koki Id tukang masak: kedua-dua ~ membanting tulang di dapur menyiapkan makanan.
kokila sl burung tiung.
kokko Kd 1. pikul (budak) di atas belakang; 2. duduk di atas belakang orang yg memikulnya (bkn budak).
koklea (kokléa) bahagian telinga dalam yg berupa saluran berpilin yg melaluinya gelombang bunyi dihantar ke saraf pendengaran.
koko 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air.
kokok I bunyi ayam jantan yg berlarut-larut (biasanya pd waktu subuh): ~ ayam bertalu-talu membangkitkan orang tidur; ~ ayam (sekali) dinihari, subuh benar (ketika terdengar kokok ayam yg mula-mula); (bagai ayam si tombong) ~ berderai-derai ekor bergelumang tahi prb orang yg bersikap sombong (bercakap besar) sedangkan saudara-maranya hidup melarat;
berkokok 1. berbunyi berlarut-larut (bkn ayam jantan): kedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut;2. ki mengucapkan kata-kata sbg tanda kegagahan (kemenangan);
kokokan kokok: ~ ayam.
kokok II; mengokok Kl mengukur (kelapa).
kokok III; ~ beluk burung hantu.
kokol I; mengokol membongkok, meringkuk (spt orang yg sangat kesejukan); duduk ~ duduk dgn merapatkan tangan dan lutut ke dada; batuk ~(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu (hingga menyebabkan badan dibongkokkan);
terkokol-kokol menggigil dgn amat sangat (kerana sakit atau kesejukan): demam ~; mencangkung ~ kesejukan.
kokol II sj tumbuhan (pakis).
kokosan Jw; buah ~ sj buah langsat, Lansium domesticum.
kokot I 1. besi atau kawat yg bengkok spt cangkuk atau kait (tempat sesuatu berpaut); ~ betina kokot utk dipaut; ~ jantan kokot utk memaut; 2. =terkokot kerekot, bengkok dan kaku (bkn jari);
kokot II; pengokot sj alat utk mencantumkan kepingan-kepingan kertas, stapler.
kokpit1. ruang tempat duduk juruterbang (dan pembantunya) di dlm kapal terbang; 2. (ruang) tempat duduk pemandu dlm kereta lumba.
kokrom = logam ~ sj aloi yg lebih keras drpd keluli (mengandungi kobalt, kromium, wolfram, dll).
koksir Kl berselerak (buku dll), tidak teratur atau tersusun.
koksiks (Ubat) tulang tongkeng.
koktel (koktél) 1. minuman keras yg disediakan drpd campuran beberapa jenis minuman keras lain; 2. pembuka selera yg terdiri drpd makanan laut atau campuran buah-buahan: ~ buah; ~ udang;
~ buah buah-buahan campur spt nanas, tembikai, anggur dsb yg dipotong kecil-kecil utk dimakan sbg sebahagian drpd hidangan; ~ udang masakan yg terdiri drpd udang sbg bahan utamanya serta juga salad dan sos, biasanya dimakan sbg pembuka selera.
kokun (Bio) kelongsong drpd bebenang spt sutera yg melindungi larva (mis larva rama-rama) atau telur (mis telur cacing).
kokurikulum kurikulum yg merupakan sebahagian drpd kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dll).
kokus (Bio) sebarang bakteria yg berbentuk sfera.
kol I; dikol 1. diperiksa (diselidiki) dgn diperbanding-bandingkan atau disesuaikan (senarai gaji, senarai nama, dll), diteliti; 2. ark diperhitungkan atau dicongakkan (perbelanjaan dll).
kol II Id kubis.
kol III; pistol ~ bp sj pistol automatik.
Kol. kep Kolonel.
kola sj tumbuhan (pokok yg berasal dr Afrika Barat dan kacangnya digunakan sbg perisa minuman), Cola nitida.
kolaborasi subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb.
kolaboratif erat (dr segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih): perhubungan antara kerajaan yg paling ~ sifatnya.
kolaborator orang yg bersubahat (bekerjasama) dgn musuh atau orang jahat.
kolah sj kolam berbentuk segi empat dibuat drpd batu dan simen (utk menakung air): orang sedang sibuk mengambil air sembahyang di ~ di hadapan masjid.
kolaj (S.Lukis) 1. teknik atau cara membuat gambar drpd pelbagai jenis bahan spt cebisan kertas, cebisan kain, gambar foto dsb yg dicantum-cantumkan dan dilekatkan pd sesuatu permukaan (kertas dsb); 2. gambar yg dihasilkan drpd cantuman cebisan kertas, cebisan kain, gambar foto dsb yg berwarna-warni dan dilekatkan pd sesuatu permukaan.
kolak I pisang (ubi dll) yg dimasak dgn air gula melaka dan santan, pengat;
mengolak memasak kolak.
kolak II; ~-kalik golak-galik.
kolam I 1. lubang (lekuk) di tanah yg berisi air: beberapa ekor itik sedang berenang dlm ~;2. = ~ air lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; 3. bekas (yg dibuat drpd batu, simen, dll) yg diisi air (utk mandi dll); ~ kaca bekas berdinding kaca yg berisi air (tempat memelihara ikan), palung ikan, akuarium; ~ (be)renang = ~ mandi kolam yg besar dibuat drpd batu (simen dll) tempat orang berenang.
kolam II; rumput ~ padang sj tumbuhan (rumput), Eragrostis unioloides.
kolang I; ~-kaling = ~-kalik a) (bergerak) ke atas ke bawah (turun naik); b) ulang-alik, berbalik-balik.
kolang II; ~-kaling Jw buah enau (yg sudah dibuang kulitnya).
kolar I bahagian baju (kemeja) yg berlipat di keliling leher: sebentar-sebentar dibetulkan tali lehernya dan ~ kemejanya; (kerja, pekerja, dsb) ~ biru (kerja, pekerja, dsb) yg berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (spt kerja-kerja kilang dsb); (kerja, pekerja, dsb) ~ putih (kerja, pekerja, dsb) yg tergolong dlm bidang pengurusan (profesional, perkeranian, dsb) yg lebih memerlukan daya berfikir dan bukannya kekuatan tenaga;
berkolar mempunyai kolar.
kolar II Jk 1. batu karang; 2. pecahan batu (utk melapisi jalan dll), batu kelikir;koral.
kolateral harta benda, spt rumah, tanah dsb, yg dicagarkan sbg jaminan utk pembayaran balik hutang kpd pemiutang, sandaran: kebanyakan bank mengambil saham sbg ~ bagi pinjaman yg diberikan.
kole (kolé) sj bekas minum yg bertangkai tanpa piring: di atas meja terletak se~ besar kopi panas.
koleh (koléh); koleh-koleh, kekoleh = ~ kacang sj kuih dibuat drpd tepung kacang hijau yg dikacau bersama santan dan gula (ditaburi tahi minyak).
kolej (koléj) maktab; ~ perguruan maktab perguruan (tempat melatih bakal guru).
kolek I (kolék) sj sampan kecil (utk menangkap ikan dll): orang memukat ikan gelama bersampan ~ kayunya pulai;
berkolek menaiki kolek: mereka bersampan dan ~ utk menangkap ikan setiap hari;
berkolek-kolek 1. terapung-apung, beroleng-oleng (spt perahu dipukul ombak); 2. melayang-layang ke sana sini (spt kupu-kupu yg terbang).
kolek II (kolék); ~bas Kd pemeriksa tiket bas.
koleksi (koléksi) 1. sesuatu yg dikumpulkan; 2. pengumpulan sesuatu utk kajian, perbandingan, atau pameran.
kolektif (koléktif) bersama-sama atau beramai-ramai sbg suatu kumpulan (dlm melakukan sesuatu): sekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yg sama, baik secara bersendirian ataupun secara ~; pertanian ~ pertanian yg diusahakan beramai-ramai dgn bekerjasama utk faedah bersama;
mengkolektifkan menjadikan faktor pengeluaran (spt tanah, kilang, dll) milik bersama rakyat atau milik negara, menubuhkan sistem pengusahaan (pengeluaran) secara beramai-ramai (bersama-sama);
pengkolektifan perihal atau perbuatan mengkolektifkan.
kolektivisme (koléktivisme) pegangan hidup yg mementingkan hak milik bersama dlm semua aspek kehidupan.
kolenkima (kolénkima) (Bio) tisu tumbuhan yg menyokong dan menguatkan batang muda, pucuk muda dsb.
koler (kolér) Kl; terkoler terkulai (bkn tangan dll yg patah).
kolera (koléra) sj penyakit berjangkit yg menyebabkan orang yg menghidapnya muntah-muntah dan sering kali membuang najis yg cair, taun.
kolese (kolése) IB pelajaran (di maktab atau universiti) yg disampaikan dgn syarahan (ucapan), kuliah.
kolesistektomi (kolésistéktomi) (Ubat) pembuangan pundi hempedu secara pembedahan.
kolesom (kolésom) sj akar yg dibuat ubat kuat, ginseng.
kolesterol (kolésterol) komponen asid lemak tepu yg terdapat dlm lemak haiwan spt mentega, kuning telur, dsb (yg dikatakan mempunyai kesan buruk pd sistem pengedaran darah);
berkolesterol mengandungi kolesterol: makanan yg mengandungi lemak dan ~ tinggi.
kolitis (Ubat) radang pd kolon.
kolofon 1. lambang penerbit pd buku; 2. petunjuk pd bahagian akhir buku tentang nama penerbit, waktu terbit, dsb.
koloh-koloh; air ~ air celup yg telah digunakan utk mencelup kain dll.
koloid (Kim) sj campuran dgn zarah-zarah satu bahan terampai dlm bahan yg satu lagi (mis molekul kanji di dlm air).
kolok Jw sj kopiah yg tinggi (tanda kebesaran); kuluk.
kolokan Jw sangat manja, suka dipuji-puji (bkn kanak-kanak).
kolokasi (Lin) hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (mis dlm ayat);
berkolokasi (bagi sesuatu kata yg) kerap kelihatan wujud bersebelahan (berdekatan) antara satu sama lain: kata nama “baju” tidak ~ dgn “lazat”.
kolokial (Lin) bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan ‘kau orang’ itu adalah frasa ~.
kolokium perjumpaan atau persidangan utk membincangkan perkara yg biasanya bersifat ilmiah;
berkolokium menghadiri atau menyertai kolokium: kami juga ingin ~, berseminar dsb kalau ada kesempatan;
mengkolokiumkan membincangkan sesuatu perkara, isu dsb dlm kolokium: utk menghimpunkan dan menerbitkan hasil kajian yg telah dikolokiumkan demi memperkaya kepustakaan Melayu.
kolon (Bio) bahagian usus besar dr usus buntu hingga ke hujung usus.
kolone IB pasukan tentera (kelengkapan tentera dsb) yg dibariskan memanjang ke belakang (dgn yg satu di belakang yg lain dlm satu barisan yg panjang).
kolonel (pangkat) pegawai dlm tentera darat atau udara yg lebih rendah drpd brigadier tetapi lebih tinggi drpd leftenan kolonel: K~ Abbas.
kolong I 1. ruang atau bahagian di bawah sesuatu (mis di bawah rumah yg bertiang dll): ~ jambatan; ~ pangkin; ~ langit di bawah langit (di atas muka bumi); anak ~ Id anak yg lahir di tempat kediaman tentera, anak askar; 2. lubang yg memanjang spt terusan di dlm tanah, lombong, korok; ~ timah lombong (bijih) timah; Cina ~ orang Cina yg bekerja di lombong.
kolong II; kolong-kolong, kekolong, kolongan Jk lingkaran (gelung-gelung) besar dibuat drpd rotan (logam dll).
koloni1. negeri, tanah jajahan; 2. sekumpulan serangga atau haiwan dr jenis yg sama yg hidup bersama.
kolonial bersifat jajahan (penjajah, penjajahan); golongan ~ golongan yg bertalian dgn pihak penjajah; pegawai-pegawai ~ pegawai pemerintah kerajaan penjajah; pemerintah ~ pemerintah penjajah (di tanah jajahan).
kolonialis pihak (orang atau negara) yg mengamalkan faham kolonialisme, penjajah.
kolonialisme dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain.
kolonis penduduk atau orang asing yg datang menetap di sesebuah tanah jajahan.
kolonisasi proses (tindakan, perbuatan) menjadikan sesuatu tempat, wilayah, atau negara sbg koloni.
kolonisir ark IB; mengkolonisir,mengolonisir menjadikan koloni (tanah jajahan), menjajah.
kolor = koloran Jk tali seluar (utk mengikat seluar di pinggang).
kolorimeter (koloriméter) alat utk mengukur kepekatan larutan dgn membandingkan keamatan warnanya dgn keamatan warna suatu larutan piawai.
kolorimetri (kolorimétri) kaedah analisis kimia yg berdasarkan pengukuran keamatan warna sesuatu bahan (dgn menggunakan kalorimeter).
kolostrum (Bio) air susu (jernih dan kekuningan) yg keluar pd akhir kehamilan sehingga beberapa hari setelah kelahiran bayi (merupakan sumber protein dan antibodi yg penting bagi bayi yg baru lahir).
kolot kuno, cara lama (tidak moden), ketinggalan zaman: cara ~ yg digunakan oleh petani-petani menyebabkan hasil pertanian mereka tidak memuaskan; adat ~ adat kuno; kaum ~ golongan yg berpegang kuat pd adat resam kuno;
kekolotan 1. sifat (cara, adat resam, dll) yg kolot (ketinggalan zaman), kekunoan: menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dlm masyarakat;2. perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (bkn pemikiran, adat resam, dll): pelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya.
kolportir IB orang yg menjual surat khabar (buku dll) sbg mata pencariannya.
kolum ruang (dlm surat khabar, majalah, dsb), lajur: berita-berita hangat selalu mendapat tempat dlm ~ surat khabar;
berkolum-kolum beberapa (banyak) kolum, beruang-ruang: laporan mengenai kejadian itu ditulis ~ panjangnya.
kolumnis penulis ruangan tetap dlm surat khabar atau majalah, pojok.
koma I tanda baca (,) utk menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca; ~ bernoktah = titik ~ tanda baca (;) utk menandakan tempat berhenti membaca sebentar; ~ di atas, tanda koma yg dituliskan di sebelah atas di hujung suku kata (spt tanda koma pd perkataan Dato’ dll); ~ terbalik tanda koma yg ditulis terbalik dan biasanya di sebelah atas baris atau perkataan, tanda ‘atau’;
berkoma terdapat tanda koma;
mengomakan meletakkan tanda koma pd: ~ ayat yg panjang.
koma II keadaan tidak sedarkan diri utk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit): dlm keadaan ~.
komak I;~-kamik kumat-kamit.
komak II;tepung ~; gomak.
koma-koma putik bunga kering drpd tumbuhan Crocus sativus yg digunakan sbg rempah, perisa, dan pewarna makanan.
komalagemala.
komaliwan Id alat yg digunakan utk makan di kapal.
koman bp tidak istimewa (bkn barang dll), biasa, kodi, kebanyakan.
komandan pegawai (polis atau tentera) yg memerintah sesuatu tempat, pasukan, atau organisasi.
komander 1. pegawai tentera yg memerintah sesebuah pasukan atau operasi tentera; 2. pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut yg pangkatnya setingkat di atas leftenan komander dan setingkat di bawah kapten (setaraf dgn leftenan kolonel dlm tentera darat dan tentera udara).
komanditer IB orang yg mempunyai modal dlm syarikat perdagangan dll tetapi tidak turut sama mengurus syarikat itu.
komando 1. perintah (dlm perbarisan dll), aba-aba: ketua pasukan menjerit memberi ~;2. perintah, pimpinan: di bawah ~ di bawah pimpinan, diperintah (oleh); memegang ~ memegang pimpinan; 3. unit (atau anggota) khas dlm angkatan tentera yg dilatih khusus utk melakukan serangan mengejut terhadap musuh: pendaratan dan pengguguran ~ dijalankan pd malam hari;
mengomando memberi komando atau perintah, mengetuai atau memimpin (gerakan tentera dll).
Komanwel (komanwél) = ~ British perikatan negara-negara merdeka yg pernah diperintah oleh British yg mengiktiraf raja British yg memerintah sbg ketua Komanwel, persemakmuran; persidangan perdana menteri ~ persidangan yg disertai oleh perdana menteri negara-negara anggota Komanwel.
komat; ~-kamit kumat-kamit;kumat II.
kombala ark gembala.
kombinasi gabungan, cantuman, satuan: pd asasnya seni itu adalah hasil ~ teknik dan ilham; pelukis yg baik dapat menimbulkan ~ warna yg menarik;
mengkombinasikan menggabungkan, menyatukan: jika dikombinasikan kesemua persoalan ini, kita akan menghadapi suatu masalah yg besar.
kombo kumpulan kecil ahli muzik (terutamanya yg memainkan irama jaz).
kome (komé) Pr kamu semua.
komedi (komédi) 1. drama, filem, dsb yg ringan dan lucu, biasanya berakhir dgn kegembiraan; 2. genre sastera yg berkaitan dgn hal-hal lucu atau serius dgn cara menyindir;
berkomedi berlakon komedi: mereka ~ dlm pertunjukan itu.
komen (komén) 1. teguran, kritikan, atau pemerhatian utk menyatakan pendapat, pandangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan: berbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dlm akhbar;2. memberi komen: katanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu;
mengomenmembuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang;
pengomen orang yg suka dan selalu membuat komen.
komendur IB 1. ketua pasukan, komander; 2. pegawai yg mengetuai pentadbiran (pengendalian) sesebuah pelabuhan, syahbandar; 3. pegawai yg mengetuai daerah, pegawai daerah.
komeng (koméng) 1. sentiasa kecil (tidak besar-besar), kerdil, kecil (drpd yg lazim): kelapa ~;2. sedikit;
sekomeng 1. sangat kecil; 2. sangat sedikit.
komensal (koménsal) (Bio) organisma yg menjangkiti manusia atau haiwan tanpa mengganggu atau memberi manfaat pd perumah.
komensalisme (koménsalisme) (Bio) hubungan antara dua organisma yg memberikan manfaat kpd satu organisma, tetapi pd masa yg sama tidak pula mendatangkan apa-apa kesan kpd organisma yg satu lagi.
komentar (koméntar) IB komen, huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara dll): tidak habis-habis orang memberi ~ mengenai rang undang-undang yg akan dikemukakan itu;
mengomentar 1. membuat komentar (komen), mengulas; 2. = mengomentari mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu, mentafsirkan, mengulas: beliau enggan ~ perjanjian pertahanan antara kedua-dua buah negara itu.
komentator (koméntator) orang (atau penyiar) yg membuat ulasan tentang sesuatu peristiwa, mis acara sukan, terutamanya melalui radio dan televisyen, pengulas, juruulas.
komersial berkaitan dgn atau bersifat perdagangan: kepentingan dan tujuan ~; nilai-nilai ekonomi dan ~; bangunan ~;
mengkormersialkan menjadikan sesuatu sbg barang dagangan: usaha Rahim ~ filemnya telah mencetuskan kritikan; aspek-aspek ~ seni pertukangan menolong meninggikan taraf seni.
komersialisasi proses, perbuatan, atau usaha menjadikan sesuatu mempunyai sifat, matlamat, dsb perdagangan: perubahan struktural ini nantinya akan selari dgn proses ~ sektor pertanian.
komersialisme sikap, prinsip atau amalan perniagaan yg lebih menekankan soal keuntungan: filem terbitan syarikat itu nampaknya cuba mendekati ~ dgn mengikut selera penonton.
komersil komersial.
komes (komés) 1. ark bulu di bawah bibir bawah; 2. kumis.
komet (komét) jasad cakerawala yg beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yg bercahaya.
komidi Id 1. pertunjukan (permainan) sandiwara, lakonan (drama di pentas dsb); ~ bangsawan permainan sandiwara mengenai cerita lama (spt cerita raja-raja dll); ~ gambar ark wayang gambar; gedung (rumah) ~ bangunan (panggung) tempat dipertunjukkan permainan sandiwara; 2. pertunjukan (spt gerak badan atau berbagai-bagai jenis senaman) spt bertunggang balik, berayun; bermain ~ a) mempertunjukkan berbagai-bagai jenis senaman (spt bertunggang balik dll); b) ki berpura-pura, tidak jujur, berbuat sesuatu dgn tidak berterus-terang, berdolak-dalik (percakapannya); ~ kuda permainan sarkas (yg menunjukkan kepandaian binatang); 3. perbuatan yg berpura-pura (tidak sungguh-sungguh), perlakuan yg dibuat-buat, lawak: Hanafiah tidak dapat meneruskan ~nya sbg orang sedang merajuk;
mengomidikan memperdayakan, mempermainkan, menipu: tidak disangkanya ia akan dikomidikan orang yg sangat dipercayainya.
komik = buku ~ buku yg mengandungi cerita yg disertai dgn gambar-gambar yg melucukan.
komis IB pegawai atau jawatan yg tinggi sedikit drpd kerani: Hanafi diterima bekerja sbg kerani dan kemudian naik pangkatnya menjadi ~.
komisar 1. pegawai parti komunis yg ditugaskan kpd unit tentera utk mengajar prinsip dan keunggulan parti; 2. ketua jabatan kerajaan di Rusia sehingga tahun 1946.
komisaris IB 1. orang yg dilantik utk menjalankan sesuatu tugas (spt menjadi ahli lembaga pengurus pertubuhan, badan perniagaan, dll), ahli (anggota) sesuatu suruhanjaya; 2. = ~ agung = ~ tinggi pesuruhjaya tinggi (orang yg mewakili sesebuah negeri komanwel di negeri komanwel yg lain); 3. = ~ polisi pesuruhjaya polis (pegawai polis yg mengetuai pasukan polis di sesuatu kawasan atau negeri).
komisen (komisén) sejumlah (peratusan) bayaran yg dibayar kpd seseorang, ejen, jurujual, dsb kerana perkhidmatannya, dalal: jika laku keretanya, kita akan diberi ~.
komisi I; mengkomisikan memberikan sesuatu tugas (kerja dsb) secara rasmi kpd pihak atau orang lain utk mengerjakan atau mengusahakannya dsb hingga selesai: pihak pengurusan bersetuju utk ~ projek tersebut kpd universiti yg berkenaan;