Q&A: GOD OPERATES IN A MYSTERIOUS WAY (2)
Published Date : October 10, 2017
10/10/17, 9:59:15 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Maka semoga anakku faham bahawa apabila seseorang itu bermasalah dan NST dia sebenarnya dalam proses Dzikrullah. Justeru itu makin banyak kali dia NST maka ini bermakna dia sentiasa berada dalam Dzikrullah.
Namun tidakkah anakku sedar, ini juga adalah UJIAN. Maka yg berat diuji adalah Nabi-Nabi. Justeru itu, fahamlah kita kenapa Nabi Ayub as sentiasa rujuk kpd Allah swt dan Nabi Yakub as sentiasa mengadu kepada Allah swt berkenaan masalah mereka yang sangat berat. Dengan ujian yg berat ini, mereka NST dan dengan itu mereka dalam Dzikrullah sentiasa. Maka boleh dikatakan bahawa lagi berat ujian lagi berpanjangan kita berzikirullah.
Dengan ini fahamlah kita kerana ujian yg berat dipikul oleh Rasulullah saw maka baginda mengingati Allah swt (Dzikrullah) sentiasa. Fahamlah kita sabda baginda mataku tidur tetapi hatiku tidak.
Fahamkan juga anakku, dengan NST , kalian sebenarnya telah tidak secara langsung buat penyerahan iaitu menyerahkan kembali masalah yg kalian hadapi kpd Allah swt. Ini sesuai dengan firmanNya apabila ada masalah atau diuji hendaklah kita, “Inna lillahi wainna ilaihi rajiun “. Dengan itu kita mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt.
Dengan NST juga, kalian udah pasrah sepenuhnya kpd Allah swt serta menunggu akan ketentuanNya. Ini sesuai dengan firmanNya menyuruh Rasulullah saw menjadi yg pertama-tama menyerah diri dan begitu juga kita orang-orang beriman diperintahkan menyerah diri.
Apabila kita dapat menerima ketentuanNya setelah kita NST , ini bererti kita PUAS serta REDHA (PR) denganNya. Ini juga bererti kita dengan tidak secara langsung menyatakan apa juga yg ditetapkanNya adalah terbaik kerana Dia-lah yang Maha Bijaksana dan kerana itu, kita berpuas hati lagi redha dengan ketentuanNya.Sehubungan dengan ini, kita udah menerima TAKDIR, rukun iman ke 6.
Kerana kita merasa PR dengan ketentuanNya setelah NST maka Kita udah juga menyatakan dengan tidak secara langsung bahawa tidaklah Allah swt membuat sesuatu yang sia-sia. Dengan itu, Allah swt juga redha terhadap kita lalu dijemput kita masuk ke dalam jemaahNya iaitu golongan Orang-orang Allah swt dan masuk ke SyurgaNya. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa tidak seseorang masuk ke Syurga dengan amalannya tetapi dengan KEREDHAANNYA begitu juga Rasulullah saw.
Memandangkan proses NST merangkumi Dzikrullah, Ujian, Penyerahan (Inna lillahi Wainna Ilaihi Rajiun), Penerimaan, Kepuasan, Keredhaan,Takdir, masuk dalam JemaahNya (Orang-orang Allah) dan Syurga justeru itu, Pintu NST sentiasa terbuka berbanding dengan pintu shalat yg ada ketentuan masa.
Harap anakku sedar kenapa Ayah sentiasa menekan serta latih kalian supaya NST selalu. Faham anakku?
10/10/17, 10:07:19 AM: Ibrahim Hashim: Alhamdulillah dan terima kasih, semakin faham atas huraian dan rasional yg diberikan oleh Ustaz yang dikasihi itu.
❤❤❤
10/10/17, 10:07:24 AM: Rio: Terimakasih ustadz. Bahasan ini memahamkan saya, bahwa “berdoa” atau NST adalah satu step yang mau tak mau harus dilalui lebih dahulu Sebelum seseorang bisa relax atau ROC terhadap masalah.
Dengan ini, “berdoa” rupanya menjadi satu anak tangga tersendiri yang menghantarkan kita menuju penyerahan dan keridhoan.
Terimakasih ustadz
10/10/17, 10:12:43 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Insya-Allah, akan dilanjutkan dengan ROC sedikit masa lagi, Rio.
10/10/17, 10:13:34 AM: Rio: Baik ustadz. Sentiasa menyimak
10/10/17, 10:16:03 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Rio, rumusan dari penulisan tadi sesuai dengan firmanNya, “Jangan kamu kata kamu udah beriman sebelum kamu diuji.”
10/10/17, 10:16:57 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Justeru kita boleh lihat peri pentingnya NST .
10/10/17, 10:22:58 AM: Rio : baik ustadz
10/10/17, 10:25:35 AM: Zaiton: Alhamdulillah faham ustadz terima kasih
NST selalu inshaaAllah ustadz. Ud’uni astajib lakum. “Berdo’a kepadaku niscaya akan Ku-perkenankan bagimu”
Aamiin
Dan juga dng ayat 23:60
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ
Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka.
Jazakallahu khair
❤❤❤
10/10/17, 10:50:01 AM: Taufiqurrahman: Alhamdulillah. Semakin diberi kefahaman. Terimakasih ayah…
10/10/17, 10:50:28 AM: Ibu Elsy: Ustadz….Beberapa hari ini ada keinginan yg sangat kuat didalam hati… sampai dada rasa sesak.. mata tidak mau tidur.. hanya ingin ingat Allah…
Apakah ini pembelajaran langsung dari Allah…
Apakah Allah menghendaki ini… ustadz…
maaf… ustadz…
10/10/17, 11:03:34 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Dalam perjalanan ini seperti air laut, keimanan kita ada pasang dan surut. Yang penting, menstabilkannya dan istiqamah.
10/10/17, 11:09:53 AM: Ibu Elsy: Nggiiih ustadz….sami’na wa’atha’na…
Doa kan kami ….ustadz…
10/10/17, 11:39:32 AM: Sahry Ramadhan: Munculnya deretan masalah hidup, semangat Dan ketaatan dalam berdoa, NST , lanjut dengan berserah diri kepada Nya, dilengkapi dengan ROC senantiasa, adalah bagian dari rencana Nya yg sempurna di LM, Dan sbg bukti dan tanda sangat sayang serta kasihnya Allah SWT kepada hamba Nya yg ikhlas berserah diri…Yang senantiasa berpegang teguh kepada Tali Nya….benarkah begitu ustad ? Seharusnya pemahaman makrifatullah yg kami terima dari ustad ini, adalah semakin berat ujian mendera Kita, bukti Allah SWT sangat sayang kepada Kita, Dan Semakin tinggi frekuensi dzikrullah Kita ya ustad ?
10/10/17, 11:45:05 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Ada yang lebih tinggi dari itu ia itu kefahaman. Insya-Allah ini akan dibincangkan selepas ROC . Sabarye!
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Dostları ilə paylaş: |