K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə1/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42

k huruf ke-11 dlm abjad Rumi.

K simbol kimia bagi kalium.

ka kep kaki sbg unit ukuran (12 inci).

Kaabah bangunan suci berbentuk kiub yg terletak di tengah-tengah kota Mekah yg menjadi kiblat solat dan tempat bertawaf umat Islam pd waktu menunaikan ibadah haji dan umrah.

Kaabatullah Kaabah.

kaba ark Mn cerita, dongeng.

kabab kebab.

kabak sj tumbuhan (herba yg dijadikan sayur), Tetragonia expansa.

kabaret (kabarét) 1. persembahan hiburan spt muzik, nyanyian, tarian, dsb) di kelab malam atau restoran; 2. kelab malam atau restoran yg menyediakan persembahan hiburan spt nyanyian, tari-menari, muzik, dsb: Henry yg baru belajar berdansa akan pergi ke ~ utk mencuba-cuba kebolehannya.

kabau 1. sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, semincang, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), jering balau, jering hutan, kacang tupai, Pithecellobium ellipticum; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), geretak, geronyong, merbung jantan, Turpinia pomifera.

kabeh (kabéh) Jw ark semua.

kabel 1. tali yg tebal dan kuat yg diperbuat drpd sejumlah dawai yg dipintal; 2. berkas dawai bertebat yg digunakan sbg pembawa mesej telegraf dsb;

~ sepaksi sj kabel utk menghantar isyarat frekuensi radio; pekerja ~ orang yg kerjanya memasang kabel.

kabil; berkabilan berawas-awas;

berserah ~, (berpesan berturuti) prb tidak sepenuhnya mempercayai orang yg diamanahkan.

kabilah Ar suku bangsa, kaum: permusuhan dan persengketaan antara keluarga dan keturunan, ~, suku dan bangsa; ~ Quraisy.

kabin 1. bilik dlm kapal, bot, dsb yg digunakan sbg pejabat atau tempat tidur; 2. bahagian dlm kapal terbang tempat membawa penumpang; 3. binaan sementara yg dijadikan sbg pejabat, tempat tinggal, dsb sementara di tapak bina bangunan.

kabinet (kabinét) I 1. badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara yg terdiri drpd para menteri kerajaan yg memerintah, jemaah menteri: satu sidang ~ dipercayai telah membincangkan mogok kereta api itu; 2. Id jabatan (terutama bagi presiden, perdana menteri dll): ~ Perdana Menteri;

~ kerja = ~ keahlian Id kabinet yg menteri-menterinya terdiri drpd pakar-pakar dlm sesuatu urusan kenegaraan; ~ koalisi Id kabinet yg menteri-menterinya merupakan ahli atau pemimpin dr beberapa parti (politik); ~ nasional Id kabinet yg terdiri drpd menteri-menteri yg mewakili sebahagian besar drpd parti-parti (politik); ~ parlementer Id kabinet yg menteri-menterinya dikemukakan oleh parlimen.

kabinet (kabinét) II 1. almari kecil yg bertingkat atau berlaci tempat menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dsb: Saidin berdiri mengambil fail-fail dr dlm ~; 2. sj perabot (spt almari dsb) tempat menyimpan pinggan mangkuk dll.

kabir I; mengabir meraih, menarik, mengaut.

kabir II Ar besar; alam ~ alam yg besar.

kabisat Ar; tahun ~, sanah ~ tahun yg jumlah harinya sehari lebih drpd tahun biasa.

kabit penyeluk saku, tukang copet.

kaboi sj kumbang.

kabriolet (kabriolét) motokar penumpang yg boleh dibuka bumbungnya.

kabu-kabu 1. sesuatu yg lembut dan kelihatan spt kapas (biasanya digunakan sbg pengisi bantal, tilam, dsb), kapuk; 2. sj tumbuhan (pokok), randu, Ceiba pentandra; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), cengkering, kekabu jawa, membuluh, Zanthoxylum myriacanthum.

kabui Kd kumbang tanduk.

kabuki (Jepun) drama tradisional Jepun yg berdasarkan legenda popular dan semua wataknya dimainkan oleh pelakon lelaki.

kabul 1. = terkabul terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; 2. = ~ akan mempersetujui, setuju dgn, meluluskan: ~lah ia akan kehendak hamba; 3. = ~ pd dipersetujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara;

mengabulkan memperkenankan (permohonan doa, kehendak, dsb), mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini;

pengabulan perihal mengabulkan (permintaan dll);

pengabul bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dsb (bkn Allah): Allah yg maha pengasih dan maha ~.

kabuli; nasi ~ sj nasi yg bercampur dgn berbagai-bagai lauk dan rempah.

kabung I = perkabungan kain putih yg dililitkan pd kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dll);

berkabung 1. memakai kabung (tanda berdukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya;

perkabungan 1. pakaian (kabung dll) yg dipakai semasa berkabung; 2. perihal, perbuatan atau keadaan berkabung: hari ini ialah hari ~ orang Melayu amnya kerana kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.

kabung II ukuran panjang yg sama dgn 4 hasta (kira-kira satu depa).

kabung III sj tumbuhan (palma), enau, Arenga pinnata: gula ~.

kabung IV Mn kerat, penggal; ~ tiga kerat tiga;

mengabung mengerat, memotong, memenggal;

mengabung-ngabung mengerat-ngerat, memotong-motong, memenggal-menggal.

kabupaten (kabupatén) Id 1. daerah yg dikepalai oleh seorang bupati; 2. pejabat (rumah) bupati.

kabur I 1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang terang (bkn penglihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~ nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak atau kurang jelas (maksudnya, kandungannya, dsb), tidak nyata, samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg indah itu menjadi ~ dan samar-samar;

mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~;

mengaburi menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad;

mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat);

kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~;

kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar.

kabur II Kl sj kumbang kelapa.

kabur III Jk lari, melarikan diri.

kabus 1. wap air yg kelihatan spt asap yg berada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis; 2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita;

berkabus dilindungi atau dilitupi kabus;

mengabusi membuat supaya berkabus.

kabut I 1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan;

jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa mengerjakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~ , teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita;

berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram;

kekabutan keadaan kabut.

kabut II; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll);kebut II.

kaca I 1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn melakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan-bahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya;

~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai semasa terkena hentaman (mis kaca utk cermin kereta); ~ mata a) cermin mata; b) penglihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa;

berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca melihat muka (diri sendiri) dlm cermin, bercermin: bersolek sambil ~; 3. = berkaca-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali;

memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri.

kaca II muka surat, halaman (buku dll).

kacak I 1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2. angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib;

mengacakkan menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya;

kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam.

kacak II Pr; berkacak berpijak, berdiri: panglima kecil madu suara, Awang kecil akal melela, yg ~ di awan-awan, yg bergantung di angin lalu.

kacak III Mn; berkacak; ~ pinggang bercekak pinggang;

mengacak memegang (mengangkat) utk mengetahui berat sesuatu;

~ galas ark a) mengangkat galas; b) ki berdagang; ~ lengan mengangkat lengan (hendak berkelahi);

dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb perihal orang yg merasa dirinya sudah cukup dlm segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain).

kacam sj tumbuhan (pokok memanjat), asam kumbang, Embelia rugosa.

kacan Kl; mengacan mengangkat (benda-benda yg berat): dikacannya rumah itu dgn besi.

kacang I sj tumbuhan dan buahnya;

~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sj tumbuhan (pokok memanjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~ pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantu a) = ~ parang = ~ polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b) orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emunggai, Moringga oleifera; ~ kota sj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occidentalis; ~ kuda sj kacang yg agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yg biasanya direbus utk dimakan, Cicer arietinum; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~ miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soya sj tumbuhan (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas;

~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncat-loncat kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak);

kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita;

mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain);

memperkacang menghabiskan (memboroskan) harta atau wang orang.

kacang II; ~ lopek sj ikan laut, Sphyraena obtusata.

kacang III Kl; mengacang menumbuk, mengasak, menginjak-injak;

terkacang; ~ pinggang sakit seluruh badan.

kacang-kacang I Mn penabur (peluru); baru ~nya baru pendahuluannya (belum ramai lagi dsb).

kacang-kacang II sj ikan laut, alu-alu, tenak, Sphyraena spp..

kacang-kacangan sj ikan, Hemiramphus spp..

kacapiring sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga cina, bunga susu, bunga susun kelapa, Gardenia augusta.

kacapuri 1. ibu rumah yg letaknya di bahagian tengah; 2. bahagian istana yg letaknya di sebelah dalam, pusat istana; durian ~ durian yg isinya di tengahnya sahaja yg boleh dimakan.

kacar I; kail ~ = pancing ~ sj kail yg biasanya memakai bulu dsb (tidak menggunakan kawat yg tajam) utk menangkap cumi-cumi;

mengacar memancing cumi-cumi dll.

kacar II; ~ lakum sj siput darat yg beracun, Nanina humphreysiara.

kacar III; mengacar 1. Kl mengaduk-aduk; 2. Mn menggagau, meraba-raba atau mencari-cari (ikan dll); 3. membongkar, menggeledah, meraba-raba (utk mencari sesuatu yg tersembunyi pd diri seseorang).

kacat Kd, Pr; pinang ~ pinang muda (pinang jerkat).

kacau I 1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau;

berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. bercampur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~;

mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya;

mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~;

memperkacaukan menjadikan berkacau;

kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~;

kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja;

pengacauan perihal mengacau;

pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau.

kacau II; ~ tongkeng kelabu sj burung, Heteroscelus incanus.

kacau-balau kacau-bilau;

mengacau-balaukan menjadikan kacau-balau, mengacau-bilaukan.

kacau-bilau sangat kacau, kacau-becah, kacau-bicau, kacau-birau, kacau-balau;

berkacau-bilau berkacau sangat: keadaan yg ~;

mengacau-bilaukan menjadikan kacau-bilau, mengacau-balaukan.

kacaukan ark kacauan, kacukan.

kacek (kacék) Jk selisih, beza, kelainan.

kaci I sj ikan laut, mandi abu, mesikor, tebal bibir, Plectorhincus lineatus.

kaci II; kain ~ sj kain putih.

kacici sj burung, kelicap pucat pisang, laki padi, Orthotomus atrogularis.

kacih; kocah-~; kocah.

kacip I sj alat (spt gunting) yg sendinya di hujung (utk membelah pinang dll); gigi ~ gigi utk memotong yg terletak di hadapan gigi taring pd mamalia;

mengacip 1. mengerat, membelah (dgn kacip); 2. menyepit atau mengapit dgn sesuatu.

kacip II; ~ fatimah sj tumbuhan (pokok), kacit fatimah, rumput siti fatimah, selusuh fatimah, Labisia pothoina.

kacir; kucar-~ (keadaan) tidak teratur (tersusun), tidak keruan;kucar-kacir.

kacit Kl; mengacit mengikat, mengancing.

kacoak Jk lipas.

kacu I air pinang atau gambir yg pekat utk menyamak kulit.

kacu II Jw sapu tangan.

kacuca (Muz) 1. sj tarian solo Sepanyol yg gemalai; 2. muzik utk tarian 1. di atas.

kacuh Kl; mengacuh mencampur.

kacuk kacau, campur;

mengacukkan mengahwinkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan) yg berlainan jenis atau baka utk menghasilkan baka yg lebih baik;

kacukan 1. campuran, kacauan: padi Malinja ialah hasil ~ padi Malaya, India dan Jepun; bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain (dlm penggunaan kata dsb), bahasa Melayu pasar; orang ~ orang yg ibu bapanya berlainan bangsa. 2. hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan);

pengacukan perbuatan, perihal, usaha, dll mengacukkan.

kacung I; belalang ~ sj belalang, cengkadak, cencadu, mentadak; kancung.

kacung II budak laki-laki, awang; ~ koran Id budak penjual akhbar.

kacung III Kl kecek, tipu, helah, muslihat.

kad keping(an) kertas yg agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi);

~ ahli kad sbg tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dsb); ~ caj sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yg telah dibuatnya pd tarikh yg ditetapkan; ~ Hari Raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya; ~ jaminan kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran; ~ jemputan = ~ undangan kad yg digunakan utk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dsb); ~ kredit kad yg menunjukkan keterangan spt nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara kredit; ~ kuning (Suk) kad berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ merah a) kad jemputan kahwin; b) (Suk) kad berwarna merah yg ditunjukkan kpd pemain sbg tanda perintah keluar padang, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ pengenalan kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll); ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh menyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan.

kadal Jw sj binatang reptilia, bengkarung, mengkarung.

kadam I Ar tapak kaki; ke bawah ~ ke bawah duli.

kadam II Mn tempat sirih.

kadang I; kadang-kadang, terkadang, terkadang-kadang kadangkala, sekali-sekali, ada kalanya: bulan puasa tidak selalu 30 hari, ~ hanya 29 hari.

kadang II Mn; mengadang; ~ nasi membuang air nasi yg sedang dimasak (supaya lekas masak); terlampau dikadang mentah prb kerana terlalu sangat hendak diperelok, hasilnya menjadi buruk (kurang elok).

kadang III Jw; ~ kedayan (kadayan) sl kaum kerabat raja dll yg menjadi pengiring.

kadangkala ada kalanya, kadang-kadang, sekali-sekali.

kadar I 1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemampuannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubungannya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin