pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam.
khilaf salah (kerana kecuaian, kurang pengalaman, dll), keliru, silap: adalah juga beberapa kesalahan di dalamnya drpd ~ atau lupa;
terkhilaf tersalah (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), terkeliru, tersilap: harap maaf kiranya saya ~;
kekhilafan kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), kekeliruan, kesilapan: beberapa ~ yg terdapat dlm laporan itu telah dibetulkan.
khilafah khalifah.
khilafiah Ar menimbulkan keraguan atau pertikaian; perkara-perkara ~ perkara-perkara yg menimbulkan pertikaian (yg tidak mempunyai nas yg tepat mengenai hukumannya).
khinzir Arbabi.
khisit iri hati, cemburu, dengki.
khittah Ar langkah.
khizanah, khizanatkhazanah.
khizanatulkitab Ar, sl perpustakaan, kutubkhanah.
khizid, khizitkhisit.
khoja, khojah (gelaran bagi) saudagar (yg datang dr negeri Parsi atau India Utara).
khuatir Ar agak cemas atau takut akan berlakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bimbang: ia ~ kerana suaminya yg dikasihinya belum pulang-pulang; aku ~ kalau-kalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun;
mengkhuatiri khuatir (akan sesuatu perkara, atau kejadian atau orang): tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yg lain; mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yg mengekori mereka;
mengkhuatirkanmenyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~;
khuldi Ar; buah ~ buah yg dimakan oleh Nabi Adam dan Siti Hawa dlm taman Firdaus.
khuluk IAr perceraian yg diminta oleh isteri dgn bayaran menurut jumlah yg dipersetujui, tebus talak.
khuluk II Ar sifat, pekerti, pembawaan, laku: maka Sultan Muda pun besarlah, terlalu baik ~nya dan lakunya.
khunsa Ar orang yg mempunyai dua alat kelamin.
khurafat Ar kepercayaan yg karut, dongeng, tahyul: kata-katanya itu banyak bidaah dan ~.
khusmatkesumat.
khusus (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu;
mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd;
mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik;
mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlm bidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas;
terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu);
kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan;2. sesuatu yg (bersifat) khusus;
pengkhususan perihal menjurus dlm sesuatu bidang;
berpengkhususan mempunyai pengkhususan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk.
khusyuk Ar 1. dgn penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu), dgn sungguh-sungguh (ketika berbuat ibadat dll), dgn menumpukan perhatian dan minat yg sepenuhnya (kpd sesuatu): ahli jemaah sedang duduk dgn ~ mendengar bang; mereka sedang ~ bersembahyang;2. (dgn) kerendahan hati (diri): manusia akan menghadap Tuhan dgn penuh hormat, ~ dan tawaduk;3. Jk niat, tujuan, kasad;
mengkhusyukkan menjadikan seseorang khusyuk: suasana malam yg sunyi itu sangat ~;
kekhusyukan perihal atau keadaan khusyuk (ketika bersembahyang, berdoa, dsb).
khutbah Ar pidato (biasanya yg mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan: sembahyang Jumaat didahului oleh ~;
berkhutbah 1.berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dll): mereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dgn suara yg nyaring; 2. ki berleter: pagi-pagi lagi ibunya sudah ~;
mengkhutbahkan menerangkan atau menghuraikan (ajaran agama dll) dlm khutbah: sudah tiga kali perkara itu dikhutbahkannya kpd jemaah di masjid itu;
pengkhutbah ark orang yg berkhutbah, pensyarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan); ~ Injil pendeta Kristian.
ki 1. Jw gelaran (panggilan) bagi orang tua-tua atau guru; 2. Pr datuk (singkatan bagi aki).
kia I sj jahitan tangan yg menyerupai jahitan mesin jahit; jenis-jenis: ~ cengkam, ~ rantai, ~ selari, ~ sangkut, dll.
kia II; limau ~ sj tumbuhan (pokok renek dan buahnya), limau kaya, limau kikir, limau kingkip, limau kingkit, Triphasia trifolia.
kiah; mengiah, mengiahkan menjadikan renggang (longgar);
pengiah; ~ kasut (sepatu) sj alat utk merenggangkan sepatu supaya mudah memasukkan kaki, sudu (sudip) sepatu.
kiai Jw 1. gelaran bagi alim ulama Islam; 2. orang yg berpengetahuan tinggi dlm hal-hal agama Islam, alim ulama; 3. gelaran bagi guru ilmu ghaib (tasawuf): ~ Salleh dikatakan boleh menjadikan orang kebal; 4. ketua atau pegawai daerah (di selatan Kalimantan); 5. panggilan bagi sesuatu (benda, senjata, dll) yg bertuah; ~ Tunggulwulung panggilan bagi bendera pusaka di istana Jogjakarta.
kiak-kiak sj semut yg besar dan hitam warnanya, cengkiak, kelengkiak, lengkiak.
kial I; kial-kial, berkial-kial, terkial-kial 1. (berbuat sesuatu) dgn sepenuh upaya (tenaga), berjerih-jerih: seorang Cina tua kelihatan terkial-kial mengayuh sebuah beca;2. bergerak-gerak keras (kerana tertawa atau menangis), bergoncang-goncang (badan): kanak-kanak itu meminta ampun kpd ibunya sambil tersedu-sedu dan terkial-kial.
kial II ark gerakan tangan atau badan utk menggambarkan sesuatu perbuatan (sbg isyarat): menceritakan apa yg berlaku dgn ~;
berkial menggerakkan tangan (badan dll) sbg lakonan: bernyanyi sambil ~;
mengialkan melakonkan, menggambarkan (menerangkan) sesuatu dgn perbuatan (isyarat);
kialan persembahan drama atau sandiwara tanpa suara (yg mementingkan gerak badan, isyarat tangan, mimik muka), pantomim;
perkialan perihal berkial, gerakan (tangan, badan, dll) utk menerangkan sesuatu perbuatan atau melahirkan perasaan.
kiam Ar berdiri tegak (ketika bersembahyang).
kiamat Ar 1. = hari ~ akhir zaman, iaitu apabila seluruh alam musnah: ~ akan berlaku tetapi tiada seorang pun yg tahu bila; ~ kubra kiamat apabila berlakunya kemusnahan seluruh alam; sampai ~ sampai akhir zaman, (buat) selama-lamanya: takkan hendak disimpan wang itu sampai ~;2. = hari ~ hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; 3. = hari ~ hari penghisaban, iaitu hari apabila segala amalan manusia dihisab; 4. = hari ~ hari pembalasan, iaitu hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia: pd hari ~ Allah akan menghukum dgn adil dan benar; 5. ki rosak binasa, kacau-bilau, mendapat bencana (kecelakaan): ~ nanti kalau rahsia ini diketahuinya.
kiambang sj tumbuhan yg terapung-apung di air, Pistia stratiotes; ibarat ~ ki perihal tidak teguh dan tidak tetap;
bagai (spt) ~ dilempar prb bersurai seketika kemudian berkumpul semula (bkn orang ramai yg berkumpul); biduk lalu ~ bertaut prb orang yg bertelingkah (berkelahi) yg kemudiannya berbaik semula.
kian I 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas;
sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan;2. = sekian-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari;3. sehingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna;
berkian-kian terlalu banyaknya, banyak-banyak: harta dunia yg ~ banyaknya.
kian II sana, situ; ~ ke mari ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burung-burung terbang ~ ke mari.
kiang;~-kiut berbunyi spt bunyi engsel (yg ketat) pintu yg dibuka ditutup.
kiani ark; singgahsana ~ sl takhta kerajaan.
kiap dua keping papan berdiri utk menegakkan (menyokong, menopang) tiang bendera.
kiar I Kl sj wap yg dikeluarkan oleh kulit limau (boleh memedihkan mata).
kiar II Kl ikhtiar, usaha.
kias I Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran;2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. perbandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias;
manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul;
berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat;
berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya;
mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~;2. memperbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-~ berkias-kias, sindir-menyindir;
mengiasi menyindir kpd;
mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu;2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgn perbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi;3. membuat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat;
kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perumpamaan; 3. sindiran;4. pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan;
berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan.
kias II; ilmu ~ ilmu sihir atau ilmu ghaib (yg menggunakan jampi-jampi utk menyembuhkan penyakit dll).
kiasi ark 1. menurut kias; 2. berkaitan dgn kias.
kiat I 1. = berkiat keras dan tidak boleh dikelokkan (dilentokkan), kejur, kaku, kejang (anggota); 2. = terkiat tergeliat, terkehel, salah urat (menyebabkan kaki atau tangan tidak dapat dilentokkan).
kiat II Kl 1. ketat atau sendat (bkn tutup tin dll); 2. tidak licin perjalanannya kerana terlalu buruk dll (bkn basikal dll).
kiat III Mn cara (jalan, selok-belok) mengerjakan sesuatu.
kiat IV ark; mengiat 1. membentangkan atau mengembangkan (kad atau daun pakau) supaya kelihatan; 2. mengocok (membancuh) kad atau daun pakau.
kiat V Kd menjadi herot (kayu).
kiaupau C ark penduduk (Cina).
kibang; ~-kibut berlarian (bergerak) dgn tidak berketentuan arah, kelibang-kelibut.
kibar; berkibar, berkibar-kibar, berkibaran bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (bkn bendera dll): bendera Malaysia ~ di sana sini pd hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia;
mengibarkan menyebabkan berkibar, menggerak-gerakkan (bendera dsb) supaya berkibar, memasangkan (membentangkan) supaya berkibar: kota ini bersemarak dgn hiasan, dan setiap rumah ~ bendera; beribu-ribu murid sekolah berdiri di sepanjang jalan sambil ~ bendera;
kibaran gerakan berkibar;
pengibaran perihal (perbuatan dsb) mengibarkan (bendera): upacara dimulakan dgn ~ bendera oleh ketua pasukan.
kibas I; mengibas, mengibas-ngibas 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas: dia ~ bangku itu dgn sapu tangan sebelum mendudukinya;
mengibaskan, mengibas-ngibaskan menggerakkan (sayap dll) ke atas ke bawah spt melambai-lambai: seekor ayam jantan mengibas-ngibaskan kepaknya dan berkokok dgn nyaringnya; 2. mengibar-ngibarkan dgn keras (kain dll), mengebas: kain-kain hendaklah dikibaskan utk menghilangkan debu yg melekat padanya.
kibas II = kambing ~ sj kambing biri-biri di negeri Arab, domba; bulu ~ bulu domba.
kibir sangat angkuh (sombong), berasa dirinya lebih penting (mulia dll).
kiblat 1. arah ke Kaabah di Mekah (arah yg dihadap oleh orang Islam ketika bersembahyang); 2. arah (timur, barat, dll), mata angin;
berkiblat = ~ kpd menuju (menghala) ke ..., condong (berat) kpd: pendirian parti politik tersebut menunjukkan parti itu tetap ~ kpd negara-negara komunis;
berkiblatkan berkiblat kpd, berdasarkan: budaya yg ~ barat;
kicang; ~-kecoh = ~-kicu ark berbagai-bagai tipu daya; ~-kecoh ciak prb barang apa yg hendak disiasat, hendaklah ada buktinya (tandanya).
kicap I kicau.
kicap II benda cair yg hitam warnanya dibuat drpd air kacang soya dan garam (digunakan dlm masakan dll).
kicar-kicar sj tumbuhan (pokok renek), Myrsine porteriana (capitellata).
kicau I 1. bunyi burung; 2. = kicak-~ bunyi burung murai: Karim dikejutkan drpd tidurnya oleh ~ murai;
berkicau 1. berbunyi (bkn burung terutama burung murai): ayam biasa berkokok, murai biasa ~;2. bercakap-cakap dgn sesuka hati (tidak tentu buah butirnya), berceloteh, mengoceh;
berkicauan berkicau banyak-banyak (bersama-sama): beberapa ekor burung murai ~ dr dahan ke dahan;
kicauan kicau.
kicau II kecoh, tipu.
kici sj perahu yg kecil dan bertiang dua.
kicu tipu, penipuan; kena ~ kena tipu;kecoh I.
kicut; berkicut berbunyi spt bunyi pintu dibuka tutup, berkiut.
kidab ark bohong, dusta;kizib.
kida-kida ark perhiasan yg dibuat drpd emas perada dll (dikenakan pd tepi songkok, selendang, dll).
kidal 1. kiri; tangan ~ tangan kiri; 2. gemar (cenderung) menggunakan tangan kiri (apabila membuat sesuatu).
kidang Jw kijang.
kidar Jk idar, kisar, kitar.
kidemat ark khidmat.
kidul Jw selatan; laut ~ = segara ~ lautan Hindi (di sebelah selatan Pulau Jawa).
kidung sj nyanyian, syair yg dinyanyikan, kekawin; ~ gereja lagu yg dinyanyikan oleh orang Kristian dlm gereja; tukang ~ penyanyi kidung;
berkidung-kidung bernyanyi kidung: mereka ~ sendiri di buritan bahtera yg hanyut di tengah lautan;
mengidung bernyanyi kidung: di tengah balai sama menari serta ~ manis berseri;
mengidungkan menyanyikan, melagukan (kidung).
kifarat Ar denda kerana melanggar hukum atau peraturan agama yg tertentu (berupa perbuatan kebajikan atau lain-lain sbg memohon ampun akan dosa); ~ zihar denda yg dikenakan ke atas suami kerana menyamakan sebahagian anggota isteri dgn mahramnya.
kifayah Arfardu.
kihanat Ar ark ramalan, penenungan.
kijai I sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasir, kedondong matahari, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii.
kijai II; terkijai-terkijai terkitai-kitai.
kijang sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac;~ menjangan berbagai-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll);
~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada bersusah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi.
kijil = akar ~ sj tumbuhan (akar memanjat), akar banar, akar gadung tikus, akar kelona betina, banar babi, gadung jantan, Smilax helferi.
kijing sj kepah yg boleh dimakan, Lutraria spp.
kijipkejap I.
kikir I sj alat drpd keluli yg bergerigi halus pd permukaannya atau tepinya dan digunakan utk mengikis (melicinkan, mengasah, memotong dsb) besi dll; ~ belah rotan kikir yg satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder; ~ pari a) kikir yg dibuat drpd kulit pari; b) orang yg kedekut; ~ parut sj kikir yg tajam-tajam geriginya (utk mengikis kayu, kulit, dll); ~ pari belulang kering direndam tujuh hari tak basah prb a) orang yg degil atau kedekut; b) orang yg kuat (berkuasa) yg tidak boleh dipengapakan;
berkikir 1. telah dikikis (dilicinkan) dgn kikir; 2. tidak licin (bkn kulit), berkerut-kerut, berkedut-kedut;
kikis II Mn hilang, luput; hilang ~ hilang lenyap, luput sama sekali;
mengikis 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya;2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya;
terkikis terluput, lenyap (dr ingatan): segala peristiwa itu sudah hampir ~ dr ingatannya.
kikuk Br sj kera, cengkok.
kila Mn ark mengila membantahi atau membangkang (perkataan orang), memutarbalikkan (perkataan);kilah I.
kilah I 1. tipu daya, tipu muslihat: segala ~ yg dijalankan tidak memberi hasil; 2. helah, dalih, alasan (utk tujuan yg tersembunyi): itu hanya suatu ~;
berkilah, berkilah-kilah berdalih, mencari-cari helah, berbelit-belit atau berputar-putar (percakapan): ia bertanya dgn tidak berkilah-kilah;
mengilah-ngilahkan = mengilahkan ark membelit-belitkan (memutar-mutar) perkataan dll, menggunakan helah atau tipu muslihat: mereka ~ kenyataan sesuka hati mereka.
kilah II sj siput laut.
kilai kili-kili (gelang-gelang) bagi menjarakkan lembar tali yg dipintal.
kilala Br, Sr kenal.
kilan I; terkilan 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terkelindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad.
kilan II Jw jengkal;
mengilan menjengkal.
kilang I 1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utamanya membentuk sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata;
~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin kilang tempat mengeluarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan; kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri;
mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, menghimpit, mengupas (mengisar dll) padi dll dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang;
sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll);
perkilangan 1. kelompok kilang (atau fabrik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang;