K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə6/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42

berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~;

berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu;

mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal;

perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal;

pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura.

kapal II kulit yg menjadi keras (di kaki dll), belulang;

kapalan berbelulang.

kapan I kain pembungkus mayat (biasanya kain putih); hantu ~ hantu yg berbungkus;

berkapan berbungkus (dgn kain kapan): mayat itu ~ kain putih;

mengapan ark mendermakan kapan kpd orang yg kematian;

mengapani membungkus mayat: bagi orang Islam, wajibnya mayat dikapani;

mengapankan 1. membungkus mayat utk orang lain; 2. menggunakan sesuatu utk membungkus mayat, mengapani dgn sesuatu.

kapan II Jw 1. bila, bila mana: ~ lagi kita pergi ke sana; aku berbicara ~ saja dan di mana saja; 2. bukankah: mengapa ditagih lagi, ~ sudah dibayar;

kapan-kapan bila-bila masa saja, sewaktu-waktu, sebarang waktu: ~ boleh datang kerumah saya.

kapang I sj siput yg melekat pd kayu dan makan kayu di air; kampang.

kapang II Mn; berkapang bercendawan, berlapuk.

kapang III; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), kepayang akar, Enkleia malaccensis.

kapangan Jk; bulan (matahari) ~ gerhana bulan (matahari).

kapar I kayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya;

salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian;

berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~;

mengaparkan menyerak-nyerakkan, menabur-naburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai;

terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput;

kaparan barang-barang (sampah dll) yg berkaparan di air.

kapar II ark; kaparan belakang (bahagian yg tidak tajam): ~ parang (pedang) belakang parang (pedang); spt kerbau menanduk anak dgn ~ tanduk bukan dgn hujung prb marah bapa akan anaknya tidak sampai membahayakan.

kapas I 1. sj tumbuhan (pokok renek yg buahnya mengandungi serat utk dibuat benang), Gossypium spp.; pokok ~ bulan sj tumbuhan (pokok), medang ketanahan, kerabu, Xanthophyllum rufum; 2. sj kabu-kabu (kapuk) drpd buah kapas yg dibuat benang dll; benang (kain) ~ benang (kain) yg dibuat drpd kapas;

spt ~ yg dibusur prb putih bersih (amat putih); untung bagai untung ~ prb perihal orang yg banyak tanggungannya;

kapas II; ~ sungai = kapas-kapas, kekapas sj ikan laut, Gerres abbreviatus; ~ laut sj ikan laut, mentimah, Gerres punctatus.

kapas III; burung ~ sj burung, kuang-kuit, murai batu, selancang, Lalage nigra.

kapasitans (Fiz) nisbah cas pd salah satu konduktor sesuatu kapasitor terhadap beza keupayaan antara konduktor-konduktor itu.

kapasiti 1. kemampuan (kebolehan) membuat sesuatu, kekuatan (mesin dll); 2. kemampuan memuat sesuatu, muatan, isi padu.

kapasitor (Fiz) peranti yg dapat menyimpan cas elektrik, mewujudkan kapasitans di dlm litar, menahan pengaliran arus terus dan membolehkan pengaliran arus ulang-alik.

kapas-kapas sj tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru, Hibiscus floccosus.

kapcai bp motosikal berkuasa rendah yg murah harganya: kalau tak mampu, pakailah ~!

kapel (kapél) IB sj gereja kecil (di asrama dll).

kaper I Jk sj kupu-kupu kecil yg terbang malam.

kaper II; ikan ~ sj ikan spt ikan tambera.

kapi takal atau kerek (bagi menaikkan layar dll); pecah ~ putus suai prb a) sesuatu yg tidak dapat dibaiki lagi; b) menderita yg amat sangat.

kapik; kopak-~; kopak.

kapilari (Bio) salur darah yg halus-halus (yg membentuk jaringan dlm tisu).

kapiran Jw tidak terpelihara, terlantar, terbiar, tidak beroleh apa-apa, sia-sia.

kapis sj binatang berkerang, Pecten spp.

kapista jahat.

kapit sl pengiring, pembantu: siapa yg akan menjadi ~ patik jikalau tiada ia;

berkapit ada kapitnya, berpengiring, berpembantu: marilah sertai hamba duduk kerana hamba tiada ~;

mengapit 1. menekan drpd kedua-dua belah sisi, menghimpit: nasi itu dikapit dgn dua keping papan supaya padat; 2. mengiringi: ~ pengantin;

mengapitkan menjadikan tersepit (terhimpit);

terkapit terhimpit, tersepit: benda itu ~ di celah kayu;

kapitan 1. alat utk mengapit (memerah), apitan: air tebu yg mengalir dr ~; 2. kapit;

pengapit pengiring, ajutan; ~ pengantin pengiring pengantin.

kapital modal: ~ asing diperlukan utk pembangunan negara.

kapitalis 1. orang (golongan) yg mempunyai modal (utk pelaburan dlm perniagaan, perusahaan, dsb); faham ~ kapitalisme; negara ~ negara yg menganut (berasaskan) kapitalisme; 2. orang yg menyokong kapitalisme.

kapitalisme sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan.

kapitalistik menyokong (mengamalkan) kapitalisme: negara-negara ~.

kapitan ark ketua kaum atau kumpulan orang Cina (yg tinggal di sesebuah bandar dll).

kapitulasi IB pengakuan kalah (dlm perang), penyerahan diri;

berkapitulasi menyerah kalah, menyerah diri.

kaplok Jk; ~ dada bertepuk dada.

kapok Jw jera (tidak mahu melakukan lagi), serik;

mengapokkan menghukum dsb supaya serik atau jera.

kapol Id, bp buah pelaga, kepulaga.

kapri sj kacang kara.

Kaprikorn lambang kesepuluh dlm zodiak, yg berlambangkan kambing berekor ikan.

kapstok IB, bp penyangkut baju (topi dll).

kapsul kelongsong kecil (biasanya diperbuat drpd gelatin) yg berisi dos ubat: ia diberi oleh doktor beberapa butir ~ berwarna kuning; ditelannya tiga butir ~ minyak ikan.

kapsyen keterangan gambar, lukisan, rajah, dll: pd umumnya, ~ hendaklah dicetak di sebelah bawah gambar atau ilustrasi yg berkenaan.

Kapt. kep kapten; ~ Nordin.

kapten 1. (pangkat) pegawai bertauliah dlm tentera darat dan tentera udara yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd leftenan dan setingkat lebih rendah drpd mejar; 2. (pangkat) pegawai bertauliah kanan dlm tentera laut yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd komander dan setingkat lebih rendah drpd laksamana pertama (setaraf dgn kolonel dlm tentera darat dan tentera udara); 3. juruterbang kanan yg bertanggungjawab mengendalikan operasi sesebuah pesawat terbang awam; 4 = ~ kapal orang yg mengendalikan operasi kapal dagang atau kapal penumpang, nakhoda kapal; 5 orang yg mengetuai sesuatu pasukan permainan (spt bola sepak, hoki dsb), ketua pasukan; 6. orang yg diberi kuasa memimpin sesebuah pertubuhan, kumpulan dsb: pengurus merupakan ~ dlm sesebuah firma.

kapucino sj minuman kopi yg berasal dr Itali, dgn krimnya berbusa dan biasanya ditaburi serbuk coklat.

kapuh Kl; mengapuh menyatukan, mencantum, menyambung.

kapuk I 1. sj tumbuhan (pokok), kabu-kabu, Ceiba pentandra; 2. kabu-kabu (utk pengisi tilam, bantal, dsb).

kapuk II; berkapuk berpeluk, berdakap: para pegawai bersenjata panjang pendek tersandang di bahu dan ~ di rusuk;

mengapuk memeluk, mendakap: kedua-dua tangan yg bersarung putih itu ~ senapang; bantal dikapuk ke dadanya, sambil tersenyum nakal.

kapuk III Mn kepuk, jelapang.

kapu-kapu sj tumbuhan (terapung-apung dlm air), apon-apon kiambang, Pistia stratiotes.

kapung; terkapung-kapung terapung-apung; apung.

kapur l 1. benda putih yg diperoleh drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, mengecat rumah, dll); 2. = ~ tulis = ~ belanda Id kapur utk menulis di papan hitam;

~ barus sj benda yg rangsang baunya (diperoleh drpd pokok Dryobalanops aromatica atau Cinnamomum camphora, atau dibuat dgn kaedah atau proses kimia); ~ hidup = ~ kuripan = ~ mentah = ~ tohor kapur yg belum dicampur dgn air, kalsium oksida; ~ masak kapur mati yg dicampur dgn pasir dan air; ~ mati = ~ kaustik kapur yg sudah bercampur dgn air, kalsium hidroksida; ~ paris sj serbuk putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb, plaster paris; ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih; ~ tohor nama lain utk kalsium oksida;

bagai kunyit dgn ~ prb perbuatan yg lekas menjadi (serasi sekali); spt ~ di hujung telunjuk prb perihal seseorang yg tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat menolong saudara mara dlm kesusahan;

sekapur; sirih ~ sirih lengkap dgn kapur dan kawannya (pinang, gambir, dll); ~ sirih sekejap (sebentar);

berkapur mengandungi kapur; tanah ~ tanah yg mengandungi kapur;

mengapur 1. menyapu dgn kapur, memberi berkapur: ~ sirih; 2. = mengapuri menjadikan putih dgn kapur, menyapu kapur (pd dinding dll): masjid-masjid dan surau-surau dicat dan dikapur;

mengapurkan menyediakan sirih lengkap dgn kapur dll (utk dimakan): Tuan Putera Dayang Seri Jawa pun ~ sirih;

pengapuran perbuatan mengapur atau mengapuri (dinding dll);

pekapuran 1. = pekapur bekas (tempat) kapur; 2. tempat membakar kapur.

kapur II 1. = pokok ~ barus sj tumbuhan (pokok), Dryobalanops aromatica; 2. sj tumbuhan (pokok) keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia; ~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, tahi angin, Usnea spp.

kar I Id sj kereta; kahar I.

kar II Id, bp peta.

kara I; kacang ~ = kara-kara sj tumbuhan (herba dan buahnya), kacang kedelai, Dolichos lablab.

kara II; sebatang ~ seorang diri (tidak ada saudara-mara).

kara III; udang ~ sj udang laut yg besar dan berkulit keras, udang mengkara.

karabin IB sj senapang yg pendek larasnya, karbin.

karaf IB bekas air minum.

karah bintik (selaput, kotoran) pd gigi (kulit dll); buluh ~ sj buluh betung;

berkarah berbintik, berselaput, berdaki.

karak I Kl suluh (drpd daun kelapa dll), andang.

karak II Tr tempat benang loseng diikatkan.

karakter 1. sifat (ciri) perwatakan yg membezakan seseorang drpd yg lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, mis a ialah satu karakter, aksara.

karal Kl; mengaral menarik: layang-layang itu dikaral turun.

karam 1. tenggelam (perahu dll): sebelum ~, barang-barang dlm kapal itu dapat diselamatkan; 2. digenangi (air): kampung itu ~ oleh air bah;

~ berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum; ~ di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatutnya); ~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara; ~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta; ~ Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi; ~ sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai (dikasihi); ~ tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebab-sebabnya; orang ~ di laut, aku ~ di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya; telah ~ maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menyesal);

mengaram turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikan prb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar;

mengaramkan 1. menenggelamkan (perahu dll); 2. ki membencanakan, mencelakakan;

kekaraman 1. mengalami bencana yg mengakibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam.

karamel (karamél) gula hangus yg digunakan sbg pewarna dan perasa makanan.

karan = ~ elektrik arus elektrik;

berkaran 1. mengeritingkan rambut dgn elektrik: ~ rambut; 2. keriting atau ikal (rambut) kerana dikeritingkan dgn elektrik: rambutnya panjang dan tidak ~;

mengaran mengeritingkan rambut seseorang dgn elektrik.

karang I 1. sj batu kapur yg terjadi drpd bahan-bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; 2. timbunan batu kapur: batu ~; bunga ~ sj karang lembut yg dapat digunakan utk menggosok badan dll, span; penyakit ~ (karang-karang, karangan) penyakit pd saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yg membatu; tinjau ~ anjung di perahu utk meninjau kalau-kalau ada karang; tulang ~ Id tulang yg rupanya spt karang;

berkarang 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penyakit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai;

terkarang ark terlanggar pd karang;

karangan = perkarangan batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya;

karang-karangan berbagai-bagai karang.

karang II sunting, gubahan (bunga dll);

berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~;

mengarang 1. menyusun dsb (bunga, permata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), mencipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan;

karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang;

mengarangkan mengarang utk seseorang;

terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15;

karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. rekaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda;

kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan;

pengarang 1. tali (benang dll) utk mengarang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan);

~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati.

karang III pd waktu yg akan datang, tidak lama lagi, nanti, kelak: ~ barulah tahu; malam ~ malam nanti.

karang IV; pekarangan 1. halaman rumah: duduk di muka ~ rumahnya; 2. tanah kampung: kalau ada ~nya kita dirikan rumah-rumah

petak kecil.

karang V = karangan sl tempat tinggal (kediaman): mereka pergi ke karangan Singa Padu tempat kediaman Panji Semirang.

karang VI ark kerang.

karang VII Jk; ilmu ~ ilmu kebal.

karang VIII; sebatang ~ ark sebatang kara.

karang-karang sj tumbuhan (herba), bunga kekarang, lidah jin, Hedyotis philippensis; ~ sepat sj tumbuhan (pokok) katung-katung, keranji kepoyang, Cynometra polyandra; bunga ~ sj tumbuhan (herba), Dentella repensa.

karantina IBkuarantin.

karaoke (karaoké) satu bentuk hiburan yg membolehkan individu (kumpulan) menyanyikan lagu terpilih (di khalayak tertentu) dgn iringan muzik yg sedia terakam dlm alat audio visual;

berkaraoke bernyanyi dgn cara karaoke: pd malam itu kami ~ dgn beberapa orang teman.

karap sj ikat pd alat tenun, suri.

karapas (Bio) kulit keras atau bahagian bertulang yg menutupi badan haiwan (spt bahagian belakang penyu atau kura-kura).

karar Ar 1. tenang, tenteram: negeri Melaka pun ~lah pd zaman Laksamana menjadi hulubalang itu; 2. tetap (berada di): maka ~lah Sang Sepurba menjadi raja.

karas I = kuih ~ sj kuih yg diperbuat drpd tepung beras, karas-karas, kekaras.

karas II = kekaras sj tumbuhan (pokok), kayu gaharu, tengkaras, Aquilaria malaccensis.

karas-karas sj kuih yg dibuat drpd tepung beras, karas, kekaras.

karat I selaput perang kemerah-merahan yg terbentuk pd besi oleh tindakan udara dan air: ~ besi; dimakan ~ berselaput dgn karat (rosak oleh karat); ~ hati ki perasaan jahat;

berkarat 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaannya);

mengaratkan menyebabkan (menjadi) berkarat;

karatan Jk 1. apa-apa yg telah berkarat (lama, tua); 2. ki a) buruk, lama, tua; b) jahat;

pengaratan proses yg menyebabkan (menjadi) berkarat.

karat II 1. ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat); emas 20 ~ emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian; 2. unit berat bagi berlian, intan, mutiara; 3. ki mutu, nilai, kaliber (bkn orang).

karat III Kl; mengarat mengangkat.

karat IV; ~ besi sj tumbuhan (pokok renek), tampang (tampung) besi, Calicarpa longifolia.

karate (karaté) seni mempertahankan diri orang Jepun yg menggunakan tangan, kaki, siku, dan lutut sbg senjata.

karakter (karaktér) 1. sifat (ciri) perwatakan yg membezakan seseorang dgn yg lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, mis a ialah satu karakter.

karau; berkarau berkacau, bercampur baur, sedang mengaduk;

mengarau mengacau supaya bercampur baur;

pengarau peranti elektronik yg dapat mengganggu atau mengubah mesej telefon, bunyi radio dsb.

karavan kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian dsb, biasanya ditarik oleh kenderaan bermotor lain.

karbaid bp karbida; lampu ~ lampu yg dinyalakan dgn karbida.

karbida (Kim) sebatian tak organik drpd karbon dgn unsur yg lebih elektropositif: kalsium ~.

karbin sj raifal automatik yg ringan.

karbohidrat 1. sebatian organik (berupa unsur oksigen, hidrogen, dan karbon) yg terdapat semula jadi pd tumbuhan; 2. zat makanan (berupa gula dan kanji) yg memberi sumber tenaga kpd benda hidup (yg boleh menggemukkan badan jika diambil berlebihan);

berkarbohidrat mengandungi karbohidrat.

karboksil (Kim) mengandungi atau terdiri drpd –COOH: kumpulan ~.

karbol Id karbolik;

dikarbol 1. disiram dgn karbol; 2. bp dimaki hamun (dicaci) cukup-cukup.

karbolik (Kim); asid ~ asid yg digunakan utk membunuh kuman dll.

karbon (Kim) sj unsur bukan logam yg wujud semula jadi dlm bentuk intan, grafit, arang, arang batu, jelaga, dll;

~ dioksida sj gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dlm alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dll (terdapat sebanyak 0.03% dlm atmosfera); ~ monoksida sj gas yg tidak berwarna dan sangat beracun; ~ teraktif bentuk karbon yg berupaya menyerap gas, wap, atau pepejal koloid dgn banyaknya kerana struktur dalamannya mempunyai banyak liang; ~ tetraklorida cecair yg tidak berwarna, beracun, dan digunakan sbg pelarut dll; kertas ~ kertas berlapis bahan karbon utk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip);

mengkarbonkan 1. menukarkan sesuatu menjadi karbon dgn cara pembakaran, proses kimia dsb; 2. menyalut sesuatu dgn karbon;

pengkarbonan proses mengkarbonkan.

karbonat (Kim) sj garam drpd asid karbonik.

karboniferus (Kim) mengeluarkan (menghasilkan) batu arang atau karbon: batuan ~.

karbonik (Kim) mengandungi karbon; asid ~ asid lemak yg terbentuk apabila karbon dioksida dilarutkan dlm air.

karbonil; kumpulan ~ (Kim) kumpulan C=O yg terdapat dlm sebatian spt keton, gula dan asid organik.

karbunkel (Ubat) pekung.

karburetor (karburétor) alat tempat udara bercampur dgn wap minyak petrol utk menjadi bahan peletup pd enjin kereta dll.

karcis Id tiket (wayang, bas, dll);

~ masuk Id tiket utk masuk menonton wayang dll; ~ nama Id kad nama; ~ tampel Id, bp surat kecil tanda membayar sewa pasar (upah penjaga sepeda dll).

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin