Manifesto gerakan dakwah islam : melihat masa lalu, membina masa depan



Yüklə 189,55 Kb.
səhifə3/4
tarix18.01.2019
ölçüsü189,55 Kb.
#100514
1   2   3   4
mardhotillah ialah penekanan kepada epistemologi fawz dalam pengertian sebenar yakni kejayaan Akhirat48. Apalah makna kejayaan politik dan glamor duniawi dan kekuasaan, jika tidak diredhoi Allah kerana didapati dengan cara yang salah atau mempunyai niyat selain Allah atau apabila berkuasa, tidak melaksanakan nizom Islam tetapi melaksanakan nizom yang bercanggah dengan Islam. Ini tujuan dan matlamat tertinggi semua aktiviti yang nantinya akan bertemu dengan Wajah Allah Dzu ’l-Jalaali wa ’l-Ikraam.
MANIFESTO lain dalam usaha dakwah ialah pengawasan-muraqabah diri dan kumpulan, melalui mekanisme renungan ke dalam diri dan hisbah umum, dengan standard amar ma‘ruf- nahiyy munkar yang diIjma‘kan, dengan rapi dan ‘adil. Seperti yang disebut al-Qur’an, musuh-musuh dakwah terlalu banyak49, yang nampak mahu pun yang tidak nampak, yang maknawi mahu pun yang hakiki. Maka pengawasan-muraqabah dan hisbah dalam bentuk zohiriyyah dan juga ruhaniyyah, amat perlu dan berterusan. Setiap orang perlu diawasi, tidak kira apa status dan kedudukan dan peranannya dalam organisasi dan masyarakat, supaya usaha dakwah tidak kendala dan mendapat pertolongan Allah.
12.NERACA PENCAPAIAN DAKWAH
Pencapaian usaha menyampaikan dakwah terlaksana, apabila berjaya membina rijal-rijal dakwah dalam bab ‘Aqidah dan semua cabang Syari‘at. Dalam ‘Aqidah, berjaya bebas dari fahaman yang bertentangan dengan konsep ASWJ seperti antara lain fahaman Tasybih, Ta‘til, Irja‘, Tasy-yi‘, Kharijiyyah, dan I‘tizal atau di zaman kita ‘aqidah Demokrasi-Liberalisme –Pluralisme Agama. Dalam ‘Ibadah pula, berjaya berpegang kukuh kepada ajaran- ajaran Mazhab yang Empat dan tidak bertindak keluar dari ajaran mereka itu dengan mengikut fahaman bebas bermazhab50 atau ajaran Wahhabiyyah. Ada pun dalam bab Akhlaq pula, berjaya berpegang kepada ajaran akhlaq yang muktabar dalam subjek ini, seperti ajaran Imam al-Muhasibi, al-Ghazzaliy, Syaikh Dawud al-Fathoniyy, al-Falimbani dan dalam zaman kita seperti al-Nadvi, Sa‘id Hawwa, Nursi, al-Buthi dsb. Akhlaq bukan sekadar dibicara di atas kursi-kursi khas di pusat pengajian atau dalam wacana-wacana atau di atas lembaran kertas, akan tetapi ia dijadikan pakaian hidup, dilaksanakan dengan penuh cermat agar mencerminkan ajaran ‘Ulama’ akhlaq tersebut, kalau tidak, terjadilah seperti para Orientalis-Occidentalis Yahudi dan Kristian dan sesetengah orang Islam, meminati al-Ghazzali atau al-Rumi bahkan al-Ibn ‘Arabi dan menubuhkan persatuan untuk memberi promosi kepada fahaman dan ajaran mereka itu, akan tetapi dalam kehidupan mereka, tidak mencerminkan langsung ajaran al-Ghazzaliy atau al-Rumi51 dsbnya itu.Dari satu sisi lain, mereka tidak memiliki apa-apa pun adab kepada ‘Ulama’ akhlaq tersebut, bahkan kepada ‘ilmu yang diperkatakan itu, pada hal ‘Ulama’ akhlaq itu semua, menekankan kepada adab dalam makna beradab kepada adab52. Maka kod akhlaq Islam mestilah bebas dari menurut hawa nafsu dan khayalan syaitoniyy dan berlepas tangan dari mengikuti sistem akhlaq-moral golongan Kuffar. Sementara dalam kehidupan harian dan mu‘amalah serta dalam melaksanakan hukum Syari‘at, mereka menolak dan terhindar dari nilai yang dikehendaki dan ditetapkan oleh standard HAM tajaan Kuffar-PBB-Yahudi.
Semua kehidupan dalam pelbagai belahan kehidupan, mestilah berdasarkan konsep dan ajaran Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah53 , terutamanya terserlah dalam diri seseorang pendakwah itu. Kejayaan juga tercapai apabila rijal-rijal ini dapat berperanan membina di dalam organisasi-jama‘ah yang dibawah kawalan mereka, kehidupan dan budaya makruf, yang berteraskan ajaran Wahyu dan Sunnah dan perjalanan hidup Solihin. Kejayaan juga berhasil apabila dapat membina kualiti hikmah dengan ketajamatan ‘aqal dan mata hati yang dapat membezakan yang benar dari yang salah, yang baik dari yang buruk dan dapat memilih yang lebih baik dari yang terbaik. Ertinya berjaya melahirkan rijal yang mempunyai ‘ilmu yang mendalam lagi tahqiq; menjaga ‘ibadat dan kuat berjuang ; apabila berurusan dengan masyarakat dan ahwal duniawi, tetap tidak melupai Allah dan batas-batas Allah; kasih sayang yang tinggi kepada Allah dan Rasul mengatasi segala-galanya dan lemah lembut sesama Muslimin; berurusan, bersahabat, bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah; menjadi batu bata dalam membina Ummat dan menjadi matarantai dan rangkaian dalam menyebarkan dakwah yang selaras dengan Ijma‘ dengan sifat kental dan sobar; pembela Islam dan Ummat yang gigih dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
13.HAMBATAN /KEKANGAN
Terlalu banyak hambatan dalam usaha untuk menjayakan MANIFESTO ini. Antaranya ialah:
1.Kekurangan rijal ‘ilmu.Kurang mahir dalam epistemologi dan world-view Islam, terutama ‘ilmu teras, malah ada yang terpesong langsung dalam ‘Aqidah dan Syari ‘ah.Kurang menekuni teks-teks muktabar dari ‘Ulama’ besar, berpada dalam lingkungan,kurang usaha menambah dan ulangkaji.Kurang kemahiran dan kefahaman dalam memahami ‘ilmu dan kurang ketajaman berfikir. ‘Aqal perlu diasuh supaya benar-benar tajam dan dapat memahami ‘ilmu dalam epistemologinya.
2.Kekurangan pemimpin berwibawa.Kurang pemimpin yang benar-benar iltizam untuk mendaulatkan Islam dan prihatin mendalam kepada Ummat.(mengenangkan sabda Nabiyy sollallahu ‘alayhi wa sallam:Ummati, Ummati,Ummati,menjelang wafat).Kurang pemimpin yang serious berpikir dan pandai merancang untuk kejayaan dakwah dan politik,yang banyak ialah pemimpin rhetorik dan bermuka-muka.Kurang memiliki kualiti faylasuf mutadayyin yang benar-benar memiliki wawasan Qur’anik dan Sunnah serta quwwah.
3.Kekurangan rijal ruhaniyy sebenar.Memang ada aktiviti keruhaniyan tetapi pada taraf ‘adat-kebiasaan semata-mata seperti membaca beberapa wirid selepas solat atau dalam program tertentu.Kurang memahami epistemologi ruhaniyyah sebenar – keruhaniyan ialah penyucian hati yang sudah tentu bermula dengan wirid-wirid.Ruhaniyyah adalah nadi gerakan dakwah. Akibat dari fahaman aktivisme yang tebal, aktiviti ruhaniyyah, siddiqiyyah dan rabbaniyyah sebenar, tidak dapat berjalan secara teratur. Ada yang meminati hal-hal ruhaniyy, tetapi kefahaman ruhaniyy mereka, masih dibelenggu fahaman dan bersifat materialistik.
4.Kekeliruan fahaman mengenai doktrin, konsep dan epistemologi Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah dalam semua aspek. Bersekali dengannya ialah kekeliruan fahaman mengenai konsep fawz-kejayaan. Sesetengah pendakwah tidak mengambil peduli prihal epistemologi ASWJ ini, kerana menganut fahaman sesat ‘kembali kepada al-Qur’an’- perkataan betul tetapi maksudnya melencong. Pada hakikatnya, propagandis ini, buta al-Qur’an, kerana secara jelas, Sayyiduna ‘Abdullah ibn ‘Umar rodiyallahu ‘anhuma, ( secara marfu‘, Hadith riwayat Malik dan Daylamiyy ), dalam menafsirkan ayat 106, Surah Aaliy ‘Imraan, berkata : tabyaddu wujuuhunn sebagai al-Jama‘ah dan al-ladzina ’s-waddat wujuuhuhum sebagai Ahli al-Ahwa’. Sementara dalam lafaz Ibn Abiyy Haatim dan Allaalakaaiy dari Hadrat ‘Abdullah ibn ‘Abbas rodiyallahu ‘anhuma ialah Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan kumpulan yang satu lagi ialah Ahlu ’l bida‘ wa ’d-dolaalah. Mereka ini sesat. Jadi seruan ‘kembali kepada al-Qur’an’ sebenarnya, dalam perspektif al-Qur’an itu, ialah kembali kepada ajaran ASWJ. Abuw al-Muzoffar rh berkata, ASWJ adalah Ahlu’n-Najaah,yang berjaya dan mereka yang sesat itu, kerana tidak mengikut al-Kitab dan tidak juga al-Sunnah54. Dalam konteks sekarang, termasuk ke dalam kesesatan ialah kelompok berfahaman Liberalisme-Pluralisme Agama.
5.Hambatan lain ialah orang Islam yang dengki55, orang Munafiq56 yang berkhianat dalam lingkungan, kelompok Kafir yang memerangi57, syaiton yang menyesatkan58 dan rangsangan hawa nafsu59 yang dituruti.
14.PENYELESAIAN
Antara lain, penyelesaian kepada kemelut yang ada ialah:

  1. Mengenai kekurangan rijal ‘ilmu, ia boleh diselesaikan dengan memecah tembok kejahilan, membuang sikap malas dan segan mengaji dan ulangkaji. Bina sikap cinta ‘ilmu dan berusaha membina mahligai ‘ilmu kasbi-qalbiy, Fardhu ‘Ayn dan Fardhu Kifayah yang berfaedah seperti yang di ajar oleh ASWJ.Adakan program ‘kilat’ seperti dalam Usrah dan program khas, mengkhatamkan sesebuah kitab-buku. Dalam bab ‘Aqidah, disyorkan menekuni kitab-kitab Fiqh al-Akbar, karya Imam al-Syafi‘i ( w:201 H ). Ada dua terjemahan dalam Bahasa Melayu, salah satunya oleh Ust ‘Uthman El-Muhammady, yang akan diterbitkan oleh MUAFAKAT; Maqaalaat al-Islaamiyyiin ( ada terjemahan Bahasa Indonesia, tetapi kurang menarik ), karangan Abu al-Hasan al-Asy‘ariyy ( w:243 H ); al-Tamhiid, karya al-Baqillaniyy ( w:403 H ); al-Farqu Bayna al-Firaq ( terjemahan ke dalam Bahasa Melayu sudah siap dan insya Allah akan diterbitkan.) dan Usuul al-Diin oleh ‘Abdul Qahir al-Baghdadiyy ( w:429 H ).[ kelas mengaji kitab Usuul ad-Diin ini, sedang berjalan di bawah bimbingan Ust ‘Uthman El-Muhammady, anjuran MUAFAKAT, sebagai sambungan kepada kitab Fiqh al-Akbar yang telah selesai. Al-hamduli ’llah ] ; Tabsiir fi al-Diin, karya Abuw Muzaffar al-Isfaraayniyy ( w:471 H ); al-Milal wa al-Nihal, karya al-Syahrastaniyy ( w:548 H ). Al-Milal, ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Melayu, terbitan DBP; ‘Aqidah Islam oleh Hasan al-Banna; dan ‘Aqaaid, oleh Sa‘id Hawaa. Juga perlu di teliti kitab-kitab Sifat Dua Puluh60 yang banyak terdapat di pasaran dalam Bahasa Melayu huruf Jawi dan Rumi.Untuk memahami dan sekaligus menolak fahaman Muhammad ‘Abdul Wahhab ialah kertas kerja Wacana Najdiyyun anjuran MUAFAKAT. Untuk memahami dan sekaligus menolak ajaran Syi‘ah, lihat tulisan Sa‘id Hawwa, Nadvi, Nu‘mani dan juga buku Mazhab Imam Dua Belas, karya Shah ‘Abdul ‘Aziz Dihlawi.( Sayangnya terjemahan Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh DBP banyak kesalahan terjemahan ). Juga kertas kerja Seminar Syi‘ah anjuran IPTI. Untuk melihat kekufuran fahaman Khumayni, sila lihat buku tulisannya sendiri antara lain, al-Hukumah al-Islamiyyah, Kasyfu ’l-Asrar dan juga Wasiyatnya. Dan untuk memahami dan sekaligus menolak fahaman Liberalisme –Pluralisme Agama, tulisan yang baik dalam Bahasa Melayu ialah Tren Pluralisme Agama oleh Dr. Anis Malik dan kertas kerja Wacana Pluralisme Agama anjuran MUAFAKAT yang telah dibukukan bertajuk Pluralisme Agama Alat Iblis dan juga kertas kerja Dr.Ghazali Basri61. Untuk melihat perkara yang boleh membatalkan Kalimah Syahadah dan menjadi murtad na‘uzubillah, sila tela‘ah antara lain, buku-buku Sa‘id Hawwa dan kitab Tuhfah al-Raaghibiin, dalam Bahasa Melayu huruf Jawi, karya Syaikh Arsyad al-Banjari rh ( ada mengatakan karya Syaikh ‘Abdul Somad Falimbang rh) dll. Dalam Akhlaq, lihat huraian antara lain karya-karya al-Ghazzaliy rh, Hikam ‘Ataillah rh, terjemahan Tok Ku Pulau Manis dan Syarahnya oleh Sa‘id Hawaa dan Sa‘id Ramadhan al-Buthiy, juga ada terjemahan dalam Bahasa Melayu, Hikam Abi Madyan oleh Syaikh Dawud al-Fathoniyy, yang sudah puluhan tahun dipasaran, bersekali dengan huraian dan mudah diperolehi. Dan kini terdapat terjemahan Bahasa Melayu/Indonesia kitab-kitab al-Muhasibi-Risalah al-Mustarsyidin; Abu Tolib al-Makki-Qut al-Qulub; ‘Abdul Qadir al-Jailaniyy- Wasiat Dan Nasihat Keruhaniyyan; Kharraj- al-Luma‘, Qusyairi-Risalah, Ahmad al-Rifa‘i- Benteng Diri Ahli Hakikat dan banyak lagi. Jauhi fahaman keruhaniyan Perennial Philosophy dan Pure Metaphysics seperti yang diajar oleh Frithjof Schuon, Hossein Nasr dan pengikutnya. Ringkasnya, berusaha memahami teks-teks klasik dalam semua subjek dengan baik dan juga pemikiran semasa dengan merujuk kepada dan menjadikan teks tersebut sebagai neraca. Dalam hal Fiqh ‘ibadah dan hukum-hakam, berusaha memahami dan melaksanakannya dengan betul dan sah ‘ibadat tersebut dan benar dalam segala hukum-hakam dengan menekuni teks-teks muktabar dalam Fiqh Syafi‘i. Tulisan dalam Bahasa Melayu antara lain: Matla‘ al-Badrayn ( ada edisi huruf Rumi),Sabil al-Muhtadiyn,Kifayah al-Muhtadiyy,Muniyah al-Musolliy, Furu‘ al-Masaail, dan dalam Bahasa Melayu semasa huruf Rumi ialah terjemahan Fiqh al-Manhaji.(Terjemahan yang baik ialah terbitan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) dll. Jauhi sikap bermudah dalam beribadat dan menurut-nurut orang dan menolak otoriti Mazhab.Hendaklah berpegang teguh kepada salah satu dari Mazhab Empat.Dalam konteks Malaysia, bahkan seluruh ‘Alam Melayu, Mazhab Imam al-Syafi‘i hendaklah diamalkan, kecuali sahabat-sahabat kita yang asal berMazhab Hanafi.Dalam Tafsir menekuni Ibn Katir dll teks klasik. Dalam Hadith, syarah Imam al-Nawawi, Ibn Hajar dll antara yang wajar menjadi pegangan. Perlu juga menekuni ‘ilmu Usul al-Fiqh yang basik, yang banyak sekarang dihurai dalam Bahasa Melayu. Dalam doktrin dan konsep politik elok menekuni antara lain karya al-Maawardiyy, al-Ghazzaliyy dan lain-lain teori dalam doktrin wacana ASWJ.Tolak doktrin politik Syi‘ah dan Khawarij.

  2. Mengenai kekurangan rijal dalam kepimpinan, ia boleh diatasi melalui program pembinaan qiyadah yang khusus, serious, berdisiplin dan berterusan. Perlu menentukan standard tertentu dalam memilih pemimpin. Standard dan kriatiria ini mestilah dirujuk kepada dan yang dipersetujui dalam kehidupan Solihin dan berpandukan Ijma‘. Dalam sistem memilih pemimpin secara pilihan majoriti, kesulitan akan timbul kerana kualiti pemilih berbeza-beza dalam menilai standard pemimpin, maka individu yang tidak menepati kriatiria mungkin terpilih. Perkara ini tidak menjadi masalah dan boleh diatasi dengan merujuk kepada Dasar Perjuangan yang termaktub dalam Perlembagaan organisasi tersebut dan melalui proses pembinaan ‘ilmu dan tarbiyyah berterusan.

  3. Kekurangan rijal ruhaniyy dapat di atasi dengan menekuni kitab-kitab ruhaniyy yang muktabar, secara teratur, bermanhaj, berdisiplin dan merujuk kepada yang benar-benar ahli.‘Ilmu ini digarap melalui riyadah qalbiyah yang intensif melalui pelaksanaan ‘ibadah fardhu, terutamanya solat dan zikir-zikir yang lain. Senantiasa bermuhasabah (bersendirian dan juga oleh sahabat-sahabat),tafakkur,muraqabah,mu‘atabah dan mujahadah serta mengingati mati berdasarkan neraca al-Qur’an, al-Sunnah dan perjalanan hidup Solihin. Kitab yang baik untuk dirujuk antara lain: Hidayah al-Salikin dan Siyar al-Salikin oleh ‘Abdul Somad al-Falimbani; dan Ihya’ al-Ghazzaliyy; Mustakhlash-Induk Penyucian Diri, Manazil,karya Sa’id Hawwa dll. Hubaya dengan syaikh yang bukan dari ASWJ. Kitab-kitab ini boleh menjadi ‘Syaikh’ seperti kata Sa‘id Hawwa.

  4. Mengenai kekeliruan dalam memahami epistemolgi ASWJ boleh diselesai melalui wacana ‘ilmu seperti dalam nombor satu di atas. Untuk bantuan, perlu mengeratkan pergaulan dengan ahli ‘ilmu yang amanah dan solih dari kalangan ASWJ.

  5. Menghilangkan taksub dan pendewaan kepada kumpulan dan pemimpin dengan menela‘ah kisah-kisah Sahabah dan Solihin.Taksub negatif, menjadi hijab tebal dalam usaha mengislah diri dan memartabatkan kalimatu ’llahi hiya ’l-‘ulya. Bina ‘taksub’ dan ‘pendewaan’ kepada Solihin kerana suruhan Allah: wa alhiqna bi ’s-soolihiin dan kepada Islam! .

  6. Memahami secara benar epistemologi rahmatan li ’l ‘aalamiin seperti yang dihuraikan oleh ASWJ kerana rahmat dalam konsep inilah sahaja yang benar dan benar-benar dapat memberi kerahmatan yang mengandungi didalamnya keamanan, keselamatan, kesejahteraan, kedamaian, ketenangan dan keadilan kepada ‘alam dan semua pengghuninya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan, seperti yang disebut dalam al-Qur’an, berbanding dengan konsep Liberal itu. Perlu ada usaha sungguh-sungguh merealisasikannya dengan diawali oleh wacana dan tulisan.

  7. Berusaha memahami dan bermujahadah untuk merealisasikan makna dan huraian al-Qur’an dan al-Sunnah, bacaan-bacaan du‘a dan wirid-wirid yang dibaca, semuga ia benar-benar melekat pada diri, mesra di hati dan menjadi petunjuk dan neraca dalam membentuk sikap hidup dan tindakan. Sebagai contoh, Allah menerangkan perangai jahat orang Yahudi, tetapi masih ada yang menjadikannya teman sejati; dalam du‘a pula, memohon Allah menolong mengalahkan Kafirun tetapi dalam praktis hidup, membela Kafirun dan menjadikan ajaran mereka sebagai pakaian hidup; atau minta dimatikan sebagai Syuhada’ dan Solihin tetapi menolak doktrin Jihad dan memperleceh Solihin dsb.

  8. Mengenai orang Islam yang dengki kepada dakwah, serahkan sahaja kepada Allah. Mengenai kumpulan Munafiq dalam erti ia mengkhianat perjuangan Islam ASWJ, mereka perlu di peringatkan dan jika masih tidak berubah, tindakan perlu diambil hingga ke peringkat mengeluarkannya dari lingkungan. Mengenai ancaman Kuffar pula, al-Qur’an menyuruh kita bersiap siaga dengan persiapan jasmani dan ruhaniyy. Persiapan jasmani-material sekadar seadanya sahaja kerana selebihnya akan ‘dicukupkan’ oleh Allah seperti dalam peperangan-peperangan terdahulu yang direkodkan dalam al-Qur’an. Persiapan dan kekuatan ruhaniyy perlu ditekankan dengan sifat thubut, tawakkul, tidak gentar dan ingin syahid, kerana sifat ruhaniyy adalah tunjang.Mengenai hasutan syaiton dan pengaruh hawa nafsu pula, dapat dikekang melalui riyadhoh ruhaniyy seperti yang dihuraiankan pada nombor tiga ( 3 ) di atas.

15.PENUTUP


Dakwah ilallah adalah usaha mulia tetapi berat dan penuh ujian.Ia mesti bermula dari pembinaan diri supaya tidak terkena penyakit ata’muruuna ’n-naasa bi ’l-birriy wa tansawna anfusakum (al-Baqaroh:44), menyuruh orang berbuat baik tetapi melupai diri sendiri.Ia perlu dilaksanakan atas dasar marhamah sebagai perawat penyakit, pembenteras ancaman dan pemelihara Ummah.MANIFESTO yang digagaskan ini, akan berjaya dilaksanakan - dengan rahmat Allah - melalui keikhlasan sikap dan kemurnian niyat serta keteguhan ‘azam, melalui penyusunan dan pemikiran strategik, mengikut uslub-kaedah Salaf62 berserta dengan muhasabah mendalam. Pendakwah mesti menanamkan keyakinan bahawa usaha Gerakan Dakwah adalah gerakan paling utama dan teramat penting dalam masyarakat dan merupakan first force, mengatasi gerakan politik, kerana ia menjunjung Titah Allah dan menyambung Risalah Rasul-Nya dalam rangka memelihara al-Diin dari diseleweng dan menjaga ‘izzah-kemuliaan-ketinggian Ummah hingga ke juzuk-juzuk paling seni dalam diri yang insya Allah akan dapat menghasilkan hasanah fi ’d-dunya wa ’l- aakhirah yang tidak dapat dijayakan oleh gerakan politik per se.

Disamping itu, pembinaan jaringan di luar lingkungan sendiri perlu diperhebat dan diperkukuh dengan ba’sun syadiid tenaga raksasa untuk jangka pendek dan jangka panjang demi rahmatan li ’l ‘aalamiin.



Wa ridhwaanunn minallaahi akbar . Dzaalika huwa ’l-fawzu ’l-‘aziim.

wamaa tawfiiqi illa billah

Isnin,20 Dzul Qa’dah 1432 bersamaan 17 Oktober 2011.





1 Beliau ialah salah seorang pengasas ABIM, IPTI (Institut Pemikiran Tradisional Islam ) dan MUAFAKAT. Kini beliau adalah Presiden IPTI dan Jawatankuasa Pimpinan Pusat MUAFAKAT. ABIM ditubuhkan pada tahun 1972, sementara IPTI pada tahun 1989 dan MUAFAKAT pada tahun 2005.

2 Golongan malas berfikir, berpada apa yang ada dan tiada wawasan.Mereka menghujjah, tidak perlu muhasabah kerana bersifat nostalgik. Muhasabah bukan nostalgik tetapi usaha yang disuruh Syara‘ seperti motto di atas: Iqra’ kitaabaka kafa binafsika ’l-yawma ‘alayka hasiiba dan ungkapan masyhur yang dinisbah kepada Sayyidina ‘Umar al-Khattab r‘a : Haasibu qabla an tuhaasabuu terj : hisab/hitunglah sebelum anda dihisabkan.Bahkan dalam bisnes pun syarikat sentiasa bermuhasabah/audit . Nostalgia bermakna melihat masa lalu seadanya tanpa keinginan menilai.Tetapi muhasabah, untuk menilai pencapaian, supaya sentiasa selaras dengan Syari‘at, kerana dalam perjalanan dakwah, dibimbangi ada perkara-perkara yang menyimpang dari Syari‘at secara tidak sengaja atau tidak disedari.


32.Banyak orang mendakwa, kumpulan merekalah Jama‘ah Islamiyyah. Definisi jama‘ah oleh Ibnu Mas‘ud r ‘a ialah: al-jamaa‘atu ma waafaqa al-haqq wa in kunta wahdak, terjemahannya: Jama‘ah ialah apa yang bertepatan dengan kebenaran, meski pun anda keseorangan. Lihat, Sa‘id Hawwa, al-Islam. Dalam al-Madkhal pula, terdapat sedikit kelainan ungkapan, berbunyi: al-jamaa‘atu an takuuna ‘ala al-haq walaw kunta wahdak.Kedua-dua ungkapan ini mempunyai maksud yang sama. Definisi paling jelas ialah dari Hadith Nabiyy s‘aw, bahawa makna jama‘ah dinisbahkan kepada Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. Antara Hadithnya berbunyi: Akan berpecah umat saya kepada tujuh puluh tiga firqah, yang berjaya ( selamat ) darinya, hanya satu sahaja dan yang lain akan binasa. Kata mereka ( Sahabah ): siapakah yang berjaya? Sabda Nabiyy s‘aw: Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Dan berkata mereka ( Sahabah ): dan apakah Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah?. Sabda Nabiyy s‘aw: apa yang saya dan Sahabat saya berada dalamnya pada hari ini.HR Abu Dawud,Ibnu Maajah dan Ahmad.( Dalam riwayat yang lain, tidak ada perkataan hari ini ). Dari pengertian Hadith ini, maka, kumpulan yang bercanggah dengan ‘Aqidah dan Syari‘at dalam epistemologi ASWJ, tidak dapat dikategorikan sebagai Jama‘ah Islam seperti kumpulan yang mengkafirkan Sahabat Nabiy; yang menghina Nabiy seperti berkata dia seperti Mamat budak kampung; mentajsimkan Allah, menyokong fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama dll.

4 Mustahil seseorang itu boleh menjadi Muslim yang sejati atau Muslim yang soleh, jika hanya setakat mengucapkan Dua Kalimah Syahadah, mengerjakan Solat, mengeluarkan zakat dan mengerjakan Haji, sedangkan di dalam cara berfikir dan budaya hidupnya, tidak tunduk kepada ajaran Islam yang sebenar lagi syumul: mithalnya dibidang politik ia seorang democrat tulin atau seorang sekularis…..orang seperti ini adalah orang yang beriman dengan sebahagian dari al-Kitab dan kufur terhadap sebahagian yang lain…..Lihat kertas Penulis: Kekuatan Ruhaniyyah Dalam Kegiatan Dakwah Islamiyyah yang dibentangkan dalam Usrah MUAFAKAT.

5 fain yakun min(gk)kum mi-atun soobiratun ya‘libuu mi-atayn.Terj: dan jika ada diantara kamu seratus orang (Mukmin) yang sobar,niscaya dapat mengalahkan dua ratus orang (musuh). Surah al-Anfaal: 66. Nisbah 1: 2.

6 walaw anna ahla ’l-quroo aamanuu wa ’t-taqaw lafatahna ‘alayhim barakaati ’m-mina ’s-samaa-i wa ’l-ardhi...Terj: dan jika sesungguhnya penduduk sesuatu qaryah (negeri) beriman dan bertaqwa nescaya Kami (Allah) akan membuka kepada mereka itu barakah dari langit dan bumi.Surah al-A‘raaf: 96.

7 Banyak orang Islam keliru dengan mengatakan Ijma‘ hanya berlaku dalam wilayah Fiqh sahaja, walhal dalam ‘Aqidah pun berlaku juga Ijma‘ seperti Ijma‘ menghukum kafir sesiapa yang mengkafirkan Sahabah rodiya’llahu ‘anhum ajma‘iyn, Ijma‘ dalam membina konsep dan faham ‘ilmu dalam doktrin Sifat Dua Puluh dll.Banyak juga orang beri‘tiqod, bahawa yang tertulis dalam senarai Rukun Iman secara tekstual-literal sahaja yang bersifat ‘Aqidah, selainnya tidak, seperti antara lain i‘tiqad kelompok Liberalis-Pluralis.

8

Yüklə 189,55 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin