K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə9/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   42

katung III 1. = katung-katung sj tumbuhan (pokok), belangkan, cucu ikan, kangkatung, kepoyang, keranji, kurang sepat, melangkan, mengketai, Cynometra polyandra; 2. = ~ laut sj tumbuhan (pokok) belangkan, kangkatung bukit, kangkatung laut, Cynometra ramiflora.

katung IV; baju ~ baju berlengan pendek.

katup I 1. ditutup (tertutup) rapat-rapat; 2. sesuatu yg digunakan utk menutup, tutup, tutupan;

berkatup (telah, sudah) ditutup: pintu pejabat itu sudah ~;

mengatup menutup (pintu, mulut, dll): ia naik ke rumahnya dan ~ pintu;

mengatupkan, memperkatupkan menutup sesuatu rapat-rapat, menutupkan, merapatkan: budak-budak yg lalu di jalan itu disuruhnya tangkap, dimasukkan ke dlm pagar dan dikatupkan pintunya;

terkatup tertutup rapat-rapat (bkn pintu dll), terkancing (mulut): ia berdiri tegak bertentang dgn muka pintu yg ~ rapat itu;

katupan tutupan (pintu dll): terdengar akan langkah terakhir dan disusuli oleh ~ pintu;

pengatup sesuatu utk mengatup.

katup II; ~ perenggan sj tumbuhan (herba), kancing baju jantan, rumput teki, Kyllinga brevifolia.

katup-katup sj tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, letup-letup, Bauhinia bidentata.

katut; ~ selayar sj tumbuhan (pokok), saga monyet, semelit jekuk, Breynia discigera.

katwal ark sl mata-mata, polis; ketual.

kau singkatan bagi engkau; ~ orang bp kamu sekalian.

kaudal (Bio) berkaitan dgn ekor: sirip ~.

kaukab Ar ark planet.

kaul I Ar 1. kata, perkataan; ~ yg sah perkataan yg benar; 2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, keturunan puteri Balkis; 3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya; membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji); 4. ark janji yg diikrarkan teguh-teguh; hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan;

berkaul berniat atau berjanji hendak melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hendaklah pd tempatnya;

mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati.

kaul II rabuk (sj serabut yg terdapat pd pohon enau dll).

kaula Jw ark 1. hamba, abdi; 2. hamba, patik;  kawula.

kaum 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh-tumbuhan dan haiwan);

~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsawan, dsb); ~ borjuis golongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (bermodal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pangkatnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua;

berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembahyang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah;

berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~;

perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg berkaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya.

kaung (Sunda) enau, kabung; rokok ~ rokok yg digulung dgn daun kaung.

kaunseling proses teratur yg melibatkan perbincangan yg rapi tentang masalah yg dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat;

mengkaunseling memberikan kaunseling kpd: kaunselor sekolah itu gagal ~ pelajar yg bermasalah.

kaunselor orang yg (layak) menjadi pembimbing dan penasihat kpd orang lain yg menghadapi masalah, orang yg berkemampuan memberikan khidmat kaunseling.

kaunter I meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urus niaga dijalankan, tempat makanan disajikan kpd pelanggan, atau barang-barang dipamerkan.

kaunter II (Eko) saham yg disenaraikan di bursa saham, mis kaunter Tenaga Nasional Berhad bererti saham syarikat ini disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

kaup; mengaup 1. mengambil banyak-banyak sekali gus dgn tangan, mengaut, meraup: ia ~ pakaian yg sudah berlonggok di atas lantai; ~ daun-daun kering yg bertimbun; 2. ki mengambil banyak-banyak: kaum penjajah hendak ~ hasil negeri ini;

pengaup alat utk mengaup;  kaut.

Kaur sebahagian drpd nama orang Sikh, yg menandakan ia seorang perempuan.

kaus I 1. sl kasut, sepatu: ini surat dr bawah ~ Raja Langit datang kpd Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yg jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sj kain kasa yg dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yg pendek lengannya.

kaus II Ar ark 1. busur panah; 2. salah satu tanda dlm rasi Sagittarius.

kausatif (Lin) bkn bentuk kata kerja transitif yg berakhiran -kan yg mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (mis dlm ayat Ali membesarkan rumah, -kan dlm kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar).

kauseri IB ceramah.

kaustik (Kim) dapat mengakis atau merengsa tisu hidup (bkn bahan): soda ~;

kekaustikan sifat atau keadaan kaustik: bahan itu dicairkan utk mengurangkan ~nya.

kaut; mengaut 1. mengumpulkan dgn tangan (dan menarik ke arah diri sendiri), mengambil sesuatu banyak-banyak, meraup: Karim gelak-gelak sambil ~ daun terup di hadapannya; 2. ki mengambil banyak-banyak, mengikis: negara asing sedang ~ kekayaan nasional kita utk kemewahan mereka; ~ keuntungan mengambil untung dgn banyaknya; ~ laba dgn siku prb sentiasa hendak beroleh untung banyak;

pengautan perihal atau perbuatan mengaut;

pengaut alat utk mengaut (tanah dll);  kaup.

kavadi benda berhias yg diusung pd sebelah bahu oleh penganut agama Hindu semasa perayaan Thaipusam utk memuja Dewa Subramaniam.

kavalri 1. pasukan askar berkuda; 2. pasukan tentera darat yg menaiki kereta perisai.

kaveat (kavéat) (Udg) notis rasmi kpd mahkamah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yg memberikan notis ini;

pengkaveat orang yg memfailkan (mendaftarkan) kaveat.

kaviar telur sj ikan yg diasinkan dan dimakan sbg hidangan istimewa dan mewah.

kawa I; buah ~ sj tumbuhan (pokok), Canarium purparascens.

kawa II Tr (pokok) kopi.

kawa-kawa ark sj labah-labah.

kawad perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak;

~ cam proses mengecam orang yg disyaki dlm sesuatu jenayah dgn membariskan mereka di hadapan pihak berkuasa atau orang yg dianiayai; ~ kaki kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis yg mengutamakan pergerakan kaki serentak; ~ perpisahan kawad yg diadakan bagi meraikan perpisahan seseorang pegawai tinggi (spt polis dan tentera) yg akan bersara; ~ senjata kawad (polis, tentera dsb) dgn membawa senjata api spt M16;

berkawad berbaris atau berjalan dgn rentak yg sama (bkn tentera, polis, dll), mengadakan perbarisan: satu pasukan Askar Melayu Diraja akan ~ di Stadium Merdeka.

kawah I 1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi, lubang kepundan.

kawah II; bunga ~ sj tumbuhan (herba), janggut rimau, Polygonum dichotomum.

kawai Pl, bp mengambil semua, membolot.

kawak = kawakan Jk 1. tua benar, tua bangka; 2. ki sudah berpengalaman.

kawal 1. orang yg menjaga, penjaga; ~ sambang penjaga yg meronda, peronda; 2. penjagaan, pengawasan: segala hulubalang pun berkhemahlah masing-masing pd ~nya;

berkawal 1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian;

mengawal, mengawali 1. menjaga dan mengawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak;

mengawali mengawal berterusan atau beramai-ramai: pd tatkala itu, Taifah pun ada ~ istana itu;

terkawal (dapat) dikawal, diawasi;

kawalan 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu;

~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

pengawalan perihal (perbuatan) mengawal: ~ penyakit tumbuhan dgn menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan;

pengawal 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam;

~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penyeludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb.

kawal selia tindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dsb supaya dapat berjalan dgn betul dan lancar selaras dgn aturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan: ~ perdagangan mata wang memerlukan tindakan bersepadu semua negara; pendisplinan kuasa pasaran boleh menggalakkan ~ korporat yg baik;

mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit;

pengawalseliaan perihal (proses atau perbuatan) mengawal selia: akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yg menjalankan perniagaan bank; ~ mutu program francais juga diragui;

pengawal selia pihak (badan atau orang) yg menjalankan kawal selia: keadaan itu mendesak ~ sekuriti utk berbincang dan bertukar-tukar maklumat; kajian itu menonjolkan isu utama yg membabitkan semua ~ kewangan.

kawan I 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-muda; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pemakan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang;

~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang;

berkawan 1. = berkawan-kawan, berkawanan berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~ dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri);

mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur;

mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah;

memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd;

memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan);

kawanan sekumpulan binatang, segerombolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing;

pengawanan perbuatan atau proses mengawan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti.

kawan II sj ikan darat, Labiobarbus curieri.

kawan III; burung ~ sj burung, burung mati sekawan, enggang buluh, Anorrhinus galeritus carinatus.

kawang; minyak ~ sj minyak yg diperoleh drpd pokok tengkawang.

kawanua (Minahasa) orang senegeri atau setanah air.

kawar Kd pencuri.

kawasan 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah;

~ hitam daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap berbahaya (kerana terdapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombolan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling lingkungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb;

berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~.

kawat I 1. tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll), dawai: karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga; 2. = berita ~ = khabar ~ = surat ~ telegram: besoknya Pak Wir telah mengirim ~ kpd menantunya; mengetuk ~ = memukul ~ = menokok ~ Id mengirim berita dll dgn telegram;

~ (ber)duri kawat (dawai) yg berduri atau berkait-kait tajam (digunakan utk membuat pagar dll); ~ jaring = ~ kasa kawat yg dianyam halus-halus; ~ mata punai kawat yg dianyam dgn mata atau lubang-lubang yg besar (digunakan utk membuat reban atau kurungan ayam dll); ~ penahan kawat yg mengurangkan aliran karan elektrik; sungguh ~ yg dibentuk, ikan ditebat yg diadang prb tipu muslihat yg tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri;

mengawatkan mengirim berita dll dgn telegram: pd hari itu juga, dikawatkan hal yg mencemaskan itu ke India.

kawat II kawad.

kawi I; bahasa ~ a) bahasa Jawa kuno; b) bahasa Jawa yg biasa dipakai dlm kesusasteraan, bahasa pujangga.

kawi II sl (sesuatu yg) kuat, kukuh, teguh: adat yg ~ adat yg dipakai dan dimuliakan sejak zaman dahulu.

kawibawan kewibawaan;  wibawa.

kawik sj tumbuhan (pokok), durian api, durian hutan, sahun, Durio malaccensis.

kawula Jw 1. ark hamba, abdi, rakyat; 2. saya, patik; 3. Id rakyat sesuatu negara, warganegara; kaula.

kaya I 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll);

~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya;

hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang;

mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak);

memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyaknya (luasnya dsb), memperbanyak atau memperluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera;

terkaya kaya sekali, paling kaya;

kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT;

pemerkayaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia;

pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata.

kaya II Jw seperti, sebagai, macam: ~ anjing liar bergerombolan.

kaya III seri kaya.

kayai Mn ark; mengayaikan menguatkan diri (utk berdiri) menggagahkan;

terkayai berupaya atau kuasa (utk melakukan sesuatu); tidak ~ berjalan tidak berupaya berjalan.

kayak Ikaya II.

kayak II sj sampan yg asalnya digunakan oleh orang Eskimo;

berkayak naik kayak; mendayung kayak: mereka akan ~ di perairan Perancis selepas menyeberangi Selat Inggeris.

kayan I; kayu-~ kayu-kayuan;  kayu I.

kayan II Kl; terkayan-kayan mundar-mandir (tanpa tujuan).

Kayan III suku kaum peribumi Sarawak, yg termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg sering berpindah-randah di pedalaman kawasan Belaga dan hulu Sungai Baram, dan kegiatan utamanya ialah menanam padi huma.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin