K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə36/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   32   33   34   35   36   37   38   39   ...   42

korup IB keji (sifatnya, kelakuannya), buruk (kelakuan), suka menerima rasuah, makan suap: pegawai-pegawai ~ yg menyalahgunakan kuasa mereka hanya akan merosakkan pentadbiran negeri;

dikorup bp diambil secara haram, digelapkan (wang dll).

korupsi amalan atau perbuatan yg salah atau tidak amanah (spt pecah amanah, menerima rasuah, dll): hukuman yg keras dikenakan sbg langkah menghapuskan ~.

koruptor IB orang yg korup.

korus 1. sekumpulan orang yg menyanyi bersama-sama (dlm sesuatu persembahan); 2. bahagian lagu atau nyanyian yg penyanyi utamanya disertai atau disambut oleh nyanyian sekumpulan penyanyi; 3. nyanyian bersama-sama atau beramai-ramai oleh sekumpulan penyanyi.

korvet (korvét) sj kapal perang yg kecil dan laju: angkatan laut itu terdiri drpd berbagai-bagai jenis kapal perang termasuk beberapa buah ~.

kos I harga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, perbelanjaan;

~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sampingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak berubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd penggunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran;

berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah;

pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf.

kos II singkatan bagi kosinus.

kosa I gagah, kuat: maka Betara Majapahit pun menyuruh memanggil seorang perajurit yg terlalu ~ drpd yg lain;perkosa.

kosa II; burung ~ 1. sj burung, burung dendang air, Phalcrocorax carbo; 2. sj burung, Anhinga anhinga.

kosa III; ~ kata keseluruhan kata dlm sesuatu bahasa, perbendaharaan kata.

kosak; ~-kasik a) bunyi benda dll yg bergeseran (bergerak-gerak, berengsot-engsot, dll); b) kerap bergerak-gerak (bergeser-geser dll).

kosambikesambi.

kosar sj tumbuhan (pokok), mendeleka, perian, tampang, tampuret, tempunai, Artocarpus rigida.

kosek (kosék) I; mengosek 1. membersihkan beras dll dgn meramas-ramas dan membalik-balikkannya dlm air; 2. menajamkan pisau dll dgn memutar-mutarnya pd batu asahan; 3. mencuci (menggosok) lantai dgn berus.

kosek (kosék) II Kl, Tr usik, ganggu, kacau.

kosekan (kosékan) (Mat) sekan dr penepat sesuatu sudut.

kosel (kosél); terkosel-kosel teragak-agak atau tertahan-tahan (ketika melakukan atau mengatakan sesuatu), tidak lancar (perkataannya atau pekerjaannya), merungut-rungut.

kosen (kosén) I Jk gagah, berani, perkasa;

kekosenan kegagahan, keberanian.

kosen (kosén) II IB, bp rangka pintu atau tingkap.

kosen (kosén) III kusyen.

kosinus (Mat) fungsi trigonometri bagi sudut tirus pd segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah antara sisi yg bersebelahan dgn sudut dan hipotenus.

kosmetik (kosmétik) 1. alat solek (utk mencantikkan rupa orang perempuan); 2. luaran sahaja (tidak melibatkan fungsi): model baru kereta nasional, Proton Saga, mempunyai perubahan ~ yg besar, terutama dr segi reka bentuk.

kosmetologi (kosmétologi) ilmu persolekan.

kosmik 1. yg berkaitan dgn alam semesta; 2. terdapat di atau berasal dr angkasa lepas; cahaya (sinar) ~ cahaya yg sampai ke dunia dr angkasa lepas.

kosmogoni kajian astrofizik (kombinasi ilmu kimia dan fizik bintang) tentang evolusi alam semesta.

kosmografi 1. pemerian am tentang dunia atau alam semesta; 2. ilmu sains yg berkaitan dgn pembentukan atau susunan seluruh alam semesta.

kosmokimia cabang kimia yg mengkaji kandungan bahan kimia di alam semesta.

kosmologi salah satu bidang falsafah yg mengkaji asal-usul, proses, dan struktur alam semesta.

kosmonaut angkasawan Rusia.

kosmopolitan 1. terdiri drpd orang atau unsur-unsur dr seluruh dunia, bersifat sejagat (tidak terbatas kpd unsur-unsur setempat): sekarang dia tercampak ke kota ~ yg bergelut dgn berbagai-bagai ragam; berdasarkan faktor-faktor inilah beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ~ akan lebih menonjol dan kebudayaan yg bercorak kesukuan akan berkurangan; 2. bebas drpd prasangka kebangsaan, bersifat sejagat: dia merupakan seorang penulis ~ yg menggunakan tema universal;

kekosmopolitanan segala hal yg berkaitan dgn sifat, fungsi, dll kosmopolitan.

kosmos alam semesta.

kosong 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~ ; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb);

~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu;

mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, mengisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu;

kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiadaan iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya;

pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan.

kostum 1. pakaian yg dipakai pd ketika tertentu (spt menghadiri upacara, jamuan, dll); 2. pakaian yg dipakai oleh pelakon-pelakon sandiwara, filem, dll; 3. pakaian perempuan potongan Barat.

kot I sj baju tebal potongan Barat berlengan panjang dan biasanya terbuka di depan yg dipakai di luar baju kemeja: dibetul-betulkan tali lehernya dan disarungnya ~;

berkot 1. mempunyai kot; 2. memakai kot: seorang lelaki ~ biru.

kot II bp mahkamah pengadilan.

kot III bp katil bayi atau kanak-kanak yg berbentuk spt kotak.

kot-kot Kd mungkin, kalau-kalau: ~ dia tersesat jalan.

kota 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg melingkungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung;

~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling;

~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb Mn orang yg tiada tentu asalnya atau keturunannya;

berkota 1. bertembok batu (bkn kubu pertahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, perkataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna;

berkotakan sl menggunakan sbg kota, berbentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis;

mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu;

mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan;

kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan di kota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan;

perkotaan urusan (pentadbiran) kota.

kota besar Id kawasan sesuatu kota dan pentadbirannya.

kotah; sekotah sl sekalian, semuanya, seluruh.

kotai = terkotai 1. terkelepai, terkulai, tergantung (spt dahan patah); 2. kurus kering (tubuh), tua; tua ~ sangat tua; 3. kering (spt buah yg dijemur); nyiur ~ buah nyiur yg dikeringkan utk dijadikan benih; pinang ~ buah pinang yg tua dan sudah dikeringkan.

kotak 1. sj bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat drpd kadbod, papan, atau logam; 2. bahagian (dlm rumah, sawah, dll) yg bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi;

sampan ~ sampan yg bersekat-sekat (berpetak-petak); ~ fius kotak yg mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pd dinding rumah, bangunan dsb; ~ hitam alat elektronik yg dipasang pd kapal terbang utk mengumpul dan menyimpan maklumat yg berkaitan dgn penerbangan kapal terbang berkenaan; ~ pos (surat) peti surat; ~ segar bekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar;

berkotak-kotak 1. berpetak-petak, bersekat-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah;

mengotakkan membahagikan sesuatu pd beberapa bahagian yg berasingan, memisahkan, mengasingkan.

kotak-katik = kotak-kotak bunyi (suara), reaksi: masih belum terdengar ~ mereka;

mengotak-ngatikkan, memperkotak-katikkan mengharu-birukan, mengacaukan.

kotamara 1. sj dinding di kapal sbg pelindung bagi penembak meriam; 2. tembok di atas benteng (tempat diletakkan meriam).

kota praja Id kawasan dan pentadbiran kota yg setaraf dgn daerah.

kotek (koték) I ekor;

berkotek berekor; bintang ~ bintang yg bercahaya memanjang menyerupai ekor, bintang berekor.

kotek (koték) II bunyi ayam betina, ketuk;

berkotek 1. berbunyi (bkn ayam betina), berketuk; 2. bersuara: masing-masing diam tidak ~ sambil menunggu perintah menyerang; siapa ~ siapa bertelur prb orang yg mula-mula bersuara itulah biasanya yg melakukan perbuatan yg dikatakannya itu.

kotek (koték) III kemaluan lelaki.

kotek (koték) IV = ~ mamak sj tumbuhan (pokok memanjat), Cassia grandis.

kotej (kotéj) (S.bina) sj rumah yg reka bentuknya berunsurkan reka bentuk rumah petani Inggeris.

kotel (kotél) Kl 1. kerdil, tidak subur (bkn orang); 2. sudah tua (bkn nyiur); nyiur ~ nyiur yg sudah tua; 3. hanya, sahaja; cawat ~ cawat sahaja (tidak berpakaian lain); 4. amat, sangat, sekali; kering ~ kering sama sekali (bkn kolam dll); senyap ~ sunyi sepi, senyap sekali.

koteng (koténg); terkoteng-koteng 1. seorang diri (tidak berpengiring atau berteman), terkonteng-konteng; 2. Kl, Tr tergantung-gantung, terbuai-buai.

koter (kotér)kotel.

koterek (koterék) IB sj alat utk mencabut sumbat botol.

kotes (kotés); sekotes sangat sedikit, secubit;

mengotes mencabut (mengopek, mencubit, dll) barang yg kecil-kecil atau halus-halus; kutis.

kotiledon (kotilédon) (Bio) daun yg pertama sekali keluar pd pokok yg tumbuh drpd biji, daun biji.

kotiskutis.

kotok I pendek (bkn kaki seluar dll), kontot.

kotok II; tahi ~ Jk tahi ayam yg cair.

kotong kudung, buntung, kontot, pendek; baju ~ baju bertangan pendek.

kotor 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~;

~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan;

mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai;

mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu;

terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani;

kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu;

kekotoran perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral;

pengotoran perihal mengotori atau mengotorkan;

pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan.

kotrek (kotrék)koterek.

kouh Tr busuk.

kowe (kowé) Jw, bk engkau.

koy kep koyan.

koya I sj serangga perosak drpd genus Pseudococidae, yg bentuknya bujur telur, berwarna merah muda atau putih dan mengeluarkan cairan manis.

koya II Pr banyak.

koya III Jh sj penganan yg dibuat drpd tepung kacang hijau atau beras pulut yg dicampur dgn gula lalu diterap dan biasanya dijemur.

koyak carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar;

~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri;

mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat;

mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan menyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(-carik): tanganku segera ~ sampul surat itu;

terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya;

kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~.

koyam; bubur ~ sj bubur yg dibuat drpd beras pulut.

koyan ukuran berat biji-bijian (kira-kira 40 pikul);

berkoyan-koyan 1. beberapa (banyak) koyan; 2. sangat banyak: harta yg ~.

koyok I C 1. sj ubat yg ditempelkan pd kulit (utk menyembuhkan penyakit bisul dll); 2. bp cakap yg sedap didengar tetapi tidak benar, temberang, cakap kosong (tidak sungguh-sungguh); jual ~ (ubat) menemberang, bercakap kosong.

koyok II anjing liar (tidak dipelihara orang).

koyote (koyoté) sj serigala kecil yg terdapat di padang rumput prairie di Amerika Syarikat, Canis latrans.

KP kep kad pengenalan.

kpd kep kepada.

KPGM kep Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu.

KPIJ kep Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Johor.

KPPMS kep Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor.

Kr simbol kimia bagi kripton.

kraf 1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan: projek ini diyakini akan memanfaatkan pencipta ~, peminat ~, pereka bentuk, penyelidik, penuntut, dan pelawat ~; 2. yg memerlukan (dihasilkan dgn) kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan: barangan ~ tempatan; industri ~ Malaysia.

kraf tangan 1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan: tumpuan juga boleh dialih kpd bidang ~ yg sering menarik minat pelancong; 2. yg memerlukan (dihasilkan dgn dsb) kemahiran menggunakan tangan: barang-barang ~; perusahaan ~; seni ~.

kram IB, bp kejang (kaku) anggota.

kramakromo I.

kran keran II.

kranberi (kranbéri) sj buah beri masam berwarna merah yg digunakan utk membuat sos dan jeli.

kranium (Bio) bahagian tengkorak yg melindungi otak.

krapak; berkrapak Br bercakap.

kravat sj skarf yg dipakai di keliling leher oleh orang lelaki.

krayon batang drpd lilin, tanah liat, dsb yg berwarna dan digunakan utk melukis dsb (biasanya utk kanak-kanak).

kreatif (kréatif) mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta;

kekreatifan kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya.

kreativiti (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa;

berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air.

kredep Jk; berkredepan berkedip-kedip, berkelip-kelip, berkejap-kejap.

kredibiliti (krédibiliti) sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan: apakah krisis dlm bidang kehakiman ini telah merosotkan ~nya sbg badan pendukung keadilan dan undang-undang?

kredit (krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pembayarannya ditangguhkan; memberi ~ memberi pinjaman (hutang), membenarkan (membolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira;

mengkreditkan 1. mencatatkan butir perakaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur;

perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit.

kreditor (kréditor) pemiutang.

krematorium (krématorium) tempat membakar mayat.

kren (krén) sj alat utk mengangkat (memunggah, memindahkan, dsb) barang-barang berat (di pelabuhan dll).

kreol (kréol) (Lin) bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu;

pengkreolan perihal mencampuradukkan dua bahasa yg berlainan dlm pertuturan sehingga bahasa tersebut menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu.

kreosot (kréosot) cecair yg dihasilkan drpd penyulingan minyak tar (terutama tar arang) dan digunakan utk mengawet kayu.

krep (krép) (Tks) sj kain nipis drpd sutera, kapas atau benang bulu yg permukaannya berkedut-kedut.

krepuskul (krépuskul) (Bio) aktif pd waktu subuh atau senja (bkn binatang): kelawar merupakan sj binatang ~.

kreseh (kréséh); ~-peseh;keresepese.

kresendo (kréséndo) (Muz) not yg dimainkan semakin kuat.

kresol (krésol) (Kim) sj sebatian aromatik yg terdapat dlm kreosot dan tar arang batu, biasanya digunakan utk membuat bahan pembasmi kuman dan antiseptik.

kretin (krétin) (Ubat) orang yg cacat anggota dan terencat akalnya sejak lahir akibat kekurangan atau ketiadaan hormon tirod.

kretinisme (krétinisme) (Ubat) kecacatan fizikal dan keterencatan akal seseorang yg berlaku sejak lahir akibat drpd kekurangan hormon tiroid.

kreton (kréton) (Tks) sj kain kapas tebal dgn berbagai-bagai corak berwarna-warni, yg biasanya digunakan sbg bahan utk membuat sarung kusyen, langsir dsb.

krevas (krévas) (Geog) rekahan yg dalam dan luas pd glasier, jurang glasier.

krew kru.

kriket (krikét) sj permainan padang yg dimainkan dgn memakai bola dan kayu pemukul serta tiga tonggak yg menjadi sasaran lemparan bola (dimainkan oleh dua pasukan yg setiap satunya mempunyai sebelas orang pemain).

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   32   33   34   35   36   37   38   39   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin