Q&A: membina link kita kepada ilahi (2)


Q&A: KONDISI MINDA SEMASA ROC



Yüklə 95,79 Kb.
səhifə6/6
tarix17.01.2019
ölçüsü95,79 Kb.
#99580
1   2   3   4   5   6

Q&A: KONDISI MINDA SEMASA ROC


Published Date : September 21, 2017

20/09/17 14.46.57:  Abdul Zaky : Ustaz yg kami kasihi, mohon penjelasan lanjut tentang tabiat di dalam melakukan ROC, apakah dibolehkan kita melakukan ROC disamping sesuatu atau melakukan sesuatu?

Menurut pemahaman saya dari Q&A YAMAS dan ceramah Youtube adalah dibolehkan, tetapi memohon diperjelaskan kerana ini akan mungkin bersangkutan dengan sesuatu tabiat yang seumpama dengannya.

Apa yang saya maksudkan sesuatu itu ialah seperti sambil nazam,puisi,syair atau mungkin sambil mendengar bunyi-bunyi kerohanian atau apa saja yang menyenangkan minda.

Sebelum ini saya beranggapan yang ianya dibolehkan kerana ustaz pernah berkata didalam ceramah dimana apabila kita berada didalam base camp ROC, hati kita akan menjadi penjaga pintunya dan apa sahaja yang cuba masuk kedalamnya akan dipenggal dengan pedang tauhid. Selain itu saya juga ingin bertanyakan tentang hadis tentang larangan meletakkan gambar-gambar pada dinding rumah kerana malaikat tak akan masuk, menurut pandangan ustaz kenapa itu berlaku. Terima Kasih.

20/09/17 15.00.37: Ustadz Hussien Abd Latiff: Semasa ROC, Minda itu tidak boleh dikongsikan. [maksudnya, jangan biarkan apapun masuk selain dari ingatan kepada Allah SWT. -admin-]

Berkenaan gambar dalam rumah, pertanyaan ini hendaklah ditujukan kepada ulama syariah.

Q&A: TENTANG IMAM MAHDI


Published Date : September 20, 2017

20/09/17 11.42.35: Sahry Ramadhan: Assalamu’alaikum wr. wb. Ustad dan sahabat semua. Selamat menjelang tahun baru 1 Muharram 1439H. Ustad, sahry ada pertanyaan. Setelah semua islam akan mendominasi dunia diperkirakan 78% tahun 2050, maka Islam menjadi kuat di dunia dan kepemimpinan dunia menjadi khalifah Islam. Tanda-tandanya dalam hadits Ibnu Majjah diantaranya adalah tidak lagi berpengaruh atas racun binatang berbisa, dan binatang buas menjadi jinak. Pertanyaannya, apakah Imam Mahdi ini akan muncul sebagai bagian saat Islam sedang berjaya ?. Atau akan muncul setelah munculnya dajjal, dan islam saat itu mulai lemah lagi ?

20/09/17 11.53.58: Ustadz Hussien Abd Latiff: Dari pengajian saya dan yg membantu saya, Mahdi akan muncul apabila ummah di dunia ini Muslim kesemuanya. Namun dalam pengajian puan Noriah (isteri Shaiful, Malaysia), Mahadi ada bershalat bersama Nabi Isa as semasa dia turun ke bumi. 

Harus juga diingat bahawa nama Mahdi (yg awal) bukan lah Mahdi tetapi Muhammad Bin Abdullah. 

Dengan ini, maka dalam rumusan saya, Mahdi adalah gelaran yang mengganti gelaran “Khalifah” yang udah digunakan dahulu dan sekarang ini. Namun di masa hadapan mereka akan dipanggil “Mahdi” bukan “Khalifah”.

20/09/17 12.44.04: Sahry Ramadhan: Makasih banyak ustad atas penjelasannya. Jadi pemahaman mahdi pandangan ustad adalah bukan satu orang saja melainkan gelaran sebagaimana firaun yg bukan satu orang. Dsn puncak2nya ketika nabi Isa AS turun dan membenarkan syariat Islam yg terakhir dari Nabi Muhammad kepada ummat nasrani, menghapuskan riba, dan memusnahkan babi. Subhanallah…..

20/09/17 12.48.10: Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar. Itu berlaku apabila syaitan-syaitan dan pengikut-pengikutnya (dari manusia) yang kembali murtad setelah menyaksikan kehebatan Dajjal.

20/09/17 12.56.49: Sahry Ramadhan: Terima kasih ustad, dari yg saya pahami atas penjelasan ustad puncak2nya adalah dikalahkannya Dajjal oleh mahdi yg menjadi lebih kuat dgn jamaahnya dibantu nabi Isa As di al aqsa sebagaimana firman Nya di QS Al Isra[6-7].

20/09/17 13.01.41: Ustadz Hussien Abd Latiff: Dajjal dikalahkan dan dibunuh oleh Nabi Isa as

20/09/17 13.14.46: Sahry Ramadhan: Terima kasih koreksinya ustad.



Q&A: TERUSKAN BERIBADAH, JANGAN BERHARAP KELEBIHAN-KELEBIHAN


Published Date : September 20, 2017

Ustadz Hussien Abd Latiff : Anakku, Rasulullah saw telah melalui peristiwa israk & miraj. Baginda juga dapat banyak kali bersua dengan Jibrail as.

Sahabat-sahabat pula kuat beribadah. Malam bersengkang mata dan siang mengikat perut. Sehingga Rasulullah saw bersabda bahawa sebaik-baik umat ialah dalam zaman baginda, zaman selepas baginda dan zaman selepas itu.

Namun walaupun macam mana tingginya kedudukan dan taraf ibadah para sahabat, tidak pernah kita dengar mereka berkata kenapa mereka tidak dapat keistimewaan seperti Rasulullah saw.

Iktibar yang mahu diambil ialah teruskan ibadah kerana tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaNya.

Ada masalah – NST.  Taada masalah – ROC.

Jangan macam-macam!


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

Q&A: BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA ALLAH


Published Date : September 20, 2017

 

[09:33, 9/20/2017] Rio: Assalamualaikum Ustadz… mohon izin bertanya.



Kadangkali, kalau ada problem dengan keluarga terdekat, kemudian kita naik NST dan hendak kita lupakan masalah itu menerusi ROC, semacam ada feeling guilty. Seolah-olah kita mengabaikan masalah.

Tetapi kembali teringat bahwa ustadz kata, tak akan tersia-sia seseorang yang menyerahkan urusan semuanya pada Allah. yang sibuk mengingatiNya, akan diberi sesuatu yang lebih baik daripada orang yang meminta.

jadi harus meninggalkan feeling guilty itu, dan ROC saja.

apakah benar begitu ustadz?

[10:36, 9/20/2017] Ustadz Hussien Abd Latiff: Wlkm slm. Di sini keyakinan kita teruji. Namun mesti diingati bahawa hanya bersama Allah swt sahaja bergantung segala sesuatu. Maka jawapan kepada pertanyaan atau masalah yg kita tunggu adalah bersama Allah swt. Maka NST & ROC sambil yakin bahawa jawapan kepada masalah kita ada bersama Allah swt.

[10:39, 9/20/2017] Azri Acong: Benarlah apa yg ustaz katakan ini.


Alhamdulillah..terima kasih ustaz.

[10:39, 9/20/2017] Ibu Elsy: Nggih ustadz.. yaqin yg haqqul yaqin…Kadang manusia tak sabar… spt diri ku…


Allah punya Kehendak.. kita ikut… Juga terjadi pd diri ku…

[10:46, 9/20/2017] Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi, BENAR, kita BERSERAH DAN REDHA sebab kita TIDAK WUJUD.


Ada Masalah?
(Soalan yang Mahal)

[10:47, 9/20/2017] Rio: Terimakasih ustadz. Akan dipraktekkan ����

[10:51, 9/20/2017] Rosli: Terima kasih ayahanda ��������

[10:51, 9/20/2017] Rio: �������� maturnuwun ustadz

[10:58, 9/20/2017] Badrol Sham: Alhamdulillah…innalillahiwainnaillahirojiun..laahaulawallaquwataillabillah..trima kasih utz..
[11:15, 9/20/2017] Efendy Yasin: Alhamdulillah makin memampatkan keyakinan… terimakasih Ayah ����❤��

Q&A: KEPAHAMAN MENGENAI TAKDIR, UNTUK KEHARMONIAN KELUARGA


Published Date : September 17, 2017

16/09/17 06.48.21: Syofian Husin: Mohon nasihat ustadz TH1, untuk istri yg taat dan berbakti pada suami, sekalipun suaminya banyak kekurangan, maaf mungkin permintaan saya ini tak lazim…… Namun ini perlu agar ilmu yg kita dapati seimbang dg pwrbuatan…. ��������������

Ini perlu, untuk keseimbangan dalam menjalani hidup dirana pintu depan, dalam semua keadaan menjadi istri itu sebaiknya bagaimana…? Sebelumnya terimakasih ustadz… ������������

16/09/17 09.10.52: Ustadz Hussien Abd Latiff: Kefahaman dan penerimaan Takdir dengan sepenuhnya kerana ia juga adalah rukun Iman yg ke6 sangat penting untuk hidup harmoni diantara suami dan isteri dan juga diantara setiap ciptaan Allah swt.

Kerana apabila kita dapat menghayati Takdir baru kita dapat menerima,”Bukan kau (Muhammad) yg membunuh, Aku-lah yg membunuh”. Dengan ini, tiada soal “maaf” atau “mesti dilupakan”. Apa jua berlaku,”Inna Lilahi Wainna Ilahi Rajiun” dan redha.

16/09/17 10.12.38: Ibu Elsy: Paham ustadz… ikut Qadarullah apapun yg terjadi..


Jazaakallah khairan katsiran….

16/09/17 11.17.35: Syofian Husin: Alhamdulillah terimakasih ustadz..



Q&A : ANUGERAH MAKRIFATULLAH (MASUK DALAM JAMAAH ORANG-ORANGNYA)


Published Date : September 16, 2017

16/09/17 07.28.02: Sahry Ramadhan: Assalamu’alaikum wh. wb. Selamat pagi ustad dan sahabat, semoga dlm limpahan karunia Allah SWT. Ustad dalam surat Al Baqarah (2):256. Allah menghendaki kita agar terus berpegang kepada Tali Nya dan Dia Maha Mendengar setiap keluhan dan permintaan hamba Nya.

Dalam praktek ROC selama ini, bagaimana agar dalam setiap keadaan sejak bangun dan tidur kembali dapat seperti jalannya program anti virus di komputer yang “autostart dan always protected”. Tanpa harus selalu kita awali dengan tersedar terlebih dahulu, dan sekejab berpikir, baru terus dilanjutkan ingat untuk Mengingati Nya. Dan bagaimana setelah itu, agar terus dapat lama bertahan sepanjang hari?

Demikian ustad, karena saat aktifitas sangat tinggi sering terlepas ….

16/09/17 09.01.43: Ustadz Hussien Abd Latiff: Kalian semua udah dipilih dan dikhususkan menjadi ahli makrifatullah. Justeru itu, kalian udah berpegetahuan dan pengetahuan atau ilmu itu akan bersama kalian setiap masa dan hanya hilang dengan KehendakNya seperti menerusi dementia atau pikun.

Dengan ini bagaimana sibuk kalian, kalian tetap ahli Makrifatullah dan bila-bila masa akan kembali menjadi ahli makrifat.

Contoh, “Once an Engineer will remain an Engineer”. Maksudnya, apabila anda udah menjadi seorang Jurutera, anda akan tetap menjadi Jurutera walau macam mana sibuknya anda seperti membersihkan rumah untuk Hari Raya, menolong isteri masak dan sebagainya.

Maka jangan dirisaukan, NST & ROC adalah sesuatu yang biasa bagi kalian Kerana apabila masa membenarkannya atau keadaan menghendaki kalian akan membuatnya secara langsung.

Seperti orang yg suka minum ngopi tapi kerana sibuk lupa dia minum ngopi namun bila masa mengizinkan atau terasa sangat haus maka secara langsung dia akan minum ngopi.

Anakku, ibaratkan ilmu makrifatullah ini adalah satu bahasa. Pada satu ketika, tidak banyak yang fasih dalam bahasa ini. Lagi untuk.mencari seorang guru untuk mengajar bahasa ini lagi menyulitkan dan yang ada semuanya adalah dalam keraguan.

Begitu juga, kalian pada satu ketika dalam kegelapan, langsung ngak tahu bahasanya yang benar dan ada dalam keraguan atau kebingungan.

Alhamdulillah, dengan kehendakNya, kita bertemu dan Ayah ditugaskan mengajar kalian bahasa ilmu ini sehingga kalian kini udah fasih berbicaranya. Bukan sahaja itu, sekarang ngak bingung lagi, dapat membeza yang hak dan batil, boleh buat kajian seterusnya untuk menambahkam lagi kefahaman, dapat beribadah dan Dzrikrullah tanpa mensyirikkan Allah swt, dapat menerima Takdir tanpa pertanyaan dan akhir sekali, dapat redha dengan apa juga ketentuanNya tanpa rungutan.

Justeru itu, dipanggilnya kalian, “Hai jiwa-jiwa yg tenteram kembali kepadaKu dengan hati yang puas lagi diredhai dan masuk dalam jemaahku dan masuklah dalam SyurgaKu!”

Apa yang hendak disampaikan di sini ialah – lihatlah berapa jauh kalian berada pada masa kini bila dibandingkan semasa kalian berada dalam keadaan kegelapan, tidak tahu bahasanya, dalam keraguan dan kebingungan. Lalu sentiasalah kita bersyukur kepada Ilahi kerana memilih kita masuk ke dalam jemaah orang-orangNya yang udah ditanamNya keimanan di dalam hati mereka.

Sentiasa juga jangan lupa Kita tidak wujud supaya apa jua rasa kebesaran atau bangga diri tidak melekat kepada kita.

Harap syarahan di atas ini mendapat perhatian kalian, anak-anakku yg dirindui serta dicintai sentiasa, aamin ya Rabb aamin!

16/09/17 17.12.37: Shaiful M: Alhamdulillah…. syukur. Terimakasih ustaz.

16/09/17 17.13.33: Bayu Teguh Prakoso: Alhamdulillah, hatur nuhun ustadz����

16/09/17 17.15.13: M Ali: Alhamdulillah..tks ustadz..����

16/09/17 17.22.36: Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi yang sentiasa menyampaikan ILMU NYA kepada kami, moga Ustaz dan Ustazah serta keluarga sentiasa di Rahmati dan di Berkati AllahSWT.


Aamiin YaRabb Aamiin.

 

Q&A: AGAR MINDA TAK DITUNGGANGI SYAITAN


Published Date : September 16, 2017

 14/09/17 04.52.07: Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila kita NST bila ada masalah ini bererti kita udah menyerahkan masalah itu kepada Allah swt dan menunggu ilham dariNya menghuraikan masalah yg kita hadapi. Justeru Minda kita tidak bermasalah kerana kita udah serahkan masalah itu kpd Allah swt menerusi NST.

Apa yg perlu ialah ROC, duduk di atas dan mengingatiNya. Syeikh Abdul Qadir al Jailani ada berkata masuk bilek khalwat.

Menerusi latihan NST & ROC, Minda menjadi kosong dan hanya mengingat akan Allah swt. Justeru itu tenteram lalu berseri.

Namun kalau Minda disibukkan dengan fikiran-fikiran maka Minda atau Hati kamu udah menjadi kuda tunggangan Syaitan dan kamu bukan sahaja menyusahkan diri kamu juga orang yg dekat atau sekeliling kamu.

Maka ingatlah anakku, janganlah Minda atau Hati kamu di penuhi dengan fikiran-fikiran kalau mahu elak Minda atau Hati kamu menjadi tunggangan syaitan. Dan cara mudah untuk mengatasi ini ialah sentiasa latih NST & ROC.

14/09/17 04.54.13: Ahmad Saifudin: Alhamdulillah, terimakasih Ayah, insaAllah diamalkan

14/09/17 04.56.10: Rio : Terimakasih ustadz ����

14/09/17 05.28.18: Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila fikiran-fikiran itu tidak dihapuskan menerusi NST & ROC, akhirnya ia akan mempunyai rencana dan sekiranya rencana itu ditolak atau tidak diterima maka ia akan menjadi marah atau kecewa dan sebagainya. Justeru itu bukan sahaja Minda atau Hatinya menjadi tunggangan syaitan, dia juga udah menjadi sahabat syaitan.

Semoga ya Allah swt Kau jauhkanlah perkara itu berlaku kepada anak-anakku yang Kau udah bimbing mereka ke jalanMu yg lurus, selamatkanlah mereka di dunia hingga ke akhirat, aamin ya Rabb aamin!

14/09/17 05.31.25: Rio : Aamin terimakasih ustadz dan mohon doanya ����

14/09/17 05.34.30: Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi atas peringatan dan doa itu.


Aamiin YaRabb Aamiin��

14/09/17 09.08.36: Sahry Ramadhan: Terima kasih ustad yg senantiasa mengingatkan kami agar melaksanakan dzikrullah, baik saat dengan ada masalah dgn NST atau dalam keadaan apasaja dgn ROC.

14/09/17 09.55.40: Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila kamu ingat Allah swt sudah tentu kamu tidak syirikkanNya kerana kamu tidak dapat merupakan atau umpamakanNya kerana tiada informasi tentang rupaNya yg sebenarnya.
Nama datuk saya Osman. Ingat nama datuk saya tapi boleh kamu bayangkan dia apabila kamu ingat nama datuk saya. Sudah tentu tidak boleh kerana tiada informasi tentangnya.
Begitulah kamu ingat Allah swt.

14/09/17 10.17.38: Mohdisamudin: Terimakasih ustad



Q&A: TENTANG HIDUP MACAM BIASA


Published Date : September 15, 2017

Rosli: Assalamualaikum,,,ayahanda yang di kasihi,


Ada pertanyaan dari sahabat saya di skudai Johor,,,En Hasan (sahabat ini udah ikut you tube lebih 1 tahun tetapi belum berkesempatan ke acara syarahan ustaz )

Soalan
1. Hutang yng tak mampu dibayar.


2.dosa besar y@ng pernah dilakukan, apa perllu dilakukan.
3. Penyakit yang diterima apa perlu dicari ubat nya, walhal ini ada lah perkara yang telah tertulis termasuk pulih nya bila.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Hidup macam biasa iaitu ikut Syariah seperti Rasulullah saw namun tidak sama orang yg tahu dan tidak tahu.

Contoh, briyani dihidangkan maka hidup macam biasa makanle tetapi dalam hadirin yg ramai itu ada yg tahu beras briyani bukan Berasmati dan briyani itu bukan Briyani Dam.

Namun ikut nasihat pak pandir, “Ada mata lihat, ada telinga dengar tetapi ada mulut ngam (makan). Buatlah tak tahu dan tepuklah tangan bersama yg lain, happy, happy!

Badrol Sham: Alhamdulillah..trima kasih utz

S Rohani: Insyaallah…makasih ustaz atas pesanan.��

Rosli: Alhamdulillah,,terimakasih ayahanda,,telah saya sampaikan jawabannya kepada En hasan����



Rohaya Alias: Alhamdulillah..terima kasih ustaz
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Yüklə 95,79 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin