RIWAYAT HIDUP SAIDINA HASAN BIN ALI BIN ABI THALIB R.A.
MUKADDIMAH
Orang yang arif bijaksana akan mengambil pelajaran dari peristiwa sejarah dimasa lalu. Sejarah dunia telah membuktikan bahawa sesiapa yang memperoleh kekuasaan dengan cara yang salah, iaitu dengan cara menipu, zalim, mengikut hawa nafsu, meskipun pada mulanya dia berjaya tetapi akhirnya dia akan menerima segala akibat perbuatannya sendiri, contohnya sungguh banyak dalam sejarah dunia.
.
Demikian pula dalam sejarah Islam, apa yang terjadi terhadap diri para tokoh sejarah Islam, terutama terhadap derita sengsara para Ahlul Bait (keluarga Nabi SAW yang terdekat) semoga dapat dijadikan suri teladan bagi kita semua, terutama kepada kita umat Islam, supaya kita memperoleh kejayaan dalam segala bidang serta mendapat rahmat, barakah kerana dalam keredhaan Allah SWT.
.
DIBESARKAN DALAM ASUHAN RASULULLAH S.A.W.
Riwayat hidup Saidina Hasan bin Abi Thalib r.a. dapat kita jadikan suri teladan yang baik bagi kita semua. Semenjak kelahirannya iaitu pada hari Khamis, 7 Safar 49 H hingga berusia tujuh tahun, Saidina Hasan Cucu Rasulullah SAW ini telah mendapat pendidikan langsung dari Rasulullah SAW. Demikian eratnya hubungan Rasulullah SAW dengan Saidina Hasan, sehingga selalulah Saidina Hasan diajak oleh Datuknya bersama-sama pergi ke Masjid atau ketempat-tempat penting lainnya. Kasih sayang dan bimbingan serta asuhan yang diberikan Nabi SAW terhadap cucundanya itu, telah menjadikan peribadi Saidina Hasan dikenal sebagai seorang yang soleh, cerdas, peramah, murah hati, pemberani, berpengetahuan luas dan cintakan perdamaian.
.
Hasan dan Husein adalah kecintaan Nabi SAW dan Nabi SAW memanggil kedua-kedua cucunya itu sebagai anak-anaknya, hal ini jelas disebutkan dalam al-Quranul Karim ketika terjadi satu peristiwa yang terkenal dengan ‘Mubahalah’ (cara Nabi SAW menghadapi Nasrani bani Najran untuk mencari kebenaran. Nabi SAW bersedia bermubahalah, yakni masing-masing pihak bersedia untuk mendapat laknat Allah andaikata mereka berdusta. Akan tetapi Nasrani Najran khuatir mereka ditimpa laknat Allah, maka mereka tidak bersedia bermubahalah.)
.
Ketika itu Nabi mengajak kedua-dua cucunya yaitu Hasan dan Husein, ikut serta ayahanda mereka Saidina Ali bin Abi Thalib k.w.j. dan ibunda mereka Fatimah Az-Zahra r.a. Dalam ayat al-Quran surah
Ali Imran ayat 61, Allah berfirman: "Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan (yang benar) maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita memanggil anak-kami dan anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, dan diri kami dan diri kamu, kemudian kita memohon (kepada Allah) dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang berdusta."
.
Nabi SAW juga bersabda: "Semua anak Adam bernasab kepada orang tua lelaki (ayah mereka) kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka".
Alhamdulillah sehingga hari ini, dan berakhirnya dunia ini, dimana-mana masjid yang besar ataupun kecil di seluruh dunia Islam, apapun Mazhab mereka, semuanya tidak lupa mendoakan kepada keluarga dan keturunan Rasulullah SAW.
Memang sudah sepatutnya kita mendoakan mereka yang telah berjuang dan berbakti dalam menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh pelosok dunia, apalagi Nabi SAW tidak mengharapkan apa-apa upah atau balasan jasa terhadap segala pengorbanan yang telah Baginda berikan, hanya saja Baginda mengharapkan supaya umatnya berbuat baik kepada kerabatnya. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Aku tidak meminta upah dari kalian atas (penyampaian risalah ini) selain kasih sayang dalam kekeluargaan”. (QS as-Syura:23)
.
Saidina Hasan dikenal sebagai orang yang selalu bersujud dan sangat khusyuk dalam solatnya, di kala solat pipinya basah dengan air mata dan wajahnya pucat kerana takut kepada Allah SWT. Saidina Hasan dikenal sebagai orang yang tidak segan untuk duduk dengan orang miskin, pengemis dan gelandangan, dan bersedia menjawab pertanyaan mereka apa-apa pertanyaan berkenaan dengan Islam. Berkat asuhan dan didikan Datuknya (Rasulullah SAW), Saidina Hasan membesar menjadi seorang dewasa yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia dan berwibawa.
DIBESARKAN DALAM ASUHAN AYAHANDANYA ALI BIN ABI THALIB K.W.J.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, selama masa tiga puluh tahun, Saidina Hasan berada dalam asuhan dan didikan ayahandanya, Saidina Ali bin Abi Thalib k.w.j sehingga ayahandanya syahid terbunuh dengan pedang beracun yang ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam. Setelah wafat Saidina Ali, maka Saidina Hasan dipilih oleh umat Islam ketika itu sebagai pengganti Khalifah Ali bin Abi Thalib k.w.j.
.
HALANGAN DAN RINTANGAN DARI MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN
Sayang sekali Muawiyah bin Abi Sufyan terus menerus mengganggu Pemerintahan Saidina Hasan. Berbagai angkara dibuatnya, kerana inginkan kekuasaan Khalifah beralih ke tangannya. Tak henti-hentinya ia menyerang, sehingga banyaklah yang terbunuh di kedua pihak. Muawiyah bin Abi Sufyan mengirim perutusan kepada Saidina Hasan. Perutusan ini terdiri daripada Abdullah bin Amir, bekas penguasa di Basrah (ketika Khalifah Othman) dan Abdul Rahman bin Samurah. Perutusan Muawiyah itu menawarkan perdamaian kepada Saidina Hasan dan mendesak supaya menerima perdamaian tersebut.
.
Untuk menghindari pertumpahan darah sesama Muslimin, maka Saidina Hasan menerima baik tawaran perdamaian dari Muawiyah. Saidina Hasan mengirim dua orang utusan kepada Muawiyah iaitu Amr bin Salamah al-Hamdani dan Mohammad bin al-Asy’at al-Kindiy, untuk memperoleh kebenaran tentang tawaran Muawiyah dan juga untuk menyampaikan pendirian Saidina Hasan sendiri. Kepada kedua-dua utusan Saidina Hasan itu Muawiyah menyerahkan sepucuk surat yang isinya sebagai berikut:
.
Bismillahirrahmanirrahim,
“Surat ini untuk Hasan bin Ali k.w., dari Muawiyah bin Abi Sufyan. Aku mengajak anda berdamai atas dasar janji bahwa sepeninggalanku kekhalifahan adalah menjadi hak anda. Dibawah kesaksian Allah SWT kepada anda aku berjanji, berdasarkan mitsaqNya dan dengan kesaksian umat RasulNya Muhammad SAW. Tidak ada yang lebih keras dituntut oleh Allah s.w.t. daripada seorang hambanya selain kewajiban memenuhi perjanjian yang mengikat yang telah dinyatakan. Aku tidak berniat untuk menjerumuskan anda ke dalam bencana dan marabahaya. Aku berjanji akan memberi anda setiap tahun satu juta dirham dari Baitulmal. Aku berjanji pula akan menyerahkan kepada anda hasil pemasukan kharaj dari dua daerah di Parsi yaitu Yasa dan Dara Bajrad. Anda dapat mengirim pegawai anda ke dua daerah itu dan di sana anda dapat berbuat apa saja menurut kehendak anda sendiri. Janjiku ini disaksikan oleh Abdullah bin Amir, ‘Amr bin Salamah al-Kindiy.
Ditulis pada bulan Rabiulakhir tahun empat puluh satu Hijrah.”
.
Oleh kerana Saidina Hasan seorang yang berjiwa lembut dan ingin melihat Umat Islam kembali bersatupadu dibawah satu pimpinan, maka surat Muawiyah tersebut dijawab oleh Saidina Hasan yang meminta jaminan keselamatan bagi semua orang, dan Saidina Hasan menuliskan: “Inilah syarat perdamaian yang dijanjikan oleh Hasan bin Ali kepada Muawiyah bin Abi Sufyan. Hasan akan menyerahkan kepada Muawiyah pemerintahan kaum muslimin atas dasar syarat, Muawiyah akan bekerja sesuai dengan Kitabullah, Sunnah RasulNya dan dasar politik para khalifah yang solih. Juga atas dasar syarat Muawiyah tidak akan menunjuk siapapun juga sebagai Khalifah penerusnya setelah ia meninggal dunia. Soal kekhalifahan akan dipecahkan melalui musywarah, dan semua orang dijamin keselamatan jiwanya, harta bendannya dan segenap anggota keluarganya. Muawiyah tidak akan bermaksud jahat terhadap Hasan bin Ali, baik secara tertutup ataupun secara terang-terangan, dan dia tidak mengancam ataupu menakut-nakuti seorangpun dari para pengikut Hasan."
.
Disaksikan oleh Abdullah bin Harith dan Amr bin Salamah. Teks yang ditulis oleh Hasan sendiri itu diserahkan kepada Muawiyah oleh Abdullah al-Hariths untuk diketahui oleh Muawiyah dan siapa saja daripada kalangan pengikutnya.
(Sila rujuk dalam buku yang berjudul 'Fitnah terbesar dalam sejarah Islam' oleh Taha Husain: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1990, ms. 602-604).
.
Bagi Muawiyah, semua syarat-syarat tersebut pada mulanya dipersetujuinya, semua syarat-syarat tersebut bukanlah suatu perkara yang penting baginya, baginya asalkan sahaja dia dapat berkuasa sepenuhnya dan semua orang tunduk dibawah kekuasaanya, itulah yang dicita-citakan. Ternyata kemudian Muawiyah bin Abi Sufyan mengingkari seluruh isi perjanjian itu, terutama terhadap ahlul bait, berbagai perbuatan khianat dan jahat telah dilakukannya. Allah Maha kuasa dan Maha adil, sesiapa berbuat jahat, maka akhirnya kejahatan itu akan menimpa dirinya sendiri.
.
Setelah menyerahkan kekuasaannya kepada Muawiyah, maka Saidina Hasan dan keluarganya kembali ke Madinah dan menetap disitu sehingga beliau berpulang ke rahmatullah, pada hari Khamis, 7 Safar tahun 49 H, dalam usia 47 tahun. Ketika Saidina Hasan wafat (menurut sejarah diracun oleh orang suruhan Muawiyah bin Abi Sufyan), adiknya Saidina Husin r.a. bersama ramai kaum Muslimin ingin mengebumikannya dekat pusara datuknya (Nabi Muhammad SAW) tetapi sayang telah mendapat gangguan dan halangan dari beberapa pihak yang tidak bersetuju Saidina Hasan dikebumikan didekat maqam datuknya, dengan adanya hujan panah keusungan Saidina Hasan r.a. Akhirnya jenazah Saidina Hasan dimakamkan di Jannatul Baqi.
.
Saidina Hasan telah lama wafat, telah lama meninggalkan kita umat Islam. Meskipun demikian segala pengorbanan dan perjuangannya, akan tetap menjadi kenangan abadi bagi kita semua. Di samping itu berbagai mutiara Hikmah juga boleh menjadi panduan bagi mereka yang arif bijaksana, antara lain beliau berkata:
* Ajari manusia tentang bidang ilmu yang kau kuasai, dan belajarlah selain dari selainmu, dengan demikian kamu membenahi ilmumu atau justeru mendapat ilmu baru yang belum engkau ketahui.
* Persaudaraan yang sejati adalah tetap setia menemani di kala duka dan gembira.
* Orang yang rugi (kepapaan) adalah membiarkan bahagianmu berlalu padahal telah ditawarkan kesempatan kepadamu.
* Orang dermawan, iaitu orang yang memberi sebelum diminta.
* Kebaikan itu adalah ketika memberi tanpa didahului permintaan dan tidak diikuti ungkitan.
* Kehancuran manusia ada dalam tiga perkara: Kesombongan, ketamakan serta sifat hasad (dengki). Kesombongan menyebabkan hancurnya agama, dan kerananya iblis dilaknat. Rasa tamak adalah musuhnya jiwa, dan kerananya Adam dikeluarkan dari surga. Hasad dengki adalah pusat kejelekan yang kerananya Qabil membunuh Habil.
* Kesempatan itu cepat hilangnya dan lambat untuk terulang kembali.
* Kerabat itu adalah orang didekatkan oleh rasa cinta, walaupun ia jauh dari sisi nasabnya.
* (Kamu akan) tercela, ketika kamu tidak mensyukuri nikmat.
*Ketahuilah bahawa siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari fitnah, akan meluruskan setiap perkaranya, akan menyiapkan baginya jalan kebaikan, akan menguatkan hujahnya atas lawan-lawannya, menjernihkan wajahnya, dan akan menuruti keinginannya bersama orang-orang yang telah Allah berikan nikmat atas mereka seperti para nabi, para siddiqin dan para syuhada serta solihin
(Dipetik dari buku karangan Fatih Guven, terjemahan Hasyim Al-Habsyi, terbitan yayasan Islam Al-Baqir, 1995)
Posted by Alfadhil Ustaz Mohammad Bin Abdul Khadir Alqodahi Annadwi at Ahad, Julai 01, 2012
KISAH KHALIFAH ADIL UMAR ALKHATTAB MEMBUKA KOTA AL QUDS
Peperangan Yarmouk adalah pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70’000 battalion Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri.
Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang penguasaan umat Islam terhadap Baitul Maqdis terbuka luas. Rom ingin menamatkan penguasaan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota al Quds. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang protagonis uskup yang mempertahan Jerusalem, enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam dengan pertumpahan darah.
Sophronius memberikan syarat supaya Khalifah Islam iaitu Umar ibn al Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Iliya’ (Iliya’, nama Jerusalem ketika itu) dengan jaminan keselamatan.
Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan melakukan penjarahan terhadap Kota al Quds sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom. Ternyata jangkaan mereka silap.
Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat Iliya’. Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar al Khattab menuju ke Kota Jerusalem.
Sebelum Khalifah Umar berangkat menuju ke Jerusalem, Umar telah bermusyawarah bersama Para Sahabatnya tentang permintaan Sophronius. Uthman ibn Affan radhiAllahu anhu mencegah Khalifah Umar dari menuruti kehendak uskup tersebut, tetapi Saidina Ali memberikan cadangan lain yang kemudiannya diterima oleh Umar; Iaitu melakukan rapat umum bersama rakyat Iliya’ kerana Jerusalem juga merupakan salah satu bandar suci bagi kepercayaan umat Islam selain Yahudi dan Nasrani.
Di sinilah hikayat kisah agung pembukaan Kota al Quds yang dilakukan Khalifah Umar al Khattab. Khalifah Islam ke-2 yang pernah mendapat gelaran al Faruq ini, dipuji Baginda salallahualaihi wasalam sebagaimana sabdanya yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah Taala menempatkan kebenaran pada ucapan Umar dan hatinya".
Khalifah Umar al Khattab tidak pergi ke Baitul Maqdis dengan ketumbukan tentera, bukan juga dengan pakaian yang mewah-mewah dan kehebatan kerajaannya. Tetapi beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani oleh seorang P.A (personal assistant) / khadamnya sahaja. Perjalanan Umar dan khadamnya dari Madinah ke Kota al Quds, hanya cukup berbekalkan air, roti dan kurma.
Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta. Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya pula akan berjalan sambil memandu pedati unta tersebut. Manakala jika khadamnya yang naik unta, Umar pula yang akan berjalan memandu pedati untanya. Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat. Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga sampai ke Kota al Quds.
Sebelum sampai ke Kota al Quds, Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah di Jabiya. Abu Ubaidah bin Jarrah merupakan salah seorang Sahabat Nabi yang termasuk dalam senarai 10 orang yang dijanjikan syurga. Turut bersama Abu Ubaidah ketika itu ialah Khalid bin al Walid.
Apabila tentera-tentera Islam menyedari kedatangan Umar al Khattab, mereka menyambutnya dengan penuh penghormatan. Ketika itu Umar yang memimpin pedati unta yang dinaiki oleh khadamnya. Berkali-kali khadamnya meminta agar Umar berada di atas unta sebelum sampai ke perkhemahan tentera, tetapi hal itu ditolak oleh Umar kerana kerendahan hati dan ketinggian budinya.
Apabila Abu Ubaidah melihat kaki Khalifah Umar sudah berceloreng dengan debu-debu tanah dan luka kerana perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke pintu Kota al Quds.
“Wahai Amiral Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan. Mereka (penduduk al Quds) tentu melihat kemegahan kamu sebagai Khalifah”
Tiba-tiba Umar al Khattab merenung Abu Ubaidah, salah seorang panglima Islam yang menewaskan tentera-tentera Rom Byzantine itu dengan wajah yang sangat murka atas apa yang diucapnya. Lalu terbitlah kata-kata Umar yang mahsyur kepada Abu Ubaidah,"Demi Allah. Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini! Sesungguhnya kita semua ini adalah hina lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah".
Saidina Umar menolak cadangan Abu Ubaidah dan tidak memanjangkan dialog bersamanya. Umar bersama khadamnya terus berlalu pergi meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya.
Mereka masih bergilir-gilir menaiki unta sambil menghabiskan bacaan surah Yassin. Apabila Kota al Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus kekal menaiki unta, sementara dia yang akan memegang pedati unta yang dinaiki Umar. Tetapi Umar tegas melarang dan mengarahkan pembantunya agar terus mengikut tempoh gantian yang ditetapkan. Kebetulan, apabila jarak mereka berdua hampir tiba ke gerbang Kota al Quds, waktu itu giliran Umar memegang tali pedati unta tersebut.
Kerumunan tentera-tentera Rom dan rakyat al Quds beragama Nasrani memenuhi Jerusalem. Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah peradaban dunia. Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan membawa bala tentera dan sejumlah kebanggaan di raja seperti emas, mahkota, permaisuri, gundik-gundik dan sebagainya. Tetapi Umar sebagai khalifah, pemimpin terunggul yang berjaya menundukkan keangkuhan Rom, datang dengan baju kasar yang kurang kualitinya, lusuh dan berdebu, manakala kedua-dua kakinya berlumpur.
Umar berhenti apabila menjejaki gerbang Dimashq, salah satu pintu masuk ke Jerusalem. Kemudian terus berjalan meninggalkan unta dan khadamnya di situ, dengan penuh kehambaan kepada Allah Taala wajahnya bersemarak sinar keizzahan Islam.
Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Umar radhiAllahu anhu. Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi dan namanya. Mereka terpedaya dengan sangkaan-sangkaan buruk mengenai Umar, sebaliknya Khalifah Umar hanya ditemani oleh seorang khadam setibanya di Jerusalem. Lebih mengharukan, mereka melihat Khalifah Umar yang menarik tali pedati yang ditunggang khadamnya. Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini.
Seluruh rakyat Iliya’ dan pembesar-pembesar di Jerusalem memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berteriak keras.
"Alangkah malangnya kamu semua! Angkat kepala kalian sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah".
Patriarch Sophronius bersama uskup-uskup lain memakai pakaian yang mewah-mewah bergemerlapan, sedangkan orang yang ingin diberikan penghormatan hanya memakai pakaian seperti rakyat biasa. Sophronius malu melihat penampilah Khalifah sungguh sederhana, dalam hatinya berkata,”Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas”.
Saat Sophronius teruja dan menitiskan air mata melihat kesederhanaan Umar, dia termanggu apabila teringat tanda-tanda pemilik sebenar Kota al Quds sebagaimana yang disebut di dalam Injil. Sophronius mara bertemu Umar sambil di tangannya memegang kunci Kota al Quds. Kemudian Sophronius berkata kepada Umar.
“Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan kunci kota al Quds, seterusnya menguasai Baitul Maqdis memiliki tiga tanda. Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.
“Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya. Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur). Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan.
Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada pada Khalifah Umar al Khattab, kemudian dia meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya. Ada 17 jahitan yang menampal pada baju Umar, dengan perasaan penuh debaran dan ta’ajub Sophronius berkata,"Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan. Tidak diberikan kunci-kunci Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah dan tidak ternilai harganya (seperti yang disebut di dalam Injil), (1) Khadamnya yang menunggang kenderaan. (2) Calitan debu-debu tanah. dan (3) Tampalan pada baju".
Menurut Sophronius, tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh Umar adalah kerajaan yang akan relevan sepanjang zaman, tidak akan musnah ditelan peredaran. Kemudian dia menambah lagi,"Aku tidak sedih (memberikan kunci kepada Umar) kerana kalian masuk ke kota ini sebagai orang yang memiliki kriteria tersebut (dalam Injil kami sebagai pembuka Kota Jerusalem), (aku tidak gelisah) kamu menakluki perbendaharaan dunia ini sedang kami dalam kawalan kalian. Kamu tentu menguasai kota ini selamanya dengan aqidah Islam, pentadbiran Islam dan juga akhlak Islam".
Khalifah Umar menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius. Kemudian Umar mengikat jaminan keamanan penganut Kristian yang akan tetap tinggal di Jerusalem (penduduk Iliya’).
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang; inilah apa yang telah diberikan hamba Allah Umar, Amirul Mukminin keamanan kepada penduduk Iliya'. Dia (Allah) telah memberikan keamanan untuk diri mereka, harta benda mereka, gereja-gereja mereka dan rumah-rumah ibadah mereka samaada yang elok atau rosak dan kepada seluruh penganut bahawa tidak sekali-kali gereja-gereja mereka dihuni (rampas) dan tidak sekali-kali dimusnahkan dan sekali-kali dilakukan kekerasan terhadap mereka samaada pada tubuh badan atau harta benda. Dan mereka sekali-kali tidak dipaksa untuk meninggalkan agama mereka dan tidak sekali orang Yahudi menghuni bersama mereka di Iliya'".
"Menjadi kewajipan ke atas penduduk Iliya' untuk membayar jizyah sebagaimana ahli agama lain membayarnya. Menjadi kemestian ke atas mereka untuk mengeluarkan orang Rom dan perompak, maka sesiapa dari kalngan mereka yang keluar maka dia dan hartanya selamat sehinggalah dia sampai ke tempat perlindungannya. Dan sesiapa dari kalangan mereka mahu kekal maka dia selamat tetapi mestilah dia membayar jizyah sebagaimana yang dilakukan oleh penduduk Iliya'".
"Sesiapa dari kalangan penduduk Iliya' yang mahu pergi dengan hartanya bersama-sama orang Rom maka mereka selamat sehinggalah mereka sampai ke tempat perlindungan. Sesiapa dari kalangan penduduk bumi ini yang mahu kekal maka hendaklah dia membayar jizyah sebagaimana penduduk Iliya' dan sesiapa yang mahu berada di bawah Rom dan sesiapa yang mahu kembali kepada keluarganya tidak diambil daripada mereka sesuatu pun sehinggalah mereka menuai tanaman mereka. Sesungguhnya apa yang ada di atas tulisan ini adalah janji yang bertunjang kepada Allah, Rasul dan para Khulafa' dan orang-orang Mukmin jika mereka membayar jizyah yang diwajibkan ke atas mereka".
Inilah sebahagian dari jaminan hak dan keselamatan umat Islam kepada rakyat Iliya’. Rakyat Iliya’ diwajibkan membayar jizyah, manakala yang telah memeluk Islam wajib membayar zakat. Kota al Quds kemudiannya menjadi tanggungjawab umat Islam dan rakyat Iliya’ untuk memeliharanya daripada ancaman dan pencerobohan musuh. Perjanjian antara penganut Kristian dan masyarakat Islam ini dinamakan sebagai ‘Wathiqah Umariyyah’ (The Umariyyah Covenant).
Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian, Khalifah Umar berangkat menuju ke Baitul Maqdis, salah satu tempat yang menjadi wasiat Baginda salallahualaihi wasalam kepada umat Islam agar menziarahinya. Sehinggalah tiba waktu solat, Sophronius mempelawa Saidina Umar melaksanakannya di Holy Sepulchure / Gereja al Qiamah (tempat maqam suci Jesus yang didakwa oleh penganut Kristian). Tetapi ajakan itu ditolak kerana Umar khuatir perbuatan tersebut akan menjadi hujjah generasi Islam selepasnya untuk mengubah gereja menjadi masjid.
Saidina Umar kemudian meninjau sekitar kawasan Gereja al Qiamah dan berjalan sepanjang 500 meter menuju ke selatan, lalu beliau melakukan solat di tempat perhentiannya. Kawasan tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar dan pernah dibakar oleh Yahudi dalam pada 21 Ogos 1969.
Genap 10 hari Saidina Umar bersama tentera-tentera Islam yang kemudiannya masuk ke Kota al Quds dengan aman. Kejayaan tersebut diraikan dengan menunaikan qiyam dan doa kesyukuran kepada Allah Taala. Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis. Lalu salah seorang bertanya kepada
Umar,”Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini?”
“Iya, aku menangisi kemenangan ini. Aku teringat Baginda salallahualaihi wasalam pernah bersabda…
”
MAKSUDNYA : "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kalian. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kalian semua sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kalian. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kalian seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)".
Setelah itu, Umar kembali bersama khadamnya menuju Madinah. Datang dan perginya Khalifah Umar, hanya berperawakan seperti musafir biasa dan rakyat jelata.
Posted by Alfadhil Ustaz Mohammad Bin Abdul Khadir Alqodahi Annadwi at Khamis, November 29,
KETAKUTAN SAIDINA UMAR TERHADAP ALLAH
Suatu ketika beliau sedang sibuk dengan satu pekerjaan yang penting. Pada ketika itu, datang seorang membawa pengaduan mengenai suatu hal kecil agar beliau dapat menyelesaikannya. Umar r.a lalu memukul bahu pemuda itu sambil berkata:
“Apabila aku duduk untuk menerima perkara tersebut, kamu tidak datang menemuiku tetapi apabila aku sibuk dengan lain-lain perkara yang penting kamu mencelahiku dengan perkara remeh temeh”.
Pemuda itu pun pergi dari situ. Tetapi Umar r.a memanggilnya kembali dan memberinya cemeti lalu berkata:
“Pukullah aku dengan cemeti ini supaya kesalahanku terbalas”.
Pemuda itu berkata;
“Aku maafkan kamu kerana Allah”.
Umar r.a pulang ke rumahnya lalu bersolat taubat dua rakaat serta mencela dirinya sendiri:
“Wahai Umar! Kamu dahulukan hina maka Allah mengangkat darjatmu, kamu sesat tetapi Allah telah memberikan kamu hidayah kepadamu, kamu dulu sangat mengaibkan tetapi Allah memuliakan kamu serta mengurniakan kamu kekuasaan terhadap orang lain. Sekarang apabila salah seorang datang kepadamu mengadu mengenai sesuatu kesalahan yang telah dilakukan terhadapnya untuk diselesaikan, kamu memukulnya? Apakah jawapan yang akan kamu berikan di hadapan Allah kelak?”.
Beliau menangis begitu lama seperti tangisan kanak-kanak kecil.
SIAPAKAH SAHABAT SEBENARMU???
Pada zaman rasulullah... Ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing.. Pada suatu hari.. Sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua..
"Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat??
maka sahabatnya yang kedua menjawab "Bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil...dan membesar bersama-sama? aku tidak pernah mengkhianati dirimu...apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu??
Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta"
Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu.
Sahabat pertama tadi menjawab."Pulanglah kau kerumah, carilah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."
Sehari-harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.. Keesokan harinya..Pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu.
"Wahai sahabat, puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu...tapi tidak juga kutemui.." katanya sambil menangis."Katakanlah wahai sahabat..apa kesalahanku??
Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua.
"Pernahkah kau mengingatkann aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong??" sahabatnya menggeleng
"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??
Sahabatnya menggelengkan kepala pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan??
Sahabatnya menggeleng lagi.
"Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat??
sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabat pertama tadi meneruskan soalannya.
"Dan soalan ku yang terakhir...pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki?
Sahabat kedua mendiamkann diri sambil menengis teresak esak.
"Tidak pernah bukan??maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku.engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. pergilah kau...mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.
Melalui kisah di atas, sama-samalah kita renungi kembali diri kita. Adakah kita layak digelar sebagai seorang sahabat walaupun mempunyai akidah yang sama?walaupun kita sentiasa bersama-sama? walaupun kita katakan kita faham segala sikap dan tingkah laku sahabat kita?
Oleh itu, saya menyeru diri saya dan semua sahabat-sahabat, jadilah sahabat yang dapat membimbing sahabat kita ke jalan yang diredhaiNYA. Dan pilihlah sahabat yang dapat membawa kita ke syurgaNYA...
Shah Wali Ullah Dehlvi Seorang Muhaddisin
Dia bernama Qutb-ud-Din, tetapi lebih dikenali dengan gelaran Wali Ullah, yang diberikan kepadanya berdasarkan kebaikan-Nya dan kesalehan. Seorang tokoh ilmuan islam terulung
sekitar tahun 1700 masihi.
Shah Wali Ullah Muhaddis Dehlvi lahir pada 21 Februari 1703 di Delhi, ketika pemerintahan Aurangzeb mendekati zaman akhirnya . Bapanya, Shah Abdul Rahim, adalah seorang ahli sufi dan adalah pengasas dan guru bagi Madrasah-i-Rahimiyah di Delhi.
Shah Waliullah menerima pendidikan awal daripada ayahnya juga gurunya sebagai pembimbing rohani.
Shah Wali Ullah percaya bahawa pelbagai permasalahan yang dihadapi umat Islam adalah kerana ketidaktahuan mereka tentang Islam dan Al-Quran.
Shah Wali Ullah juga adalah seorang penulis yang produktif dan menulis secara menyeluruh di bidang Fiqh dan Hadis. Dia akhirnya menulis 51 kitab; 23 buah dalam bahasa Arab dan 28 buah dalam Bahasa Parsi. Di antara yang terkenal adalah karya Hujjat-Ullah-il-Balighah dan Izalat-ul-Khifa.
Baik dalam fikiran dan jangkaan, karya-karyanya menduduki tempat yang luar biasa. Beliau sebagai tokoh pembaharuan pemikiran dan sebagai pembawa teori praktikal berkaitan ugama, sosialisma, ekonomi dan politik.
Karya-karyanya boleh diklasifikasikan ke dalam enam kategori. Pertama berkaitan dengan Al-Quran. Ini termasuk terjemahan Kitab alquran ke dalam Bahasa Parsi, Bahasa sastera anak benua tersebut kali. Menurutnya, tujuan utama mempelajari Al-quran adalah `untuk mengubah sikap manusia dari keyakinan yang salah kepada yang betul dan tindakan hidup yang merugikan kepada yang menguntungkan".
Kategori kedua berkaitan dengan ilmu hadis, di mana beliau telah meninggalkan sejumlah karya termasuk dalam Bahasa Arab dan Parsi komen mengenai kitab"Mu'atta", yang terkenal disusun oleh Imam Malik. Dia melihat sangat penting bagi koleksi ini, bahkan lebih besar daripada koleksi Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Kategori ketiga berkaitan ilmu Fekah yang merangkumi perbahasan wujudnya perselisihan pendapat dikalangan para ulama .
Kategori keempat karya-karyanya berkaitan dengan penjelasan mengenai khurafat dan bid’ah dan cara menghindarinya..
Kategori kelima karya-karyanya mengenai falsafah syariat Islam dan falsafah ilmu-Kalam. Beliau juga menulis sebuah risalah tentang prinsip-prinsip Ijtihad dan taqlid.
Tapi yang paling menonjol dari semua karya-karyanya "Hujjat-Ullah-il-Baalighah" yang membahaskan rahsia rahsia syari’at secara ilmiah.
Kategori keenam : karya-karyanya mengenai Sunni Syiah yang menjadi duri dalam daging dalam dunia islam akibat perselisihan antara mereka dimana beliau telah banyak mengurangkan ketegangan antara dua golongan ini.
Shah Waliullah juga memadam kebencian yang telah dirasakan antara Ulama dan para sufi '. Ia bukan saja mendekatkan jurang antara para Sufi dan Ulama, tetapi juga diselaraskan perbezaan-perbezaan di antara pelbagai kefahaman sufi. Prinsip-prinsip-Nya tentang subjek ini dimasukkan ke dalam amalan pusat pengajian tertinggi diindia ialah Darul ulum Deoband, dimana antara para pencintanya dari kalangan sufi sufi terkenal seperti MaulanaAhmad Rasyid Gangohi dan Maulana Asyraf Ali Thanvi dan lain lain lagi.
Shah Waliullah menetapkan bagi misi mengubah susunan sosial dan politik pada zamannya. Sebagai seorang reality, dia analisa penyakit-penyakit yang telah masuk ke dalam tubuh politik masyarakat Muslim dan menyarankan ubat. Dia mengkritik kebiasaan hidup masyarakat hindu yang telah merayap masuk ke dalam masyarakat Muslim .
Terutama terhadap pembaziran yang berlebihan dalam perkahwinan, festival, dan upacara lainnya. Dia menganjurkan para janda berkahwin lagi. Dia dengan berhati-hati menganalisis faktor-faktor yang bertanggungjawab atas kemerosotan ekonomi masyarakat Muslim sela dan mengusulkan perubahan radikal dalam ekonomi masyarakat Muslim. Beliau menganjurkan pengagihan kekayaan yang lebih luas secara saksama.
Shah Waliullah berpendapat bahawa revolusi intelek harus mendahului perubahan politik. Dia tidak bersetuju perubahan sosial politik ataupun set-up melalui revolusi berdarah. Dia ingin membawa perubahan revolusi masyarakat melalui cara-cara damai. Dalam buku terkenal, "IzaalatulKhifaa",ia membahas ideology revolusi politik yang dibayang -kan.
Tidak ada sarjana dari Zaman Pertengahan India telah memahami pelbagai aspek sivik seperti yang telah dilakukan oleh Shah Waliullah. Dia dianggap `kesedaran diri 'sebagai prasyarat` kesedaran politik'. Dia telah membahas secara terperinci faktor-faktor yang menyumbang terhadap pertumbuhan kesedaran awam dalam karya abadi "Hujjat-Ullah-il-Baaligah".
Shah Waliullah itu, mungkin, satu-satunya sarjana muslim abad pertengahan India yang menyedari pentingnya ekonomi dalam politik dan sosial set-up. Beliau menggalakkan pemeliharaan keseimbangan ekonomi dalam masyarakat dan sangat mengkritik pembolotan kekayaan yang membawa segala macam kejahatan di dunia ini. Dia telah membayangkan sebuah susunan sosial ekonomi yang didasarkan pada kesetaraan, persaudaraan dan persaudaraan yang merupakan prinsip-prinsip yang mengatur amalan masyarakat Islam pada masa zaman khulafa’ arrashidin.
Maulana shah waliyallah tetap berada dihati setiap orang islam walau pun beliau kembali kerahmatullah pada tanggal 29 muharram 1176hj bersamaan 1763 masihi , ini kerana tulisan2 beliau tetap segar dan bertenaga hingga kehari ini . assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Siksaan Paling Ringan Didalam Neraka
Rasulullah SAW bersabda : “Seringan-ringannya siksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api maka alas itu di ikat dikakinya, maka otaknya menjadi mendidih sebab dari kedua alas kaki itu, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sampai jiran-jirannya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut.
Gigi gerahamnya pula menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal sesungguhnya dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya”.
Oleh itu jauhkan diri kita akan jalan yang menuju kearah siksaan apai neraka. Bayangkanlah itu adalah siksaan yang paling ringan, macam mana dengan seksaan yang lain??
Posted by Alfadhil Ustaz Mohammad Bin Abdul Khadir Alqodahi Annadwi at Jumaat, Mac 30, 2012
Rahsia Pengajian Kitab Sunan Sittah
Rahsia Pengajian Kitab Sunan Sittah
Oleh al-Quraisy
Sunan Sittah mahsyurnya diistilahkan kepada enam kitab hadis iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Ada pula pendapat yang mengatakan di tempat Sunan Ibnu Majah lebih sesuai dengan al-Muwatta’ atau Sunan Darimi kerana darjatnya lebih tinggi berbanding Sunan Ibnu Majah yang mengandungi pelbagai status hadis termasuklah hadis maudu’.
Namun, melihat kepada sistem pengajian hadis, Sunan Ibnu Majah adalah lebih sesuai dimasukkan dalam silibus pengajian kerana mempunyai kelebihan dan kepentingannya tersendiri. Adapun susunan (mengikut tertib) pengajian hadis adalah seperti berikut;
1) Sunan Tirmizi: (Menyebut ikhtilaf ulamak)
Kitab hadis yang pertama yang perlu dipelajari adalah Sunan Tirmizi. Melaluinya kita dapat melihat sejauh manakah ikhtilaf yang berlaku di kalangan ulamak dalam sesuatu perkara.
2) Sunan Abu Daud: (Menyebut dalil masing-masing ulamak)
Setelah melihat ikhtilaf ulamak, perlulah kita mengetahui dalil-dalil yang dijadikan sandaran oleh mereka.
3) Sahih Bukhari: (Mengajar cara istinbad hukum dan menyatakan hadis paling sahih)
Setelah mengetahui dalil-dalil sekelian ulamak, maka Sahih Bukhari pula dipelajari untuk mengetahui dalil-dalil yang paling sahih. Melalui pengajian Sahih Bukhari juga, kita akan diajar cara untuk menginstinbad hukum daripada hadis, ini dapat kita lihat pada setiap ‘tarjamatul bab’ (tajuk bab) yang telah diistinbadkan oleh beliau daripada ayat Quran atau hadis yang diletakkan di bawah bab berkenaan.
4) Sahih Muslim: (Memperbanyakkan hadis sahih)
Imam Muslim memperbanyakkan hadis sahih dengan mengulanginya walaupun pada lafaznya sama tetapi melalui turuq (jalan sanad) yang berbeza, seolah-olah ingin menyatakan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari banyak diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang lain yang tidak disebutkan Imam Bukhari di dalam kitabnya. Ini kerana, hadis yang dimuatkan oleh Imam Bukhari di bawah ‘tarjamatul bab’nya tidaklah banyak disebabkan syaratnya yang terlalu tinggi.
5) Sunan Nasaie: (Mengajar supaya meneliti hadis perawi)
Imam Nasaie menjelaskan status perawi dari sudut yang sahih dan kecacatan (‘illal) pada matan sesebuah hadis, dan apa sebenarnya yang difahami oleh ahli ilmu berkenaan lafaz sesebuah hadis itu.
6) Sunan ibnu Majah: (Sebagai menguji kefahaman dalam bidang hadis)
Ini merupakan langkah terakhir untuk menjadi alim dalam ilmu hadis, kerana padanya ada pelbagai hadis termasuklah yang maudu’, maka para pelajar dikehendaki menyatakan sendiri status hadis yang terdapat dalam kitab ini. Sekiranya maudu’, maka apakah sebabnya? Begitulah seterusnya, semuanya untuk menguji kefahaman mereka dalam bidang hadis.
Inilah yang perlu diketahui oleh para pencinta hadis yang ingin mendalami ilmu wahyu ini. Sesungguhnya susunan kitab Sunan Sittah bukanlah isyarat kepada kitab-kitab hadis yang paling muktabar dan sahih (selain Sahih Bukhari dan Muslim), tetapi semuanya mempunyai kepentingan tertentu dalam sistem pengajian hadis yakni sebagai asas utama yang wajib dipelajari sebelum mendalami kitab-kitab hadis yang lainnya.
Soal Jawab Isu Ajaran Sesat Di Malaysia
Pendahuluan
Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku, kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan, sama ada dizaman awal peradaban Islam, di alaf melenium mahu pun akan datang.
Paparan isu kebanyakannya oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan Agama Islam, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan yang mendalam, oleh itu ustaz Abdullah Tohir akan cuba mendedahkan isu ajaran sesat melalui soal jawab.
Dengan ini diharap dapat merongkaikan segala ke tidakpahaman ummah terhadap ajaran salah dan menyeleweng ini, serta dapat membentuk identity dan jati diri umat islam yang sebenar sepertimana yang diwarisi dari baginda Rasulullah s.a.w.
Isu Ajaran Sesat Di Malaysia
1- Apakah pendapat saudara tentang ajaran sesat?
- Isu ajaran sesat bersifat subjektif, ia memerlukan penjelasan teperinci, Al-Quranulkarin telah mengigatkan kita tentang bentuk kesesasatan dalam perbagai sudut, antaranya kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitan, sama ada teman, perubahan masa dan keadaan. Tentunya indikasi ajaran sesat atau ajaran salah, berbeza dengan prinsip ahli sunnah wal-jamaah.
Sesuatu fahaman atau ajaran tidak dikatakan salah atau sesat kecuali jelas kandungannya bertentangan dengan sumber perundangan islam. Sehubungan itu kita perlu definasi yang tepat dalam memahami hakikat ajaran sesat atau ajaran salah.
Ajaran salah atau ajaran sesat: ialah sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran islam tetapi hakikatnya ia terpesong dari ajaran islam, nahkan bertetangan dengan ajaran islam. Contohnya seperti ajaran taslim, qadyani, bahai, ahmad laksamana, ayah pin dan lain-lain.
2- Mengapakah ajaran sesat ini selalu mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti ibadat Solat?
- Aktiviti ajaran sesat asasnya berdasarkan kepada nafsu dan semangat amalan semata-mata
mereka tidak menjadikan ilmu sebagai wacana teras dalam ajaran mereka, situasi ini menjadikan
kepercayaan atau tindakan mereka tidak berpaksikan kepada sumber ilmu yang jelas, malah ia
dilihat sebagai keputusan akal yang bebas dari individu atau kumpulan tertentu sahaja. Hasilnya
segala ketentuan hukum seperti: wajib, sunat, harus haram dan makruh di abaikan dan diubah
suai.
3- Bagaimanakah ajaran sesat mencemarkan kesucian Al-Quran dan As-Sunnah?
- Mereka bermaksud untuk menafsirkan kembali akidah, tentang Al-Quran dan As-Sunnah,
mereka tidak memandang pentingnya ijmak sebagai punca pengetahuan islam mereka mahu
merongkai semula segala ajaran-ajaran agama dan ilmu-ilmu islam daripada Al-Quran dan As-
Sunnah dan mereka menjadikan ajaran mereka itu sebagai alat untuk mencemarkan Al-Quran
dan As-Sunnah serta menyusun semula mengikut cara mereka sendiri.
4- Mengapakah ajaran sesat itu mudah tersebar kepada orang ramai?
- Zaman ini adakah satu zaman yang memanifestasikan kejahilan manusia, ilmu dicabut dan
kematian para ulama yang benar lagi wara, sebahagian umat Islam selesadengan cara hidup
mereka.
Budaya dan hedonistic semakin menjadi-jadi, akibatnya tanggung jawab memahami Agama Islam
dilupakan. Ilmu asas, fardu ain seperti akidah, syariah dan akhlak dipinggirkan, manakala ilmu
keduniaan meterialistik diutamakan, kemuncaknya muncullah masyarakat yang jahil tentang
agama tetapi sensitive dengan isu-isu Agama.
Kejahilan terhadab sumber utama ajaran islam jua telah mendorong seseorang itu mempelajari
Islam dari sumber yang tidak wajar, sehingga ia membuat kesimpulan dan membina kepahaman
yang salah tentang Islam,
Hasil dari kesilapan itu diajar pula kepada orang lain, faktor inilah pengangan akidah menjadi
longgar dan rapuh, akhirnya menjerumuskan seseorang kedalam ajaran sesat atau ajaran salah.
5- Bagaimanakah bermula ajaran sesat?
- Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukan satu perkara yang
baru, tapi ianya bermula sebelum kewafatan Nabi s.a.w. dimana telah lahir beberapa orang telah
mendakwa dirinya sebagai nabi selepas Rasulullah s.a.w.dan menyebarkan ajarannya kepada umat
Islam pada masa itu, seperti Musallamah al-Kazzab,Sajah dari kabilah bani Asad dan al-Aswad al-
Nusi dari Yaman.
6- Siapakah yang mula-mula membawa ajaran sesat di Malaysia?
- untuk menyatakan siapakah yang mula-mula gengasaskan ajaran sesat suatu perkara yang
memerlukan kajian sejarah yang terperinci, Cuma yang boleh nyatakan disini, ajaran sesat yang
dikenal pasti paling lama bertapak ditanah melayu adalah ajaran taslim yang dibawa oleh
mohamad bin shafie atau dikenali sebagai haji Ahmad matahari, paa akhir abad ke19. Ajaran ini
bermula di kampong seronok, bayan lepas pulau pinang, mereka juga menggelar diri mereka
sebagai Ikhwan.
7- Dimanakah lokasi ajaran sesat melakukan aktiviti mereka?
- Ajaran sesat kebiasaannya disebarkan secara tertutup, mereka yang menganggotai sesuatu ajaran
kebanyakannya mempunyai pertalian yang erad antara satu sama lain, hal ini penting bagi mereka
supaya segala maklumat dapat dirahsiakan dari pengahtahuan umum.
Dan modus operasi merekajuga tidak dapt dihidu sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa, selain
itu mereka juga menjadikan tempat-tempat yang berlokasi strategic sebagai markaz ajaran mereka.
kebiasaannya, lokasi yang dipilih adalah dikawasan pendalaman, kawasan terpencil lagi sunyi,
perumahan mewah, flat tertentu, kawasan hutan dan tanah milik individu milik tertentu sebagai
pusat aktiviti
8- Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada pengasas dan pengikut ajaran sesat?
- Ajaran yang menyalahi ajaran akidah Islam merupakan kategori kufur yang keji dan membabitkan
hukuman serta implikasi yang amat berat, dalilnya sebagaimanayang dinyatakan Al-Quran, Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada
agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian,
rosak binasalah segala amal usahanya (yang baik) didunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka
dan kekal didalamnya (selama-lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217)
Dalil daripada hadis Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Said bin Aslam r.a. bahawa Rasullulah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dipancung lehernya
“ (al-Muatta).
Berdasarkan nas-nas diatas, dapat disimpulkan bahawa hukuman terhadap sesiapa yang keluar dari
agama Islam kepada mana-mana agama atau tampa agama samaada melalui pengucapan, perbuatan
dan iktikad, atau yang kufur dan syak pada perkara yang menjadi maklum dalam agama, maka
hukumnya adalah murtad dan kafir, dia juga layak dikenakan hukuman bunuh.
9- Berapa lama hukuman akan dijatuhkan?
- Mengikut hokum syarak, mereka akan disuruh bertaubat jika mereka enggan, mereka akan dikenakan
hukum pancung, mengikut akta pengurusan Islam diMalaysia, khususnya dalam kes yang berkaitan
dengan isu ajaran sesat dan penyelewengan akidah, hukumannya rm3,000, 5 tahun penjara atau 6
kali sebatan. Jadi tiba masanya untuk kita menambah baik system perundangan Islam kea rah
memantapkan lagi perundan islam dimalaysia.
Hal ini penting supaya bidang penguatkuasaan bukan hanya bertindak sebagai penghukum,
tetapi dilihat sebagai badan yang mendidik masyarakat, khususnya berkaitan dengan ajaran sesat.
10- Nyatakan Contoh-contoh Ajaran Sesat Yang Selalu Diamalkan DiMalaysia?
- Apabila kita membicarakan tentang ajaran sesat, kita juga perlu mendedahkan sebahagian intisari
ajaran mereka , hal ini penting supaya masyarakat jelas dengan identity mereka yang sebenar.
Contoh-contoh yang ringkas ini diharap memberi imput kepada orang ramai bahawa golongan ini
sebenarnya bukan dari kalangan ahli Sunnah-waljamah, antara ajaran sesat atau menyeleweng
yang kontemporari ialah:
1) Para pelampau Syiah, fahaman-famanan mereka seperti berikut:
Mereka ini fanatik kepada Saidina Ali Karrama Allah Wajhah dan keturunannya, mereka menganggap Al-Quran kini tidak sempurna, mengamalkan perkahwinan mut’ah (kontrak), solat dengan menggunakan tanah dari karbala dan menanti kemunculan Imam Mahdi iaitu: Hasan Al-Askaryy.
2) Pelampawi Wahabi @ Salafi moden, fahaman mereka seperti berikut:
Mereka ini terlalu fanatic kepada Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim dan Muhammad Abdul Al- Wahhab Al-Banniyy dan lain-lain, mempraktik nusus mutasyabihat secara lahir, memahami konsep bid’ah secara ghuluw (melampau), mentakfir dan menyesatkan umat Islam dengan perkara yang furu dan tidak menghormati pendapat para Ulama.
3) Islam Liberal, fahaman mereka seperti berikut:
Mereka ini pula memahami Islam menurut barat, ia bermula era 80an di Amerika Utara, dan dicetuskan oleh pemikir Yahudi, disebar luas berdasarkan prinsip rasional, memecah belahkan umat Islam, antara egennya:
Sisters in Islam, Mohammed al-Koun, Bainah Anwar, Astora Jabat, Farish Noor dan lain-lain
4) Ajaran Hasan anak limau @ rimau/ayah pin.
Pengasas ini tiada guru dan kitab agama yang muktabar, pengikutnya pula fanatic terhadap guru dan ajaran, gurunya menggaku sebagai tuhan dan mendakwa sebagai utusan para nabi dan dewa-dewa, tidak perlu bersolat, Al-Quran sebagai merepek, hari kiamat tidak wujud serta mendakwa menguasai kerajaan langit danbersetubuh dengan guru dapat menghapuskan dosa.
5) Famanan Black Matel.
Mereka ini menghina kewujudan tuhan semua agama, pemujaan syaitan dalam muzik dn lirik
lagu, Menggunakan symbol-simbol syaitan, aktivitinya dijalan secara rahsia, mengoyak dan
membakar Al-Quran dan fanaik kepada ketua.
6) Fahaman anti Hadis.
Pengikut-pengikut fahaman ini hanya menggunakan Al-Quran sahaja, mereka tidak mahu
menerima Hadis sebagai system perundangan Islam: mereka mendakwa Hadis perlu dinilai
semula, mereka banyak menggunakan logic akal, taasub kepada satu pandangan dan tidak mahu
menerima pandangan orang lain. Ejennya Jemaah Al-Quran Malaysia (Jam): Kasim Ahmad dan
kumpulannya.
7) Ajaran Al-Arqan@ Rufaqa
8) Fahaman jangan ikut tuhan (jit)
9) Ajaran Ahmad laksamana
10) Komunisme / Sekularismi / Orientalisme
11) Ajaran haji kahar
12) Ajaran Bahai
13) Ajaran Qadyani
14) Ajaran pemuda kahfi
15) Ajaran Ahmad nahkoda dan lain-lain
11- Adakah anda bersetuju bahawa ajaran sesat akan merosakkan perpaduan Ummah? Berikan ulasan tentang pendapat anda.
- Ya!!! Ini kerana kumpulan yang membawa dan menyebarkan ajaran sesat akan merosakkan akidah
seseorang.
Jika akidah yang yang suci menjadi tercemar dan bercampur baur dengan najis ajaran sesat ia secara
automatik menghakis ketulinan agama yang diperagakan oleh Al-Quran dan As-sunnah dan ini
membahayakan agama, selain itu terdapat juga kesan terhadap masyarakat, contohnya: runtuhnya
institusi kekeluargaan, keretakan boleh berlaku didalam keluarga dan masyarakat yang menganut
ajaran sesat disebabkan perbedaan akidah dan rasa curiga sesama mereka,kesan kedua, ialah
perpaduan umat tergugat, sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin
mereka, menyebabkan tidak menghormati masyarakat sekeliling, manakala kesan yang ketiga ialah
berlaku keganasan, kepatuhan membuta tuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan
pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan, ini menjejaskan perpaduan dan
kehormatan hidup dalam masyarakat.
12- Apakah keburukan mengamalkan ajaran sesat?
- Seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat, menjadikan hidupnya tidak seimbang antara tuntutan
duniawi dan ukhrawi.
Kerana penglibatanya itu menjadikan dirinya berada dipersimpangan, dilemma dalam mencari
pengangan dan amalan hidu yang sebenarnya, Dia juga tidak mendapat kenikmatan hidu beragama
dan penuh ketenangan, hidupnya terasa kosong tanpa sebarang pengertian dan kesudahan, kesan
kedua, mengikut ajaran sesat akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong, malah
tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana ketaksuban mereka, kesan ketiga
akan menyebabkan seseornag itu lupa akan tnaggung jawabnya dalam menguruskan hal ehwal diri
dan keluarganya, scenario ini menjadikan pengurusan diri dan keluarganya terabai, kesan keempat
mengamalkan ajaran sesat menyebabkan masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan
bertentangan dengan ajaran islam, seperti memuja-muja dan melakukan amaln syirik dan khurafat.
Kesimpulannya pemerintah perlu bertindak dan mendakwa mereka yang terlibat dengan ajaran
sesat mengikut bidang kesalahan yang telah dilakukan, samaada dikenakan hukuman Hudud, Qisas
atau Tak’rur.
13- Mengapakah mereka perlu mendewa-dewakan pemimpin mereka?
- Meletakkan Syeikh atau ketua ketaraf yang amat tinggi, iaitu satu tahap yang melebihi had
kebiasaan manusia sehingga mencecah tahap dewa, wali dan nabi, bahkan wujud arahan dan
kepercayaan bahawa sesuatu maksud tidak akan berhasil kecuali dengan kekuasaan syeikh tersebut.
Tradisi ajaran sesat juga melarang para pengikutnya memberi perhatian kepada guru-guru yang lain,
halangan ini dilakukan, kononnya tidak dapat memberi tumpuan kepada ajaran mereka,
Dan tumpuan kepada guru yang lain dikhuatiri menghalang seseorang itu dari mendapat limpahan
dari syeikhnya itu.
Sebahagian besar pengikut ajaran sesat hanya mengikuti dengan taat tentang apa yang diajar oleh
guru mereka, walaupun ajaran atau amalan tersebut menyalahi Syari’at Islamiah. Segelintir mereka
pula yang tahu asas Agama tetapi tidak berani membantah, kononnya dikhutiri terkena sumpahan
atau badi tertentu dari gurunya, inilah sebahagian gambaran ssikap fanatic dengan pemimpin
mereka.
14- Mengapa mereka menolak perkara Qot’ie dalam Islam seperti jihad?
- Antara ciri teras ajaran sesat ialah mereka selalu menganggap fahaman, kepercayaan mereka sahaja
yang benar, mereka juga mengetepikan akidah ahli sunnah-waljamaah yang dirintis oleh golongan
Asya’irah dan Mataruddiyah menolah mazhab empat yang muktabar, menggunakan ayat-ayat
mutasyabihat secara zahir, ini menyebab mereka menolak perkara Qot’ie yang ada didalam Al-
Quran dan As-Sunnah seperti ajaran Bahai dan Qadyani menolak jihad.
15- Bagaiman jika ajaran sesat masih berterusan dinegara Malaysia?
- Jika ajaran sesat masih berterusan dinegara ini nescaya gejala pencemaran akidah dan murtad akan
berleluasa, kedua ia menganggu agenda pembangunan Islam yang dicetuskan oleh pemerintah, ini
kerana pihak pemerintah, khususnya pihak berkuasa Agama terpaksa mengorban masa, tenaga dan
wang ringgit yang banyak untuk membasmi pengaruh ajaran sesat.
Fokus terhadap ajaran sesat menyebabkan tumpuan terhadap agenda pembangunan Ummah dan
pemerksanya beralih arah dan terbantut, ketiganya ia akan mengancam keselamatan Agama dan
Negara sebagai contoh pada 16 Oktober 1980 seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pemimpin
Ahmad Nasir kemboja yang mengaku sebagai imam Mahdi setelah mereka menyerang dan
mencederakan anggota yang bertugas dibalai polis Batu Pahat johor.
Kesimpulannya, paparan-paparan di atas membuktikan kepada kita jika ajaran sesat ini terus
berleluasa di negara kita akan menyebabkan bahaya kepada Agama, Negara dan Ummah, maka
sayugianya pihak-pihak bertanggungjawab perlu membuat pemantauan terhadap kemunculan dan
pergerakan mereka dari masa ke semasa.
16- Bagaimana untuk menghindari ajaran sesat?
Langkah-langkahnya seperti berikut:
1) Kita perlu berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-sunnah iaitu iaitu menggunakan displin dan metodologi yang jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran Al-Quran perlu merujuk kepada mufassirin, manakala hurain hadith perlu merujuk kepada muhaddithin.
2) Umat Islam perlu menambah nilai iman dan takwa setiap masa bagi menghadapi apa jua bentuk cabaran yang mendatang.
3) Setiap individu sewajarnya menghindari diri daripada terlibat dengan ajaran salah @ sesat. Bahkan perlu menjadi mata dan telinga pemerintah dalam usaha menanganinya kerana tanggung jawap Agama adalah tanggungjawap setiap individu Muslim.
4) Kita perlu nerujuk pihak yang arif dalam bidang Agama islam bagi menentukan kesahihan sesuatu fahaman, amalan atau pegangan, pendapat individu bukanlah sesuatu yang muktamad. Bahkan tidak boleh dijadikan mekanisme pemutusan terhadap sesuatu ajaran.
5) Semua pihak perlu prihatin dengan isu fahaman atau ajaran yang menyeleweng dari landasan islam.
hal ini penting supa isu-isu yang berkaitan dapat ditangani dengan baik dan berhemah, demi kesucian Agama Islam, maruah bangsa dan keperluan negara.
Wallahua’lam….
BAHAYA PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL (RINGKAS)
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan ISLAM itu menjadi agama untuk kamu”.
( Surah al-Maidah Ayat 3 )
Sesungguhnya Allah S.W.T adalah Tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui lagi Maha Pencipta.
Islam adalah adalah salah satu daripada ciptaan-Nya. Sudah tentulah ianya lengkap dan sempurna kerana diciptakan melalui kekuasaan, pengetahuan dan kebijaksanaan-Nya. Oleh kerana itu, kita mestilah menerima islam sepenuhnya tanpa menambah atau membuang salah satu daripada ajarannya kerana perbuatan itu akan akan menjejaskan dan mencacatkan kesempurnaanya.
Malangnya, terdapat dikalangan umat islam bahkan kadangkala daripada golongan yang terpelajar yang tidak berpuas hati dengan islam. Golongan ini tidak henti-henti menyeru supaya Islam diberi tafsiran baru yang lebih menepati tuntutan semasa kononnya. Bagi mereka, Islam yang ada sekarang tidak sesuai dengan akal fikiran, zalim, menindas kaum wanita, ketinggalan zaman, menghalang kemajuan dan lain-lain tuduhan lagi. Dari itu, kita dapati hukum-hakam Islam seperti poligami, pembahagian harta warisan, aurat lelaki dan wanita, hudud, jihad, amar ma’ruf nahi mungkar dan lain-lain hukum sering menjadi mangsa tuduhan dan sasaran kritikan mereka.
ANTARA PENDEKATAN YANG DIGUNAPAKAI OLEH ISLAM LIBERAL IALAH :
1. Mengemukakan ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang saling bertentangan
2. Menghuraikan ajaran Islam dengan semudah-mudahnya tanpa terikat kepada al-Quran, Sunnah,Ijma’ Ulama’ dan Qias atau kaedah Bahasa Arab yang tepat.
3. Merendah-rendahkan peranan para ulama’ serta mempersalahkan mereka atas kemunduran umat islam.
4. Mencanagkan prinsip kebenaran bukan milik agama tertentu, tetapi terdapat dalam semua agama, kerana semua agama mengajak manusia kepada kebaikan.
Pendekatan Islam Liberal yang menyeru kepada pluralisme iaitu pemahaman semua agama itu sama adalah amat merbahaya kerana kita telah menafikan kesucian dan kebenaran agama islam. Berhati-hatilah wahai saudara sekalian terhadap golongan yang membicarakan agama dengan akal fikiran semata-mata. Jika sesuai dengan fikiran akan diterima, jika bertentangan akan ditolak. Apabila akal gagal memahami hikmah sesuatu hukum, sepatutnya akallah patut dituduh kerana kelemahannya, kecetikan ilmu dan kedangkalannya, bukan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana yang dituduh. Ini tidak bermakna Islam menolak akal fikiran secara mutlak, tetapi yang ditolak ialah penggunaan akal secara mutlak.
Sayyidina Ali pernah berkata :
“ Kalaulah Islam itu terletak seluruhnya pada akal fikiran semata-mata, nescaya menyapu bahagian bawah kasut khuf (hukum ketika berwudhuk bagi orang-orang yang bermusafir) itu lebih utama daripada menyapu bahagian atasnya”.
Disusun oleh: Ustaz Haji Mohd Zainudin Bin Haji Zakaria al-Hafiz
Bilakah Malam Lailatulqadar?
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.
Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.
Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.
Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku.
Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa.
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Posted by Alfadhil Ustaz Mohammad Bin Abdul Khadir Alqodahi Annadwi at Jumaat, Julai 20, 2012
Solat Sunat Rawatib Dan Kelebihannya
Sabda Rasulullah s.a.w :
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
Dostları ilə paylaş: |