Pembuktian pencapaian hasil pembelajaran konsert lagu ciptaan bahasa tiong hua



Yüklə 164,5 Kb.
səhifə2/16
tarix03.01.2022
ölçüsü164,5 Kb.
#44532
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   16
PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

  1. NEW TUNE MUSIC WORKSHOP (NT) merupakan satu organisasi yang memberikan peluang kepada para pelajar UKM untuk menonjolkan bakat diri sendiri di atas pentas dan meningkatkan keyakinan para pelajar.


Aktiviti-aktiviti yang disediakan termasuk kelas menyanyi, kelas keyboard, kelas guitar dan kelas menari. Selain itu, ativiti seperti ceramah dalam bidang muzik, lawatan ke studio dan ceramah penggunaan alat-alat muzik juga disediakan.
Aktiviti yang dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat diri sendiri dan mengharumkan nama UKM ialah Konsert Lagu Ciptaan Bahasa Tiong Hua yang diadakan setiap tahun.



  1. Rekod yang pernah dicapai oleh pelajar dari NEW TUNE MUSIC WORKSHOP (NT) UKM:




  1. Pada tahun 1993, lagu ciptaan bekas pelajar UKM Low Ai Mei telah berjaya memasuki pertandingan akhir “Halo Song Composing Competition” peringkat negara yang dianjurkan oleh Halo Café, Kuala Lumpur.




  1. Pada tahun 1995, lagu ciptaan bekas pelajar UKM Zhong Ying Chao sekali lagi berjaya memasuki pertandingan separuh akhir “Halo Song Composing Competition” anjuran Halo Café, Kuala Lumpur.




  1. Pada tahun 1999, 2 buah lagu iaitu “Itu Dia” (Shi Le) dan “Tak Dapat Carimu” (Zhao Bu Dao Ni) yang dicipta oleh bekas pelajar UKM Yao Hua Feng telah berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan lagu ciptaan “Our Voice” anjuran Radio 5 RTM Malaysia.




  1. Pada tahun 2002, lagu berjudul “Asalkan Mu Gembira” (tian zhe ni de jiao zhi jiu hao) yang dicipta oleh bekas pelajar UKM Ng Sean Fong telah berjaya mendapat anugerah “Sepuluh Lagu Tempatan yang Terbaik” pada malam anugerah yang dianjurkan oleh Persatuan Hiburan dan Penerangan Malaysia. UKM merupakan IPTA pertama yang memperoleh anugerah ini.




  1. Pada tahun 2002, lagu ciptaan bekas pelajar UKM Ong Kim Lih yang berjudul “Entah” (Bu Dong) dan lagu ciptaan pelajar siswazah UKM Tan Chin Lee yang berjudul “Ingat Bila Perlu” (Jing Guo Ni De Xin Xiang Jing Guo Ye Dian) telah berjaya mendapat hadiah saguhati dalam anugerah “Lagu Ciptaan antara Universiti” peringkat negara.



  1. Dalam tahun yang sama, lagu ciptaan Chen Jia Kai yang berjudul “Pujuk Yang Dipinjam” telah dinyanyikan oleh Wakin Chow, seorang penyanyi Taiwan yang terkenal. Malah, lagu tersebut telah berjaya mendapat anugerah “Sepuluh Lagu Antarabangsa Terbaik” pada malam anugerah yang dianjurkan oleh Persatuan Hiburan dan Penerangan Malaysia.




  1. Pada tahun 2003, “Tie Guan Ka Fei” telah dinyanyi oleh Wan Fang, seorang penyanyi Taiwan manakala lagu “Sayap Hitam” telah dinyanyi oleh Jiang Mei Qi, juga seorang penyanyi Taiwan. Kedua-dua buah lagu tersebut merupakan ciptaan bekas pelajar UKM Ng Sean Fong. Selain itu, lagu ciptaan pelajar siswazah UKM Lim Boon Shan yang berjudul “Qu Fu” juga telah dinyanyi oleh Ma Yu yang merupakan seorang penyanyi China.




  1. Pada tahun 2004, album pertama Chen Jia Kai yang berjudul “Penerbangan 943” telah memperolehi beberapa anugerah iaitu anugerah “Lagu Terbaik”, anugerah “Lagu Gubahan Terbaik”, anugerah “Penerbitan Terbaik” dan anugerah “Album Terbaik” pada malam anugerah yang dianjurkan oleh Persatuan Hiburan dan Penerangan Malaysia.




  1. Pada tahun 2004, lagu ciptaan bekas pelajar UKM Tey Kim Kuan yang berjudul “Tahu Akhirnya” (Zui Hou Cai Zhi Dao) telah dimasukkan dalam album “Xin Yue Ping” dan seterusnya telah menjadi juara selama 3 minggu dalam carta lagu bahasa Tiong Hua Radio 5 RTM Malaysia.




  1. Bekas pelajar UKM Yao Hau Feng telah menubuhkan “Avenue 1 Studio”.




  1. Pada tahun 2005, lagu berjudul “Biar Muzik Menemaniku” (Rang Yin Yue Pei Zhe Wo) yang dinyanyi oleh penyanyi China juga merupakan ciptaan bekas pelajar UKM Tey Kim Kuan.




  1. Pada tahun 2005, lagu ciptaan pelajar UKM Thum Cheng Haw yang berjudul “Mulai Esok” (Ming Tian Kai Shi) telah dinyanyi oleh penyanyi tempatan Nick Chong yang baru sahaja mengeluarkan album terbarunya pada bulan April, 2005.




  1. Dalam tahun yang sama, lagu berjudul “Yuan Qi” yang dinyanyikan oleh Eason Chan, seorang penyanyi Hong Kong kerap didendang di stesen-stesen radio tempatan. Lagu ini merupakan ciptaan bekas pelajar UKM Liew Wei Peng.




  1. Selain itu, bekas pelajar UKM Diana Wee juga telah mengeluarkan albumnya.




  1. Pada tahun 2005, bekas pelajar UKM Regine Tai telah menerbitkan albumnya melalui syarikat antarabangsa Rock Record.




  1. Pada 22 Januari 2006, New Tune Music Workshop (NT) berjaya mengadakan sebuah konsert besar di DECTAR UKM.




  1. Pada 24 Julai 2006 pula, New Tune Music Workshop (NT) dengan lancarnya telah mengadakan satu persembahan yang dinamakan sebagai “Malam Persembahan Lagu Ciptaan Bahasa Tiong Hua UKM” di Panggung Seni.




  1. Pada tahun 2007, lagu ciptaan bekas pelajar UKM yang bernama Fang San Foo yang lagunya berjudul “Menanti" ( Deng Dai ) dinyanyi oleh pelajar UKM yang bernama Wang See Kiang telah dimasukkan ke album “Xiang Fei Original Soundtrack" Di Taiwan.




Yüklə 164,5 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   16




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin