K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə3/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42

kaji baka pengkajian baka atau sifat-sifat keturunan pd benda hidup, genetik; ~ manusia kaji baka utk membaiki mutu manusia, eugenik.

kaji bina; ~ tubuh pengkajian bentuk dan susunan tubuh binatang dan tumbuhan, anatomi.

kaji bintang pengkajian kedudukan (pergerakan, keadaan) bintang (planet, bulan dan matahari), ilmu falak, astronomi.

kaji bumi pengkajian sejarah (susunan, pembentukan dll) kerak bumi, geologi.

kaji bunyi pengkajian bunyi, akustik; ~ bahasa pengkajian bunyi ucapan, fonetik.

kaji burung pengkajian bentuk (tabiat dll) burung, ornitologi.

kaji cuaca pengkajian gejala-gejala dan pergerakan udara, terutama utk meramalkan cuaca, meteorologi.

kaji daya pengkajian fizik mengenai pergerakan dan gejala-gejala tindakan daya pd benda-benda, mekanik.

kaji fonem (kaji foném) pengkajian fonem (analisis dan penggolongannya), fonemik.

kaji fosil pengkajian benda-benda hidup yg telah musnah, paleontologi.

kaji gerak; ~ elektrik pengkajian mengenai gejala-gejala arus elektrik dan kuasa-kuasa magnet yg berkaitan dengannya, elektrodinamik; ~ haba pengkajian mengenai perhubungan antara haba dgn pergerakan atau kerja pesawat-pesawat, termodinamik.

kaji haiwan pengkajian mengenai penggolongan binatang dan penghidupannya, zoologi.

kaji hayat pengkajian mengenai asal usul (sifat-sifat, tabiat, dll) tumbuhan dan haiwan, biologi.

kaji kuman pengkajian kuman-kuman, bakteriologi.

kaji lembaga pengkajian mengenai lembaga yg belum lahir dr binatang, embriologi.

kaji logam pengkajian mengenai penceraian logam dr bijihnya (penghasilannya, serta pengolahannya), metalurgi.

kaji makna pengkajian bahasa yg berkaitan dgn makna, semantik.

kaji manusia keseluruhan pengkajian manusia mengenai tubuh, bangsa dan alam sekelilingnya, antropologi.

kaji morfem (kaji morfém) pengkajian bentuk kata-kata, morfologi.

kaji optik pengkajian mengenai penglihatan dan cahaya, (ilmu) optik.

kaji penyakit pengkajian penyakit-penyakit (tubuh dll), patologi.

kaji purba pengkajian mengenai benda-benda purba terutama dr zaman prasejarah, arkeologi.

kaji sel (kaji sél) pengkajian sel-sel, sitologi.

kaji serangga pengkajian serangga, entomologi.

kaji teknik (kaji téknik) pengkajian mengenai pengetahuan industri, teknologi.

kaji terbang pengkajian dan pengetahuan mengenai penerbangan, aeronautik.

kaji tugas organ pengkajian mengenai tugas-tugas dan gejala-gejala benda hidup, fisiologi.

kaji tumbuhan pengkajian tumbuhan, botani.

kak I singkatan bagi kakak; ~ cik (wan) Kl panggilan kpd saudara perempuan yg lebih tua.

kak II bunyi spt bunyi orang ketawa berdekah-dekah (bunyi itik dll).

kak III bp hak.

kakah I; terkakah-kakah tertawa kuat-kuat, tergelak-gelak, ketawa berdekah-dekah.

kakah II Tr permukaan yg tidak rata, menggerutu: habis ~ dinding dicakar oleh kucing.

kakak I 1. saudara perempuan yg lebih tua; 2. saudara lelaki yg lebih tua, abang; 3. panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua;

berkakak 1. mempunyai kakak; 2. memanggil kakak, menggunakan perkataan ‘kakak’ terhadap orang perempuan yg lebih tua (sbg menghormati secara mesra): ia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan-perempuan yg lebih tua sedikit daripadanya.

kakak II; berkakak, berkakakan, mengakak, mengakak-ngakak 1. mengeluarkan bunyi ‘kak, kak’ (spt itik); 2. = terkakak-kakak tertawa kak-kak-kak, ketawa gelak-gelak.

kakaktua I sj alat pencabut paku.

kakaktua II sj burung nuri; jenis-jenis: ~ dada merah, Cacatua roseicapilla; ~ hitam, Probosciger aterrimus; ~ jambul kuning, Cacatua galerita; ~ putih, Cacatua alba, dll.

kakaktua III sj ikan laut.

kakanda bh panggilan yg bermakna ‘kakak’ atau ‘abang’ (sekarang biasanya digunakan dlm surat-menyurat).

kakang Jw kakak, abang.

kakap I sj ikan laut, siakap, Lates calcarifer;

~ batu sj ikan laut, Plectorhincus gibbosus; ~ merah sj ikan laut, jenahak, sendarat, ungar, Lutjanus argentimaculatus; ~ putih sj ikan laut, Lates calcanifer.

kakap II = perahu ~ sj perahu yg kecil dan rendah.

kakap III; mengakap meronda, mengamat-amati, mengintai-intai, memata-matai;

pengakap 1. peronda, peninjau; 2. pandu laki-laki.

kakap IV; sirih ~ sirih kerakap (daun sirih pd bahagian pangkal pokok, kasar dan keras).

kakap V Mn ark pegang;

mengakap memegang, mengerjakan atau mengusahakan (sawah dll).

kakar  kekar I.

kakas I Mn kais (cakar); ~ ayam cakar ayam;

mengakas mengais, mencakar.

kakas II ark; mengakas mengerasi atau memaksa.

kakawin Jw sj puisi Jawa kuno.

kakek (kakék) Id 1. datuk; ~ moyang nenek moyang; 2. = kakek-kakek a) orang lelaki yg tersangat tua: kelihatan seorang ~ datang tergopoh-gapah; b) sudah tua benar (bkn orang lelaki): suaminya sudah ~.

kakemono (kakémono) (Jepun) (S.Lukis) lukisan skrol Jepun yg digantung menegak di dinding.

kaki I 1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah sekali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt bertemu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing;

~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai bermain (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol;

~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan Mn prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi);

berkaki mempunyai (memakai) kaki;

~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd;

mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis;

~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah;

pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar.

kaki II ark datuk, kakek.

kaki III; burung ~ dian sj burung, kedidi pantai, Tringa totanus eurhinus.

kaki IV; ~ ayam sj ikan laut.

kaki V; ~ bayan sj tumbuhan (pokok), singgah, tembusu tikus, Pteleocarpa malaccensis.

kaki ayam 1. kaki pd ayam; 2. kaki yg tidak berkasut; 3. Kl sj kuih dr keledek;

berkaki ayam tidak berkasut.

kakis; mengakis merosakkan (logam, batu dsb) secara tindakan (proses) kimia;

terkakis dapat atau telah dikakis;

kakisan hal atau keadaan mengakis;

kekakisan sifat (kuasa atau daya) mengakis: mengenal pasti agen yg terlibat, sifat fizikal dan kimianya serta tahap ~nya adalah penting utk mengawal sesuatu agen toksik.

kakitangan pekerja (pejabat, syarikat, dll), pembantu (yg turut melaksanakan atau mengurus kerja).

kakofoni (Lin) gabungan bunyi yg menyakitkan pendengaran atau tidak sedap didengar.

kakografi (Lin) 1. tulisan tangan yg sukar dibaca; 2. ejaan yg menyimpang drpd norma atau yg sebenarnya.

kakok Mn ark; mengakok memegang, mengusahakan, mengerjakan;kakap V.

kakologi (Lin) pertuturan yg menyimpang drpd norma sebutan atau tatabahasa, mis slanga.

kaksa ark lapisan tanah yg mengandungi bijih timah.

kaktus sj tumbuhan (pokok) dr famili Cactaceae berbatang hijau, berisi dan berduri yg biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering.

kaku 1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lancar; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerak-geri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~;

kekakuan perihal atau keadaan kaku, kekejuran, kecanggungan.

kakus Id jamban.

kal ark ukuran banyak (beras dsb) yg sama dgn cupak.

kala I masa, waktu, ketika; pd ~ pd masa, pd waktu; ada ~nya, ada masanya (ketikanya), kadang-kadang; barang ~ sebarang waktu; dahulu ~ zaman dahulu, purbakala;

sekala; projek ~ projek yg dilaksanakan sekali sahaja dgn peruntukan khas; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang;

berkala (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); tiada ~ tiada tetap waktunya; majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan);

berkala-kala terkadang-kadang, dr semasa ke semasa;

keberkalaan keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal.

kala II sj binatang kecil yg mempunyai empat pasang kaki dan sengat pd ekornya; jenis-jenisnya: ~ bangkang, ~ jengking, ~ pisang dll; bintang ~ suatu gugusan bintang (akrab).

kala III NS; tali ~ tali tempat berpaut utk perempuan bersalin, tali agas.

kala IV sl sj sutera.

kala V ark jerat.

kala VI; ~ hajat buang air besar.

kalah 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg menurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang;

~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll);

mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah, (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi;

mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah;

terkalahkan dapat dikalahkan;

kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut.

kalai I Mn; mengalai berbaring atau bersandar pd;

mengalaikan membaringkan, menyandarkan.

kalai II; mengalai membersihkan dgn menggosok (barang yg berkarat dll).

kalak ark; songsang ~ terbalik, tersongsang.

kalakanji Mn sj tumbuhan (rumput yg mencucuk atau melekat pd pakaian); kelakanji.

kalakian sl kala itu, ketika itu, kemudian, lalu: ~, tersebutlah pula baginda ketiga laki isteri bersuka-sukaan di dalam istana.

kalam I kata, perkataan; ~ Allah = kalamullah kata-kata Allah; akhirul ~ akhirnya (penutup kata); berpanjang ~ berkata panjang lebar; ilmu ~ ilmu bkn iman; tammatul-~ tamatlah perkataan, selesailah kisah (cerita).

kalam II 1. alat utk menulis (drpd kabung dll); ~ batu pena atau alat utk menulis pd papan batu; 2. sl kemaluan (lelaki): maka Bendahara pun hairanlah melihat ~ raja seperti dikhatankan orang.

kalam III Mn sj pasir hitam bercampur emas yg diayak; semiang ~ sangat sedikit, terlalu kecil.

kalamdan sl sj kotak tempat menyimpan kalam atau pena.

kalamina (Kim) sj garam zink yg digunakan utk membuat ubat-ubatan.

kalamisani; keris ~ sj keris Jawa (yg lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya).

kalamkari sl sj kain cita yg berbunga.

kalamullah Ar (al-Quran) kalimah Allah atau kitab Allah.

kalandar sl orang zahid (pendeta) yg meminta-minta sedekah, fakir.

kalang I galang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas;

~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat;

tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan);

berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal: (mati) ~ tanah ki mati;

mengalang menggalang, menjadikan berbantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal;

mengalangkan menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mempertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi;

memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi;

terkalang tergalang, terganjal;

~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (menolak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll).

kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golongan atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan.

kalang III; ~-kabut a) kelam-kabut; b) tidak tentu fikiran (binggung).

kalang IV; ikan ~ sj ikan keli; tertangkap di ikan ~ prb berlawan dgn orang yg pandai (kaya, berani).

kalap Jw hilang akal, tidak siuman, gila, dirasuk hantu (syaitan): bagaimanapun, persekitaran yg demikian dan dgn daya pukau yg tajam, Sang Pertapa menjadi ~, masih menolak tetapi menerimanya juga;

kekalapan kebingungan.

kalar ark leher baju.

kalas I gelang-gelang atau tali dr rotan pd dayung (utk menyangkut dayung pd perahu);

terkalas tersangkut (dayung).

kalas II; habis ~ habis semua, tidak tinggal sedikit pun;

mengkalas; cuci ~ habis kalas, habis semua.

kalat sj ikan laut, Callyodon fasciatus.

kalau 1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandainya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekiranya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum;

kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anakanda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara;

kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya;

berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkali-kali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura.

kalbu hati (pusat segala perasaan batin), sanubari: ~ zakiah hati yg suci murni.

kaldu air daging yg direbus.

kaleidoskop (kaléidoskop) 1. sj alat mainan (berbentuk tiub, dgn lubang kecil pd satu penghujung) yg membolehkan seseorang melihat corak tertentu yg berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dsb yg sering berubah dgn cepatnya.

kalem IB tidak terburu-buru (tergesa-gesa), sabar, tenang.

kalendar (kaléndar) 1. jadual atau susunan tarikh bagi sesuatu tahun yg diatur mengikut hari (dlm minggu) dan bulan (dlm tahun), takwim, almanak, penanggalan; ~ dinding kalendar yg digantungkan di dinding; 2. senarai atau jadual (tarikh) peristiwa sesebuah organisasi dlm tahun berkenaan.

kalender (kalénder) mesin yg digunakan utk melicinkan kertas atau kain (dgn melalukan kertas atau kain itu menerusi suatu susunan silinder keluli).

kaleng (kaléng) 1. besi tipis yg berlapis timah, tin: ~ sering digunakan utk membuat cerek dsb; surat ~ surat terbang (surat buta); 2. bekas berbentuk silinder, dibuat drpd tin utk mengisi cecair dsb, tin: makanan dlm ~;

kalengan; kaleng-~; =~ ; = makanan ~ makanan yg diawetkan dlm kaleng, makanan dlm tin.

kalerek (kalérék) Id, bp kerani.

kali I 1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda  (dlm kira-kira darab); 2. waktu (kejadian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali;

kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir;

sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerjakan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain(nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ lalu a) = ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; b) (dgn) serentak, sekali gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus;

sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin