Tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 1,02 Mb.
səhifə32/34
tarix18.01.2019
ölçüsü1,02 Mb.
#101160
1   ...   26   27   28   29   30   31   32   33   34


"Sesungguhnya termasuk dusta yang amat besar, bahwa seseorang menamakan dirinya bukan keturunan ayahnya atau mengaku melihat apa yang tidak dilihatnya atau mengatakan sabda Rasulullah s.a.w, padahal beliau tidak bersabda begitu".1526, Dari Abdullah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda di atas mimbar: "Bani Ghifar, Tuhan kiranya mengampuninya! Bani Aslam, Tuhan kiranya menyelamatkannya! Dan Bani Usaiyah mereka mendurhakai Tuhan dan RasulNya".1527, Dari Anas r.a., katanya: Nabi s.a.w. memanggil orang Ansar, lalu bersabda: "Adakah di antara kamu seorang yang bukan dari golongan kamu?" Mereka menjawab: "Tidak, kecuali anak saudara perempuan kami". Rasulullah bersabda: "Anak saudara perempuan satu kaum termasuk mereka".1528, Dari Jabir r.a., katanya: Kami turut berperang bersama Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Muhajirin berkumpul dengan beliau sampai banyak. Di antara orang Muhajirin itu ada seorang laki-laki yang gemar bermain-main. Lalu dipukulnya seorang Ansar, lantas orang Ansar itu sangat marah, sehingga berkumpullah mereka. Kata kaum Ansar: "Hai. kiranya kemenangan untuk Ansar!" Kata kaum Muhajirin: "Hai. kiranya kemenangan untuk Muhajirin!" Maka keluarlah Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Mengapa kamu mengikuti seruan jahiliah?" Kemudian beliau bertanya: "Bagaimana kejadiannya?" Lalu dikhabarkan bahawa seorang Muhajirin memukul seorang Ansar Kata Jabir: Nabi s.a.w. bersabda: "Biarlah! Sesungguhnya yang demikian itu keji".1529, Dan Ibnu Abbas r.a., katanya: Turun ayat: "Dan beri peringatan lah kaum keluarga engkau yang terdekat!" Lalu Nabi s.a.w. memanggil: "Wahai Bani Fihir, wahai Bani 'Ady dalam suku Quraisy!"1530, Dari Jubair bin Muth'im, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana di kumpulkan manusia di belakangku, dan aku 'Aqib (penghabisan). 1531, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah tidak menarik hatimu, bagaimana Tuhan menghindarkan daripada ku caci maki dan kutukan orang Quraisy. Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedang aku orang yang terpuji (Muhammad).

1532, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perbandinganku dan Nabi-nabi sebelumku, seperti orang yang membangun sebuah gedung (rumah). Dibuatnya dengan amat baik dan sangat bagus, tapi satu tempat batu bata terluang di sudutnya. Orang banyak mengelilingi rumah itu dan heran, sambil berkata: "Mengapa tidak dipasang batu bata ini?" Beliau bersabda: "Sayalah batu bata itu dan sayalah penutup Nabi-nabi".1533, Dari Aisyah r.a.: Nabi s.a.w. wafat ketika beliau berusia enam puluh tiga tahun.1534, Dari Saib bin Yazid, katanya: Saya pergi dengan bibi saya kepada Rasulullah s.a.w. dan bibi saya berkata: "Wahai Rasulullah! Anak saudara perempuan saya ini jatuh". Lalu beliau mengusap kepala saya sambil mendo'akan keberkatan bagi saya, kemudian beliau berwuduk, lalu saya minum air wuduknya. Kemudian saya berdiri di belakang beliau. Maka saya libat ada cap di antara dua bahu beliau.1535, Dari Bara' r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling elok mukanya dan amat baik perawakannya. Beliau tiada tinggi dan tiada pula pendek.1536, Dari Anas r.a. katanya: Dibawa kepada Nabi s.a.w. sebuah bejana, waktu beliau di Zaura. Lalu beliau letakkan tangannya dalam bejana itu. Maka terbitlah air dari antara anak jari beliau. Lalu orang banyak berwuduk. Qatadah berkata: Saya bertanya kepada Anas: "Berapa banyaknya kamu ketika itu?" Jawab Anas: "Tiga ratus atau kurang lebih tiga ratus". 1537, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Abu Thathah berkata kepada Ummu Sulaim: "Sesungguhnya saya dengar suara Rasulullah s.a.w. amat lembut. Yang saya ketahui dari suara itu ialah lapar. Adakah engkau mempunyai sesuatu?" Jawab Ummu Sulaim: "Ada!" Lalu diambilnya beberapa potong roti dan gandum. Kemudian ia mengambil tutup kepalanya, lalu dibungkusnya roti dengan sebagian kain itu. Kemudian diletakkannya di bawah tangan ku, dan sebahagiannya mengotorkan ku. Kemudian disuruhnya saya menghadap Rasulullah s.a.w. Kata Anas: Saya pergi, dan saya jumpai Rasulullah s.a.w. dalam mesjid dan beliau bersama orang banyak. Lalu saya berdiri menghadap mereka. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada saya: "Abu Thalhahkah yang menyuruh engkau?" Jawab saya: "Ya!" Kata Nabi: "Untuk makan?" Jawab saya: "Ya!"' Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang bersama beliau: "Siaplah kamu untuk berangkat!" Lalu beliau berjalan dan saya berjalan mendahului mereka, sampai saya di tempat Abu Thalhah. Lalu saya khabarkan kepadanya. Kata Abu Thalhah: "Wahai Ummu Sulaim! Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah datang dengan orang banyak sedangkan kita tidak mempunyai apa-apa yang mencukupi untuk memberi makan mereka". Kata Ummu Sulaim: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui!" Maka berjalanlah Abu Thalhah, lalu ditemuinya Rasulullah s.a.w. dan terus berjalan bersama-sama. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai Ummu Sulaim! Bawalah kemari apa yang ada!" Ummu Sulaim lalu membawa roti tadi. Rasulullah menyuruh roti itu dipecah-pecah. Dan Ummu Sulaim mengambil sebuah bejana lantas diaduknya roti itu. Kemudian Rasulullah s.a.w. membacakan apa yang dikehendaki Tuhan untuk dibacanya. Sesudah itu beliau bersabda: "Izinkanlah sepuluh orang!" Lalu mereka diberi izin memakannya. Lalu mereka makan sampai kenyang dan keluar. Kemudian beliau bersabda: "Izinkanlah sepuluh orang!". Lalu mereka diberi izin. Lantas mereka makan sampai kenyang dan mereka keluar. Beliau bersabda lagi: "Izinkanlah sepuluh orang!" Orang banyak itu semuanya makan sampai kenyang sedang mereka berjumlah tujuh puluh atau delapan puluh orang".

1538, Dari Abdullah r.a., katanya: Kami mengira ayat-ayat (mukjizat). itu. Memberi keberkatan dan kamu mengiranya memberi pertakut. Pernah kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan dan air hanya tinggal sedikit. Beliau bersabda: "Mintalah kelebihan air!" Mereka datang membawa bejana yang berisi sedikit air. Beliau memasukkan tangannya ke dalam bejana itu lalu beliau bersabda: "Marilah datang air suci yang berkat! Dan keberkatan itu dari Tuhan!" Sesungguhnya saya lihat air keluar dari antara anak jari Rasulullah s.a.w. Kata Abdullah: Dan pernah juga mendengar tasbih makanan yang dimakan beliau.1539, Dari Ibnu Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Akan lahir orang-orang yang berbuat di luar batas (mementingkan diri sendiri) dan terjadi bermacam-macam keadaan yang tidak kamu ingini. Orang banyak bertanya: "Apakah sikap kami, wahai Rasulullah!" Beliau menjawab: "Laksanakan kewajibanmu, dan mintalah hak kamu kepada Tuhan!"



1540, Dari Huzaifah bin Yaman r.a., katanya: Orang banyak menanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal kebaikan, sedang saya menanyakan kepada beliau tentang bahaya (keburukan), supaya jangan menimpa saya. Lalu saya bertanya: "Wahai Rasulullah! Kami berada dalam keburukan di masa jahiliah, kemudian Tuhan mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah sesudah kebaikan itu ada lagi keburukan?" Jawab beliau: "Ya!" Tanya saya: "Apakah sesudah keburukan itu adalagi kebaikan?" Jawab beliau: "Ya! Dan di situ ada bencana". Tanya saya: "Bencana apa?" Jawab beliau: "Suatu kaum memberi petunjuk berlainan dari petunjuk ku. Engkau ketahui dari mereka, tetapi hendaklah engkau ingkari!" Tanya saya: "Apakah sesudah kebaikan itu adalagi keburukan?" Jawab beliau: "Ya! Ada juru penerangan yang membawa ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mahu mengikut mereka, dilemparkannya ke dalam neraka". Kata saya: "Wahai Rasulullah! Terangkanlah sifat orang-orang itu kepada kamu. Beliau bersabda: "Kulit mereka sama dengan kita dan mereka berbicara dengan bahasa kita". Tanya saya: "Apakah perintah tuan kepada saya jika saya mendapati hal yang demikian itu?" Jawab beliau: "Bersatulah dengan jamaah Muslimin dan Imam mereka!" Kata saya, "Jika tidak ada jama'ah Muslimin dan Imam mereka, bagaimana?" Sabda beliau: "Menghindarlah dari semua golongan-golongan, biarpun engkau sampai menggigit (makan) urat kayu dan mati dalam keadaan serupa itu".

1541, Dari Ali r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul pada akhir zaman golongan pemuda yang kurang akal. Mereka mengucapkan perkataan yang amat baik. Mereka keluar dari Islam bagai panah keluar dari busurnya. Keimanan mereka tiada melampaui kerongkongannya. Bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai. Sesungguhnya siapa yang membunuh mereka memperoleh pahala di hari kiamat".1542, Dari Khabbab bin Arat r.a., katanya: Kami menyampaikan permohonan kepada Rasulullah s.a.w. Beliau ketika itu bersandar pada pakaian bulu, di bawah lindungan Ka'bah. Kami berkata: "Mintakanlah kiranya pertolongan untuk kami!" Beliau bersabda: "Orang sebelum kamu pernah dibuatkan lobang untuk mereka di tanah, lalu ia dimasukkan ke dalamnya. Kemudian diambil gergaji dan digergaji kepalanya sampai belah dua. Yang demikian itu tiada menghalanginya dari agamanya. Dan ada pula yang disikat dengan sikat besi sampai ke daging, tulang dan uratnya. Yang demikian itu tiadalah menghalanginya dari agamanya. Demi Allah! Sesungguhnya akan disempurnakan Tuhan urusan agama ini, sehingga orang yang berkendaraan, berjalan dari San'a ke Hadramaut, tidak ada yang ditakutinya selain Allah (aman dalam perjalanan), dan serigala terhadap kambingnya. Tetapi kamu amat tergesa-gesa (ingin cepat)".1543, Dari Ibnu Abbas r.a.: Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumah orang Arab dusun untuk melihat dia sakit. Kata Ibnu Abbas: Pernah Nabi s.a.w. apabila dia masuk rumah orang sakit untuk melihatnya, beliau bersabda: "Tidak apa! Sembuh, insya Allah". Kata Nabi kepada orang sakit itu: "Tidak apa, sembuh insya Allah!" Jawabnya: "Tuan katakan: Sembuh. Sebenarnya itu demam panas yang sedang meluap dan mengancam orang yang sangat tua dan akan mengantarnya ke kubur" Nabi s.a.w, bersabda: "Ya, betul kalau begitu".1544, Dari Aisyah r.a., katanya: Fatimah datang berjalan kaki, seolah-olah perjalanannya persis dengan perjalanan Nabi s.a.w. Beliau bersabda: "Selamat datang, wahai anakku!" Kemudian beliau suruh duduk di kanan atau di kiri beliau. Lalu beliau bisikkan suatu berita kepadanya. Lantas Fatimah menangis. Saya bertanya kepadanya: "Mengapa engkau menangis?" Kemudian beliau membisikkan lagi suatu berita kepadanya. Lalu Fatimah tertawa. Saya berkata: Belum pernah saya melihat seperti kejadian di hari ini, suka yang mendampingi duka. Saya bertanya kepadanya mengenai apa yang dibisikkan Rasulullah kepadanya. Jawab Fatimah: "Saya tiada akan membukakan rahasia (bisik) Rasulullah s.a.w." Setelah Nabi s.a.w. wafat, saya ulang menanyakan. Jawabnya: Beliau membisikkan kepada saya: Bahwa malaikat Jibril datang mengajarkan Quran selengkapnya pada saya sekali setahun. Dan dia datang kepada saya tahun ini dua kali. Saya mengira ajal saya telah dekat. Engkau di antara keluarga saya yang pertama mengikuti saya. Lantas saya (Fatimah) menangis. Beliau bersabda: "Apakah engkau tidak suka jadi ketua wanita-wanita yang mendiami surga atau ketua wanita mukmin?" Lalu saya (Fatimah) tertawa karenanya.1545, Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah ke luar waktu sakit yang membawanya meninggal dunia, dengan berselimut dan diikat kepalanya dengan kain yang berwarna kehitaman, terus beliau duduk di atas mimbar, lalu memuji Tuhan. Kemudian beliau bersabda: "Adapun kemudian, sesungguhnya manusia itu amat banyak. Dan sedikit Ansar (penolong agama Tuhan), sehingga adanya mereka di tengah-tengah manusia bagai garam dalam makanan. Barangsiapa di antara kamu yang mengurus sesuatu yang merugikan satu golongan dan menguntungkan golongan lain hendaklah ia menerima kebaikan orang yang berbuat baik dan memaafkan orang yang melakukan kesalahan". Itulah majlis terakhir yang dihadiri Nabi s.a.w.1546, Dari Abdullah bin Umar r.a.: Ada orang Yahudi datang kepada Rasulullah s.a.w. Mereka ceritakan kepada beliau, bahwa seorang laki-laki dan seorang perempuan di antara mereka berzina. Rasulullah menanyakan kepada mereka: "Apakah yang kamu dapati dalam Taurat mengenai hukuman rajam?" Mereka menjawab: "Mereka kami hinakan dan kami dera". Abdullah bin Salam berkata: "Kamu bohong! Sesungguhnya dalam Taurat ada hukum rajam!" Lalu mereka membawa Kitab Taurat dan membukanya. Seorang di antara mereka meletakkan tangannya atas ayat

rajam (menutupinya). Maka dibacanya yang sebelum dan sesudahnya (yang tidak tertutup). Kata Abdullah bin Salam: "Angkatlah tangan engkau!" Lalu diangkatnya tangannya. Kebetulan di situ ada ayat rajam (dilempari dengan batu sampai mati). Mereka berkata: "Benar, wahai Muhammad. Di dalamnya ada ayat rajam". Maka diperintahkan oleh Rasulullah supaya dirajam, lalu keduanya dirajam. Kata Abdullah: "Saya lihat lelaki itu tersungkur di atas perempuan yang ditutupi oleh batu.1547, Dari Abdullah bin Mas'ud r.a.: katanya: Terjadi bulan belah dua di masa Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda: "Saksikanlah olehmu."1548, Dari Anas bin Malik r.a.: Penduduk Mekkah meminta kepada Rasulullah s.a.w. supaya diperlihatkan kepada mereka mu'jizat Tuhan. Lalu diperlihatkan kepada mereka bulan belah dua. 1549, Dari Mu'awiah r.a., katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Di antara umat ku selalu ada golongan yang menegakkan perintah Tuhan. Orang yang menghina dan menentang mereka tiada lagi membahayakan mereka, sampai perintah Tuhan datang, sedang mereka tetap dalam keadaan yang demikian".

1550, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. memasuki Khaibar pagi hari. Waktu itu mereka keluar ke lapangan. Setelah mereka melihat beliau, mereka berkata: "Muhammad dan tentara!" Lalu mereka segera menempati benteng mereka. Nabi s.a.w. mengangkat kedua belah tangannya dan berdo'a: "Allahu Akbar! Hancurlah Khaibar! Bila kami duduki lapangan suatu kaum, maka amat buruk pagi hari orang yang diberi peringatan (tetapi tidak menurut)".1551, Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat. Katanya: "Bilakah hari kiamat?" Beliau bersabda: "Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?" Katanya: "Tiada suatu pun selain mencintai Allah dan RasulNya". Beliau bersabda: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami karena mendengar sabda Nabi s.a.w.: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: "Saya mencintai Nabi, Abu Bakar, dan Umar dan saya mengharapkan kiranya saya bersama mereka karena mencintai mereka, sekalipun saya belum beramal serupa amal mereka".

1552, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ketika saya sedang tidur, saya melihat (memimpikan) orang banyak datang kepada saya, sedang mereka memakai baju. Ada bajunya yang sampai ke susu dan ada yang tidak sampai. Dan Umar datang kepada saya, dia memakai baju dalam yang dihelanya". Orang bertanya: "Apakah pengertiannya ya Rasulullah?" Jawab beliau: "Agama!".1553, Dari Abu Hurairah r.a., bahwa dia ketika sama dengan Nabi, pernah membawa tempat air untuk berwuduk dan keperluan lain. Pada suatu ketika, Abu Hurairah mengikut beliau. Beliau bertanya: "Siapakah ini?" Jawabnya: "Saya Abu Hurairah". Beliau bersabda: "Carikan saya beberapa buah batu untuk bersuci! Jangan dibawa kepada saya tulang dan tahi binatang!" Lalu saya bawa batu itu dengan pinggir baju saya, lalu saya letakkan di dekat beliau. Kemudian saya pergi. Setelah beliau selesai bersuci, saya datang kepada beliau, sambil bertanya: "Ada apa dengan tulang dan tahi binatang?" Jawab beliau: "Keduanya termasuk makanan jin. Sesungguhnya telah datang kepada saya utusan jin dari negeri Nasibin dan itulah jin yang amat baik. Lalu mereka meminta perbekalan pada saya. Saya berdoa kepada Allah untuk mereka, di mana mereka menemui tulang dan tahi binatang, di situ mereka mendapat makanan".1554 Dari Jabir bin Abdullah r.a.: Dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ketika orang Qureisy mendustakan saya, berdirilah saya di Hijr (dekat Ka'bah). Tuhan menggambarkan Baitul Makdis kepada saya. Maka dapatlah saya menceritakan kepada mereka tanda-tandanya (keadaan Baitul Makdis), sedang saya tetap memandangnya".1555, Dari Ubadah bin Shamit r.a., dia menceritakan bahwa Rasulullah bersabda) sedang beliau dikelilingi oleh sekumpulan sahabat-sahabat beliau. Sabda beliau: "Marilah kamu mengadakan perjanjian dengan saya, bahwa kamu tidak akan mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apapun. Kamu tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan kebohongan (kepalsuan) yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu (melakukan kejahatan), dan tidak akan mendurhakai saya dalam amal kebaikan. Barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, maka upahnya dari Tuhan. Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antaranya, lalu ia disiksa di dunia ini, itu menjadi kifarat (menghapuskan dosanya). Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antara yang demikian dan Tuhan menutupinya (tidak diketahui orang), urusannya terserah kepada Tuhan. Jika Tuhan menghendaki disiksaNya, dan jika Tuban menghendaki dima'afkanNya" Kata Ubadab: "Lalu kami mengadakan perjanjian dengan beliau berkenaan dengan yang demikian itu".

1556, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah diutus setelah berusia empat puluh tabun. Beliau tetap di Mekkah tiga belas tahun, diturunkan wahyu kepada beliau. Kemudian beliau diperintahkan pindah. Beliau hijrah ke Medinah selama sepuluh tabun. Dan beliau wafat dalam

usia enam puluh tiga tahun.

1557, Dari Hisyam r.a., katanya: Siti Khadijah wafat tiga tahun sebelum Nabi s.a.w. pindah ke Madinah. Beliau tidak kahwin selama dua tahun kurang. Dan beliau mengahwini Siti Aisyah ketika dia berusia enam tahun. Kemudian beliau serumah dengan dia setelah Aisyah berusia sembilan tahun.558, Dari Aisyah r.a.: Abu Bakar datang kepadanya sedang Nabi s.a.w. di dekatnya pada hari raya Fitri atau Adha. Dan di dekat Aisyah ada dua orang biduanita yang menyanyikan lagu orang Anshar di hari Bu'ats (hari atau tempat yang dirayakan sebelum Islam). Abu Bakar berkata: "Bunyi-bunyian syaitan". Dikatakannya dua kali. Sabda Nabi: "Biarkanlah keduanya (keduanya melagu dan memetik gitar) hai Abu Bakar! Tiap-tiap kaum ada hari rayanya. Dan hari raya kita hari ini".1559, Dari Salman r.a., katanya: Zaman fitrah (tidak ada Rasul) antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. enam ratus tahun.1560, Dari Abu Ishak r.a.: Saya sedang berada di samping Zaid bin Arqam. Ada orang bertanya kepadanya: "Berapa kali Nabi s.a.w. turut berperang dari seluruh peperangan?" Jawabnya: "Sembilan belas kali".Berapa kali engkau turut berperang bersama beliau?" Jawabnya: "Tujuh belas kali". Saya bertanya: "Peperangan manakah yang mula-mula?" Jawabnya: "Ghusairah atau 'Usairah". 1561, Dari Sa'ad bin Mu'az r.a., dia mengatakan bahwa dia teman Umaiyah bin Khalaf. Umaiyah bila berkunjung ke Medinah dia tinggal di tempat Saad. Begitupun Saad apabila berkunjung ke Mekkah, dia tinggal di tempat Umaiyah. Setelah Rasulullah s.a.w. datang ke Medinah, Saad berangkat untuk mengerjakan umrah, lalu dia tinggal di tempat Umaiyah di Mekkah. Dia berkata kepada Umaiyah: "Nantilah suatu saat yang sunyi sepi, mudah-mudahan saya dapat tawaf di Bait (Kabah)". Lalu Umaiyah pergi dengan dia hampir tengah hari. Maka bertemulah keduanya dengan Abu Jahil.

Kata Abu Jahil: "Wahai Abu Safwan, (Umaiyah)! Siapa yang bersama engkau ini?" Jawabnya: "Ini Saad!" Kata Abu Jahil kepada Saad: "Saya lihat kamu mengerjakan tawaf di Mekkah. Kamu telah keluar dari suatu agama dan masuk ke dalam agama lain (Islam) dan kamu menyatakan akan menolong dan membantu mereka. Demi Allah, jikalau tidaklah engkau bersama Abu Safwan, engkau tidak akan kembali kepada keluarga engkau dalam keadaan selamat". Saad menjawab dengan suara keras: "Demi Allah! Jika engkau halangi saya untuk ini, nanti engkau akan saya halangi dari apa yang lebih perlu untuk engkau, iaitu perjalanan engkau melalui Medinah". Umaiyah berkata: "Janganlah engkau keraskan suara, terhadap Abu Hakim (Abu Jahil) itu. Dia penghulu (orang besar) ahlul wadi (Mekkah)"

Kata Saad: "Tidak apa, hai Umaiyah! Demi Allah, sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa mereka akan membunuh engkau": Tanya Umaiyah: "Di Mekkah?" Jawab Saad: "Saya tidak tahu!" Maka Umaiyah amat cemas dan ketakutan mendengar hal yang demikian, Ketika Umaiyah kembali kepada keluarganya, ia berkata: "Hai Ummu Safwan! Tahukah engkau, apakah yang dikatakan Saad kepadaku?" Tanya Ummi Safwan "Apa katanya?" Jawab Umaiyah: "Dia mengatakan, bahwa Muhammad menceritakan kepada orang banyak bahwa Abu Jahil akan membunuh saya".

Saya bertanya kepadanya: "Di Mekkah?" Jawabnya: "Saya tidak tahu!" Umaiyah berkata: "Demi Allah, saya tidak akan ke luar dari Mekkah". Ketika kejadian peperangan Badr, Abu Jahil menyuruh orang banyak pergi perang, Katanya: "Siapkanlah unta kendaraan kamu!" Umaiyah tidak ingin ke luar Mekkah. Maka datanglah Abu Jahil kepadanya, lalu berkata: "Wahai Abu Safwan! Bila engkau dilihat orang tidak turut ke luar (pergi perang) sedangkan engkau seorang pemimpin Mekkah, tentulah mereka akan turut tinggal bersama engkau". Dan Abu Jahil sentiasa mendesaknya, akhirnya Umaiyah berkata: "Kalau engkau paksa saya, demi Allah, saya akan beli unta yang amat baik di Mekkah" Kemudian Umaiyah berkata: "Wahai Ummi Safwan! Siapkanlah persediaan saya!" Kata Ummi Safwan kepadanya: "Wahai Abu Safwan! Tuan melupakan apa yang dikatakan saudara tuan orang Yatsrib kepada Tuan?". Kata Umaiyah: "Bukan! Saya hanya sebentar saja berangkat bersama mereka". Setelah Umaiyah ke luar biasanya apabila berhenti di suatu tempat terus ditambatkannya untanya, sentiasa dia berbuat begitu sampai ia terbunuh dalam peperangan Badr.

1562, Dari Miqdad bin Amr Al Kindi r.a., dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Bagaimana pendapat tuan jika saya menemui seorang di antara orang-orang kafir, lalu kami bertempur! Lalu dipukulnya salah satu tangan saya dengan pedang sampai putus. Kemudian dia bersembunyi dari saya pada sebatang pohon, lalu dia berkata: "Saya Islam karena Allah". Bolehkah saya membunuhnya, wahai Rasulullah, sesudah dia mengucapkan yang demikian itu!" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau bunuh dia!" Kata Miqdad: "Wahai Rasulullah! Dia mengucapkan yang demikian sesudah salah satu tangan saya dipotongnya". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau bunuh! Jika engkau bunuh, maka keadaannya sama dengan keadaan engkau sebelumnya (Islam) dan keadaan engkau sama dengan dia sebelum dia mengucapkan kalimat yang diucapkannya itu (kafir)".1563, Dari Zaid bin Khalid r.a., katanya: Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun peperangan Hudaibiyah. Kami kehujanan pada suatu malam. Rasulullah sembahyang Subuh bersama kami, kemudian beliau menghadapi kami lalu bersabda: "Tahukah kamu apakah yang difirmankan Tuhan kamu?" Kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui!" Beliau bersabda: Tuhan berfirman: "Di pagi hari ada di antara hambaKu yang beriman dan yang kafir dengan Aku. Barangsiapa yang turun

berkata: Kami dihujani dengan rahmat Tuhan, rezeki Tuhan dan dengan kurnia Tuhan, maka dia beriman dengan Aku dan kafir terhadap bintang-bintang. Adapun orang yang berkata: Kami dihujani karena bintang itu, maka dia beriman kepada bintang dan kafir kepadaKu".

1564, Dari Bara', r.a. katanya: Kamu memandang kemenangan itu waktu menaklukkan Mekkah. Memang menaklukkan Mekkah itu suatu kemenangan. Kami memandang kemenangan itu ialah bi'at Ridwan pada hari peperangan Hudaibiyah. Kami bersama Nabi s.a.w. seribu empat ratus orang. Hudaibiyah itu suatu kolam, lalu kami ambil airnya dan tidak kami tinggalkan setetes pun di dalamnya. Maka sampailah berita demikian pada Nabi s.a.w., lalu beliau datang ke kolam itu, terus beliau duduk di pinggirnya. Dan beliau meminta satu bejana air, lalu beliau berwuduk dan berkumur-kumur sambil memohonkan do'a. Lalu beliau curahkan air itu ke dalam kolam tadi. Kemudian dalam kolam itu memancar air yang dipenuhi berapa saja keperluan kami dan binatang kendaraan kami. 1565, Dari Abdullah bin Abu Aufa r.a., katanya: Ketika datang rombongan memberikan sedekah, Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai Tuhan! Beri rahmatlah mereka!" Maka datanglah kepada beliau bapa Abdullah memberikan sedekahnya. Lalu beliau berdo'a: "Wahai Tuhan! Beri rahmatlah atas keluarga Abu Aufa!"

1566, Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya: "Pernah kami sembahyang Jum'at bersama Nabi s.a.w. Setelah kami kembali (pulang) belum ada bayang-bayang tembok untuk kami berteduh".1567, Dari Tariq bin Syihab r.a.: Beberapa orang Yahudi berkata: "Kalau sekiranya ayat ini diturunkan kepada kami, tentu kami jadikan hari itu suatu hari raya". Umar bertanya: "Apakah ayat itu?" Jawab mereka: "Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu. dan Aku senang Islam menjadi agamamu". (Al Maidah, 3) Kata Umar: "Saya tahu di tempat mana ayat itu turun. Ayat itu turun ketika Rasulullah s.a.w. sedang wuquf di Arafah "1568, Dari Ibnu Abbas r.a., dikhabarkannya bahwa Rasulullah s.a.w. mengirim surat kepada Kisra (Raja Persi) yang diantarkan oleh Abdullah bin Huzaifah As Sahmi. Dan beliau menyuruh supaya diberikan surat itu kepada pembesar Bahrain. Pembesar Bahrain itulah yang akan memberikannya kepada Kisra. Setelah Kisra membacanya dikoyak-koyaknya. Maka Rasulullah mendoakan agar mereka dikoyak-koyak sampai hancur.1569, Dari Abu Bakrah r.a., katanya: Ketika sampai kabar kepada Rasulullah s.a.w. bahwa penduduk Persi telah mengangkat anak perempuan Kisra menjadi Raja mereka. Lalu beliau bersabda: "Tidaklah beruntung satu kaum yang mengangkat seorang perempuan untuk urusan pemerintahan mereka". 1570, Dari Aisyah r.a.: Nabi s.a.w. bersabda waktu sakit hendak meninggal: "Hai Aisyah! Saya sentiasa merasa pedih makanan (racun) yang saya makan di Khaibar. Itulah waktunya saya merasa tali jantung saya putus karena racun itu".


Yüklə 1,02 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   26   27   28   29   30   31   32   33   34




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin