K huruf ke-11 dlm abjad Rumi


sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə38/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   42

sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya;

sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya;

berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan;

menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa;

menguasakan memberi kuasa kpd, mewakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya;

terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll);

kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan;

penguasaan perihal menguasai atau menguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah;

berpenguasaan sl ark mempunyai penguasaan;

penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini;

~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor.

kuasa II ark sj tongkat yg hujungnya bercangkuk besi (utk mengemudikan gajah), angkus, kosa.

kuat I 1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap: walaupun ia sudah tua badannya masih ~; orangnya muda lagi ~; ubat ~ ubat utk menambah tenaga badan; 2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dsb), tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: meja ini ~ buatannya; jahitlah dgn benang yg ~ sedikit; mendapat kedudukan yg ~; 3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dsb), kukuh: angkatan tentera yg ~; barisan pertahanan yg ~; 4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dsb), tetap berpegang (pd kepercayaan, keimanan, adat, dsb), teguh: mereka masih ~ kpd adat lama; imannya ~; 5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll): ibunya sedang sakit ~ di kampung; suaranya semakin ~; bekerja ~ bekerja keras (sungguh-sungguh); angin ~ angin kencang; diikatnya ~-~ diikatnya erat-erat; 6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu: ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; budak-budak pun ~ berjalan sejauh itu; 7. suka makan (minum dll) banyak-banyak: ~ makan (minum); ~ belajar; ~ berhutang; 8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dlm sesuatu pengetahuan: ia ~ dlm ilmu kira-kira; 9. = kekuatan tenaga, daya: ~ tarikan bumi; ~ tekanan udara;

~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) yg membuat kesalahan; ~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya;

sekuat 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuat-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya;

berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh;

berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan: marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia;

menguati melakukan dgn kekerasan, bertindak keras kpd, memaksa: dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut;

menguatkan 1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dll): ~ badan; ~ ikatan; ~ pelukan; 2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pendapat, dll): kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya; ~ hati; ~ iman; ~ semangat; 3. mengeraskan atau menghebatkan (bunyi, tekanan, dll): dlm suasana yg riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya;

memperkuat menjadikan lebih kuat, memperkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru;

kekuatan 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasaan, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman;

penguatan perihal (perbuatan, usaha) menguati atau menguatkan;

penguat sesuatu yg menguatkan.

kuat II; kayu ~ = kuat-kuat sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii.

kuat kuasa 1. perihal mulai berlakunya (peraturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~nya; 2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah;

berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga;

menguatkuasakan menjadikan (undang-undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi;

penguatkuasaan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan;

penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb).

kuau sj burung; bagai ~ mengigal prb perihal kehebatan (keindahan) rupa seseorang;kuang I.

kuaver (Muz) not yg mempunyai nilai masa setengah drpd krocet.

kuaya Jw empedu.

kuayah; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok renek), akar membur, akar nyamuk, akar tulang daing, akar tupai-tupai, tangisan burung, Connarus semidecandrus; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar berumat, akar pialu, akar tulang daing bukit, jendereh, jenderus burung, Derris thyrsiflora; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar koyah, akar pua, Whitfordiodendron erianthum.

kubah I Br kubur orang kenamaan, makam.

kubah II Ar 1. bahagian bumbung yg berbentuk separa bulat, terutamanya yg terdapat pd bangunan masjid: maka dikuburkanlah oleh paduka adindanya Raja Haji Ahmad di dlm kotanya, diperbuatnya satu ~; 2. ark lengkung (relung, ceruk) di dinding atau tembok dlm masjid dll; 3. Id bahagian kapal terbang atau lori yg tinggi dan berbentuk setengah bulatan (tempat senjata dll);

berkubah beratap (berbumbung) lengkung, memakai kubah.

kubal Igubal I.

kubal II; ikan ~ sj ikan laut, Polynemus indicus (tetradactrylus).

kubal III Br sj makanan kering yg diperbuat drpd sagu.

kubang I = kubangan lopak atau lubang di tanah yg berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam); asalnya dr kubangan ki (orang yg) terlalu hina;

air lalu, kubangan tohor prb upah atau wang

yg diterima habis dibelanja (utk membayar hutang); besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan prb tiap-tiap orang mulia dan berkuasa di tempatnya masing-masing; tiada kubangan yg tiada berkodok prb tiada negeri yg tidak ada keburukannya;



berkubang 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~ ; 3. berlumpur, bergelumang dgn lumpur.

kubang II; berkubang Kl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll).

kubang III sj tumbuhan (pokok), kubin, mengkubung, selaru, sepedas, telinga gajah, Macaranga gigantea.

kubarasa sifat bertindak balas apabila dirangsang (bkn hidupan).

kubatkubah II.

kubik I mengopek, mengupas (dgn kuku dll): ~ buah.

kubik II ganda tiga, ukuran padu (panjang  lebar tinggi); bilangan ~ ark bilangan atau jumlah hasil dr angka berganda tiga (mis 27 sbg hasil 33).

kubikel ruang kecil yg bersekat, biasanya digunakan sbg tempat mandi, menyalin pakaian dsb.

kubin I sj cicak yg boleh melayang, Draco volans.

kubin II sj tumbuhan (pokok), kubang, mengkubung, selaru, sepedas, telinga gajah, Macaranga gigantea.

kubis sj sayur, Brassica spp.

kubisme (S.Lukis) gaya seni lukis moden separa abstrak yg menggambarkan sesuatu objek dlm bentuk geometri tertentu.

kubit; sekubit secubit, sangat sedikit;

mengubit 1. mencubit; 2. menggamit, memanggil dgn jari.

kuboid (Mat) bongkah geometri yg enam permukaannya berbentuk segi empat bujur.

kubra Jk 1. gagal, tidak berhasil, bantut, tidak jadi; 2. tidak selesai (bicara, perkara, dll); 3. bubar (perkumpulan dll);

mengubrakan 1. menggagalkan, membatalkan; 2. membiarkan tidak selesai (bicara, perkara, dll); 3. membubarkan (perkumpulan dll).

Kubti 1. mazhab Kristian di Mesir pd masa dahulukala; 2. = bahasa ~ bahasa yg digunakan dlm upacara agama mazhab Kubti.

kubu I 1. sj pagar drpd kayu dan tanah utk menahan serbuan (serangan dll): murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam; 2. tempat pertahanan (yg diperkukuh dgn pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dll), tempat pertahanan sementara (berupa benteng dll): Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus; 3. tempat yg berpagar kuat utk menangkap gajah;

berkubu 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu;

berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya;

mengubui membuat kubu pd, memperkukuh (sesuatu) dgn kubu;

terkubu terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~;

perkubuan benteng-benteng utk pertahanan: pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka.

kubu II; rotan ~ sj tumbuhan (akar memanjat), Treycinetia javanica.

Kubu III; orang ~ puak atau suku bangsa yg tinggal di hutan-hutan Jambi dan Palembang.

kubung I; burung ~ sj burung, burung lah, burung pacat, Pitta brachyura cyanoptera; ~ padi, Niltava grandis.

kubung II sj binatang yg boleh melayang, kandau, Cyanocephalus variegatus; cicak ~ kubin.

kubung III; susu ~ bisul di bawah ketiak.

kubur I 1. tempat menanam mayat, makam; ahli ~ orang-orang yg sudah meninggal dunia; batu ~ nisan; bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yg biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja); 2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat: ~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; sampai ke lubang (liang) ~ sampai mati;

berkubur 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi;

menguburkan 1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan; 2. ki menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan;

terkubur 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja;

kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam;

perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~;

penguburan perihal menguburkan mayat.

kubur II; burung ~ sj burung, burung malas, burung segan, burung tukang, Caprimulgus macrurus bimaculatas; burung ~ rimba sj burung, burung gua, burung siput, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus.

kubus (Mat) bongkah yg mempunyai enam permukaan, yg setiap satunya berbentuk segi empat sama.

kucah Kl; berkucah bergelombang (air, laut), berkocak.

kucai I sj tumbuhan (bebawang yg dijadikan sayuran), Allium odorum.

kucai II Mn; mengucai memencil, menyisih (terasing) dr yg lain;

terkucai tercerai, terpisah (tersisih) drpd yg lain;kucil.

kucai III Pn, Kd kacau, ganggu.

kucam Jw pucat, muram, suram.

kucandan Mn gurau senda, kecindan.

kucar; ~-bara (lemban) Kl kucar-kacir.

kucar-kacir (keadaan) tidak teratur atau tidak berketentuan, kacau-bilau, kelam-kabut: ketenteraman rumah tangga menjadi ~ kerana perselisihan faham antara suami isteri; pentadbiran negeri itu ~ ; sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab jahiliah berada dlm ~;

mengucar-ngacirkan menjadikan kucar-kacir;

kekucar-kaciran keadaan kucar-kacir: hidup dlm ~.

kucek Jk; mengucek, mengucek-ngucek 1. menggosok-gosok mata dgn tangan; 2. menggosok-gosok cucian dgn tangan.

kucel Jk kumal, renyuk, ronyok.

kucil; mengucil 1. keluar dr lubang (sesuatu yg dipicit); 2. menyisih dr yg lain, memencil;

mengucilkan 1. membiarkan (memberi) keluar dr lubang (sesuatu yg dipicit); 2. memecat atau mengeluarkan dr golongan (keluarga, persatuan, dll);

terkucil 1. terkeluar dr lubang dll, tergelincir dr tempatnya; 2. dipecat atau dikeluarkan dr golongan (keluarga, persatuan dll);

pengucilan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mengasingkan atau menyingkirkan (seseorang) drpd kelompok atau komuniti tertentu, penyingkiran, pengusiran: dia berasa begitu terasing sejak ~nya drpd masyarakat umum.

kucindan Mn gurau senda, kecindan.

kucing I sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus;

(menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb perihal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb menganiaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan;

kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki;

berkucing-kucing 1. sj permainan kanak-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan).

kucing II 1. sj ikan laut, kasa janggut, Setipinna (Engraulis) melanocir; 2. sj ikan laut, biang-biang, kasai janggut, Setipinna (Engraulis) taty.

kucing III; akar ~ sj tumbuhan, Toddalia acuclata; ekor ~ a) = buntut ~ sj tumbuhan (herba), Acalypha hispida; b) sj tumbuhan (herba), awi tanah, ketumpang, buntut ucing, Dysophylla auricularia; c) = buntut ~ sj tumbuhan (herba) kacang kayu, kududung padang, pemati ulat, serengan hutan, Uraria crinita; d) sj tumbuhan (herba), angkup merah, bayam pasir, bayam rusa, penjarang ayam, Cyathula prostrata;

kucing-kucing; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, Champereia griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum.

kucir secekak rambut yg dibiarkan tumbuh di kepala yg gondol, kuncit.

kuco ark ketua kampung (pd zaman pemerintahan Jepun).

kucung Mn;kocong.

kucup I; berkucupan (saling) berciuman (dgn melekatkan bibir);

berkucup bercium (dgn melekatkan bibir): nampaknya anak-anak muda kita semakin berani ~ di khalayak ramai;

mengucup mencium dgn melekatkan bibir pd bibir atau pd sesuatu: ia ~ dahi anak itu.

kucup II Mn; mengucupkan menguncupkan;kuncup I.

kucur Jk; berkucur, mengucur bercucuran, mengalir turun (air mata dll);

mengucuri mendirus, menyiram(i);

mengucurkan mencucurkan (air mata dll);

kucuran cucuran (air mata dll).

kuda I 1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur;

~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditunggang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpenunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menyerupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk;

anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pembelengguan);

kuda-kudaan sj alat permainan kanak-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang;

berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~;

memperkuda, memperkuda-kuda 1. membuat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung;

perkudaan 1. tempat menternak (memelihara) kuda; 2. kandang kuda.

kuda II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), kedondong, Lannea grandis.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin