berkurang menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat;
mengurang menjadi kurang (susut);
mengurangi menjadikan berkurang (kerapnya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti;
mengurangkan 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit;2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai;
terkurang kurang banyak (kuat, lama, dll) drpd, tersedikit drpd: daya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit drpd tarikan bumi di Honolulu, Hawai; sel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya drpd sel-sel darah merah;
kekurangan1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya;4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu;
kekurang...an perihal (keadaan) kurang ...: kekurangajaran, kekurangsenangan:
berkekurangan mempunyai kekurangan: hidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga;
perkurangan perihal berkurang;
pengurangan perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan:~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman;
pengurang Id bilangan (angka) utk mengurangi.
kurap I penyakit kulit berjangkit yg berupa tompok-tompok merah dan bulat dan gatal; ~ anjing kurap yg terdapat pd anjing;
berkurap1. mendapat (menghidap) penyakit kurap; 2. ki cacat, buruk.
kurap II; daun ~ sj tumbuhan (herba), gelenggang, ketepeng, Cassia alata.
kuras I helaian kertas yg digunakan dlm percetakan buku dan dilipat-lipat serta dikerat menjadi beberapa muka.
kuras II Jw; menguras membasuh (kolah dll), mencuci (parit dll) dgn mengalirkan air;
pengurasan perihal menguras.
kuras III sj tumbuhan (pokok), kapur, keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia.
kurasani kersani.
kuratif mempunyai daya (kemampuan) utk menyembuhkan (penyakit dsb), dapat atau menolong menyembuhkan (mengubati).
kurator 1. pengurus (pemegang amanah) harta benda orang dll yg muflis (jatuh bankrap); 2. anggota jawatankuasa pengelola (universiti dll);3. pengurus atau penyelenggara muzium: ~ Muzium Negara.
kurau I sj ikan laut, Polynemus spp.; ~ janggut sj ikan laut, senangin, Eleutheronema tetradactylus; ~ pipih sj ikan laut, Polynemus sextarius.
kurau II sj tumbuhan (pokok), berumbung, merumbung, riuh, tabah, tentulang, tulang, Timonius pendicularis.
kurau III Kl; mengurau menconteng (dgn kapur dll), menggaris.
kurawal tanda kurungan (kandungan), { }.
kurbal pengumpil, alabangka.
kurcaci1. sj orang halus; 2. ki (orang yg) suka mengacau (mengganggu);3. Id pandu puteri (kecil).
kurenah (kurénah) Mn perangai;kerenah.
kuret (kurét) (Ubat) sj alat pembedahan seakan-akan sudu kecil yg digunakan utk mengikis tisu atau sel mati, ketumbuhan dsb dr rongga tubuh.
kuria1. daerah, kampung yg menjadi asal bagi kampung lain, induk kampung; 2. (daerah) persekutuan pemeluk agama Kristian Protestan (di tanah Batak dll).
kurik bintik-bintik, rintik-rintik;
berkurik mempunyai bintik-bintik, berintik-rintik; ayam ~ ayam yg bulunya berbintik-bintik.
kurikulum skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dll, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dll.
kurio barang kecil yg aneh dan jarang-jarang ditemui, biasanya mempunyai nilai bagi pengumpul barang antik atau aneh.
kuripal sj tumbuhan (pokok), durian daun, durian hutan, Durio oxleyanus.
kuripan ark; kapur ~ kapur yg kering.
kurir utusan atau orang suruhan yg menyampaikan berita dll dgn cepat.
kuririk Mn sj cengkerik.
kuris ark 1. gores; 2. kudis.
kurium sj unsur logam yg radioaktif.
kurkum, kurkuma ark kunyit.
kurkunkerkum.
kurma I sj tumbuhan (palma) yg buahnya manis dan boleh dimakan, Phoenix dactylifera.
kurma II= gulai ~ sj gulai yg dibuat drpd campuran rempah dan daging.
kurnia1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda;
mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian;
mengurniakan menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu;
kurniaan anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda;
pengurniaan perihal atau perbuatan mengurniakan: upacara ~ bintang-bintang kehormatan;
pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya.
kurrat Ar cahaya.
kursani kersani.
kursemangat1. kembalilah semangat (seruan utk menghilangkan rasa takut pd budak yg terperanjat dll); 2. sr kata utk melahirkan perasaan hairan (terkejut, sayang, dll): ~, banyaknya!; kalau dilonggokkan orang sekarung intan sekalipun, ~, takkan kakak samakan dgn sayang kakak ini!
kursi1. jawatan profesor di universiti: suatu ~ pengajian komunikasi di UKM akan diwujudkan utk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan para wartawan dan pengamal media; Ketua Menteri Sarawak telah melancarkan K~ Kajian Dayak di Universiti Malaysia Sarawak; 2. Id kerusi.
kursif IB = tulisan ~ tulisan yg huruf-hurufnya berangkai (bersambung) antara satu dgn lain, tulisan sambung (bersambung).
kursor (Komp) aksara yg digunakan sbg penanda kedudukan semasa pd tabir paparan komputer (biasanya aksara bongkah berkelip-kelip).
kursus pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran;
~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg berkaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik;
berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd;
dikursus bp diajar;
dikursuskan bp diajarkan.
kuruh Br bunyi nafas orang yg berdengkur.
kurun jangka waktu seratus tahun, abad: orang Eropah mula sampai ke Melaka hampir lima ~ yg lampau; ~ Masihi kurun yg mula dihitung sesudah lahirnya Nabi Isa; ~ yg kesembilan belas jangka waktu dr tahun 1801 hingga tahun 1900;
berkurun-kurun beratus-ratus tahun, berabad-abad: adat yg sudah ~ dianuti tidak mudah dapat dihapuskan.
kurung I 1. = kurungan sj kandang atau sangkar: Raden ini sedang membuat kurungan utk binatang-binatang;2. = kurungan penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan: dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dlm kurungan di penjara itu; 3. = tanda ~ = (tanda) kurungan tanda dlm tulisan yg berupa keluk atau garis melengkung dll utk melingkungi (mengasingkan) perkataan atau nombor yg tertentu: dua kali jumlah x dgn y boleh ditulis dgn menggunakan kurungan menjadi 2(x + y);4. ruang yg berdinding, bilik (dlm perahu): mereka dibawa berjumpa nakhoda dlm ~ di haluan kapal;
~ bajau = ~ beranda sj bilik dlm kapal; ~ batang Jk usungan mayat; ~ kelengkeng, ~ laut, ~ tengah beberapa bahagian (ruang) pd sj alat menangkap ikan;
berkurung1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. memakai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air);
mengurung1. menahan atau memasukkan ke dlm penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar): beberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya dlm penjara; orang tua-tua yg sering kali ~ anak gadis mereka;2. mengepung (mengelilingi) musuh dll utk menawannya (menyerangnya dll);3. menulis (meletakkan) dlm tanda kurung (perkataan, nombor, dll); 4. Br membendung atau mengempang (air);
terkurung terpenjara, terkongkong (dlm rumah dll), tertutup (terlengkung) dlm ruang dll, terkepung: gadis pemalu yg ~ dlm rumah sepanjang hari; paru-paru ~ di dlm suatu tempat yg tidak dapat ditembusi oleh udara; ~ fahamnya sempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya;
kurungan1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara;3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung;
pengurungan perihal atau perbuatan mengurung.
kurung II; baju ~ sj baju (pakaian) tradisional orang Melayu (dipakai oleh wanita), bertebuk bulat di leher dgn sedikit bukaan di bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan: dia kelihatan ayu dgn ~ merah jambu itu.
kurus 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~;
memperlihatkan ~ tidak berbaju prb mendedahkan kemiskinan kita kpd orang;
mengurus menjadi kurus, merana;
menguruskan menyebabkan kurus, membuat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan;
kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus.
kuruyuk Jk berkokok (ayam).
kus bunyi kucing (spt bunyi mendengus);dekus.
kusa sj tongkat yg berhujungkan kait besi (utk mengendalikan gajah), angkus, angkusa: maka Raja pun naik di kepala gajah memegang ~ emas;
mengusa mengendalikan (mengawal) gajah dgn kusa.
kusa-kusa; rumput ~ sj tumbuhan (rumput yg dijadikan makanan ternakan), Echinochola colona.
kusal; mengusal menggosok-gosok dgn menggolek-golekkan benda yg bulat (spt menggolek-golekkan tembakau yg bulat di mulut), menggolek-golekkan sesuatu di antara kedua-dua tapak tangan (utk menjadikannya bulat).
kusam pudar (tidak berkilat atau bercahaya), tidak berseri-seri (muka), suram, muram: semua bintang itu ~ dan kumal; perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yg ~ itu jadi berseri-seri pula; pucat ~ pucat lesi, sangat pucat;
kekusaman keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuraman: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~.
kusambikesambi.
kusat; ~-mesat sangat kusut;kusut I.
kusatom molekul.
kusau; kusut-~ sangat kusut (rambut);
berkusau, berkusau-kusau kusut (rambut), tidak bersikat dgn rapi (rambut): segumpal rambutnya berkusau-kusau di keningnya dan sehelai-helai terjuntai bergantung ke pipinya yg kusam.
kusi; pinang ~ pinang yg tua dan kering, pinang kotai.
kusik Mn; berkusik bergerak (berkisar) sedikit.
kusin;akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit-kunyit, berkunyit, Tiliacora triandra.
kusir pemandu (kereta, beca, dll), sais: kereta kuda itu dihentikan oleh ~nya.
kusta = penyakit ~ sj penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki.
kusti; berkusti sl bergusti, bergomol.
kusu I; berkusu-kusu berduyun-duyun, berekor-ekor dgn berkelompok-kelompok (spt penonton yg keluar beramai-ramai dr panggung wayang), berpusu-pusu: jamuan sudah habis dan tetamu turun ~ dr rumah itu pulang ke rumah masing-masing.
kusu II ark; berkusu-kusu berbisik-bisik.
kusu-kusu sj tumbuhan (rumput), akar wangi, naga (nara) setu, rumput wangi, Vetiveria zizanioides.
kusuk Mn; daun ~ sj daun yg digosokkan pd badan ketika mandi;
kusut I = berkusut 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang;2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut;
~ diselesaikan, keruh diperjernih prb persengketaan hendaklah diselesaikan (didamaikan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna pekerjaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan;
berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll);
mengusut menjadi kusut;
mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu;
kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya.
kusut II Mn; mengusut menyiasat dgn teliti;usut II.
kusyen sj bantal atau tilam kecil yg digunakan sbg alas kerusi dll: semua kerusi di bilik itu mempunyai ~ dan tempat bersandar;
berkusyen memakai atau dibubuh kusyen, ada kusyennya: duduk di kerusi empuk ~.
KUSZA akronim bagi Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.
kut Kd, Pn, Pl agaknya, barangkali, kalau-kalau: dia tak datang ~.
mengutak-ngatikkan, memperkutak-katikkan 1. mengharu-birukan, memporak-perandakan (negeri dll); 2. membuat sesuka hati terhadap orang lain, mempermainkan: dia berasa dirinya sudah cukup kaya dan sudah dapat ~ isi kampungnya; betapa rakyat diperkutak-katikkan spt anak lembu;kotak-katik.
kutang = baju ~ 1. baju dalam perempuan (utk menutup susu), anak baju, coli; 2. sj baju yg tidak berlengan atau pendek lengannya.
kutat Jk; ~-kutet sibuk atau asyik memikirkan beberapa perkara atau masalah.
kuteri ark bilik tidur di kapal.
kutet I Jk; berkutetan tidak mudah menyerah (mengaku kalah, berputus harap, dll), giat berusaha supaya berjaya dll.
kuti II Mn; menguti mencarik (mengoyak) kecil-kecil.
kutik; berkutik bergerak sedikit-sedikit: ia terbaring, tubuhnya kaku, tidak ~ sedikit pun;
mengutik-ngutik 1. menyentuh-nyentuh (menggerak-gerakkan, mengusik-usik) dgn jari dll; 2. menyebut-nyebut atau mengambil tahu (sesuatu perkara, hal orang, dll), suka mengkritik (kesalahan orang dll); gutik.
kuting ark; berkuting-kuting selalu menurut (tidak membantah).
kutip; mengutip 1. memungut benda kecil-kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah;2. memetik (berita dll), mengambil (mencabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah;3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma;
kutipan 1. pungutan (derma dll): wang ~; 2. petikan (karangan, cerita, dll): ~ beberapa fasal drpd undang-undang hukum pidana;
~ air sj penyakit yg menyebabkan jari kaki gatal-gatal; ~ embun orang yg suka merayau-rayau dgn tidak menentu pd malam hari; ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan dgn tidak menentu; ~ rayau orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan; sudah mati ~ bp sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu;
(bagai) mencari ~ dlm ijuk prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; di mana ~ makan kalau tidak di kepala prb sudah menjadi adat, anak bergantung pd ayah dan yg miskin pd yg kaya; ibarat ~ boleh diselisik prb sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga; pantang ~ dicukur, pantang manusia dihina prb tidak ada orang yg mahu dihina;
berkutu 1. mempunyai kutu: rambutnya ~;2. = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyebak-nyebak rambut): lihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dgn segala dayang;
berkutu-kutuan saling menyelisik kepala (utk mencari kutu);
mengutui mencari kutu (di kepala dll).
kutu II 1. ark sj perkumpulan perniagaan; 2. sj usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan giliran orang yg mendapatnya dgn cara mengundi, sinoman, arisan;
kutub I 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk;
~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan, arus dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi;
berkutub ada kutubnya (bkn sel dll);
kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif;
pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering.
kutub II;burung ~ sj burung, burung tanau, Megalaima zeylanicus hodgsoni.
kutubkhanah bangunan (bilik dll) tempat menyimpan buku dll utk bacaan umum, perpustakaan.
kutuk I 1. perkataan (sumpah) yg mendatangkan kecelakaan, laknat: tidak guna hidup kena ~ orang sahaja;2. = terkutuk ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi;
ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau keputusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya;
mengutuk 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan;2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut;
kutukan sumpah (makian, cerca, nista), laknat (dr Tuhan): kalau saya memungkiri janji saya, maka saya akan menerima ~ Tuhan;
keterkutukankeadaan terkutuk;
pengutukan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mengutuk (mengeji, mencela, dll): Parti Komunis Indonesia telah membuat satu ~ hebat terhadap kerajaan Sukarno dan pemimpin-pemimpin tenteranya;
pengutuk pihak atau orang yg mengutuk.
kutuk II sukatan beras yg sama (banyaknya) dgn empat genggam; se~ beras basah prb tidak ada faedahnya.
kutur Tr sj burung bangau.
kuud Ar duduk.
kuwuk Jk; kucing ~ kucing yg besar yg makan anak ayam dll.
kuwung pelangi.
kuya Ikeria I.
kuya II (Sunda) sj kura-kura kecil, baning.
kuyu 1. tidak berseri, muram, suram (muka); 2. = mata ~ tertutup sedikit, hampir-hampir pejam (mata): matanya yg tadi ~ dan mengantuk kini cerah semula;3. = hati ~ sedih, dukacita, sayu; 4. Mn penakut, pengecut;
kekuyuan menjadi kuyu: matanya ~.
kuyuh Mn kencing;
menguyuhi mengencingi.
kuyuk ark (kata utk memanggil) anjing.
kuyung sj tumbuhan (pokok), Shorea eximia.
kuyup = basah ~ basah sama sekali, sangat basah: basah ~ kena hujan.
kw kep kilowatt.
Kwijau suku kaum peribumi Sabah dlm rumpun kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di daerah Bingkor, Apin-Apin dan Keningau, dan kegiatan utama ialah bertani.
kwj kep kilowatt-jam.
Kwongsai suku kaum Cina yg berasal dr daerah Kwangsi, selatan China, dan tinggal di merata tempat di dunia.