Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (kpk) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik,mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik ,mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik ,mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
Pembangunan modal insan
Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif
Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.
Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama
Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah
Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan
Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
Menyuburkan (Enriching)
Menyuburkan (Enriching)
AktifPenglibatan (Engaging)
Selamat (Safe)
Seronok (Fun)
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut
Jasmani:
Mempunyai tubuh badan yang sihat
Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar
Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.
Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.
Modul Teras Asas
Modul Teras Asas
Modul Bertema
Bahasa Malaysia
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina/Bahasa Tamil
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Matematik
Aktiviti di Luar (Outdoor activity)
Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.

pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan kurikulum
Pelaksanaan p & p yang fleksibel
Guru ada pilihan menggunakan modul mengikut kesesuaian
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana:
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana:
Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding.
Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
Perbezaan individu dibenarkan.
Murid belajar mengikut kadar sendiri.
Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian murid.
Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.
Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.
- Jangka panjang (Rancangan Tahunan)
- Jangka pendek (Rancangan Harian)
Guru prasekolah merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:
Guru prasekolah merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:
Kreativiti
Pemikiran logikal
Kemahiran Menaakul
Perkembangan Rohani
Pembentukan sikap positif dan nilai murni
Perkembangan fizikal dan kesihatan
Kreativiti dan estetika
Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak
Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak
supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid.
Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai:
Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai:
Pembelajaran Berpusatkan murid
Inkuiri Penemuan
Belajar Melalui Bermain
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan Bertema
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasa dan kemahiran)
Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid, alam persekitaran murid)
Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple intelligences)
Guru prasekolah menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira tentang:
Guru prasekolah menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira tentang:
Guru prasekolah mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas.
Guru prasekolah mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas.
Guru prasekolah merancang aktiviti harian berpandukan Peruntukan Masa untuk Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas Prasekolah.
Guru prasekolah perlu mengendalikan perbualan pagi dan refleksi setiap hari.
Guru prasekolah perlu memastikan rutin harian dikendalikan dengan baik setiap hari.
Guru prasekolah sentiasa berinteraksi dengan murid dan menggalakkan interaksi antara murid.
Guru prasekolah sentiasa berinteraksi dengan murid dan menggalakkan interaksi antara murid.
Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid untuk mengemukakan idea mereka, bersikap inquisitive dan bersikap terbuka.
Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.
Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.
Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah.
Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah.
Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas.
Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas.
Guru prasekolah mewujudkan dan melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang sesuai, mencukupi dan updated.
Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibu bapa murid.
Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibu bapa murid.
Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa/penjaga melalui pelbagai cara.
Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa/penjaga melalui pelbagai cara.
Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ibu bapa/penjaga murid.
Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga secara berkala, sekurang-sekurangnya dua kali setahun.-perkembangan kanak2
Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibu bapa dalam program dan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program keibubapaan.
Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa.
Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa.
Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu.
Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan pembelaran dari sekolah ke rumah.
Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibu bapa.

Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesanan yang telah disediakan di sekolah.
Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesanan yang telah disediakan di sekolah.
Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibu bapa untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu.
Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.
Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.
Tujuan pentaksiran adalah untuk:
Tujuan pentaksiran adalah untuk:
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.
Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.
Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Mengesan keberkesanan pengajaran guru.
Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:
Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:
Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Membantu pembelajaran murid.
Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru.
Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:
Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:
Penerapan nilai
Pembentukan sikap
Penguasaan kemahiran
Status kecergasan
Status kesihatan
Kesediaan sosial (social readiness)
Aktiviti kokurikulum dan ekstra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari.
Aktiviti kokurikulum dan ekstra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari.
Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.
Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.
Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.
Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.
Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.
Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid.
Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid.
Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut:
Pemerhatian berterusan
Penilaian hasil kerja
Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya interpretasi atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.
Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya interpretasi atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . Contoh rekod adalah seperti berikut:
Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas
Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.
Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak:
Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak:
Ujian atau peperiksaan formal
Ujian kertas dan pensil
Hasil pentaksiran digunakan untuk:
Hasil pentaksiran digunakan untuk:
merancang tindakan susulan
meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran
Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.
Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.
Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibu bapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.
Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.
Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.
Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.
Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibu bapa dan pihak tertentu sahaja.
Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak.

Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat ’A’ atau ’B’ dan seterusnya.
Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat ’A’ atau ’B’ dan seterusnya.
Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat daripada perempuan.