Q&A: ILMU YANG MENGHILANGKAN KEJAHILAN
Published Date : October 8, 2017
10/7/17, 5:25:02 PM: Sahry Ramadhan: Assalamu’alaikum wr. wb. Ustad mau sharing ttg Ilmu makrifatullah ini. Kenapa ya begitu susahnya menjelaskan atau menyampaikan ilmu ini kepada orang awam yg berpegang kpd syariah dan madhzab saja dibandingkan kepada anak-nak muda yang punya minat dan keinginan besar akan agama bagi dirinya ?
Yang kedua, apa sebabnya saya pribadi tidak terlalu berminat seperti dahulu lagi saat ini terhadap buku2 baru agama yg menjelaskan tentang mengenal Tuhan setelah mengenal ilmu dari ustad ini ? Apakah ini yang ustad maksud Kan kutipan dari ulama Ahmad Rifai yg menulis “……suatu ilmu yg tiada lagi sesudahnya sifat kejahilan….? Dan apa pula maknanya ustad Ahmad Rifai menulis “…….Dilenyapkan dari padanya mati hati Dan digantikan dengan kepahaman yang jitu ?”.
10/8/17, 12:52:38 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Jawapan pertama:
Setelah diketahui Rasulullah saw udah berada di Madinah, ramai ahli-ahli sufi yang tinggal di lembah dan gunung turun berjumpa baginda serta memeluk agama Islam ditangan baginda. Sesudah itu, baginda menempatkan mereka di Masjid baginda (Nabawi) berserta para sahabat (yg berhijriah) yg tiada tempat berteduh. Mereka semua dipanggil “Ahli Sufah”. Di masjid ini mereka sentiasa beribadah. Malam bersengkang mata dan siang berlaparan puasa untuk menundukkan nafsu mereka serta bertakwa. Rasulullah saw sangat sayang kpd mereka dan ada bersabda makanan untuk 2 orang cukup untuk 3 dan makanan untuk 3 cukup untuk 4 dengan harapan para sahabat akan menjemput mereka ini makan bersama. Pada masa ini, ulama Syariah (Muhaddithun) sangat menghormati dan menyanjungi mereka.
Namun masuk abad ke3 Hijriah, timbul fahaman WW, NM dan Tarikat (sistem zikir yg baru namun disamakan dengan ilmu Tasawuf yg udah wujud lama sebelum Tarikat) dengan peraturan-peraturan mereka tersendiri. Semua ini ditolak oleh ulama Syariah (termasuk imam syafii, Hanbali dan Miliki) Kerana ini semua adalah pembaruan (bidaah) yg membawa kpd kesesatan dan yg tidak diajar oleh Rasulullah saw dan para sahabat.
Namun Imam Ghazali dalam abad 4-5 Hijriah dapat merapatkan jurang di antara ulama Syariah dan Tasawuf. Tapi dengan kewafatannya, jurang itu kembali semula. Sesudah itu, ramai menunggu datangnya mujaddid yg akan dapat memperbetulkan keadaan namun tidak kedatangan. Maka Kerana tidak datang mujaddid yg diharapkan maka ramai ulama Syariah menolak Tasawuf dan ada yg menghukum ilmu Makrifatullah adalah sesat disebabkan tiada siapa yang dapat memberikan penjelasan dan pencerahan terutama perbezaan di antara Tasawuf dan Tarikat dan juga kepada ilmu yang dapat membawa manusia mengenal Allah swt dengan benar lagi tidak sesat. Maka inilah keadaannya selama hampir 1000 tahun. kerana itulah, sampai sekarang sukar bagi mereka dalam bidang Syariah Mahu mempercayai ilmu Tasawuf.
Jawapan kedua:
Benar, inilah ilmu yang:
1. Menghilangkan kejahilan.
2. Diberi Allah swt kepada siapa yg disayangi supaya dapat kefahaman dalam agama.
3. Satu orang ditakuti syaitan dari seribu orang yg beribadah.
4. Membuat seseorang. itu benar-benar takut kpd Allah swt. Sesuai dengan firmanNya bahawa hanya orang yg berilmu yang benar-benar takut kpd Allah swt.
5. Membersihkan Aqidah lalu membawa kpd ketenteraman
jiwa.
6. Membuat Jiwa merasa puas lagi diredhai.
7. Dapat memasukkan kita kedalam jemaahNya.
8. Dapat memasukkan kita dalam syurgaNya.
Rumusannya Sahry, sesudah berjumpa Berlian kecendurungan atau minat kepada Intan atau Batu Kaca musnah atau terhapus.
Sahry Ramadhan : Subhanallah…. ustad membaca jawaban ustad Tak terasa meleleh air Mata begitu besar nikmat Allah SWT yg telah diberikan kepada diri hamba Nya yg masih penuh kotor dan dosa ini dalam menjalani kehidupan. Dengan diberikan kesempatan berjumpa Arif Billah, yg mampu mengurai/menjelaskan berbagai masalah pelik dalam menerima, dan mengamalkan Ilmu KeTauhidan ini.
Published Date : October 8, 2017
10/7/17, 3:24:13 PM: Admin: Assalamualaikum Ustadz, mohon izin menyampaikan pertanyaan di web Yamas
Abdul Zaky
2017/10/01 at 1:43 am
Salam ayahanda, sebelum ini ada pernah terbaca sebuah buku (mohon maaf lupa judulnya) tentang yang mengatakan ” Allah akan menghantar 2 malaikat kepada orang yang benar-benar iklhas mempelajari ‘Arifbillah’ dan malaikat itu sentiasa membimbing bersamanya hingga dia dibangkitkan semula, dan dengan itu orang itu akan menjadi ‘Makrifatullah’ pada hari kebangkitannya. Mohon diperbetulkan jika anakanda sudah mengambil sesuatu yang tidak berdalil. Terima kasih.
10/7/17, 11:35:37 PM: Ustadz Hussien Abd Latiff: 1. Orang-Orang Allah swt mengikut Nabi Isa (as), mereka udah dipilih dan nama mereka udah tersirat dalam sebuah kitab dan kitab itu akan diberi kpd Rasulullah saw di Hari Kemudian untuk dipanggil mereka untuk bersama baginda masuk ke syurga: Gospel of Barnabas : ms 73
2. Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jailani pangkat yg paling tinggi dalam kumpulan Orang-orang Allah adalah Arif Billah. Mereka adalah ibarat Timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul:Futuh Ghaib: 95(1990). Boleh dikatakan merekalah “Waristul Anbiya” .
3. Kelebihan mereka mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jailani adalah:
i. Mereka adalah Gedung Ilmu Allah.
ii. Mereka diberi rahsia-rahsia Allah yang tidak diberi kepada orang lain.
iii. Dilapangkan Hati mereka untuk menerima rahsia-rahsia dan ilmu-ilmu yang tinggi.
iv. Allah jadikan mereka pelaku dan lakuanNya.
v. Allah swt menjadikan mereka pengajak manusia kepada jalan Allah.
vi. Mereka mendapat bimbingan yang benar daripada Allah swt.
vii. Mereka boleh menolong dan mengesahkan kebenaran orang lain.
viii. Mereka sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt.
Futuh Ghaib: ms 95(1990).
ix. Ilmu yg pelik-pelik akan dapat diketahui mereka dengan kurniaan Allah swt.
Futuh Ghaib : ms 115(1990)
x. Allah memimpin dan menghias mereka dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbuka kepada mereka hijab yang melindungi mereka dari rahsia-rahsia Allah yang Maha Agung.
Futuh Ghaib : ms 20 (1990)
xi. Orang akan datang dari tempat yang dekat dan jauh serta lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji mereka.
Futuh Ghaib : ms 21(1990)
xii. Manusia akan mengunjungi dan memberi mereka hadiah-hadiah serta ada yang akan berkhidmat kepada mereka.
Futuh Ghaib : ms 117(1990)
xiii. Mereka peringkat terakhir atau puncak kemanusiaan dan tidak ada makam selepas ini melainkan kenabian. Berhati-hatilah dengan mereka supaya kamu tidak memusuhi dan membantah mereka. Dengarlah cakap atau nasihat mereka.
Futuh Ghaib : ms 95(1990)
xiv. Mereka ibarat pasak bumi yang menguatkan bumi dan langit serta dapat memberi ketenangan kepada yang masih hidup dan juga yg sudah mati. Mereka mendapat keredhaan dan kesejahteraan dari Allah swt selagi ada langit dan bumi.
Futuh Ghaib : ms 45(1990)
4. Tentang malaikat, Allah swt ada berfirman bahawa orang-orang yg teguh keimanan mereka, akan turun malaikat kepada mereka dari masa ke masa untuk memberi ilham kepada mereka membantu mereka supaya mereka tidak merasa bimbang dan dukacita: Fussilat(41):30
Dostları ilə paylaş: |