Manifesto gerakan dakwah islam : melihat masa lalu, membina masa depan


Turiiduna ‘arodhu ’d-dunya wa’llahu yuriidu ’l-aakhirah



Yüklə 189,55 Kb.
səhifə4/4
tarix18.01.2019
ölçüsü189,55 Kb.
#100514
1   2   3   4
Turiiduna ‘arodhu ’d-dunya wa’llahu yuriidu ’l-aakhirah. Surah al-Anfaal:67.

9 Sesungguhnya telah datang kepada anda seorang Rasul dari kalangan anda,berat terasa olehnya penderitaan anda, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagi anda,amat belas kasihan lagi penyayang kepada orang-orang Mukmin.Al-Tawbah:128.

10 Pelik,ada Liberalis mengaku sebagai Islam beriman yang baik tetapi menolak doktrin jihad ma‘rakah. Lihat Buddhi Munawar Rachman, Reorientasi dan ucapan Anwar Ibrahim di LSE dan kertas tulisannya bertajuk: Civilizational Dialogue yang disampaikan dalam program International Meeting For Peace, di Munich, pada 11 September 2011. Anwar berkata: Jihad is spiritual cleansing…Memang benar salah satu dimensi jihad ialah membersih hati dan diantara sifat kebersihan hati ialah menerima segala yang terkandung di dalam al-Qur’an termasuk jihad serta memasang niyat menolak maksiyat.Bukan kah maksiyat namanya, apabila menolak jihad yang bertujuan membasmi fitnah yang ditimpakan oleh musuh Islam untuk menghalang tertegaknya diinu’I-Islam.Ini adalah maksiyat. Satu lagi aspek yang perlu diperhatikan dalam konteks spiritual cleansing ialah seperti Hadith riwayat Abuw Dawud, berbunyi:….orang yang tidak menyaksikan ( melakukan perbuatan dosa- P ) lantas meredhoinya adalah seperti orang menyaksikannya (melakukannya - P), apa lagi jika menganjurkan program maksiyat dikhalayak seperti program kebudayaan yang melibatkan wanita yang bukan mahram. Di paragraf seterusnya beliau berkata:…when the jihadis quote ....verse to justify their violence in the cause of Islam we have to tell them that…..jihad can never be used to justify mayhem and murder.Jika para Mujahidin itu memang benar-benar memiliki kualiti dan syarat seperti dalam Syari‘at, dan terjadi pertumpahan darah dan membunuh dan terbunuh, mereka bukanlah pembunuh dan jika terbunuh, hakikatnya mereka hidup dan akan mendapat nikmat di sisi Tuhan mereka. Dalam Islam memang ada dua dimensi jihad iaitu jihad di medan perang melawan Kuffar yang menentang Islam dan Muslimin dan jihad melawan hawa nafsu yang jahat. Dengan menafikan adanya doktrin jihad di medan perang, bererti jiwa belum bersih dan hawa nafsu syaitoniyy masih menguasai hati dan ruh seseorang itu. Banyak ayat al-Qur’an menerangkan prihal jihad-perang suci dan keutamaannya di sisi Allah.

11 Di petik dari al-Ahkam al-Sultaniyyah karya al-Maawardiy ( w:450 H ), Bab Pertama, dengan penyesuaian frasa. Al-Ahkam al-Sultaniyyah adalah sebuah rujukan penting dalam teori politik Islam. Walau pun al-Maawardiyy rh bercakap mengenai tugas Khalifah-Imam tetapi ia juga boleh diqiyaskan kepada kepimpinan kumpulan yang berdakwah. Buku ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu bertajuk al-Ahkam al-Sultaniyyah, terbitan Institut Pengajian Tradisional Islam, KL, 1993. Al-Maawardiyy rh adalah seorang Faqih besar Mazhab Syafi‘i dengan kitabnya al-Haawiy al-Kabiir, 20 jilid. Dia juga ada menulis Tafsir bertajuk Nukat wa al-‘Uyuun dan beberapa kitab berkaitan pemerintahan dan siyasah serta berbagai-bagai subjek lain. Perhatikan perkataan Imam al-Maawardiyy rh, bahawa peranan pemimpin Islam ialah menonjolkan Islam mengatasi agama-agama lain tetapi kelompok Liberal-Perennialis dewasa ini, menyamakan diinu’l- Islam dengan semua agama hatta agama Paganisme!.

12 Laa tazaalu thooifatun min ummati zoohiriina ‘ala ’l- haqq ilaa yawmi ’l-qiyaamah. Terjemahan: akan senantiasa ada toifah/kumpulan dari Umat saya jelas di atas ( juga memperjuangkan – P ) kebenaran hingga Hari Qiyamat. HR al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Maajah. Semuga kita termasuk ke dalam thoifah ini dan memperjuangkannya dengan gigih dan istiqomah. Aamiin!.

13 Lihat al-Baghdadiyy, al-Farqu bayna al-Firaq.

14 Al-Maawardiyy, Al-Ahkam.

15 Ashaabiy kannujuum biayyihim iqtadaytum ihtadaytum=Sahabat-sahabat saya bagaikan bintang-bintang, dengan sesiapa pun daripada mereka itu yang anda ikut, anda ( akan berada ) di dalam hidayah.HR al-Bayhaqiy dan al-Daylamiy. Disebut juga oleh al-Syafi‘i rh dalam Fiqh Akbarnya. Ajaran ‘aqidah Syi‘ah Imam Dua Belas, mengkafirkan semua para Sahabat yang mulia ini – Allah meredai mereka semua - kecuali beberapa orang sahaja seperti ‘Ali, Abu Zar, Miqdad, Salman dan beberapa yang lain.

16 Al-Tawbah: 92.

17 Lihat bukunya Mustakhlash, Muzakkiraat Fi Manaazil al-Siddiiqiin wa al-Rabbaaniyyiin.Terjemahan Bahasa Indonesia bertajuk Syarah al-Hikam, Mencapai Maqam Shiddiqun Dan Rabbaniyyun. Edisi Malaysia diterbitkan oleh Pustaka Dini.

18 Perhatikan ayat ini:tilka ’l-ayyamu nudawiluha bayna ’n-nas; in tansurullah yansurukum; inn ’allaha ma‘al-muttaqiin dan Hadith: Barangsiapa mengatakan bahawa kaum Muslimin telah binasa, maka ia lebih binasa lagi.HR Muslim, Malik, Ahmad dan Abuw Dawud. Nass-nass ini semua sebagai petunjuk kepada Ummat Islam untuk memperjuang dan mendaulatkan Islam di muka bumi ini dan sekaligus menghilangkan fitnah. Lihat juga Nadvi, Maza Khatiru al-‘Alam.

19 Dari segi sejarah, bangsa-bangsa Eropah pernah menikmati rahmat dibawah pemerintahan Islam seperti masyarakat Semenanjung Iberia hingga mencecah Paris, Itali Utara seperti Pisa dan Genoa dan Laut Meditteranean seperti Corsica dan Sardinia, Switzerland membawa ke pinggir Vienna. Di Asia pula, seluruh Asia Tengah hingga seluruh Caucasia, hingga ke pinggir Moskow, yang pada hari ini, masih tertegaknya republik otonomi Tatarstan yang 100% penduduknya Islam, sampai ke Turkistan Timur yang ditukar nama kepada Xinjiang, yang kini dijajah China Komunis.

20 Lihat huraian terperinci dalam kitab Fiqh dan buku-buku berkenaan Jihad.

21 Golongan Munafiqun pernah menyindir Nabiyy s‘aw ketika Peperangan Tabuk, dengan berkata: Lelaki ini (Nabiyy yang mulia s‘aw) ingin menakluk istana-istana Syam dan kota-kotanya, alangkah jauhnya. Demikian juga pendirian kelompok Liberal, sinikal kepada usaha memartabatkan Islam syumul dewasa ini.

22 Kelompok Liberal hilang keyakinan kepada kemampuan Islam mentadbir dunia. Mereka percaya 100%, sistem domokrasi Barat paling baik mengurus dunia, bukan sahaja dalam politik, bahkan dalam urusan agama Islam juga. Lihat Budhy Munawar- Rachman, Reorientasi. Beliau puji melangit sistem demokrasi Amerika, pada hal demokrasi Baratlah yang menjahanamkan manusia dan nilai-nilai kemanusiaan di dunia ini dengan kuasa veto dalam semua lapangan hidup, bukan sahaja dalam percaturan politik. Ucapan-ucapan Anwar Ibrahim, terutama di luar negeri dan buku-buku terbitan MEGC-IKD juga mendewakan demokrasi dan hukum-hukum Barat.

23 Tulisan khusus dan baik dalam perkara ini antaranya al-Mutasaaqituun oleh Ustaz Musthofa Masyhur rh dan Qawaarib al-Najaah oleh Ustaz Dr.Fathi Yakan rh. Kedua-dua buku ini ada terjemahan Bahasa Melayu.

24 Zaman kita ini dapat menyaksikan peribadi seperti Ahmad Deedat yang berdebat dengan khalayak Kristian tanpa sedikit pun bersikap apologetik apalagi munafiq berbanding dengan golongan Islam Liberal dan Plural yang larut dalam fahaman Kuffar tersebut.

25 BerkaitanTawhid dan Akhirah seperti ternyata dalam Surah Makkiyah. Ini adalah Fardhu ‘Ayn.

26 ‘Ilmu Fardhu ‘Ayn dalam bab ‘Aqidah ialah menjadikan ‘Aqidahnya sohih, tidak murtad dan tidak menjadi syirik; dalam bab ‘Ibadah pula, menjadikan ‘ibadahnya sah dan tidak terbatal dan dalam bab hukum-hakam pula, dapat membezakan halal dan haram; dan dalam Akhlaq, dapat membersihkan hati dan membebaskannya dari sifat mazmumah dan memiliki sifat mahmudah. Ramai aktivis dakwah beranggapan mereka sudah selesai dari segi ‘ilmu Fardhu ‘Ayn, walhal, apabila datang fitnah Syi‘ah Khumayni, mereka menjadi orang pertama menyokong dan membela serta membenarkan ‘aqidah Syi‘ah itu dan dalam akhlaq pula menerima hukum moral Barat dsb.

27 Para pendakwah Islam perlu memiliki segala macam ‘ilmu yang boleh mendepani musuh-musuh dakwahnya. Ia perlu menilik kepada keperluan semasa seperti Abu al-Hasan al-Asy‘ariy menekuni ajaran sesat dan menolaknya seperti yang termuat dalam Maqaalaatnya.Pendakwah perlu memahami konsep dakwah yang diluar kumpulannya dan juga pemikiran pemimpin mereka itu.

28 Inna haadza ’l-‘ilma diinun fanzuruu ‘amman ta’khuzuuna diinakum.Terjemahan: sesungguhnya ‘ilmu ini adalah agama, maka lihatlah ( berhati-hatilah) dari siapa anda mengambi Agama anda (yakni ‘ilmu ini). Terdapat di dalam Sohih Muslim melalui matarantai Imam Muhammad Ibn Sirin rh ( w:110 H).

29 Orang yang merasa manisnya iman adalah orang yang redho Allah sebagai Tuhannya, dan Islam sebagai Agamanya dan Muhammad s‘aw sebagai Rasul-Nya. HR Imam Muslim, Ahmad dan Tirmizi.

30 Lihat Wasiyat-nya.

31 Khumayni, Kasyf al-Asrar, ms 137,176. Lihat juga al-Hukumah al-Islamiyyah. Buku ini penuh dengan kekufuran, takhayyul dan khurafat. Diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. Edisi Bahasa Melayu diterbitkan oleh ABIM.

32 Kasyf Al-Asrar, ms 30 dan 31. ‘Ulama’ memberi fatwa, sesiapa yang merendah-rendahkan Abu Bakar r‘a dan ‘Umar r‘a, wajib dibunuh! Apa lagi jika mengkafirkan mereka berdua.

33 Lihat kitab-kitab ‘Aqidah dan Mustholah Hadith.

34 Lihat Wasiyat Khumayni.

35 Lihat Manzoor Nu‘mani, Khomeini, Revolusi Iran dan ‘Aqidah Syi‘ah; Abu Hasan al-Nadvi, Syi‘ah; dan Shah ‘Abdul ‘Aziz al-Dihlawiy, Mukhtasor al-Tuhfah al-Ithna Asy‘ariyyah. Semua buku ini mengupas doktrin ‘aqidah Imam Dua Belas anutan Khumayni dan ada terjemahan dalam Bahasa Melayu. Sayangnya terjemahan Tuhfah terbitan DBP, terlalu banyak kesalahan terjemahan berbanding teks. Satu lagi buku mengenai ajaran Syi‘ah ialah karangan Ustaz Muhd ‘Asri Yusuf, Syi‘ah Rafidah. Buku ini amat baik kerana menghuraikan bukan sahaja doktrin Syi‘ah tetapi juga memuatkan fatwa dari ‘Ulama’ ‘Aqidah Ahli Sunnah sepanjang zaman mengenainya. Penulisnya mahir berbahasa ‘Arab, Urdu dan Parsi.Ini adalah karya asli dalam Bahasa Melayu yang terbaik.

36 Muhammad ‘Abdul Wahhab berkata Nabiyy Adam ‘as syirik dalam keta‘atan kerana mengikut arahan dan kemahuan Iblis; masyarakat ‘awam Muslimin umumnya kafir-syirik kerana dianggapnya menyembah kubur wali-wali; Kerajaan ‘Uthmaniyyah bukan Islam dsb. Lihat kertas kerja Muhammad ‘Uthman El-Muhammady; Ajaran ‘Aqidah Wahhabiyyah. Kertas ini dibentangkan dalam Wacana Pemikiran Dan Pembinaan Ummah 1 yang bertemakan Gerakan Tajdid Dan Pemikiran Najdiyyun, pada 24 Januari 2010, anjuran MUAFAKAT.

37 Seperti ajaran Tariqah Maryamiyyah atau Transcendentalism-Sophia Perennialism. Artikel yang baik dalam memahami fahaman ini, sila lihat, ‘TheTranscendent Unity Of Religions’ oleh Ustaz ‘Uthman El-Muhammady, yang dibentangkan dalam perbincangan Muzakarah Pakar bertajuk: Pendirian Kaum Muslimin Terhadap Pluralisme Agama, pada 28 Julai 2011H/26 Sya‘ban 1432 H, anjuran IKIM.

38 Ketika Ghaddafi menggulingkan Mulla atau Raja Idris, seorang pemerintah yang soleh, aktivis dakwah menyokongnya. Ketika Khumayni menjatuhkan regim Pahlavi pro Amerika itu, ramai NGO Islam terpesona dan menghantar rombongan demi rombongan melawat Syi‘ah Iran dan mengadap Khumayni. Mereka juga menjadi agen menyebarkan fahaman Syi‘ah dengan menyebarkan buku-buku ‘aqidah dan doktrin politik Syi‘ah bahkan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Ada sebahagiannya pula, menghantar anak-anak mereka ke Iran terutaman Qum mempelajari Agama Syi‘ah secara tertib dan kembali ke Malaysia mengajar dan menyebarkan Agama Syi‘ah di tengah-tengah masyarakat Islam Sunni. Pendirian semacam ini mencerminkan betapa fahaman ‘ilmu dan ‘Aqidah mereka itu tidak mantap dan membahayakan.

39 Budhi Munawar-Rachman, Reorientasi Pemikiran Islam.Mereka juga serious menentang usaha menghidupkan semula Piagam Jakarta yang beraroma Islam di Indonesia.

40 Islam Dan Dasar Pemerintahan terjemahan dari buku al-Islam wa Usul al-Hukm; IKD-KAF 2004. Buku ini menolak wujudnya pelaksanaan Syari‘at Islam dalam pemerintahan negara. Dengan pegangannya itu, beliau telah dikafirkan oleh ‘Ulama’ al-Azhar. IKD juga menerbitkan buku Hukum Barat Pun Islam, yang antara lain kandungan isinya ialah menolak kesaksian empat orang saski dalam kes zina dan menerima bukti-bukti moden dan saintifik. Islam & Interfaith Marriage,MEGC-KAF 2006, yang mengharuskan orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam. Buku ini ada juga dalam edisi Bahasa Melayu. Hampir semua buku-buku terbitan IKD-MEGC disponsor oleh KAF-KAS yang menjurus kepada fahaman Liberalisme-Pluralisme dan menolak pelaksanaan Syari‘at Islam pada paras individu dan negara. Aktivis dakwah perlu membaca buku-buku terbitan JIL dan IKD untuk menilai tahap kekufuran mereka.

41 Hadith do‘if dalam Sunan al-Darimi. Kata ‘Ulama’, walau pun do‘if dari segi sanad, tetapi sohih dan hasan dari segi makna.

42 Lihat kertas perbincangan Usrah MUAFAKAT bertajuk: ‘Aqal Integrasi, dibentangkan pada 06 April 2010.

43 Lihat kertas perbincangan Usrah MUAFAKAT bertajuk: al-Isyraaq, pada 07 Jun 2011.

44 Untuk mendapat huraian terperinci lihat bukunya: Tarbiyatuna Ruhiyyah, al-Mustakhlash dan Muzakkiraat fi Manaazil Siddiiqiin wa Rabbaniyyin. Semuanya sudah diterjemah ke Bahasa Melayu/Indonesia.

45 Ustaz ‘Uthman El-Muhammady adalah bekas aktivis PMIUM semasa menuntut di Universiti Malaya dan juga aktivis al-Rahmaniah, sebuah organisasi dakwah yang awal, pada pertengahan tahun 60an. Dalam Akhlaq, beliau menganut fahaman, falsafah dan konsep akhlaq dan keruhaniyyan Imam al-Ghazzaliy, al-Qusyairiy, ‘Ataillah, Abuw Madyan, Dawud al-Fathoniyy dan yang sealiran dengannya, bahkan dalam cara hidup.Kini beliau sedang mengajar kitab Bimbingan Mukminin intisari Ihya’ dan al-Risalah al-Qusyairiyyah. Pada tahun-tahun 80an,beliau mengajar Hikam Abi Madyan, terjemahan Dawud al-Fathoniyy di KL. Dalam ‘Aqidah beliau adalah pilar ASWJ Nusantara. Suara vokalnya, sejak tahun 60an, memperjuangkan supaya konsep, ajaran dan epistemologi ASWJ dipelihara dan dibudayakan dalam pemikiran dan aktiviti hidup.Beliau pernah mengajar kitab Sifat Dua Puluh diKL dan telah selesai mengajar kitab Maqaalaat Islaamiyyin karya Imam Abu Hasan al-Asy‘ari. Beliau telah menterjemah dan selesai mengajar kitab ‘Fiqh al-Akbar karya Imam al-Syafi‘i.Kini beliau memulakan kitab ‘Usuulu ’d-Diin’ karya ‘Abdul Qahir al-Baghdadiyy. Beliau mahir mengenai pemikiran dan falsafah Greaco-Alexandario,moden dan pasca modernisme dan lantang menentang fahaman dan pemikiran ini. Sayang, tulisan beliau tidak dibukukan!.

46 Al-Qur’an, Surah al-Anfaal: 42. Terjemahannya: agar orang yang binasa itu binasanya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata ( pula ). Ayat ini menurut Mufassir, agar orang Kafir tidak mempunyai alasan lagi untuk terus berada dalam kekufuran.

47yabtaghuuna fadhlan mina ’llahi wa ridhwaana: al-Fath:29. Juga al-Maidah:2; al-Hasyr:8.

48 Banyak ayat-ayat Al-Qur’an menerangkanya.

49 Lihat huraian Fathi Yakan dalam Qawaarib al-Najaah; Mustafa Masyhur, Mutasaaqituun dan tulisan-tulisan Sa‘id Hawwa.

50 Lihat tulisan Dr. Sa‘id Ramadhon al-Buti, Alla Mazhabiyyah. Ada terjemahan Bahasa Indonesia; Syaikh ‘Abdul Qadir al-Mandiiliyy, al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab. Dll.

51 Ada kisah melucukan, Anwar Ibrahim,seorang Liberalis-Pluralis Melayu, memetik bayt-bayt yang dikatakannya dari al-Rumi, padahal dikutip dari tulisan John Hick, seorang tokoh Pluralis Agama, untuk memberi justifikasi kepada fahaman Pluralisme Agamanya.Dalam teks asal Mathnavi gubahan al-Rumi rh itu, tidak ada pun bayt-bayt tersebut!. Lihat terjemahan Mathnavi oleh Prof. Dr. Ajmal dari ISTAC. Rupanya, kelompok Liberalis-Pluralis ini berimam, beriman dan bertaqlid penuh yakin kepada Kuffar!. Na‘uzubi ’llah.

52 Dalam bahasa semasa, lihat tulisan Sa‘id Hawwa seperti al-Mustakhlash, Manazil dll terutamnya dalam bab adab dalam berilmu. Elok juga dilihat dalam Ihya’, al-Ghazzali; Adab al-Dunya wa al-Diin oleh al-Maawardiyy dll, dan juga kitab-kitab Kuning-Jawi, yang boleh dirumuskan bahawa, beradab kepada ‘ilmu ialah menghayati ‘ilmu tersebut dengan merealisasikannya dalam kehidupan Syari‘at zohir terutamanya, bukan sekadar permainan lidah dan khayalan otak.

53 Syaikh Sa‘id Hawwa rh sangat-sangat menekankan prihal doktrin dan konsep Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah-ASWJ dalam jama‘ah Islam. Justeru beliau menulis banyak buku yang bertunjangkan ajaran ASWJ. Tulisan beliau antara lain ialah: al-Asas fi al-Tafsir, 11 jil; al-Asas fi al-Sunnah yang merangkumi ‘Aqaid, Sirah dan ‘Ibadah, 14 jilid; Allah; al-Rasul; al-Islam; Jundullah; al-Mustakhlash; Muzakkirat fi Manaazil al-Siddiqiin; Fusul fi al-Imrah wa al-Amiir dan banyak lagi. Dalam ‘Aqidah, beliau amat gusar kerana dalam Ikhwan, pada pandanganya, sudah ada kelip-kelip fahaman Muhammad ‘Abdul Wahhab dan kecenderungan menolak ajaran Tasawwur, yang menurut beliau sudah lari dari ajaran pengasasnya, Syaikh Hassan al-Banna rh. Syaikh Hassan al-Banna ada mengarang kitab mengenai

‘Aqidah yang diterbitkan dalam berbagai tajuk antaranya bertajuk:‘Aqidah Islam - terjemahan Bahasa Melayu/Indonesia, diterbitkan oleh Pustaka Damai, Kuala Terengganu, 1985 M, dan Risalah al-‘Aqa’id yang termuat dalam Majmu‘ah Rasailnya.Dalam tulisan ini beliau menghuraikan Sifat Tiga Belas dari konsep Sifat Dua Puluh dan menolak keras kumpulan ‘aqidah yang berfahaman tajsim yang mengambil zohir teks. Katanya: Mereka menyatakan Allah mempunyai wajah seperti wajah makhluk, tangan atau beberapa tangan seperti tangan-tangan mereka dan ketawa seperti ketawa mereka dan seterusnya……mereka tidak mewakili Islam sedikit pun…. Ternyata Hassan al-Banna rh menganut ‘aqidah seperti yang dikodifikasikan oleh Imam Abu Hasan al-Ash‘ariy dan Imam Abu Mansur al-Maturidiyy rahimahumullah dan menolak keras ‘aqidah tajsim seperti fahaman ‘aqidah Muhammad ‘Abdul Wahhab atau Wahhabiyy dengan doktrin ‘Aqidah Tiga Serangkai: Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa ’s-Sifat itu. Beliau juga berpegang kepada falsafah dan doktrin akhlaq ‘Ulama’ Tasawwuf yang muktabar lagi tinggi, sehingga mengajar kitab Hikam ‘Ataillah di markaz Ikhwan ( Syaikh Sa‘id Hawwa ada mensyarahkan kitab ini bernama Muzakkirat fi Manaazil al-Siddiqiin). Sa‘id Hawwa rh memiliki hikmah dan himmah yang tinggi dan berbeza pendirian sedikit dengan sesetengah ideolog Ikhwan antara lain seperti al-Syahid Marwan Haddad, yang berpendirian keras dalam dakwah Ikhwan. Marwan syahid dalam penjara Hafiz al-Asad, akibat siksaan, pada tahun 1976 M, sementara Sa‘id Hawwa pula menjadi persona non grata di zaman Asad dan meninggal di Jordan pada tahun 1989 M, rahimahumullallah.



54 Abu al-Muzoffar al-Isfaraainiyy rh ( w:471 H ), al-Tabsiir fi al-Diin, 1359 H/1940 M; ms115-116. Diedit oleh Muhammad Zahid al-Kawthariy rh.

55 Penyakit umat sebelum anda telah menular kepada anda iaitu hasad……ia mengikis Agama. HR al-Bayhaqiyy.

56 Tanda munafiq ada tiga: Jika berkata ia dusta, jika berjanji ia mungkir, apabila mengikat janji setia ia khianat. HR Bukhariy dan Muslim. Berbagai lafaz dalam riwayat Ahmad dan Abuw Ya‘la.

57 Mereka mahu memadamkan Nur Allah, Surah al-Soff:8. Allah bertanya:..atakhsyawnahum=adakah anda takut kepada mereka (Kafir). Surah al-Tawbah:13.

58 …aku ( Iblis ) akan menyesatkan mereka ( Anak Adam ). Surah al-Hijr: 36.

59nafsu sering menyuruh yang buruk. Surah Yusuf:53.

60 Banyak aktivis dakwah Islam yang sinikal bahkan menolak pendekatan Sifat Dua Puluh dalam memahami ‘Aqidah Islam. Barang diingat, pendekatan Sifat Dua Puluh ini telah pun dilakukan oleh Imam al-Syafi‘i rh melalui Fiqh Akbarnya bahkan Hasan al-Banna rh pun sama, melalui kitab ‘Aqidah Islamnya dan yang menariknya, mujahid Solahuddin al-Ayyubi rh, pembebas Palastin, bermazhab Asy‘ari r‘a.

61 Islam,Pluralisme dan Pluraliti. Dr. Ghazali menyimpulkan, orang yang berpendirian…semua agama adalah sama dalam hak kesampaian kepada Kebenaran ( al-Haq ) adalah juga palsu …..klaim tentang ‘pemilikan bersama’ semua penganut agama yang berlainan terhadap Tuhan Yang Maha Esa ( dalam konsep Transcendent Unity of God ) juga adalah palsu…..

62 Epistemologi Salaf perlu difahami dengan betul. Wahhabiyy bukan Salaf, kerana mereka mentajsimkan Allah. ‘Aqidah Salaf ialah Tafwidh bukan Tajsim.


Yüklə 189,55 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin