Istilah : taat kpd Allah swt sepenuh hati tanpa ragu dan patuh kepada segala perintahNya
Nabi Muhammad saw diutus ketika manusia berada pd zaman jahiliyah dan berdakwah selama 23 thn.
PSTI iaitu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi nilai tertentu.
PSTI terkandung dalam ajaran al-Quran & al-sunnah bukan bersandar falsafah/pemikiran seperti tamadun lain.
PSTI merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan alam.
Konsep Keimanan
Konsep Keimanan
Beriman kepada Allah swt merupakan asas pembinaan TI
Skop kepercayaan dan keimanan kpd Allah ialah melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya.
ﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨ
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar “(al-Bayyinah: 5)
Konsep Kekuasaan
Konsep Kekuasaan
Allah swt adalah pencipta, penguasa, pemilik mutlak seluruh alam dan segala isinya.
ﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣﯤﯥﯦ
“Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (al-Maidah: 17)
Manusia sebagai khalifah yg tiada kuasa mutlak
Manusia mesti mematuhi segala ketetapan hukum Allah swt & prinsip-prinsipnya
ﯦﯧﯨﯩﯪﯫﯬﯭﯮﯯ
“dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang zalim” (al-Maidah: 45)
Konsep Kemanusiaan
Konsep Kemanusiaan
Manusia adalah makhluk mukallaf dan sebaik2 kejadian
Tanggungjawab manusia merangkumi hubungan:
Allah swt
Sesama manusia
Alam semesta
Ukuran kemuliaan manusia – taqwa
ﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉﮊ
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” (al-Hujurat: 13)
Taqwa merupakan asas pembinaan tamadun Islam.
Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab – tamaddun (kemajuan / peradaban)
Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab – tamaddun (kemajuan / peradaban)
Istilah Sinonim dengan Istilah Tamadun
Istilah Sinonim dengan Istilah Tamadun
Ibn Khaldun sarjana pertama membicarakan tamadun dalam kitabnya al-Muqaddimah
Beliau menggunakan istilah:
Umran (perbandaran) – merangkumi semua aspek kemajuan spt perundangan, pegangan akidah, komunikasi dsb
Hadharah (Kebudayaan)
Syeikh Muhammad Abduh (kitabnya – al-Islam wa al-Nasraniyyah wa al-’ilm wa al-Madaniyyah) & Muhammad Farid Wajdi (kitabnya - al-Madaniyyah wa al-Islam) – perkenalkan istilah madaniyyah
Kelahiran Istilah Tamaddun
Jurji Zaydan (kitabnya Tarikh al-Tamaddun al-Islami) telah perkenalkan istilah tammadun berasal drpd perkataan maddana. Istilah tersebut terus popular selepas itu
Abu Hassan Ali al Nadawi (kitabnya Western Civilisation, Islam and Muslim) menyatakan istilah hadharah dan madaniyyah menepati konsep tamadun Islam dan berpusat kpd wahyu
Al-Quran
Al-Quran
Iaitu wahyu yg diturunkan oleh Allah swt kpd Rasulullah saw melalui malaikat Jibrail.
Mukjizat yg mengandungi prinsip2 asas Islam dan ilmu pengetahuan merangkumi ilmu kerohanian dan kebendaan yg menjadi teras membangunkan tamadun
Pendorong manusia utk menggunakan akal utk capai kesejahteraan dan kejayaan dlm kehidupan bersumberkan al-Quran
ﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫﮬﮭﮮﮯ
Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan yang melalaikan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (al-An’am: 32)
Segala kegiatan dan kejayaan manusia mesti berpandukan syariat yg ditetapkan dlm al-Quran.
Al-Sunnah
Al-Sunnah
Iaitu segala yg disandarkan kepada Rasulullah saw pada perbuatan, percakapan dan pengakuan.
Merupakan sumber kedua selepas al-Quran yg menjadi penghurai dan pelengkap al-Quran.
Pengabaian terhadap dua sumber ini akan menjadikan tamadun tidak seimbang
Ijtihad
Tamadun manusia yg sentiasa berkembang sering berlaku pembaharuan yg mana terdapat masalah yg memerlukan penjelasan hukum (ijtihad) yg tidak terdapat pada al-Quran & al-Sunnah.
Ulama memainkan peranan utk berijtihad.
Ijtihad merupakan gabungan tenaga wahyu dan akal bg membangunkan tamadun Islam
Tamadun dan Budaya Lain
Tamadun dan Budaya Lain
Islam adalah bersifat terbuka dlm menerima nilai dan idea daripada tamadun lain selagi tidak bercanggah dgn ajaran Islam.
Hal ini memperkayakan tamadun Islam
Pada dasarnya tamadun Islam banyak dipengaruhi tamadun Arab
AKIDAH
AKIDAH
Iaitu kepercayaan / keimanan kpd hakikat dan nilai-nilai mutlak, kukuh dalam jiwa setiap muslim. Merupakan perjanjian antara makhluk dgn Allah swt
Pegangan akidah yg mantap akan membebaskan diri daripada sesuatu yg bersifat makhluk.
Hassan al-Banna:
Akidah ialah hal2 yg berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati hingga menjadi tenteram, tidak ragu2 dan bimbang, serta bersih daripada segala syak wasangka
Berbeza dgn ideologi (isme) ciptaan manusia yg bersandarkan falsafah material semata2 dan menafikan kewujudan Tuhan gagal membawa ketenteraman dan menyelesaikan masalah spt sekularisme, materialisme, kapitalisme, liberalisme dsb
Akidah melahirakan tamadun yang mantap dan bebas daripada penyelewengan
Aspek Akidah / Kepercayaan dalam Islam
Aspek Akidah / Kepercayaan dalam Islam
Aspek Kaedah Pelaksanaan Akidah
Aspek Kaedah Pelaksanaan Akidah
Tiga prinsip yang menjadi asas akidah:
Aspek kesatuan
Aspek rasional
Aspek toleransi
Aspek Kesatuan
Akidah merupakan asas pegangan yang penting. Melaluinya manusia dapat disatukan walaupun berbeza ciptaan fizikal, rupa, keturunan dan pangkat
Ini kerana akidah meletakkan kepercayaan hanya kepada Allah dan bersandarkan sumber al-Quran dan al-Sunnah
Kesatuan fikiran manusia juga dapat terbentuk kerana punyai matlamt kehidupan yang sama iaitu mencari redha Allah.
Aspek Rasional
Aspek Rasional
Akidah Islam tidak hanya didasarkan kepada kepercayaan yang bersifat dogmatic tetapi penggunaan akal logic yang rasional.
Tujuannya bagi membuktikan kebenaran akidah Islam. Justeru al-Quran menganjurkan manusia sentiasa menyelidik, mengkaji dan memahami kejadian alam yang menjadi bukti kekuasaan dan kewujudan Allah.
Berikut beberapa aspek rasional:
Menolak semua yang tidak sesuai dengan realiti: menolak bentuk pemikiran dan amalan yang bersifat khayalan, tahyul, sihir, khurufat atau sesuatu yang berlawanan dengan akal waras
Menolak pertentangan antara akal dengan wahyu: Al-Quran adalah wahyu daripada Allah yang tidak diragui, menjadi petunjuk dan pembimbing kepada manusia pada jalan kebenaran dan sumber ilmu. Semua kandungan al-Quran tidak bertentangan dengan akal.
Bersifat terbuka kepada penemuan baru: Islam tidak menolak penemuan2 baru dalam sains dan teknologi yang membawa kebaikan kepada manusia, tetapi perlu bersandarkan:
Bersifat terbuka kepada penemuan baru: Islam tidak menolak penemuan2 baru dalam sains dan teknologi yang membawa kebaikan kepada manusia, tetapi perlu bersandarkan:
Tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akal
Tidak membawa kemudharatan
Tidak menjerumuskan manusa kepada kemaksiatan / keruntuhan akhlak
Membawa bukti keagungan Allah dan tingkat keimanan
Toleransi
Islam menuntut manusia agar memiliki sifat toleransi atau disebut ‘tasamuh’ (dalam Bahasa Arab) iaitu sikap akhlak terpuji dalam pergaulan, di mana terdapat rasa saling menghargai antara sesama manusia dalam batas-batas yang digariskan oleh ajaran Islam.
SYARIAH
SYARIAH
Iaitu himpunan hukum / peraturan / ketetapan Allah swt bagi mengatur hubungan manusia dgn Allah swt, hubungan sesama dan hubungan dgn alam bagi mencapai kesejahteraan dan keamanan dunia dan kebahagian di akhirat.
ﮗﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤ
Kemudian Kami jadikan kamu menjalankan Syariat dari hukum agama; maka turutlah ia, dan janganlah diturut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui. (al-Jathiyah: 18)
Keistimewaan Syariah Islam
Bersifat sempurna bagi memenuhi keperluan manusia dalam semua bidang
Lengkap dalam mengatur kehidupan dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar perkara
Bersifat sepadu kerana prinsipnya mengatur urusan dunia dan agama
Bersifat universal kerana tidak tertakluk kepada batasan kaum dan geografi
Mempunyai matlamat yang jelas iaitu mendapatkan keredhaan Allah
Bersifat tetap dan tidak berubah
Maqasid al-Syari’ah (Tujuan Syariah) Tamadun Islam
Maqasid al-Syari’ah (Tujuan Syariah) Tamadun Islam
Memelihara Agama
Memelihara Agama
Agama Islam = teras tamadun Islam yg wajib dipertahankan kerana ianya merupakan nikmat paling besar.
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. (al-Maidah: 3)
an sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang yang rugi. (ali-Imran: 85)
Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar (Luqman: 13)
“…..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak” (al-An’am: 151)
Memelihara Akal
Memelihara Akal
Membezakan manusia dgn haiwan, melayakkan manusia menerima tggjwb, membezakan baik & buruk.
Manusia dilarang melakukan perkara yg boleh merosakkan akal
Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
Memelihara kehormatan
Kehormatan diri seperti maruah dan keturunan di kawal menerusi perkahwinan yg sah. Justeru, jauhi larangan yg merosakan kehormatan
Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim. (al-Hujurat: 11)
Memelihara Harta Benda
Memelihara Harta Benda
Harta merupakan keperluan manusia. Manusia dilarang mengumpulkan harta dengan cara yang salah.
Manusia juga disarankan agar menafkahkan harta pada jalam Allah melalui sedekah atau zakat.
Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (al-Baqarah: 188)
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah: 195)
Akhlak
Akhlak
Dlm bahasa Arab – khuluq = budi pekerti, tingkah laku, tabiat
Menurut Imam al-Ghazali :Akhlak ialah “sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa perlu pertimbangan akal”
Prinsip akhlak – bersifat universal, lengkap dan tidak boleh diubahsuai mengikut selera manusia
Antara tujuan Nabi Muhammad saw diutus adalah utk menyempurnakan akhlak
Akhlak membezakan manusia dgn haiwan.
Akhlak yang baik mencerminkan keimanannya.
Banyak tamadun runtuh akibat kerosakan akhlak manusia.
Keimanan dan Pengabdian Diri kepada Allah
Keimanan dan Pengabdian Diri kepada Allah
Prinsip utama hidup bertamadun dlm Islam – keimanan dan menjelmakannya dlm kehidupan
ﯔﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣﯤﯥﯦﯧﯨﯩﯪﯫﯬ
Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (surah ar-Ruum: 30)
Prinsip benar dan amanah
Prinsip benar dan amanah
ﭲﭳﭴﭵﭶﭷﭸﭹ
Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar. (at-Taubah: 119)
Prinsip Adil
ﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉﮊﮋ
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan (an-Nahl: 90)
Jalan Capai Matlamat Tamadun Islam
Jalan Capai Matlamat Tamadun Islam
Adab-adab Pembinaan Tamadun
Adab-adab Pembinaan Tamadun
Manusia hendaklah menjaga adab dalam memanfaatkan sumber alam utk kesejahteraan hidup
ﯓﯔﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢ
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.(al-’Araaf: 56)
Ciri-ciri / Sifat-sifat Keistimewaan Tamadun Islam
Ciri-ciri / Sifat-sifat Keistimewaan Tamadun Islam
Berifat Rabbani
Allah swt adalah punca segala kekuasaan, manusia sebagai pemegang amanah
Allah swt berikan manusia potensi utk capai ketamadunan
Atas sifat Rabbani, TI mempunyai nilai kebaikan, ketenangan, redha Allah swt
Sesuai dengan fitrah dan akal manusia
TI bersandarkan wahyu dan akal. Tanpanya manusia gagal laksanakan tugas sebagai khalifah.
Tidak Membebankan
Perintah yang disyariatkan Allah swt sesuai dengan kemampuan manusia
Sempurna dan menyeluruh
Islam adalah agama utk seluruh umat manusia meliputi semua masa, tempat dan segenap bidang kehidupan.
Islam tidak memisahkan dua unsur tersebut daripda kehidupan.
Sepanjang zaman
Prinsip2 dlm Islam dalam bentuk yang umum, tujuannya untuk disesuaikan dengan kehidupan manusia mengikut zaman dan tempat.
Terbuka dan toleransi
TI tidak menolak unsur-unsur daripada tamadun lain jika tidak bertentangan dengan hukum syariat Islam.
Kesatuan dalam kepelbagaian
Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa bukan penghalang kepada pembentukan kesatuan umat dalam TI kerana TI tertegak atas prinsip keadilan dan kesaksamaan.
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Islam
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Islam
Faktor kelahiran
Islam menekankan perlunya akidah dibina atas keyakinan berasaskan ilmu
Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w jelas Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan penggunaan akal
Islam menyuruh supaya berfikir dalam mencari kebenaran dan melarang menerima sesuatu secara jahil dan ikut-ikutan
Al-Quran dan al-Sunnah mengajak umat Islam mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan
Isu kandungan al-Quran mengandungi pelbagai rahsia ilmu utk diteroka, direnung dan dikaji
Luasnya ilmu Allah s.w.t takkan mampu manusia menyelongkar semua rahsia Allah yang maha luas ilmunya.
Faktor Kecemerlangan
Faktor Kecemerlangan
Keyakinan Umat Terhadap Ajaran Islam
Ajaran al-Quran mengajak manusia mempelajari ilmu sains tabii, falsafah dan pelbagai ilmu yg boleh dicapai oleh akal
Suatu ilmu dinilai berdasarkan sejauhmana ia boleh membawa manusia mengenali Allah dan mencari kebenaran serta mematuhi suruhanNya
Manusia yang enggan menggunakan pancaindera dan akal utk mencari kebenaran merupakan seburuk-buruk manusia
Hakikat keyakinan terhadap ajaran Islam, umat Islam di serata tempat berlumba mempelajari dan mengembangkan pelbagai bidang ilmu.
Hasilnya, pelbagai ilmu baharu ditemui selain memperbaharui ilmu tinggalan tamadun Greek dan Yunani
Sumber Ekonomi yang Luas dan Banyak
Sumber Ekonomi yang Luas dan Banyak
Salah satu sumber kewangan Islam ialah zakat.
Zakat menjadi pendorong umat Islam berusaha mencari harta dan berlumba mengumpul harta agar dapat mengeluarkan zakat
Apabila empayar Islam semakin luas sehingga ke Andulisia di sebelah barat dan India disebelah timur maka sumber kewangan semakin luas
Ini membolehkan kegiatan ilmu diberi tumpuan seperti pembinaan sekolah, universiti, perpustakaan, balai cerap.
Politik yang stabil
Dari abad 8 hingga 13M , dunia Islam dalam keadaan stabil
Ini membolehkan pemerintah beri tumpuan kepada kegiatan ilmu dan memakmurkan negara Islam
Umat Islam bebas mengembara ke seluruh dunia utk tujuan perniagaan atau pengembangan ilmu sehingga Islam tersebar di Alam Melayu
Keadilan yang menyeluruh
Keadilan yang menyeluruh
Pemerintah Islam bersifat adil kepada rakyat tanpa mengira anutan agama
Orang bukan beragama Islam diberi kebebasan mengamalkan agama mereka
Justeru muncul ramai ilmuan terkenal dlm sejarah Islam di Andalusia dan Baghdad
Ketenteraan yang kuat
Kekuatan tentera Islam berfungsi utk menggerunkan pihak musuh yang cuba menceroboh dan mengancam umat Islam
Antara rahsia kekuatan ialah semangat jihad yg tinggi
Justeru di zaman kehebatan tamadun Islam, umat Islam menguasai banyak wilayah termasuk pedagang Islam yang berdagang ke seluruh dunia
Kedudukan yang Strategik
Sebahagian dunia Islam berada di kedudukan geografi yang strategik
Umat Islam menguasai jalan2 pedagangan dan bumi kaya dengan sumber alam
Prasarana yang sempurna
Prasarana yang sempurna
Pemerintah2 Islam menyediakan kemudahan utk rakyat spt Saidina Umar al-Khattab mengarah membina terusan di sungai Nil utk tujuan pertanian
Pada zaman kerajaan Bani Umaiyah di Andulisia, jalan2 banyak dibina yang menghubungkan kota2 dan diterangi dengan lampu
Keterbukaan kepada Tamadun Lain
Islam iktiraf tamadun2 lain yang bermanfaat utk manusia
Misalnya pada abad ke 8 dan ke 9, banyak karya Yunani dan Latin dlm bidang falsafah dan perubatan diterjemah ke bahasa Arab
Berlaku apabila pemerintah berlaku zalim , menindas rakyat dan pemerintah yang tidak amanah dan tidak berkelayakan
Kerajaan akan huru-hara, politik tidak stabil, ekonomi lumpuh
Iany pernah berlaku selepas pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia
Berlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlak
Terdapat pemerintah Islam yang hidup berfoya-foya disebabkan kemewahan
Ianya menjadi punca musuh-musuh Islam melakukan serangan dan merampas wilayah2 Islam
Kekurangan sumber ekonomi
Kekurangan sumber ekonomi akan menyebabkan perancangan pembangunan tidak dpt dijalankan.
Masalah sosial akan berlaku spt kegiatan mencuri dan sebagainya
Kegiatan Ilmu tidak berkembang
Kegiatan Ilmu tidak berkembang
Abad ke 15 hingga ke 18, kegiatan keilmuan dlm kalangan umat Islam kurang menyerlah malah sarjana2 Barat mula bangkit menguasai bidang ilmu.
Ini mungkin pihak pemerintah Islam mula menunjukkan kelemahan dan tidak menunjukkan minat dlm keilmuan.
Ancaman musuh luar
Pada tahun 1256M, tentera Monggol tlh menyerang dan menghancurkan Baghdad yg merupakan pusat pemerintahan dan pusat keilmuan pd zaman Bani Abbasiyyah.
Banyak khazanah Islam dlm bentuk buku2 dibuang ke sungai Furat
Pada zaman penjajahan Barat banyak manuskrip di bawa ke negara2 Barat menyebabkan umat Islam kehilangan banyak khazanah yg dihasilkan oleh ilmuan Islam
Bencana Alam
Bencana Alam
Bencana alam seperti wabk penyakit, kemarau panjang, banjir besar, ribut, tsunami dan gempa bumi menjadi faktor meruntuhkan tamadun
Dalam al-Quran, banyak kisah umat terdahulu yang telah Allah binasakan dengan bencana seperti kisah kaum thamud yang dihancurkan dengan halilintar kerana kufur dgn seruan Nabi Saleh.
Sumbangan Tamadun Islam
Sumbangan Tamadun Islam
Akidah
Islam membebaskan manusia dari sebarang bentuk penyembahan selain Allah swt seperti berhala dan sebagainya. Kepercayaan dan keyakinan hanya pada Allah sebagai tuhan yang esa dan disembah tanpa melalui perantaraan.
Sosial
Tamadun Islam memperkenalkan prinsip keadilan, persamaan, kehormatan dan kemuliaan insan dlm aspek sosial. Sesungguhnya kedudukan manusia disisi Islam adalah sama. Justeru manusia diperintah supaya berbuat baik sesama manusia dan berlaku adil. Dengannya akan wujud kesejahteraan dan keharmonian
Manusia yang melakukan penindasan dan kejahatan kepada manusia lain adalah manusia yang keji disisi Allah dan akan peroleh balasan buruk di akhirat
3. Ekonomi
3. Ekonomi
Berteraskan keadilan, mengharamkan riba dan segala bentuk penindasan. Sepertimana Firman Allah, maksudnya:
“ Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba…” (al-Baqarah: 275)
Dalam kegiatan ekonomi, manusia diingatkan agar mengeluarkan zakat, bersedekah dan menginfakkan harta kepada golongan yang memerlukan. Melaluinya akan melahirkan masyarakat yang saling bantu membantu dan saying menyayangi di samping menghapuskan sifat buruk seperti tamak dan sombong.
4. Ilmu Pengetahuan
4. Ilmu Pengetahuan
Islam menggalakkan manusia menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan, bukan sekadar ilmu tradisi tetapi juga ilmu moden bg pembangunan tamadun Islam yg unggul
Tanpa ilmu pengetahuan manusia akan ketinggalan daripada arus kemajuan dan akan tertindas.
Islam mewajibkan manusia agar menguasai ilmu keduniaan dan ilmu agama agar kehidupan dalam keseimbangan dan terhindar daripada sifat melampau.
Politik
Politik
Islam perkenalkan prinsip keadilan dan amanah yang menjadi kewajipan pemimpin. Pemimpin dipertanggungjawabkan di atas pimpinannya di hadapan Allah. Justeru, kuasa dan kedudukan bukan satu kelebihan dan kehebatan tetapi sebagai satu amanah dan beban yang cukup berat.
Rakyat wajib mentaati pemimpin selagi mana ia taat kepada Allah swt dan rasulNya.
Pemimpin yang dipilih hendaklah menepati ciri-ciri yang dikehendaki dalam Islam seperti waras akal fikiran, berilmu, mampu melaksanakan syariat Islam dan adil.
Kesenian
TI telah melahirkan kesenian yang pelbagai termasuk seni bahasa dan tulisan, sastera, seni bina, seni muzik dsb.
Islam tidak meletakkan ciri khusus pada kesenian. Namun setiap kesenian yang dimiliki dan diwarisi oleh satu-satu bangsa hendaklah tidak bertentangan dengan hukum Islam
Jihad Menurut Islam
Jihad Menurut Islam
Jihad seringkali difahami sebagai tindakan yang dikaitkan dengan perjuangan menggunakan senjata atau secara fizikal yang bersifat kekerasan.
Hakikatnya, jihad dalam Islam memberi pengertian yang cukup meluas meliputi seluruh aspek kehidupan
Pengertian Jihad
Perkataan jihad diambil dari perkataan bahasa Arab berasal dari kata ‘jahada’ bermaksud menggunakan segala usaha dengan bersungguh2 untuk mendapatkan atau menolak sesuatu.
Pengertian jihad menurut syariah:
berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai hal-hal yang diredhai oleh Allah seperti iman dan amal soleh, sekaligus untuk menolak hal-hal yang dibenci-Nya seperti kekufuran, kefasikan, dan kemaksiatan.
berjuang dengan segala pengorbanan harta dan jiwa demi menegakkan kalimat Allah (Islam) atau membela kepentingan agama dan umat Islam.”
Dalil Jihad
Dalil Jihad
ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡ
"Berangkatlah engkau semua, dengan rasa ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta-harta dan dirimu semua fisabilillah." (at-Taubah: 41)
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan.” Muttafaq Alaihi.
“Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu.” (Riwayat Ahmad dan Nasa’i)