Q&A: MENGENAI KOMPONEN HATI DAN PERKEMBANGAN ILMU MAKRIFATULLAH
Published Date : October 7, 2017
10/6/17, 1:43:54 PM: Ahmad Jamil:
Assalamualaikum shbt seperjalanan ku ..blhkh soalan saya ini di forwadkn kpd ayah.
Soalan 1.Dlm youtube yang dismpaikan oleh ayah berkait dengan hati..iatu hati 3 serangkai iaitu hati atau minda, pendengaran dan penglihatan..bagaimana pula dengan deria [indra] penciuman iatu hidung dan perasa iaitu lidah..adakah termasuk dalam hati atau termasuk dlm kompenen lain.
Soalan 2 : adakah isi ilmu ini sama yang disampaikan dan diamalkan oleh nabi2 sebelum nabi Muhammad S.A.W.
10/6/17, 2:12:32 PM: Ustadz Hussien Abd Latiff: 1. Deria [indra] atau perasa berkait dengan minda. Contoh, kanak-kanak yg baru pertamakali menghidu bau durian tidak tahu itu adalah bau durian.
2. Ilmu ini adalah ilmu yang berkait atau berkembang dari ilmu Makrifatullah yg Rasulullah saw mandatkan kepada saya di tahun 1990. Firman Allah swt bahawa ada orang diberi ilmu yang benar dan dengan benar dia menyampaikan ilmu itu. Rasulullah saw bersabda menyembunyikan ilmu adalah satu dosa yg besar. Allah swt juga berfirman bahawa kalau tidak tahu tanyalah pada yang tahu.
124,000 nabi-nabi dihantar kepada umat mereka untuk satu perkara iaitu memakrifatkan umat mereka kepada Allah swt. Rasulullah saw juga ada berpesan kepada para sahabat apabila mereka ketemu kaum yahudi pujuk mereka beriman kepada Allah swt. Sesudah itu makrifatkan mereka kepada Allah swt sebelum memberitahu shalat 5 waktu itu wajib. Justeru itu ulama salaf dan khalaf menyatakan,”Awaluddin Makrifatullah”
Ada juga firman Allah swt tidak sama orang yang tahu dan yang tidak dan tidak sama orang yang dalam kegelapan dan yang dalam keadaan terang benderang.
Berkenaan rasa, ia juga berkait dengan minda. Contoh, seseorang yang berjalan di bawah pokok yang besar untuk pulang ke rumahnya tidak merasakan apa-apa. Tetapi setelah diberitahu pokok itu berhantu maka setiapkali dia jalan pulang kerumahnya melalui dibawah pokok besar itu dia merasa gentar.
Juga dahulu Sains adalah hanya satu ilmu sekarang udah ada macam-macam Sains berkembang darinya seperti Quantum Sains, Bio-Sains, Sains berkenaan Nano dll. Sesuatu ilmu hidup sekiranya dia berkembang. Begitu juga ilmu Makrifatullah.
Anakku, lihat kepada diri kalian dan saksikan ilmu yang berkembang dari ilmu Makrifatullah yang menjadi asas permulaan kalian. Kerana itu Sayid Sabiq berkata bahawa ilmu Makrifatullah itu adalah asas atau fundamen untuk ilmu-ilmu yg lain berkembang darinya.
Ingat pada satu masa kalian tidak tahu apa-apa tetapi sekarang kalian tahu begitu banyak ilmu yg berkait dengan ilmu Makrifatullah yang sedikitpun tidak kalian sangsikan serta mengetahui Firman, ahadith serta rujukan kepada penulisan ulama-ulama sufi yg muktabar lagi boleh dipercayai sebagai dalil ilmu ini.
Juga kalian saksikan kebanyakan kalian memahami ilmu Makrifatullah ini terus (Direct) dari hidayah Allah swt Kerana saya tiada bersama kalian semasa pencerahan dan kefahaman berlaku kepada kalian.
Q&A: MEMPRAKTIKKAN NAFI DAN ITSBAT
Published Date : October 6, 2017
ustadz Hussien Abdul Latiff : Anakku, apabila seseorang ataupun situasi (keadaan) ataupun haiwan ataupun diri kamu sendiri membuat kamu marah maka pakailah “Nafi & Isbat” dan kamu akan melihat Kebenaran lalu ini akan membuat kamu tersenyum lebar lagi bersyukur.
Kebenaran yang kamu lihat adalah Allah swt sedang bergurau denganmu menerusi DzatNya lalu ini membuat kamu berhati senang lagi tersenyum lebar. Justeru kamu terus bersyukur kepadaNya di atas nikmatNya ini iaitu sudi Dia bergurau denganmu, hambaNya yang kerdil ini.
Maka sedarlah kamu akan Kebenaran FirmanNya, “Manakah nikmatKu yang kau nafikan” serta bersyukurlah kamu setinggi-tinggi syukur lalu fahamlah kamu akan firmanNya bahawa: 1. Tiadalah Dia berbuat sesuatu itu sia-sia. 2. Tiadalah Dia menzalimi hambanya. Maka kamu akan bermohon semoga Allah swt mencatatkan kamu dalam golongan yang menyaksikan akan Keagungan dan KebenaranNya ini.
Dengan ini, bertitislah air mata mu jatuh ke pipimu. Semoga anakku kamu mengambil iktibar akan nasihat ayah ini. Ini akan membuat mereka yg sekeliling kamu bingung kerana kamu tersenyum (gelak) apabila mahu marah dan kadangkali diikuti dengan titisan air mata kegembiraan.
Q&A: TENTANG FANA DAN AHLI MAKRIFAT
Published Date : September 21, 2017
21/09/17 08.19.45: admin: Ustadz. Ada pertanyaan dari web
AHMAD JAMIL BIN ARIFFIN
Asalamualaikum ayah, pak admin dan sahabat sekalian.anak ada 2 soalan ingin nanya sama ayah.
1. perlukah ahli makrifat mencapai dan merasai kefanaan atau fana dengan usaha kita sendiri melalui latihan NST dan ROC atau rasa fana ini diberi oleh Allah s.w.t sebagai anugerah tanpa usaha melalui latihan?
2. kedua..Apakah tanda2 yang bisa di mengerti oleh ahli makrifat yang udah dipilih oleh Allah s.w.t untuk masuk ke dalam jamaahnya.Makasih ayah,pak admin dan sahabat2 amin…
21/09/17 10.06.57: Ustadz Hussien Abd Latiff:
1. Kefanaan bagi orang yg dipilih berlaku serta merta dan kekal, kerana tugasan yg akan diberikan Allah swt kepadanya. seperti Rasulullah saw mahu menerima wahyu, dan bagi saya untuk menerima ilham bila-bila masa sahaja.
Kerana itu seperti sabda Rasulullah saw, ” Mataku tidur, Hatiku tidak”. Dan Siti Aishah rha ada berkata bahawa Rasulullah saw sentiasa mengingati Allah swt.
2. Ahli makrifat, adalah seperti Syeikh Abdul Qadir berkata, bahawa jangan kamu memanggil diri kamu ahli makrifat sebelum kamu mempunyai ilmu ini. Sesudah itu dan apabila dia merasa tenteram kerana selalu ROC maka dia akan dijemput oleh Allah swt masuk ke jemaah dengan hati yg puas lagi diredhai.
Q&A : MENGHIDUPKAN KEMBALI TASAWUF JALAN NABI-NABI
Published Date : September 21, 2017
21/09/17 06.07.39: Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Rasulullah saw ada bersabda bahawa akan datang 100 tahun seorang yang membawa pembaruan pada agama.
Apakah natijah dari hadith ini kepada kita:
1. Saya dijemput berjumpa Rasulullah saw untuk disusun dan diperintah berdakwah tentang ilmu makrifat ini. Apa perlu saya mesti berjumpa dengan Rasulullah saw untuk mendapat perintah ini? Kerana banyak di dunia ini terutama pengikut-pengikut Tarikat mempercayai bahawa seseorang hanya boleh mengajar ilmu (makrifat) ini sekiranya dapat izin dari Rasulullah saw.
2. Benar setiap 100 tahun akan datang seseorang yg bawa pembaruan dalam pelbagai perkara dalam Syariah tetapi dalam Tasawuf, hanya 1000 tahun seorang. Yang penghabisan yg bawa pembaruan dalam Tasawuf ialah Imam Ghazali yg hidup dalam 400-500 hijriah.
3. Menghidupkan kembali Tasawuf Jalan Nabi-nabi yg menekan kepada Awaluddin Makrifatullah. Sesuai dengan pesanan Rasulullah saw kpd para sahabat bahawa apabila mereka berjumpa kaum yahudi pujuklah mereka beriman kepada Allah dan sesudah kenalkan mereka kepada Allah swt (makrifatullah) maka beritahu shalat 5 waktu itu wajib.
4. Pembaruan yg dibawa:
i. Menumpas fahaman bahawa untuk mengenal Allah swt:
a. Melalui Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Sekarang awaluddin makrifatullah.
b Memerlukan Mursyid atau Syeikh. Sekarang melalui Internet bisa.
c. Perlu zikir lisan, qalb dan sirr beribu-ribu kali dan bersuluk Sekarang perlu ingat tanpa berkira. Suluk digantikan dengan ROC.
d. Makna dzikr diperbetulkan iaitu ingat dan dzkirullah, maknanya ingat Allah swt.
e. Makna Hati di perbetulkan iaitu 3 serangkai Minda, Pendengaran dan Penglihatan. Yang mengingat adalah Minda. Juga menjelaskan bahawa bagaimana bila Hati bersatu dengan roh maka terjadilah jiwa. Serta menjelaskan Hati ini satu anggota yg bebas dari Jasad atau Roh. Sehubungan dengan ini, diterangkan lagi tentang wisata jiwa, kasyaf, mata ke3, keadaan semasa nazak, keadaan di alam bazakh. Menolak perlunya mursyid datang mengambil kita semasa nazak. Sesudah itu, membatalkan serta melepaskan anda dari segala macam pejanjian atau amalan yang dibuat oleh anda yg melanggar Syariah semasa tidak mengetahui yg benar melalui Sumpah Syariah.
f. Mengantikan amalan remeh yg disukai syaitan sesuai dengan sabda Rasulullah saw bahawa syaitan udah putus asa (mereka akan disembah oleh umat Islam) tetapi dalam.perkara-perkara yang dianggap remeh, ini mereka redha. Seperti:
i. Pergi ke makam-makam orang yg di anggap wali untuk.memohon sesuatu atau bernazar.
ii. Amalan dan fahaman WW atau Nur Muhammad.
iii. Amalan Rabitah.
iv. Amalan wasilah.
v. Amalan dan kefahaman 7 peringkat nafsu.
Yang (i), digantikan dengan NST.
Yang (ii), diperjelaskan penyelewangannya.
Yang (iii), digantikan dengan amalan dan kefahaman Dzikrullah iaitu ingat Allah swt yg tidak serupa dan tidak boleh diumpamakan. Yang (iv), digantikan dengan kefahaman Allah swt itu dekat dan memakbulkan doa maka hanya perlu pendekatan menerusi ingatan langsung kepadaNya iaitu Dzikrullah tanpa melalui sesuatu atau seseorang.
Yang ke (v), digantikan dengan amalan-amalan atau ibadah sunat.
Insya-Allah akan bersambung anakku.
Dostları ilə paylaş: |