K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə34/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   30   31   32   33   34   35   36   37   ...   42

mengongkang 1. berlaku spt kongkang; 2. mengerip, mengunggis: Intan sedang enak ~ epal.

kongkang II ark sj katak besar, kangkung.

kongkek (kongkék) bp bersetubuh, bersanggama.

kongkiak kelengkiak.

kongko Jk berbual-bual, berborak.

kongkoan C 1. bangunan utk digunakan oleh orang ramai, balai raya; 2. majlis atau badan penasihat hal-hal mengenai orang Cina.

kongkolsekongkol.

kongkong I benda drpd kayu atau besi yg berlubang yg dikenakan pd leher orang salah atau orang tahanan (utk menghukumnya atau mencegahnya drpd lari), pasung;

mengongkong 1. mengenakan kongkong pd, memasung, membelenggu: ia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dlm sebuah pondok kecil; 2. ki membatasi (kebebasan, pergerakan, dll), menghalangi, menyekat: ia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yg keras; 3. mengepung, melingkungi: pasukan tentera yg dikirimkan itu mula ~ askar musuh yg terperangkap; 4. meliputi, mencakupi, merangkumi: ilmu kedoktoran ~ ilmu anatomi, perubatan, kesihatan, dll;

terkongkong terbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya;

kongkongan ki perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman: dlm negara yg mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas drpd ~ pemerintah; puas ia mencari jalan melepaskan dirinya drpd ~ lelaki yg tidak disukainya itu;

pengongkongan 1. perihal atau perbuatan mengongkong (memasung, membelenggu), pemasungan, pembelengguan; 2. perihal atau perbuatan mengongkong (membatasi, menghalangi menyekat), pembatasan, penghalangan, penyekatan;

pengongkong orang yg suka mengongkong (kebebasan, pergerakan, dll), penghalang, penyekat.

kongkong II bunyi (salak) anjing yg kuat;

mengongkong menyalak dgn kuat, menggonggong.

konglomerat; 1. batu ~ batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat; 2. (Eko) firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian.

kongo Kl, Tr tidak bermaya atau tidak bertenaga, lemah, lesu.

kongres (kongrés) I mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu dsb: masalah memajukan bahasa Melayu, dan membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu telah dibincangkan dlm beberapa ~ yg telah diadakan;

berkongres mengadakan kongres: mereka ~ lagi utk membincangkan masalah lain pula.

Kongres (kongrés) II badan perundangan persekutuan di Amerika Syarikat yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Senat.

kongruen (Mat) mempunyai bentuk dan saiz yg sama (bkn rajah): segi tiga ~.

kongsi 1. persekutuan (pergabungan) yg mengandungi dua orang atau lebih yg bekerjasama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ;

~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang);

berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm sesuatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, bersepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri);

mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar;

kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian;

perkongsian 1. syarikat perniagaan yg dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda;

pekongsi individu atau kumpulan yg berkongsi.

konifer (Bio) tumbuhan (spt damar minyak, sempilor, podo, dll) dlm order Coniferales, divisi Gymnospermae, yg menghasilkan kon dan mempunyai daun yg menyerupai jarum atau sisik (banyak terdapat di Eropah dan Amerika Utara).

konjunktiva (Ubat) membran bermukus yg menyelaputi bahagian depan bola mata dan permukaan bawah kelopak mata.

konjunktivitis (Ubat) radang pd konjunktiva.

konklusi keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan.

konklusif tidak dapat dipertikaikan lagi (bkn keterangan, keputusan dsb), pasti, kukuh, muktamad: ujian DNA itu tidak akan memberikan keputusan yg ~; bukti yg ~ tentang perbuatan yg sengaja bagi menyembunyikan kematian dgn cara membuang mayat itu secara sulit.

konkologi kajian tentang kerang-kerangan, termasuk cangkerangnya.

konkordans (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan.

konkos ruang terbuka yg luas dlm sesebuah bangunan tempat orang ramai berkumpul atau berlegar-legar.

konkrit 1. campuran batu kelikir dgn simen (pasir dll) yg digunakan utk pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll): asas rumah itu dibuat drpd ~; 2. bersifat (berupa) sesuatu yg dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihatan dsb), maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yg ~ ke arah pembangunan ekonomi negara; 3. pasti (tidak samar-samar dsb), positif: mereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~ yg dapat diperjelas tanpa kajian;

mengkonkritkan ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihatkan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas;

kekonkritan perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan.

konkrus IB, bp peraduan (menyanyi dll).

konkuren (konkurén) IB 1. pertandingan, perlawanan, persaingan (harga dll); 2. berlawanan, bersaingan (harga dll); 3. saingan, lawan (dlm perniagaan dll).

konkurensi (konkurénsi) IB perlawanan, persaingan.

konon 1. kata utk menyatakan perasaan ingin tahu, gerangan, agaknya: apa ~ yg merunsingkannya? 2. katanya, kata orang, menurut khabar: kudengar engkau ~ hendak mengadang Sang Guna; adalah ~ seorang perempuan terlalu baik parasnya; 3. agaknya (begitu), rasanya (begitu), barangkali (begitu), bukankah: maka inilah sebentuk cincin ia minta jualkan, keputusan belanja ~; 4. kata utk menyatakan sindiran atau ejekan, seolah-olah, lakunya: badan sudah tua hendak membuka kebun baru ~; jadi kau fikir ~nya kau boleh dapat kerja di sana? 5. sl khabar; 6. = kononkan = ~ lagi = ~ pula apalagi, istimewa pula, inikan pula: sedang gajah liar lagi dapat kita jerat, ini ~ gajah jinak;

mengonon, memperkonon, memperkononkan memperdayakan, memperolokkan, mempermainkan (dgn kata-kata yg bukan-bukan dsb): kalau sudah ada sedikit pengetahuan, tidaklah mudah diperkononkan orang;

mengononkan 1. mengonon, memperkonon(kan); 2. mengisahkan (mempercakapkan) dgn konon (dgn berasaskan kata orang, khabar-khabar, dsb).

konotasi (Lin) asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk;

berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya.

konotatif (Lin) berkaitan dgn atau mempunyai konotasi: kata-kata yg mempunyai makna ~.

konsekuen (konsékuen) secocok (sesuai, selaras) dgn kata-kata dll yg terdahulu, sama (tidak bersalahan) dgn yg sudah-sudah: tidak dapat diadakan garis batas antara kedua-dua golongan itu secara ~.

konsekuensi (konsékuensi) 1. akibat (drpd sesuatu perbuatan), kesudahan, padah; 2. keselarasan (kesesuaian) dgn yg sebelumnya.

konsensus (konsénsus) persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan: namun demikian, semakin banyak ia dibincangkan dan didebatkan maka yg lahir bukanlah ~ tetapi sebaliknya konflik; pihak penganjur telah memberikan ~ mereka terhadap penggunaan segala kemudahan yg disediakan itu.

konsentrasi (konséntrasi) tumpuan perhatian atau fikiran (pd sesuatu yg dilakukan dll): kita tidak akan dapat bekerja dgn penuh ~ jika diganggu oleh masalah rumah tangga.

konsep (konsép) 1. pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu: ~ demokrasi tidak bererti kebebasan yg tidak terbatas; 2. rancangan (rencana, surat, dll), draf (surat dll), rang: ~ surat;

berkonsepkan mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat.

konsepsi (konsépsi) pengertian, pendapat yg terbentuk dlm fikiran (seseorang, sesuatu kumpulan dsb) tentang sesuatu idea, gagasan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan mata benda harus diubah supaya tercapai kemajuan;

mengkonsepsikan membayangkan (menggambarkan) sesuatu konsep dlm fikiran, mengkonseptualisasikan: sekiranya penguasaan bahasa baik, mudah seseorang itu ~ sesuatu benda;

pengkonsepsian perihal atau perbuatan mengkonsepsikan: gangguan pd sistem saraf otak menyebabkan prestasi pembelajaran individu terjejas, khususnya dlm aspek penanggapan dan ~; konsep.

konseptual (konséptual) berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya.

konseptualisasi (konséptualisasi) pembentukan konsep tentang sesuatu: dia membuat ~ tentang pendidikan;

mengkonseptualisasikan mengkonsepsikan.

konser (konsér) IB konsert.

konsert persembahan muzik oleh penyanyi atau pemain muzik di hadapan penonton: malam itu kami mendengar ~ karya Beethoven di Palais de Chaillot.

konsertina (Muz) sj alat muzik yg rupanya seakan-akan akordion kecil.

konserto (Muz) gubahan muzik yg menampilkan persembahan pemain solo dgn iringan orkestra.

konservasi pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan (kemusnahan dll).

konservatif 1. bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan: usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak ~; 2. kolot, tidak moden.

konservatisme faham konservatif yg cenderung mengamalkan kebiasaan (yg menjadi tradisi).

konsesi (konsési) 1. hak atau keizinan yg diberikan kpd syarikat dll utk menggunakan sesuatu kawasan bagi tujuan melombong (membalak dll): dua buah syarikat asing telah diberi ~ utk melombong besi di beberapa kawasan; pihak berkuasa negeri boleh juga memberi ~ kawasan kayu balak; 2. tolak ansur (dlm tuntutan, perundingan, dll): persetujuan akhirnya tercapai setelah kedua-dua pihak membuat ~.

konsignasi IB 1. pengiriman barang-barang utk dijual oleh penerimanya; 2. perihal menyimpan (mengamanatkan) wang kpd orang dll, penitipan (wang).

konsisten 1. terus berpegang pd pendirian dsb yg sama, tekal; 2. secocok, sesuai, sejajar, tidak bertentangan antara satu dgn lain;

kekonsistenan keadaan yg konsisten, keselarasan.

konsistensi perihal konsisten, ketekalan.

konsol (Kej) papan suis dsb yg digunakan utk mengawal operasi alat mekanikal atau elektronik.

konsolidasi perihal (usaha, proses, dsb) memperkukuh atau mempererat perhubungan (perpaduan dll);

mengkonsolidasikan memperkukuh atau mempererat perhubungan (perpaduan, persatuan, dll).

konsonan (Lin) huruf selain vokal (spt t, s, l, dll).

konsortium gabungan beberapa buah syarikat (bank dll) yg mengadakan usaha bersama atau kerjasama erat utk sesuatu tujuan atau kegiatan tertentu.

konspirasi rancangan rahsia utk melakukan sesuatu yg menyalahi undang-undang (terutamanya yg berbau politik): negara kita Malaysia, juga tidak ketinggalan menerima bahang panas komplot ~ kuasa-kuasa besar tersebut;

berkonspirasi melakukan (menganjurkan, mengadakan dsb) konspirasi, berkomplot: ada tokoh-tokoh korporat yg dikatakan ~ utk menjatuhkan menteri berkenaan; kami tidak ~ utk menyekatnya drpd menjadi ahli parti.

konspirator orang yg berkonspirasi, pengkomplot: dia pernah didakwa sbg salah seorang ~ dlm percaturan politik itu.

konstabel anggota pasukan polis yg pangkatnya paling rendah.

konstantan sj aloi yg mengandungi 55-60% tembaga dan 40-45% nikel (digunakan dlm alat pengukuran suhu).

konstituante IB suruhanjaya yg merangka (membentuk) perlembagaan.

konstituen (Lin) unsur bahasa yg merupakan satu juzuk (bahagian) drpd satuan bahasa yg lebih besar: satu atau beberapa perkataan yg berfungsi sbg satu ~ dlm binaan ayat.

konstitusi 1. perlembagaan (sesebuah negara dll); 2. segala undang-undang (peraturan dll) yg menentukan cara atau sistem pemerintahan (pentadbiran) negara dll.

konstitusionalisme 1. sistem atau prinsip pemerintahan yg berdasarkan perlembagaan; 2. sokongan atau pegangan yg kuat terhadap prinsip pemerintahan yg berdasarkan perlembagaan.

konstruksi IB 1. pembinaan sesuatu (spt bangunan, kapal, dll); 2. Id susunan dan kedudukan kata-kata dlm ayat atau rangkai kata.

konstruktif membina (bkn kritikan, pemikiran, dll).

konsul pegawai yg dilantik oleh sesebuah negara utk menjaga kepentingan perdagangan dan membantu warganya di negara asing; ~ jeneral konsul yg terutama atau ketua konsul (yg mengetuai konsul-konsul lain).

konsulat 1. kediaman atau ibu pejabat konsul; 2. jawatan konsul.

konsuler (konsulér) IB (yg) berkaitan dgn konsul atau konsulat.

konsultan (pakar) perunding, pakar runding.

konsultasi usaha bertukar-tukar fikiran dan pendapat utk mendapatkan nasihat;

berkonsultasi 1. bertukar-tukar fikiran dan pendapat utk mendapatkan nasihat dll: ahli meteorologi biasanya ~ dgn ahli statistik; 2. meminta nasihat (tentang kesihatan, rawatan, dsb).

konsumen (konsumén) IB pengguna barang-barang, lwn produsen (pengeluar barang-barang).

konsumerisme sistem melindungi hak dan kepentingan pengguna.

konsumsi IB penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll).

kontak 1. kenalan yg melaluinya seseorang boleh mendapatkan pertolongan, maklumat, sokongan, dsb dlm sesuatu urusan: Kadri mengaku kononnya dia mempunyai ~ dgn beberapa orang atasan; 2. hubungan antara satu dgn lain: kami hilang ~ sejak beberapa tahun yg lalu; 3. perihal atau keadaan bersentuh, sentuhan, hubungan;

mengontakkan mengenakan (menyambungkan, menyentuhkan) pd, menghubungkan (mengaitkan) dgn.

kontal-kantil = terkontal-kantil 1. tergantung sambil berayun-ayun (bkn buah jam dll), terbuai-buai; 2. merayau-rayau (pergi ke sana sini) seorang diri.

kontaminasi pencemaran: keracunan dan ~ drpd racun perosak boleh dielakkan.

kontan IB 1. tidak bertangguh (bkn bayaran), tunai: tuan-tuan toko telah percaya utk memberikan barang-barang kepadanya utk dijual walaupun dgn bayaran yg tidak ~; membayar ~ membayar tunai; 2. bp dgn serta-merta, segera (menjawab dll); ~ keras pd saat itu juga (dijawab, dibalas, dsb);

mengontan 1. membayar tunai; 2. bp menjawab (membalas dll) dgn segera (tidak bertangguh-tangguh atau berfikir-fikir dahulu);

kontan-kontanan bp pd ketika itu juga.

kontang 1. tidak berair, kering: parit ~; kering-~ kering sama sekali; 2. (Kim) tidak mengandungi air atau air habluran: kalsium klorida ~;

mengontang menjadi kontang;

mengontangkan menyebabkan atau menjadikan kontang: cuaca panas yg berterusan telah ~ perigi dekat rumah kami;

kontangan tanah yg kontang: bumi Poseng yg kaya dgn rekahan dan ~ itu;

kekontangan 1. keadaan kontang, kekeringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah;

pengontangan pengeringan air (drpd bahan kimia dll).

kontang-kanting terbuai-buai, terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang);

terkontang-kanting terbiar seorang diri tanpa haluan, bimbingan dsb: memang sudah nasib aku, apabila tua ~; rasa malunya tidak terkira apabila banyak mata memandangnya ~ seorang diri.

konteks (kontéks) 1. ayat (bahagian rencana dll) yg menentukan atau menunjukkan erti perkataan (ungkapan dll) yg terkandung di dalamnya: erti perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana tidak disertai ~nya; 2. keseluruhan keadaan atau latar belakang tertentu yg ada kaitannya atau dapat dihubungkan dgn sesuatu: cadangan Y.B. Menteri ini amat wajar sekali dlm ~ perkembangan bahasa Melayu masa kini.

kontekstual (kontékstual) berkaitan dgn atau menurut konteks: penyelidikan sastera dr segi ~ dapat merencanakan perkembangan sastera.

konteler (kontelér) IB, kontelir pegawai daerah (zaman pemerintahan penjajah), kontrolir.

kontemplasi (kontémplasi) proses memikirkan sesuatu perkara secara mendalam: ilmu tidak dimuliakan lagi jika dibandingkan dgn ~ serta tafakur secara rohaniah.

kontemporari (kontémporari) pd masa yg sama, semasa atau sesama (dgn seseorang atau sesuatu), (pd) masa kini: sandiwara yg mengambil perbahanannya drpd lembaran-lembaran sejarah yg penting dan beralih kpd penimbaan peristiwa-peristiwa semasa dan ~; aspirasi rakyat ~; penyair ~.

kontena (konténa) bekas berupa peti besar drpd logam atau kayu yg digunakan utk memuatkan barang supaya mudah diangkut dgn kapal, lori dsb;

mengkontenakan menghantar kargo atau barang dgn memasukkannya ke dlm kontena;

pengkontenaan perihal (proses atau perbuatan) mengkontenakan.

konteng (konténg); terkonteng-konteng seorang diri (tidak berkawan), terkoteng-koteng.

kontes (kontés) pertandingan, peraduan (kecantikan, pakaian, dll).

kontet (kontét) Jk kerdil, kecil lagi pendek (bkn orang), terencat (tidak besar-besar).

kontingensi peristiwa atau perkara yg berlaku di luar jangkaan: tindakan organisasi terhadap situasi atau ~ yg berbeza; pelan ~ rancangan yg dirangka utk menangani hal atau peristiwa yg diduga akan berlaku pd masa hadapan.

kontinjen 1. sekumpulan orang yg mewakili sesebuah pertubuhan, negara, dsb dlm sesuatu pertemuan dsb; 2. sepasukan tentera, kenderaan tentera, dsb.

kontinuiti perihal atau sifat berterusan (tidak putus-putus atau terganggu, kesinambungan.

kontinum sesuatu yg dianggap sbg satu keseluruhan, struktur atau siri yg berterusan yg tidak harus dipisahkan: ketiga-tiga kategori pendidikan yg dinyatakan termasuk dlm ~ pendidikan seumur hidup.

kontol Jk pundi-pundi (kantung) buah pelir.

kontong kudung (jari dll).

kontot pendek, kompot: parang ~;

mengontotkan menjadikan atau menyebabkan kontot.

kontra menentang, melawan, tidak menyokong (menyetujui): kecamannya yg keras menunjukkan sikapnya yg ~ terhadap perjuangan kita; ~ nasional menentang negara; ~ revolusi menentang revolusi.

kontraban (Udg) barang yg dilarang oleh undang-undang negara drpd dieksport atau diimport, mis dadah dan senjata api seludup, barang tegahan.

kontradiksi 1. perihal berlawanan atau bertentangan, pertentangan (antara dua perkara, keadaan, dll), ketidaksesuaian: terdapat banyak ~ pd sikap kedua-dua suami isteri itu yg mengganggu ketenteraman hidup mereka; 2. = ~ dgn bertentangan (dgn).

kontrak 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara Syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak;

~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepentingan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat;

berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~.

kontraksi 1. pengecutan (peregangan) otot: ~ mempercepat pengembalian bentuk rahim; 2. (Lin) proses atau hasil memendekkan bentuk linguistik, mis tak drpd tidak atau tiada drpd tidak ada;

berkontraksi melakukan (proses) kontraksi: otot-otot perut akan ~ apabila anda dlm keadaan cemas atau berhati-hati.

kontraktor orang atau syarikat yg mengikat kontrak utk menjalankan sesuatu perkhidmatan, membekalkan bahan atau buruh, dsb terutamanya utk kerja pembinaan: hanya ~ yg berdaftar sahaja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   30   31   32   33   34   35   36   37   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin