Selepas kewafatan Rasullah s.a.w. pengaruh Musailamah Al-Kazzab semankin tersebar. Dia pernah mendakwa menjadi nabi di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Oleh sebab gejala murtad telah mula berlaku dengan hebatnya di kalangan orang Arab, maka Musailamah turut mendapat kekuatan tambahan. Apabila Hazrat Abu Bakar r.a. memeranginya, maka Allah s.w.t. mengurniakan kekuatan kepada agama Islam dan Musailamah telah di bunuh. Walau bagaimanapun sebilangan besar besar daripada para sahabat juga telah gugur syahid dalam peperangan itu. Antara para sahabat yang telah gugur syahid itu ialah sekumpulan hafiz-hafiz Al-Quran.
Hazrat Umar r.a. telah berjumpa Amirul Mukminin Hazrat Abu Bakar r.a. dan berkata, "Ramai qari telah syahid dalam peperangan ini. Sekiranaya berlaku satu atau dua lagi peperangan seumpama ini dan ramai lagi yang akan syahid maka ditakuti sebahagian besar daripada Al-Quran akan hilang. Oleh kerana itu Al-Quran patut di salin di suatu tempat supaya dapat di jaga dengan rapi."
Hazrat Abu Bakar r.a , "Bagaimana kamu berani melakukan sesuatu yang tidak pernah di lakukan oleh Rasullah s.a.w.? Hazrat Umar r.a. terus mendesak Hazrat Abu Bakar r.a. tentang perkara itu dan menjelaskan kepentingannya sehingga akhirnya Hazrat Abu Bakar r.a. bersetuju dengan pendapat beliau itu. Lalu Abu Bakar r.a. memanggil Zaid bin Thabit r.a.
Zaid bin Thabit r.a. berkata, "Saya telah datang berjumpa Abu Bakar r.a. dan mendapati Umar r.a. juga berada di situ. Abu Bakar r.a. telah menceritakan segala perbincangan yang berlaku antara beliau dan Umar r.a. selepas itu beliau berkata, "Engkau seorang yang masih muda lagi pintar dan tiada apa-apa keraguan terhadapmu. Kamu pernah di perintahkan untuk menulis wahyu pada zaman Nabi s.a.w. oleh kerana itu kamulah yang patut melakukan kerja ini. Kumpulkan Al-Quran dari orang ramai dan salinkan ayat-ayat Al-Quran di satu tempat."
Saya (Zaid r.a.) berkata, "Demi Allah, jika aku di perintahkan meruntuhkan satu bukit dan memindahkan bukit itu dari satu tempat ke tempat yang lain, itu lebih mudah dari bagiku daripada di perintah mengumpulkan Al-Quran." Saya berkata lagi, "Bagaimana tuan-tuan ingin melakukan suatu kerja yang tidak di lakukan oleh Rasulullah s.a.w.? kemudian mereka berdua berusaha memahamkan saya.
Dalam satu hadith lain, Abu Bakar r.a. berkata kepada Zaid r.a. "jika kamu bersetuju dengan Umar r.a. maka aku akan mengeluarkan perintah, jika tidak aku tidak akan melakukannya." Zaid r.a. berkata "Setelah perbincangan yang panjang barulah Allah s.w.t. membuka hatiku bahawa Al-Quran perlu dikumpulkan di satu tempat. Demi untuk menunaikan perintah tersebut saya mula mencari daripada orang ramai lembaran-lembaran Al-Quran yang ditulis secara berasingan dan juga apa-apa yang di hafal dalam dada para sahabat r.a. lalu mengumpulkan kesemuanya (Durrul Manthur)
Keterangan
Dalam kisah ini, pertamanya kita dapat mengetahui kesungguhan para sahabat r.a. mengambil berat untuk mengikut sunnah. Bagi mereka untuk memindahkan sebuah bukit lebih mudah daripada sesuatu tang tidak pernah dilakukan oleh Baginda s.a.w. Keduanya, kerja mengumpulkan Al-Quran merupakan asas agama telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. dalam buku catitan amalan mereka.
Zaid r.a. begitu mengambil berat dalam mengumpulkan Al-Quran sehingga beliau tidak mengambil apa-apa ayat yang tidak di tulis pada Zaman Nabi s.a.w. dan beliau akan membandingkan dengan apa yang terdapat di dalam dada-dada para sahabat r.a.
Oleh kerana keseluruhan Al-Quran telah di tulis secara berasingan di perbagai tempat, maka usaha untuk mengumpulkan ayat-ayat Al-quran ialah satu usaha yang sukar. Namun demikian, kesemua ayat itu telah berjaya di temui. Ubai bin Kaab juga juga turut membantu Zaid r.a., Ubai r.a. ialah seorang sahabat yang paling mahir tentang Al-Quran sebagai mana yang telah di beritahu sendiri oleh Nabi s.a.w. Dengan Usaha ini para sahabat r.a. telah menjadi orang yang pertama mengumpulkan Kalamullah Adakah anda ingin bermimpi berjumpa Rasulullah?
Adakah anda ingin bermimpi berjumpa Rasulullah? Atau adakah anda orang yang sudah bertuah, sudah dapat bermimpi berjumpa baginda di dalam tidur anda?
Ramai orang menaruh harapan yang tinggi untuk bermimpi berjumpa Rasulullah. Setiap orang Islam memang begitu hajatnya. Saya, anda & sesiapa sahaja.
Kita biasa memandang wajah seorang lelaki yang lembut, cantik & sopan, tetapi wajah Rasulullah lebih menarik daripada itu.
Kita biasa memandang wajah seorang wanita yang ayu, jelita & menawan, tetapi wajah Rasulullah lebih memukau daripada itu.
Kata mereka yang sudah mendapat nikmat bermimpi itu, wajah Rasulullah itu lebih cantik dari segala yang cantik di atas muka bumi ini. Kita akan sentiasa terkenang-kenang kepadanya sampailah kita mati.
Kepada yang belum berjumpanya di dalam mimpi, perasaan rindu itu membuak-buak di dalam dada. Mereka merintih-rintih untuk dapat berjumpa dengan Rasulullah.
Berikutnya, saya tampilkan kepada anda satu tatacara yang biasa diamalkan untuk dapat melihat Rasulullah di dalam mimpi.
Pada malam Jum’at, selesai solat Isyak, bacalah Surat Al Qadr 1000 X.
Selanjutnya solat dua rakaat. Pada rakaat pertama dan kedua setelah membaca Surat Al Fatihah, baca surat Al Fatihah lagi 15 X dan Ayat Kursi 15 X.
Setelah sholat, membaca salawat 7 kali: Shallaallaahu alaa Muhammad.
Selanjutnya, tidurlah di atas sajadah dengan menghadap kiblat.
Insya Allah, Nabi Muhammad akan berkenan untuk menemui Anda, umat yang rindu padanya dan akan memberikan petunjuk-Nya bagi keselamatan hidup dunia dan akhirat.
Berikutnya, saya tampilkan rangkuman soal-jawab dari forum diskusi Majlis Rasulullah (http://www.majelisrasulullah.org), seputar amalan yang dapat menghantarkan kita dapat bertemu dengan Rasulullah melalui mimpi.
Saya meringkaskannya untuk mempermudah pemahaman dan pembacaan anda.
Bermula dari pertanyaan singkat ‘Bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan Rasulullah ?’. Berikut ini jawaban Habib Munzir.
JAWAPAN HABIB MUNZIR
Mengenai berjumpa dengan Rasulullah S.A.W adalah dengan merindukan beliau S.A.W dan memperbanyak amalan sunnah semampunya, dan memperbanyak shalawat kepadanya.
Baginda S.A.W sangat mencintai kita dan memperhatikan kita lebih dari ayah bunda kita, Baginda S.A.W adalah ayah ruh bagi semua ummatnya, maka ruh kita tetap mudah berhubungan dengan ruh beliau saw, lewat mimpi misalnya.
Nah.. perkuat hubungan ruh anda dengan ruh beliau S.A.W dengan shalawat ini :”Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa ‘ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur” (wahai Allah limpahkan shalawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur).
Anda bisa saja jumpa dengan Rasul S.A.W dalam mimpi, perbanyaklah shalawat, cintailah sunnah, dan perbanyaklah bersedekah pada anak yatim, dan berbaktilah pada ibunda jika masih ada, ini adalah amalan amalan yang sangat dicintai oleh Rasul S.A.W
Anda jangan tidur kecuali bibir anda terus bershalawat pada nabi S.A.W, beliau saw akan menjumpai anda, dan yakinlah.
Saya (Habib Munzir) menyukai semua shalawat. Dulu saya membaca 17 macam shalawat. Di antaranya shalawat Syeikh Abdul Qadir Jailani yang panjangnya 13 halaman, namun kini saya membaca satu macam shalawat saja, yang diajarkan Rasul S.A.W lewat mimpi kepada saya, pendek saja yaitu : “ALLAHUMMA SHALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM”
Shalawat ini saya baca 5.000X setiap harinya, jika anda ingin membacanya silahkan, saya ijazahkan pada anda, boleh membacanya 100X, 200X atau lebih atau berapa saja sekemampuan anda dan luasnya waktu, dan bisa dibaca sambil di mobil, di jalan, atau di manapun,
Masalah mimpi Rasul S.A.W, saya (Habib Munzir) pernah bermimpi beliau S.A.W dan mengadukan banyaknya orang yang rindu dengan beliau S.A.W namun belum jumpa dalam mimpi, beliau S.A.W menutup wajahnya dan menangis, seraya berkata : “Tiada yang memisahkanku dengan mereka selain tabir qudrat, dan mereka akan berjumpa denganku kelak”
Baginda S.A.W sangat peduli dan rindu pada ummatnya, lebih lebih lagi yang mencintai beliau S.A.W, dan telah teriwayatkan pada shahih Muslim bahwa beliau S.A.W bersabda, “Umatku yang paling cinta kepadaku adalah yang hidup setelah aku wafat, dan mereka sangat mengidamkan untuk berjumpa denganku daripada harta dan keluarganya”.
Dostları ilə paylaş: |