K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə29/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   25   26   27   28   29   30   31   32   ...   42

pengilangan perbuatan atau perihal mengilang;

pengilang orang (kumpulan dsb) yg memiliki (mengurus) kilang.

kilang II 1. air tebu; 2. sj nira yg diminum.

kilangin sj alat jentera yg digerakkan oleh angin (utk mengisar gandum), kincir angin.

kilap I Jw tidak tahu, entah.

kilap II gilap, kilat;

sekilap; ~ mata sekelip mata, sesaat, seketika: dgn ~ mata, wang itu disambarnya;

berkilap berkilat (bercahaya), berkilauan, gilap: bintang kehormatan yg tersemat di dadanya ~ apabila kena sinar matahari;

mengilap berkilap: kecut perutku ketika kulihat doktor itu mengangkat pisau yg ~;

terkilap terkilat (memancar cahayanya).

kilar sj siput yg boleh dimakan.

kilas I 1. lingkaran rotan (utk mengikat kaki binatang, mengikat pengayuh pd keliti, dll); 2. sj penyambung yg membolehkan bahagian sesuatu yg dilekatkan (disambungkan) padanya berputar dgn bebas; 3. Kl gulung kain sarung pd pinggang: Muda mengeluarkan rokok daun dr ~ kainnya; 4. (Kej) daya yg menghasilkan gerakan berputar yg diukur dlm unit newton-meter, biasanya digunakan dlm motor, bagi menunjukkan kebolehannya memiuh berbanding dgn motor-motor lain;

mengilas 1. mengenakan atau memasang kilas (gelang-gelang rotan), mengeratkan ikatan tali dgn mengumpil; 2. Kl menggulung kain di pinggang (ketika memakainya).

kilas II Mn kilat;

sekilas = ~ mata = ~ pandang sekelip mata, selayang pandang, sesaat, seketika: lamunannya yg ~ itu terganggu oleh suara orang memanggil.

kilas III berkaitan dgn pukulan dlm permainan mis badminton dan tenis, yg bahagian belakang tangan dlm kedudukan menghala ke pemain lawan: pukulan ~; servis ~;

mengilas memulas atau memiuh (tangan): anggota polis yg menangkap pencuri itu ~ tangannya ke belakang.

kilat I 1. cahaya yg memancar di langit (biasanya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat;

~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepantasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll);

sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula;

berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang);

berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~;

berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali;

mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~;

mengilatkan 1. memancarkan (mengeluarkan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya;

terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya;

ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang;

kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya;

pengilat bahan utk mengilatkan (menjadikan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir.

kilat II; ~ bahu kelat bahu.

kilat III sj tumbuhan (pokok), jangkar paya, Icicaster planchoni.

kilau cahaya gemerlap (spt cahaya lampu, permata, dll), cahaya yg bersinar (berkilap): ~ bintang yg menerangi langit;

berkilau, berkilau-kilauan, kilau-kilauan, kilau-kemilau, kilau-mengilau bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap: laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari; sinar permatanya gemerlap berkilau-kilauan; bintang di langit kilau-mengilau;

kilauan kilau: kesibukan bandar itu sudahlah pasti dgn ~ lampu neon yg berbagai-bagai warna.

kili I Jw sl orang perempuan yg bertapa.

kili II; kili-kili 1. lingkaran kecil rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau; 2. sj gelendong, alat utk menggulung tali pancing dll; ~ dayung gelang-gelang sbg pemegang dayung (pengayuh); panjang ~ ki pandai mencari-cari helah atau alasan (banyak dalihnya);

mengili; ~ layang-layang menggulung tali layang-layang (kerana hendak menurunkannya).

kili III Mn kelim (jahitan);

mengili mengelim (jahitan).

kilik I ark; ~ bahu kelat bahu.

kilik II Jk; mengilik-ngilik 1. menggeletek, (supaya berasa geli); 2. ki menghasut (supaya timbul kemarahan).

kilir I; batu ~ sj batu utk mengasah (menajamkan) pisau dll;

mengilir mengasah (menajamkan) pisau dll: dikilirnya pisau itu sebelum disembelihnya ayam itu;

kiliran 1. alat (spt batu dll) utk mengilir (pisau dll), pengasah; ~ budi alat utk mengasah (menajamkan) otak; ~ taji hujung taji yg ditajamkan; 2. hasil mengilir.

kilir II Mn; terkilir terkehel, terpelecok, terpiuh, tergeliat (kaki, tulang, dll).

kilo 1. = kilogram seribu gram; 2. = kilometer seribu meter;

berkilo-kilo beberapa (banyak) kilo; ~ meter beribu-ribu meter (beberapa banyak kilometer);

kiloan ditimbang dlm ukuran kilogram.

kilo- awalan asing seribu (1000), mis kilometer, kilohertz dan kilogram.

kilobait unit ukuran maklumat komputer yg bersamaan dgn 1024 bait.

kilogram unit ukuran berat yg bersamaan dgn 1000 gm atau (= 2.2 lb. atau 1 kati 10 tahil); ~ kalori kilokalori; ~ piawai ukuran kilogram antarabangsa (= 2.2 lb).

kilohertz unit frekuensi gelombang radio yg bersamaan dgn 1000 hertz.

kilokalori unit tenaga yg bersamaan dgn 1000 kalori, yg digunakan utk mengukur keluaran haba atau nilai tenaga dlm makanan.

kiloliter unit ukuran cecair (= 1000 liter atau 35.31 kaki padu).

kilometer (kilométer) unit ukuran panjang yg bersamaan dgn 1000 meter atau 0.62 batu.

kilotan 1. 1000 tan; 2. unit kuasa letupan yg bersamaan dgn 1000 tan TNT.

kilovolt 1000 volt.

kilowatt unit ukuran tenaga elektrik bersamaan 1000 watt.

kilowatt-jam unit tenaga elektrik yg bersamaan dgn penggunaan kuasa 1000 watt dlm masa satu jam.

kilt sj skirt berlipat-lipat yg labuhnya dr pinggang hingga ke lutut yg dipakai oleh orang lelaki sbg sebahagian drpd pakaian kebangsaan Scotland.

kima 1. sj siput besar, Chama gigas; 2. kulit lokan.

kimah Ar 1. harga, nilai; 2. kira-kira, lebih kurang;

terkimah ternilai, terkira (terhitung): akan segala manusia itu tiadalah ~ banyaknya.

kimantu ark panggilan bagi orang Cina totok.

Kimaragang suku kaum peribumi di Sabah yg terkenal dgn nama Maragang, kebanyakannya tinggal di daerah Kota Marudu, yg terbahagi kpd beberapa puak kecil, spt puak Garoh, Talantang, Tinagas dan Sonsogon.

kimatkimah.

kimbah; mengimbah Kd mengais (pasir dll).

kimbang; terkimbang-kimbang 1. terbang melayang berkeliling (spt burung helang); 2. ki berasa bimbang atau khuatir, gelisah (tidak tenang perasaan atau fikiran), bingung.

kimbul ark sj pentas atau anjung di buritan perahu.

kimia = ilmu ~ ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn menggunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg dikeluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia.

kimiawi berkaitan dgn kimia.

kimkha sj kain yg halus dan berbunga-bunga.

kimlo C sj sayur berkuah.

kimono (Jepun) sj baju labuh berlengan besar dan berbengkung yg dipakai oleh wanita Jepun;

berkimono memakai kimono: beberapa orang wanita yg kelihatan ~ dlm majlis itu tentunya wanita Jepun.

kimpa arkkimpal.

kimpal padu (tidak kosong dalamnya), padat; emas ~ emas tempaan atau emas yg telah dibuat sesuatu (bukan emas urai);

mengimpal 1. memukul atau menitik (emas dll) utk dibuat sesuatu, menempa (emas dll); 2. mencantumkan (menyambung) besi dll dgn jalan memanaskan dan memukulnya;

kimpalan 1. cantuman (sambungan) antara dua bahagian logam spt besi dll yg terbentuk secara mengimpalkannya; 2. hasil perbuatan mengimpal;

pengimpalan proses atau perbuatan mengimpal;

pengimpal orang yg mengimpal, tukang kimpal.

kimpul I sj tumbuhan (herba), birah hitam, keladi hitam, Xanthosoma violaceum.

kimpul II Jw sj beg kecil (tempat menyimpan wang dll).

kimpus Mn; terkimpus cengkung atau cekung (pipi dll), lekuk.

kimput ark kecut (hati), gentar, takut.

kina Id sj tumbuhan (pokok yg kulitnya digunakan utk membuat ubat bagi penyakit malaria), kuinin, Cinchona spp..

kinang I Jw sirih yg dibubuh kapur dll, sekapur sirih;

menginang makan sirih.

kinang IIginang-ginang.

kinantan 1. putih seluruhnya (ayam dll); ayam (kuda) ~ ayam (kuda) yg putih seluruh tubuhnya; 2. ki istimewa, luar biasa (kepandaiannya, keberaniannya, dll): akan anak Mak Guna yg ~ itu sekali-kali tak teringat oleh emak Amin;

bagai ~ hilang taji prb orang yg bijak (kaya dll) yg tidak lagi mendapat penghargaan (penghormatan) orang.

kinayah Ar contoh yg tersembunyi pengertian atau maksudnya, yg dapat difahami tanpa keterangan lain.

kinca Jw air gula, tengguli.

kincah; mengincah 1. menggoncang-goncang cucian dlm air (utk menghilangkan kotoran), membersihkan (daging dll); 2. mencuci kemaluan atau pelepasan, mencebok; 3. mengacau (menampar-nampar) air supaya keruh; busuk daging dikincah dimakan, busuk ikan, dibuang prb kalau saudara-mara yg melakukan kesalahan, dicari jalan utk membersihkan namanya, tetapi kalau orang lain, dibiarkan sahaja.

kincak; terkincak-kincak terlompat-lompat sambil menggerakkan kaki dan tangan.

kincang; kecoh-~ Mn bermacam-macam helah atau tipu daya.

kincatkincak.

kincau ark; mengincau mencampur (dgn mengacau dll), mengaduk.

kincir 1. = ~ air sj roda yg dipasangkan pencedok air pd lingkarannya utk mengairi sawah dll: ~ air digunakan utk mengambil air yg jauh di bawah dan tidak dapat mengalir ke sawah; 2. = ~ air sj roda besar yg diputar dgn kuasa air utk menggerakkan alat jentera; 3. = ~ angin sj roda besar yg digerakkan oleh angin (utk mengisar gandum dll); 4. = ~ angin baling-baling; 5. roda pemintal (penggulung) benang, rahat;

~ padi Mn alat utk menggiling (mengisar) padi, penggilingan padi;

berkincir; ~ alir = kincir alir Mn pintar (cekap) dlm menjawab dll;

kinciran jentera (roda) yg digerakkan oleh air (angin dll).

kincit terkeluar sedikit najis (dgn tidak dapat ditahan), tercirit sedikit.

kincung kecoh.

kincup kecil lubangnya, sempit (lubang hidung dll);

mengincupkan menjadikan kincup.

kindap Kl; terkindap-kindap kian ke mari mengintai-intai (spt orang mencari-cari atau melihat-lihat sesuatu).

kindergarten bptadika.

kinematik (kinématik) 1. (Komp) proses memplot atau menganimasikan pergerakan sesuatu bahagian struktur yg sedang direka bentuk dlm kejuruteraan bantuan komputer; 2. (Mat) cabang matematik gunaan yg mengkaji bagaimana halaju dan pecutan pelbagai bahagian sesuatu sistem bergerak dihubungkaitkan.

kinesik (kinésik) kajian tentang gerak isyarat dlm komunikasi, termasuk mimik dan pergerakan tubuh badan.

kinetik (kinétik) 1. bergantung pd gerakan permukaan atau isi padu utk mendapatkan kesannya; 2. (Kim) kajian bkn mekanisme kadar tindak balas dan faktor yg mempengaruhi tindak balas spt tekanan, suhu, dan bahan tindak balas; 3. (Fiz) kajian bkn perilaku tenaga apabila sesuatu bergerak; ~ kimia kajian tentang mekanisme, kadar tindak balas, dan faktor (spt tekanan, suhu, kepekatan, dll) yg mempengaruhi kadar tersebut.

kinetin (kinétin) (Bio) sj hormon yg digunakan utk merangsang pembahagian sel pd tumbuhan.

kingkakimkha.

kingking, kingkip, kingkit; limau ~;limau.

kini sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya;

kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya;

terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa.

kinja; lompat ~ = berkinja-kinja melonjak-lonjak (kerana kegirangan dll), melompat-lompat, meloncat-loncat;

terkinja-kinja terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll): beberapa orang budak sedang bermain-main dan ~ di halaman rumah.

kinjang; terkinjang-kinjang terkinja-kinja, terlompat-lompat.

kinjat ark; terkinjat tersentak, terlompat, terperanjat.

Kintak penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg tinggal di kawasan pinggir daerah Grik, Hulu Perak, Perak.

kintal I Jw sj katak (boleh membuncitkan perutnya).

kintal II kuintal.

kinyam Mn; menginyam mengecap;kenyam.

kinyang sj hablur yg dipakai utk batu permata dsb.

kios pondok kecil tempat menjual rokok, surat khabar, dll: buku-buku dan majalah-majalah dapat dibeli di ~.

kip penggalak senapang; kep.

kipa Jk ark tempang atau pincang (kerana kudung sebelah kakinya).

kipai ark; mengipaikan mengibas-ngibaskan (ekor).

kipan tenuk;cipan II.

kipang Mn sj kuih yg dibuat drpd kacang tanah (bijan dll) yg dimasak dgn gula, sj tenteng.

kipar sj kain yg tenunannya bergaris-garis;kepar.

kipas I 1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler;

~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejukkan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll);

berkipas 1. mempunyai kipas, menggunakan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (mengangini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll;

mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan;

mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya;

mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya;

pengipas orang yg mengipas.

kipas II; pokok ~ sj tumbuhan (herba, rizomnya dibuat ubat), Belamcanda chinensis; rumput ~ sj tumbuhan (herba), Philydrum lanuginosum.

kiper IB, bp penjaga gol (dlm permainan bola sepak dll).

kiprat Jk; mengipratkan 1. menepis, menangkis (dgn tangan): tangannya meraih-raih hendak memeluk Martini, tetapi dikipratkan oleh Martini; 2. merenjiskan, memercikkan air dgn tangan.

kipsiau C teko (tempat membuat teh dll), cerek (dibuat drpd tanah).

kipu ark tukang, juru, pandai; ~ kayu (besi dll) tukang kayu (besi dll).

kir; dikir bp disiasat (diselidiki) kebaikan dan keburukannya (kelemahannya).

kira 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka: pd ~nya tidak ada yg berani menentang pegawai itu; 2. fikir, rasa, anggap: saya ~ malam nanti baru ia tiba di sini; 3. taksiran, hitung; ~ kasar hitung kasar; juru~ orang yg menyiapkan (menyediakan) buku kira-kira perniagaan dll; masuk ~ masuk hitung, dihitung; mesin ~ alat (mesin) utk menghitung (spt mencampur, menolak, dll); 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (perhitungan); 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan: saya tak ~, apa juga pekerjaan, boleh saya kerjakan; saya tidak ~ kawan, tidak peduli saudara siapa;

kiranya 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudah-mudahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba;

sekira, sekiranya kiranya, kalau: mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan;

kira-kira 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, rancangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?; buku ~ buku tempat mencatat kira-kira kewangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agaknya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikirannya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai membesarkan angka dgn menjumlah (mencampurkan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecahan (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   25   26   27   28   29   30   31   32   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin