Menyebarkan Islam pada rakan bukan Islam III



Yüklə 3.56 Kb.
tarix18.04.2018
ölçüsü3.56 Kb.

Menyebarkan Islam pada rakan bukan Islam III

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera kepada semua warga RJ


Maaf jika penulisan saya ni agak "kontot" (meminjam istilah salah satu response yang saya terima). Saya tak pandai tulis panjang-panjang.
Ada dua perasaan yang susah nak bergabung dalam satu hati..... perasaan bencikan orang yang lain bangsa dengan kita dan perasaan ingin menyampaikan islam kepada mereka.... Saya teringat kisah seorang bekas paderi yang kesian melihat orang Melayu ... puasa, sembahyang, lemah lembut ... tapi masuk neraka... beliau kesiankan sangat orang melayu sehingga sanggup mempelajari Al- Quran demi untuk mengkristiankan orang melayu. Ini adalah satu semangat yang terpuji dari perspektif ingin menyelamatkan manusia lain dari masuk api neraka.
Akhirnya setelah mengkaji Al-Quran - beliau lantas terpikat dengan isi kandungan Al-Quran dan terus memeluk Islam. Kini setelah 10 tahun berusaha di Sarawak - 27 kampong telah berjaya di Islam kan ...Alhamdulillah. Tapi semangat inilah sepatutnya mendarah daging dalam diri setiap insan yang digelar Muslim - termasuk diri saya ini. Muslim ini seharusnya kesian lihat rakan-rakannya yang belum Islam - samada orang cina, india atau sebagainya .... perasaan ini sepatutnya mendorong beliau mendekati mereka dan cuba "share" apa yang kita tahu berkenaan dengan Islam. Kita bukan nak paksa sesiapa ... tapi beri mereka peluang untuk mengetahuinya dari dekat. Tapi ingat "action speaks louder than words" ...... hendaklah akhlak kita selari dengan apa yang kita ungkapkan.
bersambung ...
Wassalam

Dr Hishamuddin Alham



ROSE

Dostları ilə paylaş:


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2017
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə