K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə8/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   42

berkasta-kasta terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasing-asingkan;

mengkastakan membahagikan kelompok manusia mengikut kasta: apakah kau cuba utk ~ pengikut kita?

kekastaan perihal kasta: semangat ~ itu mempunyai pengaruh yg besar.

kastam 1. cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport; 2. jabatan kerajaan yg memungut cukai (atas barang-barang yg diimport atau dieksport): bapanya bekerja sbg pegawai rendah pejabat ~; pegawai ~.

kastard sj makanan drpd campuran telur, susu, gula, dsb.

kasteriakesateria.

kasti IB sj permainan dgn bola kecil yg keras dan pemukul.

kastil IB bangunan kepunyaan bangsawan (pd zaman dahulu) yg dibentengi (dikubui) utk mempertahankannya drpd serangan.

kastriakesateria.

kastroli IB sj ubat pencuci perut (dibuat drpd minyak jarak).

kasturi I; kuih ~ kuih rengas.

kasturi II kesturi.

kasual (tentang pakaian) tidak formal: Linda telah menunjukkan beberapa ciptaan pakaian ~.

kasuari = burung ~ sj burung yg tidak dapat terbang (spt burung unta), Casuarius spp.

kasur Id tilam;

jatuh di ~ prb mendapat kesenangan hidup; tidur di ~ prb berbinikan orang kaya.

kasus Id keadaan (perkara, persoalan, dsb) yg sebenarnya atau yg tertentu (khusus), keadaan (kejadian dsb) yg khusus yg ada kaitannya dgn seseorang atau sesuatu, kes.

kasut I alas kaki (spt sepatu, selipar, dll);

~ bola kasut utk bermain bola sepak; ~ but kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; ~ getah kasut drpd getah; ~ kayu terompah; ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis pd tapaknya yg dipakai utk meluncur di permukaan ais; ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk berjalan meluncur;~ rumput Id selipar (drpd anyaman rumput); ~ tumit tinggi kasut yg tinggi dan halus tumitnya (dipakai oleh wanita);

berkasut 1. mempunyai kasut: sepanjang hidupnya, ia tidak pernah ~; 2. memakai kasut: dia tidak ~ ke kedai.

kasut II; binatang ~ sj binatang (bersel satu dan berbentuk spt kasut), Paramecium spp.

kasut III; bunga ~ sj tumbuhan (herba), Paphiopedilum exul.

kaswi sj kuih drpd tepung beras atau tepung gandum dan gula yg dikukus (biasanya disalut dgn kelapa parut).

kasyaf Ar (bkn ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati;

mengkasyaf membuka hati: zikir ‘lailahaillallah’ itu ~ kalbunya.

kat bp dekat.

kata 1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’;

~ adat peribahasa yg berkaitan dgn adat; ~ akar (Lin) bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak, atau morfem terikat spt jerumus dlm terjerumus; ~ alu-aluan ucapan (kata-kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb); ~ ambilan kata yg diambil drpd bahasa asing, kata pinjaman; ~ bantu (Lin) jenis perkataan kecil yg biasanya bersambung pd kata lain (spt kah, lah, pun, dll), partikel; ~ bantu bilangan (Lin) kata yg membantu kata bilangan, penjodoh bilangan spt bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dll; ~ basi ungkapan dll yg (sudah) selalu benar digunakan; ~ benda ark = ~ nama; ~ bilangan kata yg menyatakan banyaknya benda; ~ bulat persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara; ~ dasar = ~ pokok kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll); ~ depan Id = ~ penghubung; ~ dua pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yg mengemukakan tuntutan (syarat dsb) yg mesti diterima oleh pihak lain yg terlibat dlm pertikaian (perundingan dsb) dengannya (dgn ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yg lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dll); ~ entri = ~ masukan; ~ ganti (Lin) kata yg menjadi ganti kpd kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kpd orang, haiwan atau sesuatu, misalnya dia, ia, mereka); ~ hati a) gerak hati, perasaan yg timbul dlm hati; b) angan-angan (dlm hati); ~ hikmat = ~ pujangga perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi; ~ hubung (Lin) kata yg gunanya (fungsinya) menghubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dsb), mis kerana dan supaya, sendi kata; ~ jadian = ~ terbitan; ~ keadaan ark = ~ sifat; ~ kerja (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja); ~ keterangan (Lin) kata yg menerangkan sesuatu kata; ~ laluan a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg pengenalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; ~ lawan = ~ berlawan kata yg berlawanan ertinya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); ~ majmuk (Lin) kata yg merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yg dianggap sbg satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dll); ~ masukan kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dll; ~ membazir (mubazir) kata yg tidak perlu turut digunakan kerana makna yg dimaksudkan telah jelas dlm perkataan lain; ~ nama (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas; ~ nama am (Lin) kata yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis jalan, guru dan kegemilangan; ~ nama khas (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat benda yg khusus, mis Kuala Lumpur dan Muhammad; ~ nista kata-kata yg mencerca atau mencaci (sumpah seranah); ~ orang cakap orang, khabarnya; ~ pemutus (putus, pasti) kata yg menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (spt pertunangan dll); ~ pendahuluan = ~ penghantar (pengantar) kata alu-aluan utk sesebuah buku dll, mukadimah; ~ penghubung = ~ perangkai kata hubung; ~ pinjaman kata yg telah digunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; ~ pokok = ~ dasar; ~ pujangga = ~ hikmat; ~ sambutan ucapan (kata-kata) utk mengalu-alukan kedatangan seseorang; ~ sandang kata yg bertugas utk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama spt sang, si; ~ sasulan kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yg lain yg hampir sama bunyinya; ~ seasal kata-kata dlm berbagai-bagai bahasa yg sama asalnya; ~ sebunyi (Lin) kata-kata yg sama bunyinya (sebutannya) tetapi berlainan ertinya, homofon; ~ seerti kata-kata yg sama ertinya dlm sesuatu bahasa (spt kutip dgn pungut, dll), sinonim; ~ sendi nama (Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama; ~ sepakat (sefaham) persetujuan, muafakat; ~ seru a) kata utk menyeru (memanggil dll); b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); ~ sifat (Lin) kata yg menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; ~ tambahan Id kata yg menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti; ~ terbitan kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan; ~ tugas (Lin) kata yg tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, mis dan, kepada dan ialah; ~ ulang (berulang) kata yg diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berkali-kali);

~ berjawab, gayung bersambut prb baik dibalas dgn baik dan jahat dibalas dgn jahat; ~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian = ~ biarlah kota prb janji hendaklah ditepati; ~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan prb hal seseorang boleh diputuskan dgn orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan; ~ periuk, belanga hitam prb orang yg memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga; ~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati prb orang yg suka mungkir janji; ~ yg benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan prb tidak mahu mengakui kebenaran; elok ~ dlm muafakat, buruk ~ di luar muafakat prb kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat; mengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan prb memungkiri janji dgn tiba-tiba;

sekata 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza-beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll;

katakan 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~;

berkata mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluarkan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya;

~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan;

berkata-kata bercakap-cakap, berbicara: janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya; ~ dgn lutut prb bercakap-cakap dgn orang bodoh;

mengata 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati;

mengatai, mengata-ngatai 1. mengeluarkan perkataan yg kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dll), mencaci, mencerca: orang muda itu ~ dia; dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir; 2. menegur (dlm erti mengherdik dll), memarahi; ~ adik memarahi adik;

mengatakan 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan: maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku; 2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan: maka semuanya orang itu ~ mimpinya kpd raja; ada suatu perkara penting yg hendak dikatakannya kpd kita; 3. bp menganggap (sbg), membuat kesimpulan (bahawa): kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yg kritis; binatang ini boleh dikatakan besar juga; 4. mencakapkan (utk atau sbg melahirkan pandangan dll tentang sesuatu): apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; 5. memisalkan, mengandaikan;

memperkatakan 1. melahirkan (dgn kata-kata), mempercakapkan, menceritakan: terasa senang hatinya sebab ia dapat ~ apa yg tersimpan di dlm hatinya; dan sepanjang hari itu orang ~ hal itu; 2. membincangkan, membicarakan: mereka berkumpul ~ dagangan mereka pd hari itu; ~ masalah penulisan yg serius; ~ kesusasteraan rakyat;

terkata 1. = terkata-kata dapat berkata-kata atau mengatakan sesuatu; tidak (tiada) ~ tidak dapat berkata-kata (utk menyatakan pendapat, perasaan, dll mengenai sesuatu), tidak berdaya mengatakan sesuatu: tiadalah ia terkata-kata lagi akan kelakuan Pak Pandir itu lalu ia berkemas barang-barangnya; maka adapun segala orang tiada percaya boleh dipecahkan kota Melaka itu pun terkatuplah mulutnya, tiadalah terkata-kata lagi; 2. = terkatakan dapat diceritakan (dinyatakan, diperikan), terperikan: maka orang mati pun tiada terkatakan lagi banyaknya; tiada ~ lagi bencinya baginda;

terkata-katai Mn mengigau;

perkataan 1. bunyi atau gabungan bunyi dlm sesuatu bahasa yg disebutkan atau dituliskan dsb dgn menggunakan huruf-huruf utk menyampaikan sesuatu maksud, kata: ~ bahasa Melayu dapat dieja dgn berpandukan bunyinya; ~ ‘syair’ berasal drpd bahasa Arab; 2. kumpulan kata (yg diucapkan dsb), kata(-kata): pengemis itu menolak segala ~ dan dugaan orang yg bermuka cengkung itu; dgn ~ lain dgn kata(-kata) lain; 3. sl cerita, kisah, hal: jikalau dihikayatkan semuanya, jemulah orang mendengar dia, sebab itulah maka kami pendekkan ~nya.

katabolisme (Bio) pemecahan bahan kompleks menjadi bahan ringkas dlm organisma hidup utk menghasilkan tenaga.

katabolit (Bio) bahan yg dikeluarkan hasil drpd proses katabolisme.

katah ark; terkatah-katah terguling-guling, terpelanting.

katai katik.

katak I sj binatang yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor; jenis-jenisnya: ~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra; ~ lembu (bertanduk) sj katak, Megalophrys nasata; ~ pisang sj katak, Rana erythraea; ~ puru sj katak, kodok, Bufo bufo;

~ di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya; ~ ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan; ~ hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb); alim bagai ~ tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmunya; bagaimana hari tak hujan, ~ betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi; laksana ~ , sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil; tak akan ada ~ beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai); terkilap-kilap bagai ~ disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan; tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok.

katak II Mn ark tidak panjang, pendek: baju ~; meriam ~.

katak III Mn ark lipat-lipatan kulit pd leher dll, gelambir;

berkatak-katak berlipat-lipat (bkn kulit dll), bergelambir.

katak IV; ~ udang sj tumbuhan (pokok), ketak udang, otak udang, pauh pipit, Buchanania lucida.

katakana (Lin) sistem tulisan silabik yg digunakan dlm bahasa Jepun, khususnya utk mentranskripsikan kata asing.

katalase (Bio) enzim yg memangkinkan penguraian hidrogen peroksida kpd air dan oksigen.

katalepsi (katalépsi) (Ubat) keadaan seseorang yg tidak sedar beberapa ketika dan tubuhnya kaku, mis pd pesakit skizofrenia.

katalisator IB bahan utk mempercepat tindakan kimia, mangkin.

katalog butiran senarai yg lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan tentang perinciannya; 2. senarai buku atau sumber di perpustakaan;

mengkatalogkan 1. menyenaraikan maklumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan katalog barangan yg berkenaan; 2. membuat klasifikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum;

pengkatalogan proses dsb menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dsb) dlm katalog, proses membuat katalog: sistem ~ di perpustakaan dgn penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia;

pengkatalog orang yg mengkatalogkan.

katam potong, ruas; se~ tebu seruas tebu;

mengatam memotong, mengerat: ~ dan menyiang daging; tulang kau akan dikatam-katam dan disedekahkan.

katamaran sj kapal layar yg mempunyai dua badan kapal berkembar yg selari kedudukannya.

katan Kl modal: saya tidak ada ~ hendak membuka perniagaan.

katang-katang I sj bakul empat persegi (drpd mengkuang dll).

katang-katang II sj tumbuhan (pokok menjalar), Cynometra spp.; bagai diurap dgn daun ~ prb, Mn orang yg panas hati hendak berkelahi.

katapel (katapél) ark IB 1. lastik; 2. alat utk melepaskan kapal terbang (drpd kapal induk).

katar I sj perahu layar.

katar II (Ubat) radang pada selaput hidung dan kerongkong, sakit kerongkong.

katarak sj penyakit mata yg menyebabkan kanta mata menjadi legap hingga mengaburkan pandangan.

katarsis 1. kelegaan emosi (perasaan), kelegaan drpd ketegangan dan pergolakan batin: banyak remaja yg memilih majalah ataupun buku murah yg dapat mendatangkan kepuasan estetika ataupun bahan yg mendatangkan ~; 2. (Ubat) proses pengubatan yg digunakan utk meluahkan perasaan pesakit berhubungan dgn pengalaman buruk yg terpendam dgn mengulangi pengalaman itu melalui pertuturan atau perbuatan.

kate (katé) kerdil;  katik I.

katedral gereja besar bagi daerah di bawah bidang kuasa seorang biskop.

kategis IB guru agama Kristian (Katolik).

kategori 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah pengguna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah);

mengkategorikan memasukkan ke dlm atau menentukan sbg tergolong dlm sesuatu kategori tertentu: permainan ini boleh dikategorikan sbg sukan rakyat yg amat digemari oleh rakyat;

pengkategorian proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian, penggolongan: penulis membuktikan bahawa ~ jenis-jenis itu mempunyai konsep yg tersendiri.

katek (katék) Jk ketiak;

mengateki menggelikan, menggeletek.

katel (katél) Jk sj labah-labah besar.

katelum Id ark penjuru benteng yg menganjur ke luar.

kater; pengkateran penyajian.

katerer bp jurusaji.

katering perkhidmatan penyediaan makanan, penyajian.

kates (katés) Jw buah betik.

katgut sj tali halus dan kukuh yg diperbuat drpd usus haiwan, terutamanya kuda dan bebiri, biasanya digunakan sbg tali raket, gitar, viola dsb.

kati I ukuran berat yg sama dgn 16 tahil; se~ sama berat, diuji sama merah prb sama tinggi darjatnya;

mengati menimbang dgn kati;

katian bp timbangan kati, ditimbang dgn kati.

kati II sj tumbuhan (pokok memanjat), sekati lima, Aganosma marginata.

katib Ar penulis, jurutulis, penyalin (tulisan), setiausaha: maka ~ pun segeralah menuliskan surat sebagaimana yg dimaksudkan oleh baginda.

katibin Ar (jamak bagi katib) penulis-penulis.

katifah = kain ~ kain tebal (utk selimut), ambal, permaidani.

katih I Kl, Ph, Tr 1. kaki: tangan-tangan yg nampak spt ~-~ belalang kecong; tak tih sebulan lagi, panjang ~ cepat berlari; 2. ki tinggi (bkn orang), panjang.

katih II; ~ mura sj tumbuhan (herba), rumput cengkering, rumput sebuih, rumput seri galuh, sepitam, Hedyotis glabra.

katik I kecil (tidak mahu besar), sentiasa kecil (bkn orang, ayam, dll); ayam ~ ayam yg kecil sahaja (tidak mahu besar); si ~ gelaran atau panggilan (sbg bergurau) kpd seorang yg kecil sahaja (tidak mahu besar atau tinggi).

katik II; rumput ~ belalang sj tumbuhan (rumput), rumput tulung sentadu, rumput patah siku, Paspalum orbiculare.

katik III; kotak-~; kotak II.

katil sj perabot tempat seseorang tidur atau baring, ranjang; ~ bujang katil utk seorang; ~ kelamin katil utk dua orang;

bersekatil bersama-sama di atas satu katil.

katimaha Jw sj tumbuhan (pokok yg kayunya digunakan utk membuat hulu dan sarung keris dll), temahai, timaha, timanga, ketimaha, Kleinhovia hospita.

katimumul Jw sj penyakit pd kuku (jari).

katimun Jk mentimun.

kation (Kim) ion yg bercas positif dan bergerak ke katod semasa elektrolisis.

katir kayu lempung atau buluh yg dipasang di sisi perahu (supaya jangan terbalik).

katirah Jw sj tumbuhan (daunnya merah).

katlumkatelum.

katod (Kim) elektrod negatif dlm sel elektrolisis.

Katolik mazhab agama Nasrani (yg di bawah pimpinan Paus di Rom).

katoptrik cabang ilmu optik yg berkaitan dgn pemantulan cahaya oleh cermin.

katrol IB kayu kerek, kapi, takal;

dikatrol diangkat dgn katrol.

katuk I; mengatuk Kd, Pn mengetuk (dgn pemukul).

katuk II; seluar ~ seluar dalam.

katung I; terkatung-katung 1. terapung-apung (di air): perahu Pak Kaduk pun hanyutlah ~ ke hulu ke hilir; 2. melayang-layang (di udara); 3. ki tidak pasti (bkn nasib atau kedudukan seseorang, sesuatu perkara, dll), tidak tentu apa yg akan terjadi (apa kesudahannya dsb): hampir setengah tahun lamanya, perempuan muda yg malang itu ~ tidak tentu arah.

katung II sj penyu, Dermochelys coriacea; tersenget-senget bagai ~ di bawah reba prb orang kecil yg takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin