K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə2/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42

sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya;

sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja;

berkadar berimbang kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg sebaliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya;

kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan;

perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil.

kadar II Jw; mengadar tidur di luar rumah.

kadar III ark; kain ~ kain yg ditenun sendiri.

kadas Jw penyakit kurap.

kadaster IB pejabat tanah.

kadaver (Ubat) mayat manusia yg diawet utk tujuan kajian anatomi.

Kadayan Kedayan.

Kadazan = ~ Dusun suku kaum peribumi yg terbesar di Sabah, dikenali juga dgn gelaran Lotud, Rungus, Orang Sungai, Kwijau, Tamabanuo, dsb, yg menggunakan pelbagai dialek dan mengamalkan pelbagai kebudayaan serta adat resam.

kadbod kertas yg tebal dan keras yg digunakan utk membuat kotak dsb.

kademat ark khidmat.

kader 1. teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk melatih unit baru atau pengembangan lain; 2. anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan terlatih: utk meneruskan perjuangan politik pd masa depan perlu dilatih ~-~ parti dr sekarang.

kadera ark 1. kerusi; 2. tandu, usungan.

kadet (kadét) I pelajar di maktab tentera yg dilatih utk menjadi pegawai tentera, calon pegawai (dlm pentadbiran dll).

kadet (kadét) II Id, bp penyeluk saku.

kadet (kadét) III IB; roti ~ roti tawar yg kecil.

kadi hakim dlm perkara yg berkaitan dgn agama Islam (spt mengurus soal pernikahan dan perceraian orang Islam, membicarakan orang yg dituduh melanggar hukum Islam, dll).

kadim kerabat, saudara yg dekat;

sekadim seketurunan yg dekat (spt adik-beradik dll); saudara ~ saudara seayah.

kadli sl kadi.

kadmium (Kim) unsur logam berwarna putih kebiruan, lembut dan toksik yg digunakan dlm penyaduran, aloi, dll.

kado IB hadiah, tanda mata.

kaduk I = ~ batu sj tumbuhan (pokok renek), akar bugu, kudak, mengkadak, sirih duduk, Piper sarmentosum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Piper stylosum;

spt ~ kena air tahi prb orang yg tiada berguna tetapi panjang umurnya; spt ~ naik junjung prb orang yg hina apabila mendapat pangkat dll berbuat mengada-ngada.

kaduk II; Pak K~ Pak Pandir (orang yg bodoh).

kaduk III; ~ api sj burung, cenuk api, Zanclostomus javanicus pallidus.

kadut 1. kain ~ sj kain yg kasar, kain karung, kain rami; 2. sj karung.

kaedah (kaédah) cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

kaf 1. huruf ke-22 abjad Arab (mempunyai nilai 20); 2. huruf ke-25 abjad Jawi.

kafal kain yg digunakan utk pelana.

kafan kapan (kain pembungkus mayat).

kafarah Ar 1. penutup kesalahan (dosa); 2. kifarat.

kafe (kafé) restoran kecil yg menyajikan makanan dan minuman ringan; ~ siber kafe yg menyediakan perkhidmatan komputer berinternet kpd pelanggan atau pengunjung.

kafein (kaféin) alkaloid yg terdapat, terutamanya dlm kopi atau teh, yg bertindak sbg perangsang dan agen yg meningkatkan pembuangan air kencing.

kafeina (kaféina) (Kim) kafein.

kafeteria (kafétéria) restoran layan diri.

kafi Ar cukup, lengkap, sempurna.

kafilah Ar rombongan orang (berserta dgn unta dan barang-barang yg dibawa) dlm perjalanan di padang pasir: bandar Mekah semenjak beratus-ratus tahun dikunjungi oleh ~-~ perniagaan.

kafir Ar (orang yg) tidak percaya kpd Allah dan rasul-Nya, orang yg bukan Islam; ~ Majusi kafir yg menyembah api;

mengkafirkan menganggap kafir, mengatakan kafir: ~ ahli falsafah ialah sikap yg harus saya ambil sekiranya saya melihat tiga persoalan ini; sebab itu wajiblah dikafirkan mereka dan dikafirkan juga pengikut-pengikut mereka;

kafir-mengkafirkan saling mengkafirkan: isu ~ pula cuba dihidupkan semula, tetapi gagal menarik perhatian umum;

kekafiran sifat-sifat kafir (tidak beriman, tidak percaya kpd Allah);

pengkafiran perbuatan mengkafirkan: isu ~ yg diuar-uarkan sejak 19 tahun lalu adalah satu tindakan yg boleh memecahkan keharmonian.

kafiri Ar bersifat kafir.

kafling sj kancing yg digunakan utk mencantumkan hujung lengan baju (pd pergelangan tangan).

kaftan sj baju yg longgar dan labuh.

kagak Jk tidak.

kaget (kagét) terkejut, terperanjat: ia ~ melihat lembaga itu;

mengagetkan mengejutkan, memeranjatkan: berita kematian tersebut ~ semua orang;

kekagetan perihal kaget, kekejutan.

kagok I Jk terbantut (terhenti, menjadi canggung, dll) kerana terganggu dll dgn tiba-tiba: jurutaip ~ menaip kerana diperhatikan orang.

kagok II Jw agak berbeza dr bahasa yg umum (bkn ucapan, penggunaan kata, dsb).

kagum berasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yg luar biasa), hairan, takjub: saya ~ melihat keberaniannya; beliau ~ melihat kemajuan yg telah dicapai oleh negara ini;

mengagumi kagum (hairan, takjub) akan: ~ keindahan alam;

mengagumkan menimbulkan (menyebabkan) kagum, menghairankan, menakjubkan: kepandaian ahli silap mata itu sungguh ~;

kekaguman ketakjuban, kehairanan;

pengagum orang yg mengagumi sesuatu: para pelajar di Barat, sekadar ~ kewibawaan para profesornya.

kagungan Jw ark mempunyai; kepunyaan.

kah I sj perekat.

kah II partikel utk menyatakan pertanyaan: boleh~ kau menyanyi?

kahaf Ar ark gua.

kahak lendir yg dikeluarkan dr kerongkong, dahak;

berkahak, mengahak mengeluarkan kahak, berdahak: ia meludah dan ~.

kahang Mn berbau busuk, kohong.

kahar I IB sj kereta kuda.

kahar II Ar 1. kuasa: Paduka Marhum Mahkota Alam bersabda kepadanya dgn ~; yg Pahang itu menunjukkan ~nya kpd kita; 2. (menurut) sesuka atau sekehendak hati, sewenang-wenang: sangat ~ lakunya, menjadikan orang benci kepadanya.

kahar III Kd kasar serta lasak: jangan tunjuk ~.

kahat Ar kekurangan makanan, bencana kebuluran.

kahin Ar ahli nujum, tukang tilik, ahli sihir.

kahrab Ar ark batu ambar; ~ kuning batu ambar kuning.

kahwa Ar sj tumbuhan (pokok renek), kopi, Coffea spp.; ~ utan sj tumbuhan (pokok), kopi hutan, mengkudu badak, tahi musang, Fagraea racemosa.

kahwa-kahwa sj tumbuhan (pokok), medang biawak, salang rusa, pian, tinjau laut, Alangium uniloculare.

kahwin 1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), beristeri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, berjimak;

~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id pernikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas paksaan atau desakan orang lain (tidak dgn sepenuh kerelaan pengantin lelaki atau perempuan);

mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn;

mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (mencantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem;

perkahwinan 1. perihal berkahwin, pernikahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen.

kaifiat Ar syarat dan tertib yg perlu dipenuhi utk mengesahkan sesuatu amalan: ~ mengerjakan sembahyang.

kail I 1. = mata ~ dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata pancing; jenis-jenisnya: ~ ambur; ~ berladung; ~ kacar, dll; 2. alat drpd benang (tali) dan dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), pancing; tali ~ tali yg dipakai utk mengikat mata kail (utk memancing);

~ sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut = umpan seumpan ~ sebentuk prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (spt berniaga dgn modal alang kepalang dll); bongkok ~ hendak mendapat (mengena) prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; kalau ~ panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga prb kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yg besar;

mengail menangkap ikan dgn kail, memancing; ~ berumpan berkata bertipuan prb utk mendapat sesuatu drpd orang haruslah pandai mengambil hatinya;

terkail (ter)kena kail, terpancing;

pengail 1. orang yg mengail; 2. alat utk mengail (memancing).

kail II; kail-kail berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan.

kailan sj tumbuhan (herba) yg dibuat sayur, Brassica alboglabra.

kain 1. barang yg ditenun drpd benang kapas dll: ~ bulu kambing; ~ cita; ~ linen; ~ sutera; ~ kapur kain putih yg berkanji; 2. barang tenunan yg digunakan utk pakaian atau utk kegunaan lain;

~ baju pakaian (spt seluar, baju, dll): ~ basahan a) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi;~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dsb) yg digunakan utk mengelap; ~ cadar (kain berbentuk segi empat bujur) utk melapik tilam dll); ~ dagang dalam kain samping yg dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga; ~ dagang luar kain samping yg dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga; ~ kaca (Kej) kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu; ~ kembang payung kain yg dipotong serong dan kelihatan spt payung kembangnya (apabila dipakai); (mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid; ~ lampin kain lembut (utk membalut bayi atau anak kecil); ~ lurik kain yg ditenun dgn tangan (bukan dgn mesin di kilang); ~ sarung kain yg dijahitkan (dicantumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; ~ selimut kain utk menutup tubuh semasa tidur; ~ tudung kain utk menutup kepala;

~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = spt ~ buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat; ~ dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi; ~ jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin; ~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula; ~ sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri; ~ sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll; laksana ~ putih prb pekerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipengaruhi orang; mengalih ~ ke balik rumah, mengalih kata berhadapan prb memutar perkataan (mungkir janji) mudah sahaja dilakukan; se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan); spt ~ dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam; spt ~ khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan); spt berselimut ~ sehasta prb tiada cukup (serba tanggung); sudah tahu di ~ beragi prb perihal orang susah yg mulai baik penghidupannya; tak tahu akan ~ lagi = telah meraba-raba tepi ~ prb perihal orang yg sakit payah;

berkain memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin.

kaing-kaing; ~ rimba sj burung, pekaka rimba, Lacedo p. pulchella.

kais; mengais, mengais-ngais 1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah;

ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan);

mengaiskan 1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dll); 2. ki mencarikan rezeki.

kaisar maharaja;

kekaisaran daerah kekuasaan kaisar.

kait I 1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sangkut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain;

berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan;

berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran;

keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut;

mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara kurang halal;

mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubungkan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan menjadikan bersangkutan (berhubungan, bertalian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan;

terkait terlibat;

kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hubungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak;

keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera;

perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya;

pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan;

pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa.

kait II; ~ besi sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria longiflora;

kait-kait sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, Uncaria acida;

~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambir-gambir hutan, Uncaria ferrea; ~ darat sj tumbuhan (pokok memanjat), kait besi; ~ hitam besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, Uncaria sclerophylla; ~ (kekait) merah sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, Uncaria cordata; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, Zizyphus oenoplia.

kaizen (rahsia pembangunan Jepun) peningkatan yg berterusan (diri, organisasi, dsb) demi mencapai tahap kecemerlangan yg lebih tinggi dr semasa ke semasa dlm segala usaha yg dijalankan.

kajai; tali ~ tali pd leher kuda utk mengawalnya (kalung kuda).

kajang 1. benda yg dianyam drpd daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan utk atap atau pelindung drpd panas dll: dinding rumah mereka ialah drpd ~; 2. helai yg besar (bkn kertas);

kertas ~ kertas yg besar helainya (biasanya berlipat dua); lipat ~ dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; hutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula = samir tak habis, ~ pula prb hutang lama belum habis dibayar, sudah berhutang lagi;

mengajangi memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali;

terkajang diberi beratap (berbumbung) dgn kajang;

pekajangan buritan atau bahagian belakang perahu yg beratap dgn kajang: maka Sultan Husain segera keluar dr dlm ~ berdiri.

kajangan sj ikan, Zenaehopterus dispar.

kajathajat.

kajau kayau.

kaji I 1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu);

pendek ~ pendek kata, pendeknya; putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata;

lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan;

mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi;

mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati);

mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu;

terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga;

kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian;

pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video;

pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan;

pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca.

kaji II sj ikan laut, Plectorhynchus spp..

kaji alam; ~ hayat pengkajian kehidupan (tumbuhan, haiwan) dlm hubungannya dgn alam sekeliling, ekologi; ~ haiwan (hutan, tanaman dll) kaji alam hayat mengenai haiwan (hutan, tanaman dll).

kaji angkasa pengkajian udara atau angkasa terutama dlm hubungannya dgn penerbangan, aerologi.

kaji bahasa ark pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutama kesusasteraan lama, filologi.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin