kareseh (karéséh); ~-peseh Mn bercakap bahasa Belanda; keleseh.
karet (karét) Id 1. getah: ban mobil yg dibuat drpd ~; pohon ~ pokok getah; ~ alam getah asli: 2. bp tidak pasti, dapat dipanjangkan atau dipendekkan; jam ~ jam yg tidak betul (jalannya selalu terlambat).
kargo barang-barang yg dibawa (diangkut) oleh kapal laut (kapal terbang atau kenderaan lain).
kari I gulai daging, ikan, dll yg dimasak dgn rempah.
kari II Jw ark baki, sisa, tinggalan.
kariah Ar kawasan yg didiami oleh penduduk yg berkongsi masjid atau surau.
karib1. dekat (hubungan kekeluargaan); ~ (dan) baid dekat dan jauh (sanak saudara); ~ kerabat saudara-mara yg dekat; 2. rapat, erat (persahabatan dll): kawan ~ kawan yg rapat;
berkarib bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya: ia ~ benar dgn Mak Guna yg bijak itu;
mengaribi bersahabat baik dgn, mendekati;
mengaribkan merapatkan atau mengeratkan (persahabatan, persaudaraan, dll);
kekariban1. perihal persaudaraan atau hubungan kekeluargaan; 2. perihal erat atau rapat (perhubungan, persahabatan), keeratan (perhubungan, persahabatan).
karibu sj rusa besar yg terdapat di kawasan Artik Amerika Utara, Rangifer tarandus.
karier kerja atau profesion yg menjadi kegiatan berpanjangan seseorang dlm hidupnya, kerjaya: bidang penterjemahan itu sendiri dapat dijadikan ~.
karies (karis) kerosakan atau keadaan busuk pd gigi dan tulang.
karikatur gambar, ajukan suara, perangai, dll seseorang yg menekankan ciri-ciri tertentu utk berjenaka.
karil sj arnab.
karim I Ar murah hati.
karim II sj ikan darat, Trichopsis vittatus.
karing sj ikan darat, kawan, Labeobarbus tambra;garing.
kariogram (Bio) gambar rajah atau gambar foto kromosom sel yg tersusun secara berpasangan dlm urutan tertentu.
karipap sj kuih yg kulitnya dibuat drpd tepung gandum dan intinya drpd ubi kentang dan daging yg bercampur rempah.
karisma kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai: heroisme ialah pemujaan terhadap seseorang tokoh, yg dianggap mempunyai kelebihan, keunggulan, ~, dan kewibawaan;
berkarisma mempunyai karisma: John diagung-agungkan oleh rakyatnya dan mereka mengira Amerika mempunyai presiden yg paling ~ dlm sejarah.
karismatik berkarisma,menunjukkan karisma.
karkas;~ ayam cakar ayam (tulisan yg buruk).
karkausarkalikausar.
karkun ark sl kerani, jurutulis.
karma1. semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia; 2. kerama, kutuk, sumpah: tak seorang pun yg terlepas drpd ~nya.
karmin (Bio) pigmen berwarna merah yg diperoleh drpd sj serangga.
karna bp kerana.
karnival 1. pesta besar-besaran biasanya disertai oleh perarakan, acara meriah, dsb; 2. pesta ria bergerak.
karnivor (Bio) haiwan (spt harimau) yg memakan daging sbg sumber makanan utamanya, maging.
karok Tr sarang labah-labah, sawang.
karol nyanyian gembira atau puji-pujian, terutamanya semasa perayaan hari Krismas, lagu hari Natal.
karom sj permainan yg menggunakan papan segi empat yg mempunyai lubang di setiap penjurunya, dan setiap pemain (biasanya terdiri drpd dua hingga empat orang) secara bergilir-gilir menjentik gundu utk menolak kepingan bulat leper masuk ke dlm lubang.
karombol Id sj permainan bola sodok.
karotena (karoténa) (Kim) sj pigmen hidrokarbon yg berwarna kuning, jingga, atau merah, dan terdapat semula jadi dlm tumbuhan, spt lobak merah, kelapa sawit, keledek, labu, dll.
karotid (Bio) salah satu drpd dua arteri utama yg membekalkan darah ke kepala dan leher.
karpel (karpél) (Bio) organ pembiakan betina tumbuhan berbunga yg terdiri drpd ovari, stil, dan stigma.
karpet (karpét) ambal, permaidani;
berkarpet berambal, berpermaidani.
karpus I sj topi (kopiah).
karpus II (Ubat) pergelangan tangan.
karsinogen (Ubat) sebarang agen yg mengakibatkan pertumbuhan kanser dlm tisu hidup (mis asbestos, benzena, dll).
karsinogenesis (karsinogénésis) (Ubat) pembentukan sel kanser drpd sel normal.
karsinogenik (karsinogénik) (Ubat) cenderung menyebabkan berlakunya kanser (bkn sesuatu bahan dsb).
kartel (kartél) persatuan antarabangsa pengeluar atau pengusaha sesuatu barangan utk menguasai pasaran (mengawal harga dsb).
kartika;bintang ~ bintang tujuh.
kartografi1. teknik atau seni melukis atau membuat peta; 2. gambar peta (carta dll): sebanyak 202 helai bahan ~ disimpan di pejabat ini.
kartogram peta yg mempunyai maklumat statistik yg berbentuk gambar rajah.
kartotek (kartoték), kartotik IB 1. pencatatan dan penyusunan dgn menggunakan kad, pengartuan; 2. kabinet tempat menyimpan kad, perkartuan.
kartrij 1. kelongsong (spt bentuk silinder) biasanya drpd logam yg berisi ubat bedil atau penabur, sarung peluru; 2. sarung berserta filem fotograf yg boleh dimasukkan terus ke dlm kamera; 3. alat yg berisi pita bermagnet (saiznya lebih besar drpd kaset) utk rakaman suara atau video; 4. bekas perisian dakwat yg boleh ditukar ganti utk pen mata bulat.
kartu Id 1. kad; 2. daun terup; main ~ main terup (berjudi dgn daun terup);
~ (tanda) anggota kad ahli; ~ besar daun terup utk permainan bridge dll; ~ kecil (ceki) daun terup utk permainan ceki; ~ pindahan kad yg dikirim utk menyatakan pertukaran alamat; ~ pos kad yg digunakan sbg surat; ~ pos gambar kartu pos yg bergambar; ~ undangan kad jemputan; dgn ~ terbuka dgn terang-terang (tidak berselindung-selindung lagi); membuka ~ menerangkan maksud dgn terang-terang;
mengartukan mencatat di atas kad;
perkartuan1. pencatatan di atas kad dan penyusunan kad mengikut abjad; 2. tempat kartu (kad);
pengartuan perihal atau perbuatan mengartukan.
kartun1.= gambar ~ lukisan yg mengisahkan sesuatu (spt hal sehari-hari, hal politik, dll) dgn cara berjenaka; 2. filem yg dibuat drpd rentetan lukisan (yg menjadi watak cerita).
kartunis orang yg kerjanya melukis kartun secara profesional.
karu Mn ark; berkaru kacau atau kusut (fikiran, hati), bercelaru;
mengaru menyela (menyampuk) orang bercakap.
karuai Br sj burung, kuang, Argusianus argus.
karuk Ph andang, suluh (drpd daun kelapa kering).
karu-karu sj tumbuhan (pokok), bangkal (paya), membatu hitam, Ctenolophon parvifolius.
karun orang yg kaya raya pd zaman Nabi Musa dan kerana keangkuhannya, terbenam ke dlm tanah bersama harta bendanya; menjadi ~ menjadi kaya-raya; harta ~ a) harta yg terpendam (tidak diketahui tuannya); b) Mn harta yg diperoleh dgn jalan haram; dapat ~ timbul = dapat harta ~ prb mendapat keuntungan besar dgn tidak bekerja susah-susah.
karung sumpit besar drpd kain yg kasar dan agak tebal;
berkarung-karung beberapa karung (sbg ukuran banyaknya sesuatu): beras diangkut orang ~.
karuniakurnia.
karut I1. = berkarut kacau, kalut, kusut (fikiran, hati, dll): fikirannya sangat ~;2. tidak benar, bohong, dusta (perkataan, berita, dll): menceritakan cerita-cerita ~; ~-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb);
mengarut1. menyebabkan karut, mengacaukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan;
kekarutan perihal karut, kekacauan (kekalutan dll): bagaimana mereka hidup dlm dunia yg penuh kekeliruan dan ~.
karut II parut.
karut III;ubi ~ ubi garut, ararut.
karya1. kerja; 2. buatan atau ciptaan (seni dll): ~ Abdul Rahim Kajai; ~ seorang pelukis; ~ eceran karya yg diterbitkan secara satu-satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku);
berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): tanpa pasaran yg memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~;
perkaryaan kegiatan berkarya: penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran;
pengkaryaan penghasilan karya, penciptaan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran;
pengkarya orang yg berkarya atau menghasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita.
karyaneka (karyanéka) agensi atau pusat pemasaran barang-barang buatan tangan.
karyawanpenghasil karya, pencipta; ~tamu tokoh karyawan (biasanya sudah bersara) dlm sesuatu bidang yg diberi penghargaan (dgn segala kemudahan) oleh badan tertentu utk melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya (spt buku, kamus, dll).
kas I IB 1. tempat menyimpan wang: ~ negara perbendaharaan negara; 2. wang yg ada tersedia (pd pertubuhan, pejabat, dll); 3. tempat utk membayar (menerima) wang: aku pergi ke bahagian ~ lalu membayar seribu.
kas II IB 1. peti kayu (utk mengisi barang-barang yg hendak dikirim); 2. bingkai dan tutup arlogi (jam saku atau jam tangan), tempat pesawat arlogi dll.
kasa I;kain ~ kain yg halus dan jarang tenunannya: kelambu biasanya dibuat drpd kain ~;~ dawai = kawat ~ Id jaringan dawai yg halus-halus lubangnya (biasanya dipakai atau dikenakan pd pintu almari makanan).
kasa II ark sl angkasa.
kasa III Id tempat membayar (menerima) wang;kas I.
kasab benang emas (perak): sulaman suji atau ~ ini begitu popular.
kasad Ar maksud, niat, tujuan: ~ saya datang ini sekadar hendak berjumpa sahaja;
mengasadkan sl memaksudkan, meniatkan: akan adat anak panah tuan hamba ini apabila tanggal drpd ibunya sudah kenalah yg dikasadkan.
kasahIkasa I.
kasah II sl sj tikar rotan, lampit.
kasah III sj tumbuhan (pokok), dlm famili Sterculiaceae, Pterygota horsfieldii.
kasai I1. sj bau-bauan yg dipakai utk mencuci rambut; 2. sj bedak basah yg wangi (utk menggosok dan mengharumkan kulit badan);
berkasai bergosok dgn menggunakan kasai.
kasai II1. sj tumbuhan (pokok), Amoora spp.;2. sj tumbuhan (pokok), asam kuang, Pometia pinnata;3. = ~ bukit sj tumbuhan (pokok) tatai, Pometia alnifolia;
~ bukit sj tumbuhan (pokok), medang berbulu, kasip bukit, redan, Aglaia cordata;~ paya sj tumbuhan (pokok), cikeh, kulim burung, pasak lingga, Aphanamixis polystachya;~ talang (sumatera) kasai bukit; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), bunga kombil, kasip hutan, kulim burung, malau, Dysoxylon excelsum.
kasai III sj ikan laut;
~ janggut sj ikan laut, Setipinna taty; ~ minyak sj ikan laut, Thryssa mystax.
kasar1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~;bulu ~;pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya;3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~;4. tidak tertib (sopan-santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ketertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~saja; jualan ~; untung ~;6. yg berwujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~;8. berat (bkn kerja dll): buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg dilakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul;
berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya;
mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu;
kasein (kaséin) (Kim) protein yg dimendakkan drpd susu dan merupakan asas keju dan plastik tertentu.
kaseinogen (kaséinogen) (Bio) protein utama dlm susu yg bertukar menjadi kasein dgn tindakan resin.
kasemekkesmak.
kasep (kasép) terlambat;kasip.
kaserin Id ark sj tumbuhan (pokok).
kaserol (kasérol) sj bekas (bertutup yg dibuat drpd kaca, tanah liat, dsb) yg tahan haba (digunakan utk memasak dan menghidangkan makanan yg dimasak).
kaset (kasét) sj alat yg mengandungi pita utk merakamkan bunyi (suara dsb) atau memperdengarkan sesuatu rakaman (dgn alat tertentu).
kasi I bp 1. beri, bagi; 2. membuat supaya;kasih III.
kasi II sl kembiri, kasim: ayam ~;
mengasi mengembiri, mengasim: kucingnya dikasi;
pengasian perbuatan (kerja) mengasi.
kasi III sj tumbuhan (pokok), cenarahan, lidah mara, pendarah, tampoi, Ouratea hookeri;bunga ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Maesa indica.
kasi-kasi sj ikan laut, Thrissocles baelama.
kasid Ar ark utusan, suruhan.
kasih I1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghargaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu;~ mesra sangat kasih (cinta);
~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaulannya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaannya;
kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan;
berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu;
berkasih-kasihan1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~;2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala;
mengasihi menaruh kasih akan (pd), menyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan~ segala rakyatnya;
kekasihan rasa cinta (sayang);
pengasihan perihal mengasihi;
berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusap-usap rambutnya;
kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya;
pengasih1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih: dicarikannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~;2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang;
perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita.
kasih II;kasihan1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula;2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi;3. sr kata utk menyatakan atau membangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya;
kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia;
mengasihani menaruh belas kasihan pd (seseorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri.
kasih III = mengasih bp 1. memberi: jangan ~ dia minum; ~ tahu memberitahu; 2. membiarkan, mengizinkan, tidak menegahkan; ~ lihat memperlihatkan; ~ turun menurunkan; 3. membuat supaya, menjadikan: ~ mati sama dia;
kasip I Jw terlambat, terlewat: jangan tunggu sampai ~.
kasip II;~ bukit sj tumbuhan (pokok), kasai bukit, medang bebulu, redan, Aglaia cordata; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), bunga kombil, kasai tembaga, Dysoxylon excelsum.
kasir I IB pemegang wang tunai.
kasir II sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beras-beras, kedondong matahari, kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii.
kasisang Br sj serangga yg merosakkan tanaman spt padi.
kasmaran = edan ~ sl mabuk (gila) berahi, jatuh cinta: ia mahasiswa yg sedang ~; kesmaran.
kasmutik Id sj minyak rambut.
kasolit (Kim) mineral yg mengandungi plumbum dan uranium.
kaspe (kaspé) IB ubi kayu, singkong.
kasrah Ar tanda bacaan huruf Arab yg menandakan bunyi /i/, baris di bawah.
kasta1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka;
berkasta mempunyai kasta, terbahagi kpd atau tergolong dlm kasta: mereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dgn lelaki yg ~ rendah;