Sifat-Sifat Al-Quran
-
Bersifat kerohanian:
Al-Quran bersifat kerohanian sehingga dapat memberi kesan mendalam kepada sanubari dan memberi sinar petunjuk kepada hati manusia. Sifat nur al-Quran menyelamatkan manusia dari jalan kesesatan dan kegelapan jahiliah kepada cahaya kebenaran. Hanya dari al-Quran sahaja seseorang itu boleh memperolehi cahaya keimanan dan hidayah untuk menuju ke jalan yang paling lurus dan selamat di akhirat kelak. Dan hanya al-Quran mampu membawa manusia kepada akidah tauhid yang murni sehingga terselamat dari segala bentuk kesesatan atau kesysirikan. Sebagaimana firman Allah:
وَكَذَلِكَ اَوْحَيْنَا اِلَيْكَ رُوْحًا مِنْ اَمْرِنَا ، مَا كُنْتَ تَدْرِى مَا الْكِتَابُ وَلاَ اْلاِيْمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوْرًا نَهْدِى بِهِ مَنْ نَشَآءُ مِنْ عِبَادِنَا وَاِنَّكَ لَتَهْدِى اِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (roh al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuk dengan dia siapa yang Kami kehendaki antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus".
As-Syura, 42:52.
Dimaksudkan dari kalimah (رُوْحًا) "Roh" di ayat ini ialah "Al-Quran". Kemudian dijelaskan: "Kami jadikan al-Quran itu cahaya", seterusnya dijelaskan lagi: "Dan dengan cahaya itu Kami tunjukkan siapa yang Kami kehendaki antara hamba-hamba Kami".268 Maka "Roh" atau sifat "Kerohanian" al-Quran ialah memberi petunjuk kepada manusia terutamanya yang mahu beriman dengannya.
2. Memberi Cahaya (Sinar):
Al-Quran dan as-Sunnah sering memperkatakan tentang cahaya (petunjuk iman) dan lawannya, iaitu kegelapan atau kesesatan (kekufuran). Cahaya menggambarkan hidayah dan kebenaran atau keimanan. Kegelapan pula menggambarkan kesesatan, kekufuran, kesyirikan dan kejahilan. Maka antara sifat dari sifat-sifat al-Quran ialah "Nur" sinar/cahaya yang memberi sinar petunjuk menuju ke arah keimanan kepada Allah sebagaimana firmanNya:
يَااَيُّهَاالنَّاسُ قَدْجَآءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَاَنْزَلْنَااِلَيْكُمْ نُوْرًا مُبِيْنًا.
"Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (al-Quran)".
An-Nisa', 4:174.
قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللهِ نُوْرٌ وَكِتَابٌ مُبِيْنٌ يَهْدِى بِهِ اللهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلاَمِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ اِلَىالنُّوْرِ بِاِذْنِهِ وَيَهْدِيْهِمْ اِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
"Sesungguhnya telah sampai kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan (cahaya maksudnya Muhammad dan al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan yang selamat, dan (dengan cahaya kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus".
Al-Maidah, 5:15-16.
الر . كِتَابٌ اَنْزَلْنَاهُ اِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ اِلَى النُّوْرِ بِاِذْنِ رَبِّهِمْ اِلَى صِرَاطِ الْعَزِيْزِ الْحَمِيْدِ.
"Alif, Lam, Raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji".
Ibrahim, 14:1.
وَكَذَالِكَ اَوْحَيْنَا اِلَيْكَ رُوْحًا مِّنْ اَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِى مَاالْكِتَابُ وَلاَ اْلاِيْمَانُ وَلَكِنْ جَـعَلْنَاهُ نُوْرًا نَّهْدِيْ بِهِ مَنْ نَّشَآءُ مِنْ عِبَادِنَا.
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus".
Asy-Syura, 42:52.
اَوْمَنْ كَانَ مَيْتًا فَاَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَالَهُ نُوْرًا يَمْشِى بِهِ فِى النَّاسِ كَمَنْ مَّثَلُهُ فِى الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا.
"Apakah orang yang sudah mati kemudian Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya?".
Al-An'am, 6:122.
3. Bersifat Petunjuk Dan Rahmat:
Petunjuk (الهدى) boleh dimaknakan: "Taufiq" (التوفيق) atau "Ilham" (الالهام) yang mana ia berlaku khususnya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapat petunjukNya.269 Sebagaimana firman Allah:
فَمَنْ يُرِدِ اللهُ اَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلاِسْلاَمِ.
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk Agama) Islam".
Al-An'am, 6:125.
Dengan ayat ini, Allah menafikan petunjuk RasulNya (kerana hakikat pemberi petunjuk adalah Allah Subhanahu wa-Ta'ala) sebagaimana firmanNya:270
اِنَّكَ لاَ تَهْدِى مَنْ اَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللهَ يَهْدِى مَنْ يَشَآءُ
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya".
Al-Qashash, 28:56.
Petunjuk adalah isyarat yang mengarah sama ada ke arah kesesatan atau kebenaran. Tetapi yang dimaksudkan dengan "Petunjuk" dalam tajuk ini ialah setiap apa yang didatangkan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam termasuklah berita-berita yang benar, iman yang sahih, ilmu yang bermanfaat dan amal soleh.271
Al-Quran adalah sebuah kitab suci dari Allah yang berupa kitab petunjuk yang hanya mengarah manusia yang beriman dengannya ke jalan yang lurus, yang hak atau kebenaran. Petunjuk al-Quran adalah petunjuk yang lurus, dengannya dapat menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.
Kandungan al-Quran yang dipenuhi dengan cahaya petunjuk Rabbani dapat menghapuskan kegelapan hawa nafsu jahiliah yang menyelewengkan manusia ke arah kepercayaan khurafat, tahayyul, kekufuran, kesyirikan atau bid'ah. Firman Allah:
طس . تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُبِيْنٍ هُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِيْنَ.
"Thaa Siin. (Surah) ini adalah ayat-ayat al-Quran dan (ayat-ayat) Kitab yang menjelaskan. Untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang-orang yang beriman".
An-Naml, 27:1-2.
الـم . تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيْمِ هُدًى وَرَحْمَةً لِلْمُحْسِنِيِنَ.
"Alif, Laam, Miim. Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah. Menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan".
Loqman, 31:1-2.
اِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ اَقْوَامُ.
"Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus".
Al-Isra', 17:9.
مَاكُنْتَ تَدْرِى مَاالْكِتَابُ وَلاَ اْلاِيْمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوْرًا نَهْدِى بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا . وَاِنَّكَ لَتَهْدِى اِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuk dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus".
Asy- Syura, 42:52.
Sesiapa yang mengambil selain al-Quran dan hadith-hadith sahih (sebagai penafsir al-Quran) untuk mencari petunjuk, maka dia akan menuju ke jalan kesesatan yang jauh, kerana hanya al-Quran sahaja sebenar-benar kitab petunjuk yang tiada keraguan baginya kepada mereka yang inginkan ketakwaan. Allah berfirman:
الم . ذَالِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِلْمُتَّقِيْنَ.
"Alif Laam Miim. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa".
Al-Baqarah, 2:1-2.
4. Bersifat Bayan :(بيان)
Kalimah bayan bermaksud: "Penerangan", "Tafsiran/Penafsiran" atau "Penjelasan". Iaitu penjelasan bagai seluruh manusia bagaimana untuk berakidah, beribadah, bertakwa dan kembali kepada Tuhannya. Al-Quran adalah Kitab Allah yang bersifat bayan. Ia diturunkan kepada RasulNya sebagai bayan untuk mengurus masalah keimanan manusia agar tidak syirik dan sesat dari jalan kebenaran. Al-Quran menjadi bayan yang dapat membimbing manusia memenuhi apa sahaja yang diperlukan dalam kehidupan mereka. Bayan dari al-Quran telah terbukti dapat menyelesaikan perselisihan masyarakat manusia. Dan hanya bayan dari al-Quran sahaja yang boleh mendekatkan diri seseorang hamba kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala sehingga menjadi hamba yang soleh dan bertakwa.
Manusia akan sesat jika memilih selain dari al-Quran untuk menerajui perjalanan hidup dan akidahnya, itulah antara bayan dari Kitab Allah.. Firman Allah Azza wa-Jalla:
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ.
"Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu".
An-Nahl, 16: 89.
وَمَا اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ اِلاَّ لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيْهِ.
"Dan Kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab ini melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan".
An-Nahl, 16:64.
هَذَا بَيَانٌ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِلْمُتَّقِيْنَ.
"Al-Quran ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa".
Ali Imran, 3:138.
يُرِيْدُ اللهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ وَيَهْدِيَكُمْ سُـنَنَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَيَتُوْبَ عَلَيْكُمْ وَاللهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ.
"Allah hendak menerangkan (hukum syariatNya) kepadamu, dan menunjukkan kepada kamu jalan-jalan orang yang sebelum kamu (para nabi dan solihin) dan (hendak) menerima taubatmu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
An-Nisa', 4:26.
5. Bersifat Tabligh (بلاغ):
Al-Quran, di samping merupakan sebuah kitab pembimbing (petunjuk) akidah, mengajar cara-cara melaksanakan ibadah, menjadi rujukan untuk menyelesaikan berbagai-bagai persoalan, masalah dan perkara-perkara yang berbangkit tentangnya, maka di samping itu semua ternyata al-Quran juga merupakan penyampai segala berita dan perkara-perkara yang bersifat ghaibiyah.
Semua berita yang disampaikannya adalah berita yang paling benar dan tepat, sama ada berita yang telah berlalu atau yang akan berlaku (yang akan datang). Kerana semuanya itu adalah ilmu-ilmu Allah semata yang tidak mungkin dapat dicapai, diketahui, dijangkau dan diterokai oleh otak manusia kecuali melalui berita al-Quran, terutamanya mengenai hal-hal ketuhanan, alam gaib, alam akhirat serta syurga dan neraka. Namun, hanya orang-orang yang berakal sahaja yang mahu mengambil pelajaran darinya. Allah berfirman:
هَذَا بَلاَغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوْا بِهِ وَلِيَعْلَمُوْا اَنَّمَا هُوَ اِلَهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَرَ اُوْلُوا اْلألْبَابِ.
"(Al-Quran) ini adalah penyampai yang sempurna kepada manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran".
Ibrahim, 14:52.
يَااَيُّهَا الرَّسُوْلُ بَلِّغْ مَا اُنْزِلَ اِلَيْكَ مِنْ رَّبِّكَ وَاِنْ لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ.
"Hai Rasul! Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak engkau kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) engkau tidak menyampaikan amanahNya. Allah memelihara engkau dari (gangguan) manusia".
Al-Maidah, 5:67.
لِيَعْلَمَ اَنْ قَدْ اَبْلَغُوْارِسَـالاَتِ رَبِّهِمْ وَاَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَاَحْصَىكُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا.
"Supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhan mereka, sedang sebenarnya ilmuNya meliputi apa yang ada pada mereka dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu".
Al-Jin, 72:28.
Dostları ilə paylaş: |