Pn. Hjh. Elina hj. Mohd abd. Kahar



Yüklə 269,76 Kb.
səhifə7/7
tarix03.11.2017
ölçüsü269,76 Kb.
#29114
1   2   3   4   5   6   7

7.3 RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan ‘Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuian dengan masa, keadaan, dan tempat di mana kita berada.

7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan, dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
7.4 PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toreransi ialah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun perlaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur paksaan. Manakala toreransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau sacara terpaksa. Perlakuan atau sikap toreransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa-apa jua perkara baik dan

dapat persetujuan secara bersama.

7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara

adil, menyeluruh, dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama, dan fahaman politik.

7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan, dan agihan

projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia ’.

7.4.5 Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaiknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.


7.5 KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa-apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, dan kecemerlangan.

7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi

yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua

pihak.

7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur



dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi

menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau

kekurangan adalah lambang setia kawan.

7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak `mahu ditegur atau dikritik.

7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan,

Pencapaian, dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7.5.10 Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah

tidak ternilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari

agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.


7.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan

seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet, dan perkampungan baharu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan tersebut.

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya

cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam memilih syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan pada setiap pihak yang

bersaing membuktikan potensi dan kecemerlangan masing-masing serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan, dan hasil yang

dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran

globalisasi/liberalisasi.

7.7 PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan

dari segala-galanya.

7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang

sentiasa terbuka.

7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan Sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1 Malaysia.
7.8 INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah

perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar

diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan hidup untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.

7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau

melalui saluran tidak sah.

7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin

mengutamakan diri, keluarga, dan kelompok tertentu perlu dijauhi.


  1. KESIMPULAN

Konsep 1 Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuh hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka ialah bangsa Malaysia, iaitu segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia ialah negara kita, tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat, iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi, dan kesetiaan.

Sesungguhnya, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia, iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.


12.0 PENUTUP

Penggunaan ‘Pendekatan Berfokus I : ATM‘A+’ Bahasa Melayu Kertas 1 dalam P&P’ adalah diharapkan memberi impak tinggi dalam usaha mempertingkat prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu, khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2012, insya-Allah! Kita hanya berusaha untuk merancang yang difikirkan terbaik, dan selebih serta outputnya kita tawakal kepada-Nya. Namun, usaha bersungguh-sungguh, amalan berdoa tanpa jemu, serta sifat-sifat baik adalah wajar mengiringi setiap langkah suci kita demi kejayaan yang ingin digapai dalam perjuangan memperoleh gred A+ Bahasa Melayu.



Pelajar-pelajar yang disayangi... ‘renungi serta hayatilah’ bait-bait pantun berikut:
Bintang tujuh sinar berseri,

Bulan purnama datang menerpa,

Ajaran guru hendak dicari,

Mana yang dapat janganlah lupa.


Sawah padi luas terbentang,

Banyak pula pokok kelapa,

Bekerja! Bekerja! pagi dan petang,

Akal ikhtiar jangan dilupa.


Pokok lengkuas di tepi paya,

Daunnya habis dimakan rusa,

Bekerja keras sedaya upaya,

Baharulah kesenangan dapat dirasa.


Hidup bernama menempah erti,

Wawasan cita terus bersemi,

Gigih usaha mainan budi,

Mati bernama bijak bestari.

Hidup bergerak mencari makan,

Gerak usaha menjadi johan,

Sekalung bakti kan kutinggalkan,

Buat guru, keluarga, dan taulan.


...Berkat Usaha serta Kesungguhan... ‘Anda Pasti Berjaya!’

Pencapaian BM Terbaik Calon SPM 2012 Menjadi Impian Kami yang Unggul! ..Insya-Allah!’


Terima Kasih Pelajar-pelajarku!

ek

/HEHMK.2012.


BIBLIOGRAFI/SUMBER RUJUKAN

Abdul Ghalib Yunus, et al.,2012. Esensi Bahasa Malaysia SPM. Selangor Darul Ehsan Pearson Malaysia Sdn. Bhd.


Asraf, Abu Seman Bakar, et al., 2011. Nexus Edisi Khas SPM Bahasa Malaysia Tingkatan 4 –5. Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.
Azizul Rahman, et al., 2012. Fokus Sukses SPM Tingkatan 4 – 5 Karangan. Johor Bahru: Pelangi Sdn. Bhd.
Bhaluddin Salleh, Shamsudin Indah, 2011. Strategi Menjawab dan Skor Penulisan Bahasa Malaysia SPM Tingkatan 4 & 5. Selangor Darul Ehsan: Global Mediastreet Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marohaini bt. Yusoff, et al. , 2005. Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kuala Lumpur: DBP
Mohd Dahalan B. Mohd. Ramli, et al. , 2009. Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5. Selangor Darul Ehsan: DBP.
Nor Aslina Mamat, et al.,2011. Siri Terpadat dan Termantap 568 Contoh Karangan SPM. Selangor Darul Ehsan: PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.
Pemeriksa-pemeriksa Kertas Bahasa Melayu (SPM), 2001 – 2011. Bahan-bahan Seminar dan Bengkel Bahasa Melayu (SPM) - Teknik Menjawab Soalan-soalan Bahasa Melayu (SPM).
Shamshul Mardiyyah bt. Hj. Bahrum, 2011. Kapsul SPM Karangan Bahasa Malaysia Kertas 1. Selangor Darul Ehsan: Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd.
Wahyunah Hj. Abd. Gani, 2002. Puisi Melayu Lama Berunsur Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



PENDEKATAN BERFOKUS I : ATM‘A+’ BM1 2012BM ‘A+’

| PRASYARAT BM ‘A+’ IALAH MESTI BERUSAHA LEBIH AWAL, RAJIN MEMBACA, MEMBUAT LATIH TUBI, & PATUHI TEKNIK MENULIS!


Yüklə 269,76 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin