K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə33/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   29   30   31   32   33   34   35   36   ...   42

pengkomisian perihal (proses, tindakan atau perbuatan) mengkomisikan: ~ projek itu terpaksa ditangguhkan sementara kerana sebab tertentu.

komisi II IB 1. badan utk tugas (kajian, siasatan, dsb) tertentu, suruhanjaya; 2. = pergi ~ pergi ke sesuatu tempat utk menyiasat (menyelidiki) sesuatu perkara; 3. = barang ~ barang orang lain yg atau utk dijualkan dgn mendapat upah (komisen); menjual ~ menjual barang orang dgn menerima upah (komisen); 4. = wang ~ (bayaran) yg diterima sbg upah menjualkan barang orang: lebih banyak barang yg laku, lebih besar ~ yg diperoleh;

mengomisi menyelidiki, memeriksa, menyiasat.

komite (komité) Id jawatankuasa, panitia: suatu ~ yg bertanggungjawab menguruskan kerja memungut derma telah dilantik.

komited mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu): individu atau kumpulan ini merupakan penagih keuntungan yg kurang ~ terhadap tanggungjawab sosial; Asas 50, sebuah pertubuhan penulis yg ~ kpd gagasan Seni utk Masyarakat.

komiti bp jawatankuasa, panitia.

komitmen 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja; Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk mengekalkan askar-askarnya di sana.

komkoma koma-koma.

komoditi barangan yg diperdagangkan, terutamanya keluaran ladang, bahan mentah, dan bahan galian.

komodo sj biawak besar, Varanus komodoensis.

komodor = ~ udara pegawai tinggi dlm angkatan udara.

komofit (Bio) tumbuhan yg tumbuh di celah-celah batu yg penuh dgn sarap.

komoi sj tumbuhan (pokok); a) Diospyros clavigera; b) Diospyros oblonga.

komp. kep kompleks.

kompa ark pompa.

kompak teguh, kukuh, kuat, bersatu padu: kalau masih ada perselisihan, tidak mungkin akan terdapat pimpinan yg ~ dlm persatuan.

kompang sj rebana yg dipukul beramai-ramai: riuh-rendah bunyi ~ di majlis perkahwinan itu.

komparatif bkn atau berdasarkan perbandingan (spt linguistik terapan).

kompartmen ruang atau bahagian yg terpisah drpd bahagian lain: sains berada dlm ~nya yg tersendiri.

kompas 1. alat yg menentukan arah mata angin, yg mempunyai jarum magnetik yg bergerak bebas dan menunjuk ke arah utara: pasukan pengakap tersebut mencari jalan keluar dr hutan itu dgn menggunakan ~; jarum ~ jarum pd kompas yg menunjukkan arah; 2. sj alat berkaki dua utk melukis bulatan, mengukur jarak pd peta, carta, dsb, jangka lukis: elok menggunakan ~ utk membuat bulatan yg sempurna.

kompaun denda yg dibayar dgn tidak perlu melalui pendakwaan di mahkamah: dia dikenakan ~ sebanyak RM75.00 kerana kesalahan meletak kereta;

mengkompaun mengenakan kompaun terhadap (seseorang dsb): dia telah dikompaun sebanyak RM30.00 oleh Dewan Bandaraya kerana kesalahan meletak kereta;

pengkompaunan perihal atau perbuatan mengenakan kompaun.

kompelin bp aduan kerana tidak puas hati (terhadap sesuatu): wakil rakyat tersebut telah menerima ~ drpd orang ramai terhadap kekasaran sesetengah kakitangan kerajaan;

mengompelin mengadukan (menyatakan) rasa tidak puas hati terhadap sesuatu: mereka ~ kerana makanan tidak memuaskan.

kompendium (kompéndium) ringkasan atau ikhtisar tulisan ilmiah yg tuntas (padat): dia menulis sebuah ~ tentang falsafah gurunya.

kompeni 1. bp syarikat perniagaan: beberapa buah ~ telah mengurangkan kakitangannya kerana perniagaan makin merosot; 2. pertubuhan atau persatuan perniagaan Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) yg ditubuhkan pd permulaan abad ke-17; 3. bp kerajaan, pemerintah; harta (tanah) ~ harta (tanah) milik kerajaan; jalan ~ jalan yg dibina oleh kerajaan; 4. Id askar (terutama askar Belanda atau askar Syarikat Hindia Timur Belanda); 5. pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd batalion, terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota dan biasanya dibahagikan kpd tiga platun: askar dr ~ C batalion kedua.

kompenian Id 1. kewajiban membuat sesuatu pekerjaan, rodi; 2. sj cukai tanah yg dikenakan kpd orang yg mendiami tanah persendirian.

kompensasi (kompénsasi) 1. ganti rugi, sagu hati, pampasan; 2. pemberian barang dll sbg menjelaskan hutang dll.

komperang Jk seluar panjang yg sangat longgar.

kompes (kompés) Jk ark; dikompes disoal dgn keras (oleh polis dll) supaya membuat keterangan atau pengakuan.

kompeten (kompetén) IB 1. cekap, layak, dapat menjalankan tugas dgn sempurna; 2. berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu;

kekompetenan keadaan atau hal kompeten: keakuran dan ~ sains.

kompeten (kompéten) (Udg) layak atau berkuasa di sisi undang-undang utk memberikan keterangan, membicarakan dsb (bkn mahkamah, saksi atau hakim): Mahkamah Rayuan tersilap apabila memutuskan Mahkamah Syariah bukan mahkamah yg ~ utk membicarakan kes berkenaan.

kompetensi (kompeténsi) IB hak (kuasa) utk memutuskan atau melakukan sesuatu.

kompetensi (kompétensi) kecekapan: kursus ~ umum.

kompetisi (kompétisi) IB pertandingan utk merebut kejohanan.

kompetitif (kompétitif) bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing.

kompi IB pasukan kecil askar di bawah pimpinan seorang kapten, kompeni: tiga ~ tentera jalan kaki telah memasuki bandar itu.

kompleks (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keruh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~‘aku pengarang’ dan ‘aku wartawan’; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat;

~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh;

kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi.

kompleksiti (kompléksiti) sifat atau keadaan kompleks, kekompleksan: kerumitan dan ~ sentiasa mencirikan proses perubahan; ~ struktur empayar India; ~ dlm sajak.

komplikasi 1. kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampuraduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yg merumitkan); 2. penyakit baru atau perkembangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadikan lebih rumit utk dirawat dan diubati: akibat tersalah makan ubat, ia mendapat ~ dan terpaksa dirawat di rumah sakit.

komplit sempurna (tidak berkurang suatu apa pun), lengkap, genap, cukup semuanya: terdapat juga tempat permainan kanak-kanak yg ~ dgn segala jenis mainan kanak-kanak.

komplot = komplotan rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): segala rancangan ~ yg hendak menimbulkan kekacauan itu telah diketahui polis; beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua;

berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn bermuafakat atau ~;

pengkomplot orang yg berkomplot.

kompok kelompok.

kompol Id; mengompol kencing sewaktu tidur, kencing malam.

komponen bahagian yg menjadikan sesuatu (spt enjin, pesawat, alat, dll) lengkap atau sempurna, (yg menjadi) bahagian drpd sesuatu yg lebih besar (kompleks atau lengkap): strategi yg disebut tadi mesti ada ~ sosial yg menjalankan dasar dan disiplin yg boleh menjamin harmoni; parti-parti ~ Barisan Nasional.

kompong kudung, kontot, rompong; ayam ~ ayam togel (tidak berekor); selendang ~ selendang pendek.

komponis IB penggubah (pencipta) lagu atau muzik: sungguh berminat ia mendengar muzik ciptaan ~ yg terkenal, Beethoven, Chopin dan Tchaikovsky.

kompor IB sj dapur memasak yg menggunakan minyak tanah.

kompos I baja drpd bahan-bahan organik spt daun, kayu, tahi binatang, dll yg telah reput;

mengompos bertukar menjadi kompos: lama-kelamaan ranting-ranting dan daun itu akan reput dan ~;

pengomposan proses menghasilkan kompos.

kompos II; mengompos mengatur huruf dlm percetakan.

komposer penggubah (lagu, muzik, dsb), pencipta.

komposisi 1. gubahan, ciptaan, karangan: novel yg baik ~nya tidak membosankan; 2. teknik (cara) menyusun dan menjalin sesuatu karangan atau ciptaan hingga menjadi hasil karya sastera atau seni yg sempurna; 3. bahagian-bahagian yg terjalin menjadi sesuatu yg lengkap, bahagian-bahagian drpd sesuatu kesatuan, jalinan bahagian-bahagian pd sesuatu keseluruhan: Kota Kinabalu juga menjadi bandar yg seimbang ~ penduduknya antara penduduk pribumi dan bukan pribumi;

mengomposisikan menggubah, mencipta, mengarang: akan kukomposisikan sebuah lagu dan kunyanyikan sepanjang hidupku.

komposit 1. terdiri drpd beberapa bahagian, unsur, bahan dsb yg berlainan: sistem paip ~; 2. sesuatu yg terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur dsb: polimer baru dapat diperkukuh menjadi ~ pelbagai guna, khususnya utk pembinaan kereta dan kapal terbang.

kompot kontot, kudung, pendek.

komprehensif (kompréhénsif) luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dalamnya, tuntas: sebuah kamus yg ~ sangat diperlukan; menyediakan laporan-laporan yg ~.

kompres (komprés) kain basah atau kering atau pad yg ditekan-tekan pd bahagian badan utk melegakan sakit dll;

mengompres menyejukkan kepala dll dgn kompres, menjaram.

kompromi persetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yg bertentangan): penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja;

berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dsb) dgn cara bertolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~;

mengkompromikan menyatakan persetujuan atau kesepakatan dgn unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup: penganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dgn mana-mana fahaman.

komputer alat elektronik yg menyimpan maklumat pd cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan;

~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit; ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba; ~ hos komputer yg disambungkan kpd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain; ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja; ~ peribadi komputer kecil yg dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu; ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku; ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan;

berkomputer yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~;

mengkomputerkan 1.menggunakan atau melengkapkan dgn komputer (utk melaksanakan sesuatu kerja): ~ pejabat; 2. memproses atau menyimpan maklumat dsb dgn menggunakan komputer: data itu telah dikomputerkan;

pengkomputeran perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan.

komputerisasi pengkomputeran.

komrad orang (rakan) yg sama-sama menjadi anggota sesebuah pertubuhan atau parti politik: mereka tidak tinggal selama-lamanya di dlm hutan spt ~ komunis yg lain.

komunal 1. bkn (pemilikan) hak secara bersama: sumber tenaga secara ~; 2. bkn kepentingan awam: hak milik bercorak ~ kpd yg bercorak individu.

komunalisme semangat yg lebih menitik-beratkan kepentingan sesuatu kaum sahaja, faham perkauman: aliran politik yg sempit yg berorientasikan ~.

komunikasi perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya;

berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran;

mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan.

komunikatif sedia atau dapat berhubungan (mengadakan komunikasi), dapat atau mudah menyampaikan sesuatu maksud (maklumat dsb): sajak-sajak yg dihasilkan oleh generasi Usman dan Masuri bersifat ~;

kekomunikatifan keadaan atau perihal komunikatif: tingkat ~.

komunikator orang atau institusi yg menghantar pesan ( maklumat dll) kpd penerima pesan.

komunike (komuniké) kenyataan atau pengumuman rasmi (spt yg dikeluarkan selepas persidangan, perundingan, dsb utk siaran akhbar dsb).

komunis orang (golongan) yg menganut atau mengamalkan faham komunisme: mereka mempelajari ajaran Marx dan Lenin utk memperlengkapkan diri menjadi ~ ; parti ~ ;

blok ~ kumpulan beberapa buah negara yg menganut dan mengamalkan komunisme; faham ~ komunisme.

komunisme fahaman politik yg (hendak) menjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat: ~ diamalkan dgn luasnya sbg falsafah hidup di negeri China dan beberapa negeri Eropah Timur.

komuniti 1. kumpulan orang yg tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya; 2. kumpulan individu yg mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan, dll) yg serupa: ~ akademik; ~ para ilmuwan.

komutator 1. perkakas utk mengubah arah arus elektrik (terutama utk menukar arus ulang-alik menjadi arus terus); 2. bahagian berputar (dlm dinamo atau motor) yg menerima arus drpd berus atau menghantar arus kpd berus.

komuter kereta api elektrik yg berulang-alik utk mengangkut penumpang ke pusat bandar, tempat kerja dsb: setiap hari dia berulang-alik dgn ~.

kon 1. jasad pejal yg meruncing ke hujung dr tapaknya yg rata dan bulat; 2. sesuatu yg berbentuk kon, sama ada pejal atau geronggang.

konan ark; mengonani memukul (menyerang) beramai-ramai.

koncah berkocak (air), tidak tenang (air laut dll).

koncet kuncit.

konco rakan (sahabat, teman), kakitangan, pembantu: dia dan ~nya dapat mempengaruhi orang-orang kampung.

kondai kundai.

konda kondi sj permainan rakyat (biasanya utk kanak-kanak) yg menggunakan dua batang kayu (satu panjang, satu pendek), disungkit menerusi lubang yg disediakan dan dipukul.

kondangan Jk 1. menghadiri majlis kenduri (perkahwinan dll), berkunjung ke tempat diadakan kenduri (upacara dll) utk membantu dll; 2. undangan, jemputan.

konde (kondé)kundai.

kondem (kondém); sudah ~ bp sudah rosak sama sekali dan tidak boleh dipakai lagi (bkn kereta, alat perkakas, barang, dll).

kondensasi (kondénsasi) (Kim) proses perubahan keadaan sesuatu bahan drpd wap atau gas kpd cecair, pemeluwapan;

terkondensasi berubah drpd wap (atau gas) kpd cecair.

kondenser (kondénser) 1. radas utk mendinginkan wap dan memeluwapkannya (menjadikan cecair); 2. kanta utk menumpukan cahaya ke sesuatu benda; 3. = ~ elektrik alat yg terdiri drpd dua atau lebih kepingan pengalir dan digunakan utk menerima dan menyimpan cas elektrik.

kondil (Bio) struktur bulat dan licin pd hujung tulang tertentu yg terlekat pd soket tulang lain utk membentuk sendi lesung.

kondisi IB 1. sesuatu yg perlu dimiliki (dilakukan dll) supaya dapat mencapai, memperoleh, dll) sesuatu, syarat (yg menjadi asas sesuatu perkembangan dll); 2. keadaan, kedudukan.

kondo singkatan bagi kondominium.

kondom sarung drpd getah dsb yg disarungkan pd kemaluan lelaki utk mencegah jangkitan atau kehamilan akibat hubungan seks.

kondominium bangunan pangsapuri yg setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama.

kondor I Jk sj penyakit yg menyebabkan kantung kemaluan menjadi besar, burut;

kondoran kondor.

kondor II sj burung pemangsa yg besar yg gemar memakan bangkai binatang, terdapat terutamanya di Amerika Selatan.

kondotel (kondotél) tempat penginapan yg berasaskan gabungan konsep kondominium dan hotel.

kondritis (Ubat) radang pd tulang rawan.

konduit (Kej) tiub atau salur yg melindungi dawai elektrik bertebat.

konduksi (Fiz) pemindahan tenaga haba atau tenaga elektrik melalui sesuatu bahan (konduktor), pengaliran;

konduksian dapat mengalirkan haba, arus elektrik dsb: kehilangan ~;

kekonduksian sifat atau keupayaan mengalirkan arus elektrik, haba dsb: lapisan kering makanan mempunyai ~ terma yg rendah dan bertindak sbg penebat di samping memberi rintangan terhadap pengaliran haba;

pengkonduksi bahan atau medium yg melaluinya tenaga haba atau elektrik dapat mengalir, konduktor.

konduktif konduksian.

konduktor 1. orang yg menjual tiket dan mengutip tambang dlm bas; 2. (Fiz) bahan atau medium yg melaluinya tenaga haba atau elektrik dapat mengalir; ~ elektrik bahan (dlm bentuk larutan, leburan, atau pepejal) yg melaluinya arus elektrik dapat mengalir; 3. (Muz) orang yg memimpin sesuatu persembahan koir, simfoni atau orkestra.

kondusif sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa.

konek (konék) bk kemaluan laki-laki, zakar.

koneng (konéng); kuih ~ sj kuih.

konfederasi (konféderasi) pergabungan atau gabungan antara negara, parti politik, dll.

konfeksi (konféksi) 1. sediaan manis yg dibuat drpd buah-buahan, kekacang, dll spt halwa, gula-gula, dsb; 2. sesuatu spt topi dll, terutamanya utk wanita, yg dibuat dgn penuh hiasan.

konferensi (konferénsi) pertemuan formal utk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat, dsb tentang sesuatu perkara, terutamanya di kalangan pihak-pihak yg mempunyai minat dan kepentingan bersama, persidangan, muktamar: suatu ~ pakar-pakar dr seluruh dunia utk membincangkan masalah kekurangan makanan telah diadakan baru-baru ini.

konfeti (konféti) cebisan kertas berwarna-warni yg ditaburkan pd pengantin baru atau orang ramai dlm sesuatu majlis.

konfigurasi (Kim) susunan atom sesuatu molekul di dlm ruang;

~ elektron susunan elektron di dlm atom; ~ mutlak gambaran terperinci sesuatu molekul, termasuk cara atom-atom tersusundi dlm ruang.

konflik perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll: beliau memberi amaran kpd orang-orang yg hendak menimbulkan ~ antara kaum di negeri ini; cerita itu penuh dgn ~ jiwa, antara kasih dan tanggungjawab;

berkonflik berselisihan, bertentangan, terlibat dlm sesuatu konflik.

konfrontasi 1. persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, dll) yg bertentangan (berselisihan, bermusuhan); 2. pertentangan (permusuhan) secara langsung yg menyebabkan orang atau pihak yg terlibat menghadapi kemungkinan berlakunya pergaduhan (peperangan dsb): kerana masing-masing hendak melamar gadis yg sama, timbullah ~ antara kedua-dua pemuda itu; dgn jatuhnya Presiden Soekarno, tamatlah ~ antara Malaysia dan Indonesia;

berkonfrontasi 1. saling berhadapan antara dua orang dll yg bertentangan, bersemuka; 2. bermusuhan (bertentangan) secara langsung (yg boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan, dsb): masing-masing ~ terhadap yg lain.

konga (Muz) 1. sj tarian Amerika Latin; 2. sj gendang yg berasal dr Amerika Latin, yg tinggi dan kurus, dan dipalu dgn tangan.

kongenital (kongénital) (Ubat) berkaitan dgn penyakit atau keadaan yg dialami sejak lahir.

kongkalikung, kongkalingkung 1. bp curang (tidak jujur atau berterang-terang); 2. sekongkol dlm melakukan sesuatu yg tidak baik;

berkongkalikung bersekutu (bersepakat) dlm melakukan sesuatu kesalahan (tipu daya dll), bersekongkol.

kongkang I sj kera kecil yg tidak berekor dlm famili Lorisidae, Nycticebus coucang; spt ~ malu; agih-agih ~ prb terlalu dermawan atau murah hati hingga diri sendiri mendapat kesusahan;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   29   30   31   32   33   34   35   36   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin