingnya.

kandar I = pengandar kayu yg diletakkan di bahu utk menggalas atau memikul barang (yg tergantung di kedua-dua hujung kayu), galas;

mengandar membawa barang dgn kandar, memikul, menggalas: maka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang.

kandar II Jk; mengandar, mengandarkan menjalankan (motokar dll);

kandaran kenaikan, kenderaan;

pengandar orang yg menjalankan (motokar dll).

kandas = terkandas;

mengandaskan menjadikan kandas (tidak berjaya, gagal);

terkandas 1. terlanggar sesuatu (spt dasar laut atau sungai, beting, batu karang dll) dan seringkali tidak dapat bergerak lagi: kalau ada beting di pintu pelabuhan, tentulah kapal-kapal besar akan ~; 2. ki tersekat di pertengahan jalan (tidak berkesudahan dgn kejayaan, kebahagiaan, dsb), terbantut, gagal (tidak dapat diteruskan): banyak kanak-kanak yg ~ dlm pelajaran; rancangan dan usahanya ~ di tengah jalan;

kekandasan perihal terkandas.

kandau sj binatang mamalia (rupa bentuknya spt kera) yg hidupnya di atas pokok dan boleh melayang, kubung, Cynocephalus spp.

kandel Jw 1. tebal; 2. ki banyak (wang).

kandela (kandéla) (Fiz) unit SI bagi keamatan cahaya.

kandi I 1. Jw = kandi-kandi sj pundi-pundi; 2. Kl kampit atau beg drpd kain.

kandi II; ~ putih sj bunga.

kandidat bp 1. calon, bakal; 2. peserta dlm ujian dsb;

mengandidatkan mencalonkan.

kandil lampu, pelita, kaki lilin.

kandis I sj tumbuhan (pokok yg masam buahnya) dlm famili Guttiferae, asam gelugur, lulai, manggis hutan, bebata (Sabah), sikop (Sarawak), Garcinia spp.; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Garcinia nervosa.

kandis II ark manis.

kandul ark 1. sj bakul (keranjang); 2. kaki jala.

kandung 1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa;

~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari);

berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil;

mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti;

mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamilkan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga;

terkandung dikandung, terdapat atau termuat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya;

kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm sesuatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3.

kanduri  kenduri.

kandut Jw kandung.

kang I singkatan bagi kakang.

kang II kep kekang; tali ~ tali kekang (tali utk mengarahkan atau mengendalikan jalan kuda);

berkang dikekang.

kang III sj tempayan yg besar mulutnya.

kangar; lang ~ sj burung helang yg besar.

kangen Jw ark rindu, ingin sangat (supaya) bertemu: kerana disuruhlah saya datang ke sini, di samping sudah ~.

kanggaru sj binatang maun yg terdapat di Australia yg mempunyai dua kaki belakang yg panjang dan bergerak dgn melompat, Macropus spp.

kangjeng Jw paduka tuan (gelaran kpd orang yg berkedudukan tinggi).

kangka ladang gambir; pangkalan ~ pangkalan tempat menghimpun gambir utk diangkut (dimuatkan) ke dlm perahu.

kangkang I 1. = celah ~ celah di antara dua pangkal paha, kelangkang; 2. ruang (yg luas) atau jarak di antara kaki kiri dan kanan yg terbuka luas (tidak dirapatkan): lunjurkan kaki kanan ke bawah ~ lawan; 3. bahagian seluar di antara dua paha pd bawah punggung, pesak; ~ kera = se~ kera ki (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas;

mengangkang 1. berdiri (berjalan, duduk, berbaring) dgn kaki terbuka luas; 2. dgn kaki terbuka luas (ketika berdiri, duduk, dll): duduk ~ di kerusi;

mengangkangi berdiri dgn mengangkang di atas sesuatu;

mengangkangkan membuka (kedua-dua belah kaki, pintu, dll) luas-luas;

terkangkang terbuka luas (kedua-dua belah kaki, pintu, dll): dia duduk ~ di atas tong susu; pintu itu dibiarkannya ~.

kangkang II Jk; mengangkangi menguasai (mengambil) milik orang dgn tidak sah.

kangkung I sj tumbuhan (herba yg hidup di air dan dibuat sayur), Ipomoea reptans;

~ bulu sj tumbuhan (herba yg melilit), selepat tungau, Ipomoea triloba; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat) akar cabang limah, akar papan, Vitis lanceolata; (akar) ~ laut sj tumbuhan (pokok memanjat) keledek hutan, akar lanar, Ipomoea digitata; ~ puteri sj tumbuhan (herba air) akar keman hantu, keman gajah, Neptunia prostrata;

merayap-rayap spt ~ di ulak jamban prb a) cepat bertambah besar (kanak-kanak dll); b) cepat berkembang biak.

kangkung II sj katak yg besar.

kangmas Jw, bp abang, kakanda.

kangsa 1. perunggu; 2. Mn tin; gangsa I.

kangsar I sj tumbuhan (pokok), bebaru, cung kuman, kapas-kapas, tutuk, tutur, Hibiscus floccosus.

kangsar II; belalang ~ sj keridik.

kangsin C pengacau, penghasut.

kani; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar meranang, akar toko takal, ara lumut, Croton caudatum.

kaniaya Jw ark aniaya.

kanibal 1. manusia yg memakan daging manusia; 2. binatang yg memakan jenisnya sendiri.

kanibalisme 1. amalan (tabiat, perbuatan) manusia memakan daging manusia: mereka juga dikatakan suka berpindah-randah dan mengamalkan cara hidup ~; 2. kekejaman yg tidak berperikemanusiaan.

kanigara ark sj tumbuhan (herba dan bunganya), bunga matahari, Helianthus annuus.

kanin (Bio) berkaitan dgn anjing: spesies ~.

kanisah Ar ark tempat sembahyang orang Yahudi dan Kristian.

kanister 1. bekas drpd logam berbentuk silinder yg berisi bahan letupan atau gas pemedih mata yg meletup apabila dilemparkan atau ditembakkan dr senapang; 2. bp bekas kecil (biasanya drpd logam) utk mengisi bahan-bahan kering spt teh dan kopi.

kanjal terbantut (kerana tersekat dll).

kanjang; berkanjang bertekun dan bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu).

kanjar; berkanjar-kanjar, terkanjar-kanjar sl melawan, mengamuk: terlalu gempar hulubalang pendekar terkanjar-kanjar.

kanjen kangjeng.

kanji I 1. = air ~ air drpd nasi yg mendidih; 2. bubur nasi; 3. campuran air dan bahan pelekat (spt tepung sagu atau tepung ubi) utk mengeraskan pakaian, tajin; 4. (Bio) sj bahan yg terbina drpd unit-unit glukosa, dan banyak tersimpan dlm tisu tumbuhan; ~haiwan glikogen; ~ kayu sj kanji yg terdapat dlm kayu dan berfungsi sebagai bahan makanan simpanan utk pertumbuhan pokok;

berkanji 1. ada kanjinya, mempunyai kanji: tepung gandum ialah makanan yg ~; 2. keras dgn kanji (bkn pakaian): berseluar bersih yg ~;

menganji mengeraskan pakaian dll dgn kanji.

kanji II; (baju) ~ perak baju dalam (lelaki), singlet.

kanji III sistem tulisan Jepun yg berdasarkan aksara Cina yg dipinjam atau yg diubahsuai.

kanjus I Id penjara, lokap.

kanjus II gajus.

kanker (Bio) 1. sj penyakit kulat yg merosakkan kayu pokok dan tumbuhan; 2. sj penyakit kudis yg menyerang telinga binatang, terutamanya kucing dan anjing.

kano sj perahu yg ringan, panjang dan sempit, runcing di haluan dan buritannya, dan digerakkan dgn menggunakan dayung;

berkano menaiki (berlumba, mengayuh dsb) kano: salah satu aktiviti perkhemahan yg menyeronokkan peserta ialah ~ di sungai itu.

kanon I gubahan muzik utk dua atau lebih bahagian suara yg melodinya diulangi oleh suara yg masuk berturut-turut.

kanon II meriam.

kanopi 1. sj langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu; 2. bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg paling tinggi yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan mengurangkan potensi hakisan; 3. khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb.

kanser I penyakit barah.

Kanser II lambang keempat dlm zodiak, yg berlambangkan ketam.

kanta kepingan lut sinar spt kaca dan plastik yg salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung, yg digunakan utk menukar tumpuan alur cahaya, misalnya cermin mata utk memulihkan penglihatan;

~ cekung kanta yg tebal tepinya (tengahnya lebih nipis); ~ cembung kanta yg tebal di tengah-tengah; ~ dekat kanta (pd teropong) yg paling dekat dgn mata; ~ jauh kanta (pd teropong) yg paling jauh dr mata; ~ kumpuan = ~ majmuk gabungan beberapa kanta yg berlainan; ~ lekap kanta sentuh; ~ mata kanta pd alat optik spt mikroskop dan teleskop yg membolehkan seseorang melihat objek yg diteropong dgn jelas; ~ pembesar kanta yg membuat benda yg dilihat kelihatan besar; ~ sentuh = ~ sesentuh kanta yg kecil tipis yg dilekapkan pd permukaan mata utk menjadikan penglihatan lebih jelas; ~ tangan kanta pembesar yg bertangkai; ~ zum kanta kamera yg dapat dilaraskan supaya objek yg hendak diambil gambar fotonya kelihatan besar atau kecil; tumpuan ~ titik tempat sinar cahaya bertemu sesudah melalui kanta, titik fokus.

kantan sj tumbuhan (herba yg bunganya dibuat kerabu, gulai, dll), Phaeomeria speciosa; ~ hutan sj tumbuhan (herba), pokok gingin, tepus putih, Languas javanica.

kantang kering (kuala sungai dll apabila air surut).

kantata (Muz) sebuah gubahan muzik yg pendek yg dinyanyikan oleh penyanyi solo dan koir dgn iringan orkestra.

kanti ark Jw kawan, teman.

kantih (Sunda) sj benang tenun; antih.

kantil I; kontal-~; kontal.

kantil II Jw ark bunga cempaka putih.

kantin tempat makan dan minum di sekolah, pejabat, dll.

kanto (Sas) satu bahagian drpd puisi yg panjang.

Kantonis suku kaum Cina yg berasal dr bandar Kanton atau daerah Kwangtung di China.

kantonmen (kantonmén) binaan sementara atau khemah utk tempat tinggal askar.

kantor Id pejabat;

~ bank pejabat bank; ~ besar ibu pejabat; ~ cetak tempat cetak-mencetak, percetakan; ~ kawat pejabat telekom; ~ pajak pejabat yg menguruskan cukai; ~ polisi pejabat polis;

berkantor membuka atau mempunyai kantor (di), berpejabat (di): Sudirun sendiri memegang pimpinan umum yg ~ sama-sama satu kamar dgn Daud.

kantu kaku.

kantuk rasa hendak tidur: ia mencuba menghilangkan ~ utk menghabiskan kerja;

mengantuk berasa hendak tidur: ia ~ benar kerana hari sudah larut malam; orang ~ disorongkan bantal prb mendapat sesuatu yg sangat-sangat dikehendaki (diingini);

terkantuk mengantuk dgn tiba-tiba.

kantung 1. saku, kocek; 2. pundi-pundi, kampit: sebuah ~ kain tersangkut di bahunya; ~ kemaluan = ~ pelir pundi-pundi buah pelir; ~ nasi Jk perut besar; daerah ~ daerah yg menyisip di dlm daerah lain;

berkantung mempunyai kantung (pundi-pundi);

mengantungkan memasukkan ke dlm kantung (saku): dgn sehelai kertas kerja, satu jumlah yg besar bernilai beratus ribu sudah dapat dikantungkan.

kanun undang-undang, hukum, peraturan;

~ adat hukum adat; ~ jenayah kanun keseksaan; ~ keseksaan undang-undang yg termaktub berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya;

berkanun ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu: organisasi itu merupakan sebuah badan ~;

mengkanunkan menjadikan undang-undang, mewujudkan (mengiktiraf dsb) menerusi penggubalan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yg tunggal;

terkanun termaktub dlm undang-undang, telah dijadikan undang-undang;

pengkanunan perihal (tindakan, proses, dsb) mengkanunkan.

kanvas 1. sj kain yg tebal dan kuat (digunakan utk khemah dll), kain terpal; 2. sj kain yg tebal digunakan utk melukis (terutamanya lukisan cat minyak).

kanyiar Kd (seseorang) mentah, tidak matang: awak tu ~ lagi.

kanyon ngarai.

kanyor Ph malu; senyum ~ senyum malu.

kaok Jk; berkaok-kaok berteriak-teriak, berseru-seru, memekik-mekik;

mengaoki memanggil dgn memekik, meneriak.

kaolin tanah liat halus yg berwarna putih (putih kekuningan atau kekelabuan) yg digunakan utk membuat tembikar, dlm perubatan, dll.

kaolinit (Kim) mineral yg merupakan juzuk utama kaolin.

kaos kaus.

kap I ark; tali ~ tali di kapal, tali bosa.

kap II IB 1. tudung (lampu dll); 2. bumbung (motokar dll), tenda.

kap III bp piala.

kap IV sj ikan darat, Cyprinus carpio;

~ hitam, Mystacoleucus marginatus; ~ kepala besar, Aristichthys nobilis; ~ lumpur, Cirrhina molitorella; ~ perak, Hypophthalmichthys molitrix; ~ rumput, Ctenopharyngodon idellus.

kap V bp kaf.

kapa I; terkapa-kapa kebingungan: apabila Lahuma meninggal, ~lah Jeha kehilangan tempat bergantung.

kapa II huruf kesepuluh dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

kapah; terkapah-kapah 1. termengah-mengah, terngap-ngap; 2. menggeletar ketakutan.

kapai; terkapai-kapai 1. bergerak-gerak seolah-olah hendak memegang (menggapai dll) sesuatu (bkn tangan atau kaki): jurumudi itu terlentang ~ berlumuran darah; 2. ki putus asa dan kebingungan (meminta pertolongan dll); gabai II.

kapak I alat drpd bilah besi yg tajam dan bertangkai kayu (utk menebang pokok, membelah kayu, dll);

~ ais sj alat spt kapak yg digunakan oleh pendaki gunung utk menakik ais bagi membuat tempat berpijak dan tempat berpaut; ~ bungkus Kl = ~ siam kapak kecil (utk mengatuk orang);

~ menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk; bagai ~ naik pemidangan (peminangan) prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat; di mana ~ jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan; habis ~ berganti beliung prb sangat rajin bekerja; spt ~ menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja;

berkapak 1. bergaduh dgn menggunakan kapak utk mencederakan lawan: mereka ~ berparang berebutkan tanah sekangkang kera itu; 2. telah dikapak: beberapa tual batang getah itu sudah ~ dan dijemur utk dibuat kayu api;

mengapak memotong atau membelah dgn kapak;

pengapak 1. orang yg mengapak: dia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; 2. sesuatu yg digunakan utk mengapak: asal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk.

kapak II Mn kepak, sayap;

berkapak; tidak ~ ki tidak berdaya upaya (tidak mempunyai apa-apa alat).

kapak III sj ikan laut, gedabang, Mene maculata.

kapa-kapa atap perahu (drpd daun nipah dll), kajang perahu.

kapal I bahtera atau perahu besar yg ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera);

~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkas kapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk mendalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengandungi bijih; ~ kontena kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandu kapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayar Id sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburu kapal perang kecil yg laju; ~ pemecah ais sj kapal yg digunakan utk memecahkan ais di kawasan perairan yg sejuk utk memudahkan pelayaran; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk api kapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; ~ udara sj kapal berbentuk belon lonjong yg dapat terbang di udara dgn menggunakan gas ringan;

~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~ prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg mengarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak bertambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin