Mendidik Anak I (abang pukul adik)



Yüklə 4,48 Kb.
tarix26.07.2018
ölçüsü4,48 Kb.
#58381

Mendidik Anak - I (abang pukul adik)

Assalamualaikum wrt

Saya bukanlah pakar dalam hal ini. Saya juga bukan tidak ada masalah dalam mendidik anak ini. Cuma saya nak kongsi pengalaman dalam membela 9 orang anak saya. Ada pengalaman yang manis ada yang pahit. Dengan cara demikian, mungkin dapat menjana perbincangan di kalangan netters agar pengalaman yang lain dapat dimanafaatkan oleh kita semua. Mahu tidak mahu kita kena akui, ramai di antara kita membela anak ikut "intuition" Kita tidak pernah ikuti kursus bagaimana nak didik anak - kalau ada pun mungkin segelintir dari kita. Kita banyak buat kesilapan dalam mendidik anak, termasuk diri saya sendiri - tetapi saya banyak belajar melalui kesilapan. Namun demikian kita boleh short-cut kesilapan ini dengan berkongsi pengalaman sesama kita. Dalam 10 cara penyelesaian, mungin satu adalah sesuai untuk anak kita - Yang 9 lagi tu mungkin sesuai untuk situasi yang lain atau untuk orang yang lain. Maka lagi banyak kita menjana penyelesaian - lagi banyak peluang kita dapat menyelesaikan persoalan yang sedang kita hadapi.
Anak-anak kita biasa bergaduh. Kalau dulu, bila si kecil menangis disebabkan si abang, saya akan terus memukul si abang. Kesannya - dua-dua akan menangis. Tapi saya lihat kesannya amat negatif. Yang besar akan sentiasa terasa dianiayai . Kekadang yang nakalnya ialah si kecil. Maka kita telah berlaku tidak adil apabila menghukum si abang tadi.
Sekarang ini saya dapat satu jalan penyelesaian (hasil perkongsian ilmu dengan rakan-rakan). Tapi jalan penyelesaiannya perlukan sedikit kesabaran dalam diri kita. Dengan nada penuh kasih sayang kita tanya kedua-duanya apa yang berlaku. Kita minta si abang tadi dengan cara yang baik untuk bersalaman dan meminta maaf kepada si adik - jika terbukti abang yang punya angkara. Atau kalau si adik itu yang punya angkara, kita suruh si adik pula untuk bersalaman. Kalau tak pasti - kita minta dua-dua sama-sama bersalaman. Dalam banyak ketika ia dapat menyelesaikan kelahi itu tadi. Kita tak pening kepala dan suasana kembali tenang. Akhirnya kita melatih mereka mudah meminta maaf di atas apa jua kesilapan yang dilakukannya. Mereka akan di ajar cara berlapang dada dengan kesalahan orang lain.. cubalah formula ini, Insya Allah ia berkesan.

Bersambung..


Wassalam

Dr Hishamuddin Alham



http://www.fkm.utm.my/~ahisham
Yüklə 4,48 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin