Mohamad Noor Syauqi b. Mohammad Shafiee


DOS DAN POTENSI MENURUT HOMEOPATI



Yüklə 0,5 Mb.
səhifə4/6
tarix07.04.2018
ölçüsü0,5 Mb.
#47419
1   2   3   4   5   6

2.2 DOS DAN POTENSI MENURUT HOMEOPATI

Dos dalam homeopati sering disalah faham. Ramai orang menganggap sebagai kekuatan dos remedi, tetapi dos dalam homeopati sebenarnya bermakna kekerapan pengambilan. Kekerapan ubat-ubatan bergantung kepada penyakit itu. Penyakit akut, tetapi berbahaya, penawar boleh diambil sekerap 15 atau 30 minit setiap kali, atau 1 jam sekali. Apabila penyembuhan berlaku, Kurangkan pengambilan kepada 3 kali sehari. Kes kronik, mengambil jarak masa yang jauh, iaitu sekali sehari atau seminggu sekali, dan tertakluk kepada potensi yang terlibat. Pengambilan berhenti apabila sembuh.

Jelas sekali, potensi sesuatu remedi yang dikelaskan sebagai `kekuatan’ oleh sesetengah orang adalah salah sama sekali. Malah, perbezaan antara setiap potensi adalah dari segi tindakannya. Untuk setiap potensi, perbezaan itu boleh dilihat dalam dua bahagian:
bahagian nombor yang mewakili berapa banyak proses pencairan dijalankan, dan sebahagian huruf yang mewakili nisbah pencairan yang pernah / telah dijalankan.

Pelbagai potensi homeopati adalah seperti berikut:


1x, 3x, 3c, 6x, 6c, 9x, 9c, 12x, 12c, 200C, 1m, 10m, 50m, IL.
Amerika Syarikat meletakkan tujuan huruf dan kadar kecairan sesuatu potensi untuk homeopati seperti berikut:

KADAR KECAIRAN:


X:1/10
C:/100


M:1/1000
LM:1/50, 000

  Masing-masing mempunyai potensi tindakan yang berbeza. Malah, ubat yang digunakan untuk apa-apa penyakit tidak satu keadaan yang tetap untuk menggunakan mana-mana potensi, tetapi proses penyembuhan berlaku dengan lebih cekap apabila potensi yang tepat untuk penyakit tertentu diberikan. Proses Potentization bertujuan untuk menghapuskan toksin atau bahan kimia bahan itu, dan ini menyebabkan hanya kuasa remedi yang tinggal.

POTENTIATING PROSES UNTUK BAHAN CECAIR:

Dalam botol kecil, 99 titik alkohol (etanol) dicampur dengan 1 titik ubat-ubatan berpotensi. Kemudian, larutan tersebut digegarkan dengan bersungguh-sungguh. Larutan ini adalah larutan centesimal pertama (1c). Daripada jumlah ini, diambil setitik dan dicampurkan lagi dengan 99 titik alkohol dan digoncang dengan kuat, dan dengan itu hasilnya ialah larutan centesimal kedua (2c). langkah-langkah yang sama yang dijalankan berulang kali.


POTENTIATING PROSES UNTUK BAHAN BUKAN CECAIR:
Kadar yang sama seperti kaedah pencairan cecair, tetapi bahan-bahan yang bukan cecair akan ditumbuk halus terlebih dahulu dengan gula susu dalam mortar porselin selama satu jam, kaedah yang sama dengan kaedah di atas. Apabila potensi 3c (1 / 100, 000) diperolehi, maka bahan tersebut boleh dicairkan mengikut proses pencairan bahan cecair.


BAB 3

HOMEOPATI DAN

MASALAH

PENYAKIT



SARAF

3.1 PENYAKIT SARAF (UMUM) MENURUT HOMEOPATI

SISTEM SARAF MANUSIA

Sistem saraf ialah suatu sistem organ yang terdiri daripada jaringan sel yang spesifik yang dipanggil neuron. Ianya berfungsi untuk menyelaras segala aktiviti manusia dan berperanan untuk menghantar signal antara organ-organ di dalam tubuh.

Susunan sistem saraf manusia tersusun dari sistem saraf pusat dan sistem saraf sisi. Sistem saraf pusat terdiri terdiri daripada otak, saraf tunjang dan retina. Sedangkan sistem saraf sisi terdiri daripada neuron deria, gugusan neurons (ganglia) dan serabut saraf yang menghubungkan antara satu sama lain dan menghubungkan kesemuanya ke pusat sistem saraf.

Neuron menghantar signal ke sel-sel lain dalam bentuk gelombang elektrokimia melalui sejenis gentian halus yang dikenali sebagai akson. Akson menyebabkan bahan kimia yang dipanggil neutrotransmitter ini untuk dilepaskan di hujung saraf melalui proses sinapsis. Neuron deria akan diaktifkan secara automatik apabila menerima ransangan fizikal dari luar dan seterusnya menghantar signal ke pusat sistem saraf untuk memberitahu keadaan tubuh dan persekitarannya. Neutron motor yang terletak sama ada di pusat sistem saraf mahupun di ganglia sisi, berfungsi menghubungkan sistem saraf dengan otot-otot dan organ efektor lain.



SSP (Sistem Saraf Pusat)

(1) Otak


Otak merupakan alat tubuh yang sangat penting dan sebagai pusat pengatur segala kegiatan manusia. Otak terletak di dalam rongga tengkorak, beratnya lebih kurang 1/50 dari berat badan. Bahagian utama otak adalah otak besar (Cerebrum), otak kecil (Cerebellum), dan batang otak. Otak dilapisi oleh

selaput otak yang disebut selaput meninges. Selaput meninges terdiri daripada 3 lapisan, iaitu lapisan durameter, lapisan araknoid, dan lapisan piameter.



(2) Sel Saraf (Neuron)

Sistem saraf terdiri atas sel-sel saraf yang disebut neuron. Neuron bergabung membentuk suatu jaringan untuk menghantar impuls (signal). Satu sel saraf tersusun dari badan sel, dendrit, dan akson.


(3) Sistem Saraf

Sistem saraf merupakan salah satu sistem koordinasi yang bertugas menyampaikan rangsangan daripada reseptor untuk dikesan dan distimulasikan oleh tubuh. Sistem saraf memungkinkan makhluk hidup memberi respons dengan cepat terhadap perubahan-perubahan yang terjadi di persekitaran mahupun di dalam tubuh. Untuk bertindak balas terhadap rangsangan, ada tiga komponen yang harus dimiliki oleh sistem saraf, iaitu:


  1. Reseptor, alat penerima rangsangan atau impuls. Pada tubuh kita, organ pancainderalah yang bertindak sebagai reseptor.

  2. Penghantar impuls, dilakukan oleh saraf itu sendiri. Saraf tersusun dari berkas serabut penghubung (akson). Pada serabut penghubung terdapat sel-sel khusus yang memanjang dan meluas. Sel saraf disebut neuron.

  3. Efektor, adalah bahagian yang memberi respons terhadap rangsangan yang telah dihantarkan oleh penghantar impuls. Efektor yang paling penting pada manusia adalah otot dan kelenjar.

*Sistem kerja ketiga-tiga komponen tersebut dapat digambarkan seperti berikut:



FUNGSI SISTEM SARAF

Asasnya, fungsi sistem saraf adalah untuk menghantar signal dari satu sel ke sel lain dan dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain.Terdapat bermacam-macam cara signal dihantar dan salah satunya adalah dengan melepaskan sejenis bahan kimia iaitu hormon ke dalam sistem peredaran darah supaya bahan ini dapat meresap ke bahagian tubuh yang dalam. Selain itu, sistem saraf juga mengendalikan signal ‘titik ke titik’ di mana neuron-neuron akan memanjangkan aksonnya ke bahagian sasaran dan melakukan proses sinapsis. Namun begitu, signal yang dihantar melalui sistem saraf adalah lebih pantas dan efisyen.
Saraf sebagai suatu sistem koordinasi atau pengatur seluruh aktiviti tubuh manusia.Ia mempunyai tiga fungsi utama, iaitu sebagai alat komunikasi, pengendali atau pengatur kerja, dan pusat pengendali tanggapan.

a) Saraf sebagai alat komunikasi antara tubuh dan dunia di luar tubuh. Hal ini dilakukan oleh alat pancaindera yang meliputi mata, hidung, telinga, lidah, dan kulit. Dengan adanya pancaindera, dengan mudah kita dapat mengetahui perubahan yang terjadi di luar tubuh kita.

b) Saraf sebagai pengendali atau pengatur kerja organ tubuh sehingga dapat bekerja serasi dan sesuai dengan fungsi masing-masing.

c) Saraf sebagai pusat pengendali tanggapan atau reaksi tubuh terhadap perubahan keadaan di sekitarnya. Oleh sebab saraf sebagai pengendali kerja alat tubuh, maka jaringan saraf terdapat pada seluruh tubuh manusia.

3.2 PENYAKIT-PENYAKIT SARAF MENURUT HOMEOPATI



(A) HEMIPLEGIA

Antara simptom awal yang mungkin dialami sebelum berlakunya hemiplegia yang berlangsung secara perlahan ialah kekebasan keseluruhan kaki, sakit kepala, vertigo (telinga berdesing atau persekitaran terasa berputar), gangguan ingatan dan kebingungan. Gejala-gejala awal hemiplegia yang berlangsung tiba-tiba mahupun perlahan-lahan ialah pesakit kelihatan longlai (flaksid) akibat pengaruh renjatan, dan mata serta sudut mulut menghala ke arah bahagian sebelah badan yang mengalami kelumpuhan. Secara keseluruhan, pesakit mungkin menghadapi masalah untuk bercakap, menelan makanan, mengimbangkan diri sewaktu berdiri atau berjalan, memegang objek serta berasa tegang urat di seluruh bahagian badan. Mindanya pula sentiasa dalam kemurungan dan kesedihan, Bagi kanak-kanak yang mengalami hemiplegia pula, perkembangan mentalnya akan terencat disebabkan sumbatan di bahagian otak.



Kebiasaannya, individu yang menghidapi diabetes yang tidak terkawal, tekanan darah tinggi ataupun perokok tegar mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat hemiplegia. Ketika proses penyembuhan pula, pesakit mungkin berjalan dengan mengheret kakinya yang lumpuh, lidahnya terjulur ke bahagian sebelah badan yang terlibat dan otot mukanya sukar digerakkan. Pesakit mungkin sembuh secara sedia kala atau lumpuh sebelah badan selama-lamanya bergantung pada penyebab dan jangka masa gangguan fungsi ini berlansung.

Remedi bersesuaian:

  • (1) Causticum

Sumber: ianya disediakan dengan cara mengambil kapur mati (slaked lime) dan mencampurkannya dengan sulfat daripada kalium (potassium) yang kemudiannya dilarutkan di dalam air suling. Maka, causticum merupakan sebatian kalium yang telah melalui proses potentisation terlebih dahulu, seperti remedi-remedi homeopati yang lainnya.

Umum: fungsi penyembuhannya bertindak di urat saraf, iaitu di saraf perasa (sensory nervous), dan saraf penggerak (motoring nervous). Aksi penyembuhannya yang seterusnya ialah di otot, bahagian pernafasan, dan lebih kepada bahagian kanan muka.

Simptom tambahan: juga sesuai untuk kelumpuhan pada sebahagian anggota akibat terdedah kepada serangan angin sejuk, selepas menghidapi demam typoid atau sakit rengkong, difteria yang selalunya menyerang dan menghilang di sebelah anggota sahaja. Mungkin lumpuh sebelah muka, sebahagian tangan, rasa kebas di tengkuk tersentak-sentak, gelisah, malah amat berkesan untuk kelumpuhan pada bahagian anggota sebelah kiri.

  • (2) Rhus tox

Sumber: merupakan sejenis tumbuhan beracun Amerika yang juga membiak di Canadian Maritin provine, Quebeck, Ontario, Manitoba, dan di seluruh United State of Amerika. Kebiasaannya tumbuh di kawasan berhutan, kawasan pinggir hutan / bandar, kaeasan perladangan terbuka, kawasan pergunungan Mexico, kawasan berbatu, bidang-bidang tanah terbuka, boleh tumbuh di kawasan banjir bermusim / air payau. Sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian sekitar 1.2 meter dan tersenarai dalam antara rumpai berbahaya di negeri Minnesota dan Michigan AS serta wilayah Ontario Kanada. Pokoknya tidak sensitif pada kelembapan tanah walaupun tidak tumbuh di padang pasir / gersang. Mampu hidup di pelbagai jenis tanah dengan pH 6.0 (asid lemah) – 7.9 (sederhana alkali).

Umum: tindakan penawarnya berlaku di kulit muka, kulit kepala, kulit kemaluan, darah, urat tisu, ligamen, fibrous, sendi-sendi, selaput lendiran, kalenjar, saraf. Untuk sakit rheumatik akibat basah hujan, lembap, bisa-bisa tulang, sakit-sakit yang timbul akibat kerja berat, tempang dan terhincut-hincut, bisa rheumatik otot, rheumatik tulang akibat masalah jantung, otot dan anggota kiri, lumpuh serta gabas anggota yang sakit, lumpuh kerana berlebihan seks.

Simptom tambahan: sakit rheumatik, sakit pinggang dan belakang, sendi-sendi bengkak, panas, sakit sengal dalam tulang, anggota kaku dan lumpuh, sakit di saraf tulang lengan, kekebasan setelah banyak bekerja kuat, lumpuh dan menggeletar selepas berkuat.

  • (3) Nux vomica

Sumber: bahan tumbuhan herba beracun yang tumbuh di Sri Lanka, India, Burma, Siam, Kemboja, dan sebelah utara Australia. Buahnya berwarna hijau dan apabila masak akan berwarna oren. Bahan yang melalui proses potentiesation utuk dibuat ubat ialah bijinya.

Umum: Tipikal pesakit yang hidup dengan gaya hidup tidak sihat, kurus, cepat, aktif, cepat marah, gemuruh. Banyak kerja menggunakan mental / kerja pejabat menghilangkan kebimbangan degan mengambil minuman keras, tembakau, candu, kaya. Tindakan penawar pada sakit merengsa, sistem saraf, masalah pencernaan, hypersensitif, kesesakan portal, sawan tetapi masih sedarkan diri, meneruk dengan sentuhan dan gerakan, tindakan yang disebabkan kekejangan tidak seimbang, meneruk pada cuaca sejuk / lembap.

Simptom tambahan: untuk sawan / epilepsi, menggigil kerana sejuk, kaki dan tangan menjadi lemah, lutut berubah warna menjadi biru, tangan dan kaki serta bahagian badan ke bawah menjadi lumpuh, kaki dan tangan serta dalam tulang terasa sakit disertai menggeletar. Kaki dan anggota badan mengalami konvulsi, tangan dan kaki kurus, lumpuh separa, kaki (betis) terasa kebas, lemah tulang belakang, bahagian ke belakang kejang opisthotonus (badan bengkok ke belakang dan stiffened), belakang badan berpeluh,dan rasa merengsa, juga pangkal tulang belakang, lumbar pada waktu pagi pada bahagian ke bawah badan, sakit rheumatik di belakang pada masa sejuk / demam, bergerak dan sebab seks keterlaluan, dada terasa tegang, juga masalah pundi kencing dan pada saraf sperma, mengalami vertigo dan hilang kesedaran seketika, perut terasa tegang, bedenyut dan sakit sensasi pergerakan dalam perut disertai menggeletar.

(B) PARAPLEGIA

Paraplegia adalah kelumpuhan bahagian bawah badan dan kedua kaki. Perkataan tersebut berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud "setengah-menarik". Ia biasanya disebabkan oleh kecederaan pada saraf tunjang atau keadaan kongenital seperti spina bifida yang memberi kesan kepada unsur-unsur neural terusan tunjang, mungkin akibat daripada kemalangan yang melibatkan tulang belakang,

ketumbuhan, pembiusan, siringomielia, prolaps dan sklerosis. Kawasan terusan tunjang yang terjejas dalam paraplegia adalah kawasan torasik, lumbar, dan sakral. Lesi (lesion) di serebrum boleh juga menjadi punca paraplegia misalnya jangkitan seperti malaria, kecederaan atau kemalangan yang melibatkan kepala, lesi congenital, thrombosis sinus sagital superior, hydrocephalus dan ketumbuhan. Selain itu, poliomyelitis dan penyakit otot juga turut dipercayai menjadi penyebab.

Gejala-gejala peringkat akut ialah kelonglaian pada kaki, sukar membuang air kecil atau besar, dan gangguan atau ketiadaan refleks anggota yang terlibat. Paraplegia juga boleh menyebabkan usus dan pundi kencing gagal berfungsi, gangguan kepada kesuburan organ seksual lelaki, tekanan darah rendah, ketidakupayaan untuk mengawal suhu badan dan tekanan darah dengan berkesan, ketidakupayaan untuk berpeluh di bawah paras kecederaan, dan sakit yang sangat kronik.



  • (1) Nux vomica

Sumber: bahan tumbuhan herba beracun yang tumbuh di Sri Lanka, India, Burma, Siam, Kemboja, dan sebelah utara Australia. Buahnya berwarna hijau dan apabila masak akan berwarna oren. Bahan yang melalui proses potentiesation utuk dibuat ubat ialah bijinya.

Umum: Tipikal pesakit yang hidup dengan gaya hidup tidak sihat, kurus, cepat, aktif, cepat marah, gemuruh. Banyak kerja menggunakan mental / kerja pejabat menghilangkan kebimbangan degan mengambil minuman keras, tembakau, candu, kaya. Tindakan penawar pada sakit merengsa, sistem saraf, masalah pencernaan, hypersensitif, kesesakan portal, sawan tetapi masih sedarkan diri, meneruk dengan sentuhan dan gerakan, tindakan yang disebabkan kekejangan tidak seimbang, meneruk pada cuaca sejuk / lembap.

Simptom tambahan: untuk sawan / epilepsi, menggigil kerana sejuk, kaki dan tangan menjadi lemah, lutut berubah warna menjadi biru, tangan dan kaki serta bahagian badan ke bawah menjadi lumpuh, kaki dan tangan serta dalam tulang terasa sakit disertai menggeletar. Kaki dan anggota badan mengalami konvulsi, tangan dan kaki kurus, lumpuh separa, kaki (betis) terasa kebas, lemah tulang belakang, bahagian ke belakang kejang opisthotonus (badan bengkok ke belakang dan stiffened), belakang badan berpeluh,dan rasa merengsa, juga pangkal tulang belakang, lumbar pada waktu pagi pada bahagian ke bawah badan, sakit rheumatik di belakang pada masa sejuk / demam, bergerak dan sebab seks keterlaluan, dada terasa tegang, juga masalah pundi kencing dan pada saraf sperma, mengalami vertigo dan hilang kesedaran seketika, perut terasa tegang, bedenyut dan sakit sensasi pergerakandalam perut disertai menggeletar.

  • (2) Lathyrus sativus

Sumber: merupakan sejenis tumbuhan vetch, dalam rimpunan keluarga leguminosae yang kebanyakannya tumbuh di India. Juga dikenali dengan nama Vetch liar, dan Pea Chick. Cara penyediaannya mudah sahaja, iaitu serbuk kacang hijau

Umum: dalam Christian’s Toxicology, telah dinyatakan bahawa pengambilan remedi ini kepada orang sihat akan menghasilkan paraplegia, gaya berjalan yang mengheret, beretukar-tukar jari kaki, kekukuhan, dan sakit lutut. Manakala buku Materia Medica karangan William Boerick menyatakan remedi ini adalah sesuai untuk kelumpuhan spastik, sclerosis lateral, beri-beri, athethosis, kelemahan, serta banyak tertumpu kepada kelemahan fungsi saraf.

Simptom tambahan: terutamanya pada ekstremiti, iaitu hujung jari menjadi kebas, ketegaran kaki yang berlebihan, lutut bergesel antara satu sama lain pabila berjalan, kekejangan yang meneruk bila sejuk, tidak boleh memanjangkan atau membengkokkan kaki bila duduk, myelitis, lumpuh rheumatik otot gluteus (pungung) dan anggota terkebawah kurus, kekukuhan dan kepincangan pergelangan kaki dan lutut, ketegangan otot betis, dan pesakit duduk berkeadaan kaki yang membengkok ke hadapan, dan gaya berjalan yang goyah dan mudah tersinggul.

(C) EPILEPSI

Epilepsi biasanya ditandai oleh sindrom neurologi yang khas, seperti berlakunya serangan sawan yang berulang-ulang serta tiba-tiba, dan tingkah laku yang tidak normal yang tercetus akibat gangguan aktiviti elektrik otak. I(ni mungkin berpunca daripada kecederaan perinatal (hipoksia atau kelemasan janin semasa dalam rahim ibu atau bayi semasa lahir), trauma, lesi pusat sistem saraf,

jangkitan (seperti meningitis atau ensefalitis), faktor keturunan, ketumbuhan dalam otak, pendarahan subaraknoid, gangguan sistem pendarahan (haemorrhage, trombosis, embolisme dan ensefalopati hipertensi), kecacatan arteriovena, gangguan metabolisma dan keracunan (plumbum, klorofom, alkhol, karbon monoksida). Walau bagaimanapun, sebahagian besar kes epilepsi tidak mempunyai sebab-sebab yang nyata (iaitu idiopatik).

Gejala-gejala yang diperlihatkan oleh pesakit epilepsi bergantung kepada jenis kegagalan serebrumnya berfungsi. Gejala-gejala yang nyata terlihat pada sawan grand mal (gila babi), sawan

petit mal (ketidaksedaran untuk beberapa saat), dan sawan psikomotor atau sawan separa; tetapi pada beberapa pesakit, gejala yang dialami tidak begitu ketara, misalnya mereka hanya mengalami renggutan otot atau sakit kepala semasa serangan epilepsi.

Sawan grand mal ditandai oleh hilang ingatan, diikuti oleh kekakuan seterusnya keketaran bahagian-bahagian badan. Semasa berlakunya kekejangan dan keketaran, pesakit mungkin terkencing dan mulutnya terkancing. Keadaan di atas hanya berlaku dalam waktu yang singkat sahaja iaitu hanya beberapa saat. Pesakit biasanya jatuh ke tanah jika tidak ditahan dan kelihatan letih atau tertidur. Apabila sedar, pesakit tidak akan ingat perkara yang telah berlaku. Sawan petit mal pula ditandai oleh hilang ingatan untuk waktu yang singkat, tetapi tanpa berlakunya konvulsi, iaitu tidak berlakunya kekejangan seperti yang terlihat pada sawan grand mal. Semasa serangan sawan, pesakit mungkin secara tiba-tiba berhenti bercakap, atau memendang ke sesuatu arah tanpa berkedip, dan kemudiannya kembali bercakap semula. Sawan yang berlaku hanya berlansung beberapa saat, iaitu jarang-jarang melebihi 45 saat. Jika berlaku di dalam kelas di sekolah, murid tersebut sering kali disalah anggap sebagai mengelamun atau berkhayal. Sawan psikomotor pula boleh ditandai oleh kebingungan, keresahan, tabiat yang ganas, berbogel di khalayak ramai atau melakukan tabiat-tabiat yamg aneh selama jangka masa berlakunya sawan. Dia mungkin mendecap-decapkan bibirnya atau kelihatan mengunyah sesuatu tanpa sebarang sebab. Berbeza daripada sawan grand mal atau sawan petit mal, sawan psikomotor mungkin separuh sedar atau separuh ingat apa yang berlaku kepada dirinya.



Secara general, pesakit akan mengalami sakit kepala dan pening diikuti dengan ketegangan pada keseluruhan otot-otot. Pandangan menjadi kabur dan kedengaran bunyi bising di dalam dan di luar telinga. Kebiasaannya, pesakit akan terasa seperti air mengalir di atas tangan dan kaki. Selepas simptom-simptom awal ini, akan berlaku kekejangan pula yang menyebabkan pesakit terjatuh serta-merta. Mukanya akan berubah menjadi pucat dan berwarna biru serta mulutnya berbuih. Pesakit juga berisiko tinggi untuk mendapat kancing gigi.

Remedi bersesuaian:

  • (1) Cicuta virosa

Sumber: ianya merupakan sejenis pokok, dan nama lainnya Water Hemlock dan Cowbane. Ekstrak yang dijadikan sumber remedi homeopati ialah jus segar daripada akarnya yang diambil pada waktu ia baru hendak berbunga. Sejenis tumbuhan daripada jenis umbeliferae.

Umum: kajian awal yang telah dijalankan berteraskan prinsip doctrine of drug proving menghasilkan fakta iaitu jika orang sihat memakannya, maka akan timbul penyakit tetanus, epilepsi, sawan epileptiform, trismus, kejang klonik dan dimanfaatkan sebagai tonik tempatan. Bertindak pada fungsi sistem saraf, menghasilkan kesan kekejangan (spasm), hicough, trismus, tetanus dan konvulsi. Berlaku lenturan pada leher, kepala, dan tulang belakang. Aksinya secara umum ialah pesakit mengganas beserta herotan secara mengejut, sensasi panas dalaman, meraung dan melolong, melakukan perkara-perkara yang aneh, mengganas dan keinginan yang pelik.

Simptom tambahan: badan menjadi keras dan melengkung. Anak mata bergerak iaitu melihat satu tempat sahaja, badan menjadi kebas dan tidak merasa. Lama-kelamaan, mulut akan berbuih dan tubuh melengkung ke belakang.

Fakta tambahan: kerjanya hampir sama dengan nux vomica, tetapi perbezaannya ialah simptom remedi nux vom ialah kesedaran yang tidak terjejas, manakala cicuta virosa melakarkan simptom kelumpuhan pada fungsi otak yang membawa kepada ketidaksedaran.
1   2   3   4   5   6




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin