Rahsia pemilihan semenanjung 'arab sebagai tapak pancaran agama islam



Yüklə 1,2 Mb.
səhifə12/36
tarix17.01.2019
ölçüsü1,2 Mb.
#99555
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   36

1. Banu Kalb: Rasulullah menziarahi mereka, di antaranya ialah Banu Abdillah, Rasulullah menyeru mereka kepada Islam, memperkenalkan dirinya, hingga Rasulullah berkata: Sesungguhnya Allah menyenangi dengan nama yang diberi kepada bapa kamu itu (Abdullah ertinya Hamba Allah) namun mereka tidak menerimanya.

2. Banu Hanifah: Rasulullah menziarahi kediaman mereka dan mendakwah mereka dan memperkenalkan dirinya, namun penolakan yang mereka buat terhadap Rasulullah adalah seburuk cara yang pernah dilakukan oleh bangsa Arab.

3. Rasulullah mendatangi Banu Amir bin Sa'sa'ah, dengan mengajak mereka kepada Allah di samping memperkenalkan dirinya, maka berkata salah seorang mereka, beliau dikenali sebagai Bahirah bin Firas: Demi Allah, kalaulah aku ambil pemuda ini dari Quraisy nescaya aku boleh menguasai dengannya seluruh bangsa Arab, kemudian beliau bertanya Rasulullah: Apa pandangan kamu sekiranya kami berbai'ah untuk urusan kau itu, kemudian ditakdirkan Allah engkau dapat mengatasi orang yang menentang kau, apakah kami yang akan memerintah selepas kau? Jawab Rasulullah: Urusan ini terserah kepada Allah, dialah yang meletakkan sesuatu di mana sahaja yang dikehendakiNya, kata Bahirah: Apakah kau mendedahkan diri kami untuk mempertahankan diri kau dari bangsa Arab, kemudian setelah kau berjaya kau akan menyerahkan kekuasaan itu kepada orang lain pula? Ini tidak boleh jadi dan kami pun tidak berhajat untuk memikul urusan dan persoalanmu ini, dengan itu mereka semua menolak seruan Rasulullah.

Setelah Banu Amir pulang ke kampung mereka, mereka ceritakan hal ini kepada seorang pemimpin mereka yang tidak serta bersama di musim haji itu, justeru usianya sudah turut lanjut, kata mereka: Ada seorang pemuda dari Quraisy dari Banu Abdul Muttalib, mendakwa dirinya sebagai nabi, mempelawakan kami untuk mempertahankan dirinya dan bertindak bersamanya serta mengambil beliau untuk ke kampung kita ini. Orang tua tadi meletakkan kedua-dua tangannya, ke atas kepalanya dan berkata: Wahai Banu Amir apakah kita berkesempatan? Sampai tak, kita memperolehi yang hujungnya? Demi jiwa seseorang itu di tanganNya, orang yang kau sebut itu adalah keturunanjati nabi Ismail, dia adalah benar, di mana pemikiran kamu semasa kamu berbicara? sebenarnya fikiran kamu tidak memihak kepada kamu!

 

GOLONGAN BERIMAN BUKAN DARI PENDUDUK MAKKAH



Sebagaimana Rasulullah memperkenalkan Islam kepada qabilah-qabilah dan perwakilan-perwakilan, Baginda juga memperkenalkan kepada individu dan orang perseorangan, sesetengah mereka menerima dan memberi jawapan yang baik dan tidak kurang juga beberapa tokoh yang beriman s'elepas musim haji itu, di sini dipamerkan gambaran ringkas penerimaan Islam oleh beberapa tokoh.

1. Suwaid bin Somit: Beliau ini adalah seorang penyair yang pintar dari penduduk Yathrib, suku bangsanya mengelarkan beliau sebagai "al-Kamil" lantaran kecekalan, kcpenyairan, bangsawan dan keturunan beliau, beliau datang ke Makkah untuk menunai ibadat haji dan umrah, Rasulullah berkesempatan bertemu dengan beliau lalu di dakwahnya kepada Islam, dalam kesempatan ini Suwaid berkata, berkemungkinan yang kau bawa itu semulia dengan apa yang ada bersamaku ini, jawab Rasulullah: Apakah yang bersama kau itu, Jawab Suwaid: Hikmah Luqman. Kata Rasulullah: Ayuh bawa kemari. Dengan itu beliau pun mengungkapkannya. Kata Rasulullah: Kata-kata ini adalah baik sekali, namun yang ku bawa ini lebih baik dari itu, ianya al-Quran turunan Ilahi kepadaku, dianya hidayah dan cahaya, lalu Baginda membacakannya kepada beliau, malah seterusnya Rasulullah mengajak beliau kepada Islam, tanpa berlengah beliau pun mengucap dengan dua kalimah syahadah dan mengulas dengan katanya: Sesungguhnya kata-kata ini amat baik sekali, setibanya Baginda di Madinah tidak lama beliau meninggal dunia, terbunuh dalam peperangan "Buath" beliau memeluk Islam di permulaan tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah.



2. lyas bin Mu'az: Beliau adalah seorang remaja penduduk Yathrib turut bersama dalam rombongan al-Aws, mereka semua datang untuk mengikat janji sekutu dengan Quraisy buat menentang qabilah al-Khazraj, iaitu sebelum peristiwa peperangan "Buath" yang berlaku di permulaan tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah, di ketika itu api peperangan sedang meletus di antara dua qabilah berkenaan itu di Yathrib, justeru al-Aws lebih kecil dari al-Khazraj. Setelah Rasulullah mengetahui mengenai ketibaan mereka, segera Rasulullah datang menemui mereka dan berbincang, di mana Rasulullah menawarkan kepada mereka, sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadith yang bermaksud: Mahu tak aku kemukakan kepada kamu suatu yang lebih baik dari yang apa kamu datang untuknya? Kata mereka: Apakah tawaran itu? Jawab Rasulullah; Aku adalah Rasul utusan Allah, diutusnya aku kemari untuk sekelian hambanya, mengajak mereka menyembah Allah tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu apa jua, diturunkannya ke atasku sebuah kitab, kemudian Baginda menerangkan Islam seterusnya kepada mereka, dan membaca al-Quran. Kata lyas: Wahai kaumku ini nampaknya lebih baik dari apa yang kamu datang kerananya, lalu Abu al-Haisar Anas bin Rafi' salah seorang dari anggota rombongan mengambil segenggam tanah dan dilontarnya kemuka lyas, sambil berkata: Tinggalkan hal-hal itu, ku bersumpah, sebenarnya kita datang ke sini bukan untuk itu, dengan itu lyas pun berdiam diri dan Rasulullah pun bangun dari situ, sedang mereka pun berangkat pulang ke Madinah tanpa berhasil untuk memeteraijanji dengan pihak Quraisy sebagaimana mereka ke Yathrib, tidak lama kemudian lyas pun meninggal dunia. Diceritakan bahawa lyas sepanjang hayatnya di Madinah bertahlil, tahmid, tasybih dan berzikir hingga ke akhir hayatnya, untuk itu tidak diragui bahawa beliau mati dalam iman dan Islam.

3. Abu Zar al-Ghaffari: Beliau juga adalah dari kalangan penduduk Yathrib, berita kebangkitan seorang Rasul melalui Suwaid bin Somit dan lyas sampai ke pendengaran Abu Zar membawa beliau menganut Islam. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: Abu Zar telah menceritakan dengan katanya: Aku adalah seorang dari qabilah Banu Ghaffar, dan telah sampai ke pengetahuan kami, telah muncul di Makkah sana seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Nabi, maka dengan itu ku berkata kepada saudaraku: Cuba kamu pergi tengok lelaki itu kemudian cuba kau bercakap dengannya kemudian bawa kemari apa cerita yang sebenar, dengan itu beliau pun bertolak ke sana dan bertemu dengan Rasulullah kemudian pulang segera. Tanya Abu Zar kepada saduaranya itu: Apa yang kau dapat? Jawab saudaranya: Demi Allah sesungguhnya aku telah mendapati beliau adalah seorang lelaki yang sentiasa menyuruh manusia melakukan kebaikan semata-mata, di samping melarang dari melakukan kejahatan, kataku: Ceritamu itu tidak memuaskan, kemudian aku ambil seuncang air dan tongkat untuk bermusafir ke Makkah, hingga ku tiba di sana, sebenarnya aku pun tidaklah kenal orangnya, namun aku tidak suka bertanya kepada orang lain, aku membuat rancangan, iaitu memadai dengan minum air zamzam dan duduk dalam masjid. Kata Abu Zar: Ali bin Abi Talib pun berlalu di hadapanku dan kata beliau; Tuan ini bagaikan dagang di sini. Jawabku: Memang benar. Kata Ali: Ayuh ke rumahku, aku pun turut sahaja bersama-sama beliau tanpa bertanya khabar mengenai diriku dan aku pun seperti itu juga tanpa bertanyanya kepadanya sesuatu dan tidak pula menceritakan hasrat sebenar ke Makkah ini, bila subuh menjelang ku pun ke masjid untuk bertanya mengenai diri nabi Allah dan tidak seorang pun di situ, menceritakan daku mengenainya, bila Ali melalui di hadapanku, beliau berkata: Hai! masih belum menemui tempat yang hendak dituju itu. Jawabku: Masih belum lagi. Kata Ali: Ayuh ikut aku, apa urusan kau yang sebenar? Dan apakah yang membawa tuan datang ke negeri ini? Kataku: Sekiranya tuan boleh rahsiakan urusanku ini bolehlah daku ceritakan. Jawab Ali: Aku cuba. Kataku: Sebenarnya telah sampai kepengetahuan kami, bahawa di sini ada seorang mendakwa dirinya sebagai nabi Allah, sebelum ini aku telah mengutus suadaraku untuk menemuramahnya, tapi kepulangannya dengan maklumat terbatas itu, tidak memuaskan hatiku, oleh itu aku hendak jumpa beliau sendiri. Jawab Ali: Kau akan diberi petunjuk, kini aku hendak pergi menemuinya, kau ikut aku di mana aku masuk kamu masuk, sekiranya aku melihat seorang yang ku curigai, aku akan berhenti di tepi dinding pagar, seolah-olah hendak membetulkan tali kasutku, kau teruskan sahaja. Dengan itu beliau berjalan aku turut dari belakang, akhirnya aku masuk bersama beliau, menemui Rasulullah dan ku berkata padanya: Ayuh perkenalkan Islam kepada ku, Baginda pun terus memperkenalkan Islam kepadaku, aku pun terus memeluk Islam, tidak sempat berubah tempat, disitulah Baginda berkata kepadaku: Wahai Abu Zar, hendaklah kau rahsiakan perkara ini, sekarang kau boleh pulang, dan bila mana sampai pada kau berita perkembangan dan kebangkitan kami, kamu boleh tampil bersama kami. Ku berkata: Demi Tuhan yang telah mengutuskan kau dengan kebenaran akan ku ceritakan dan melaung di depan muka mereka. Dengan itu aku pun segera ke masjid, orang Qquraisy ramai berada di situ, aku pun melaung: Wahai orang-orang Quraisy sekarang dengar dariku: "Sesungguhnya daku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan daku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhNya" Lalu mereka semua melaung: Ayuh cepat ada seorang lagi yang menukar agamanya, mereka semua menerpa ke arah ku dan melanyakku separuh nyawa, hinggalah al-Abbas datang membebaskan daku, kemudian beliau berhadapan dengan mereka: Binasa kamu semua, kamu membelasah orang Ghaffar ini? Perjalanan dan perniagaan kamu melalui perkampungan qabilah Ghaffar, dengan itu mereka pun melepaskan Abu Zar, namun bila menjelang suboh di keesokkan hari, aku fikir mahu lakukan seperti kelmarin sekali lagi, aku pun terus meneriak dengan laungan dua kalimah syahadah, sekali lagi pihak Quraisy telah menerekam kearahku kata mereka: Ayuh lanyak si pulan ini yang telah keluar dari agama itu, mereka mengerjakan diriku seperti kelmarin, sekali lagi al-Abbas mendapati ku mendakap daku dan berseru seperti beliau serukan kelmarin.

4. 'Hifail bin Amru al-Dausi: Beliau adalah seorang lelaki mulia, penyair handalan ketua qabilah Daus, qabilahnya berkuasa autonomi di beberapa bahagian di Yaman, beliau masuk ke Makkah tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah, penduduk Makkah mengalu-alu kedatangan beliau ke bumi mereka penuh penghormatan dan kebanggaan mereka menyambut ketibaan Tufail di samping memberi gambaran buruk mengenai Rasulullah kata mereka: Wahai Tufail, kini kau telah pun memijak bumi kami justeru itu kami hendak memperingatkan kau mengenai seorang lelaki, yang telah tampil ke hadapan dan menimbulkan permasalahan yang berat di kalangan kami, beliau ini telah memecahbelahkan perpaduan di antara kami, memporak-perandakan penghidupan kami, cakapannya itu seperti hembusan sihir menceraikan di antara bapa dan si anak lelaki, di antara seseorang dengan kawannya, di antara suami isteri, dan kami ini curiga kelak akan terjadi kepada kamu seperti apa yang berlaku di kalangan kami, untuk itu jangan kau berbicara dengannya. Sambung Tufail: Demi Allah, mereka terus mengasak pemikiranku dengan sogokan-sogokan ini hingga tak ada yang ku dengar melainkan gesaan-gesaan ini, hingga terpaksaku sumbat telingaku bila hendak ke masjid, supaya tidak masuk lagi cerita-cerita seperti itu. Namun di suatu pagi bila ku sampai di perkarangan masjid, ku dapati Muhammad sedang berdiri di sisi Kaabah bersembahyang, ku cuba menghampiri beliau, di mana Allah menghendaki agar ku mendengar beberapa perkataannya, ku dapati kata-katanya yang baik sekali, hingga ku berkata kepada diriku, demi berjandalah ibuku, dan demi Allah, aku ini penyair handalan, tidak pernah keliru bagiku mana kata-katajanggal dari kata-kata baik, apakah tidak berani ku mendengar kata-kata Muhammad ini, kiranya elok aku terima dan sekiranya buruk ku boleh tolaknya, aku tunggu hingga beliau beredar pulang ke rumahnya, dengan itu aku ekorinya dari belakang, hingga apabila beliau masuk ke dalam rumahnya aku pun turut masuk dengan menceritakan kepadanya sebab mengapa ku datang kemari dan sebelum ini ramai orang menakut-nakutkan daku hingga terpaksa ku menyumbat telingaku dengan kapas supaya tidak terdengar sebarang perkataan dari cakapan mereka, akhirnya ku meminta Rasulullah membentangkan kepada ku perutusan yang dibawanya itu, dengan itu Baginda pun memperkenalkan Islam kepada ku dan membaca kepada ku al-Quran. Demi Allah, sesungguhnya tidak pernah ku mendengar kata-kata yang lebih cantik dari kata-katanya itu dan tidak ada persoalan yang lebih saksama dari perkataannya itu, daku terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah dengan sebenarnya, dan ku menegaskan kepada Baginda dengan kata-kataku: Daku ini orang yang dipatuhi di kalangan bangsa ku, hari ini ku hendak pulang menemui kaum ku serta menyeru mereka kepada Islam, wahai Rasulullah pintalah kepada Allah supaya ku dikurniakan satu ayat/tanda, dengan itu Rasulullah pun berdoalah.

Maka Allah pun mengurniakan kepadanya "tanda" yang apabila beliau mendekati kaumnya, Allah menjadikan mukanya bercahaya seperti lampu, lalu beliau menyeru: Ya Tuhanku Ya Allah, jadikanlah bukan di mukaku, kerana ku takut akan dikatakan cahaya itu adalah deraan atau sumpahan, justeru cahaya pun berpindah ke tungkatnya, di sana beliau telah menyeru bapanya dan isterinya kepada Islam, mereka berdua pun menganut Islam, namun kaumnya terlewat sedikit memeluk Islam, walaupun demikian beliau berusaha menyeru kaumnya. Akhirnya mereka memeluk Islam selepas hijrah, iaitu sebelum peperangan al-Khandak. Jumlah mereka semua tujuh puluh atau lapan puluh buah rumah. Tufail telah diuji kelslamannya, namun beliau berakhir penuh kejayaan, akhirnya beliau meninggal sebagai syahid di dalam peperangan al-Yamamah.

5. Dhamad al-Uzdi: Beliau adalah lelaki dari Qabilah Uzd-Synaw'ah dari al-Yaman, beliau seorang bomoh menjampi melalui angin, semasa beliau tiba di Makkah beliau telah mendengar golongan sufaha' (bodoh dan nakal) yang singkat pemikiran mengatakan: Bahawa Muhammad itu seorang yang gila, hingga beliau berkata dalam dirinya, kalaulah boleh aku rawat boleh kiranya aku sembohkan beliau dari penyakitnya itu, bila beliau menemui Muhammad beliau menyebut kepada Rasulullah dengan katanya: Wahai Muhammad aku pernah merawat melaluijampian menerusi angin yang berlalu, boleh tak aku cuba merawatmu? Rasulullah menjawab:

"Sesungguhrrya'segala pujian bagi Allah, bagiNya kita memuji, dariNya kita meminta pertolongan, sesiapa diberi hidayah, maka tiada siapa yang menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkanNya maka tiada siapapun yang boleh mmeberi petunjuk kepadanya, daku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya, adapun selepasNya."

Kata Dhamad: pinta ulangkan ungkapan mu itu sekali lagi, lalu Rasulullah mengulangi tiga kali. Jawab Dhamad: Sebenarnya aku pernah mendengar seloka paderi dan sami, juga mentera tukang sihir, serta puisi penyair, tapi kesemuanya tidak seperti kata-katamu itu, ianya menakluki kamus perbendaharaan seluas lautan samudera. Ayuh hulurkan tanganmu untuk ku berbai'ah di atas Islam, maka Baginda pun berbai'ah dengan beliau.

 

ENAM JIWA SUCI DARI BUMI YATHRIB



Pada musim haji tahun ke sebelas kebangkitan Rasulullah bersamaan bulan Julai tahun 620 Masilii dakwah Islamiah memperolehi bibit-bibit pengerak yang salih, dalam tempoh yang singkat bibit-bibit tadi telah membesar menjadi penaung kepada kaum muslimin yang amat memerlukan kepada perlindungan di sepanjang marhalah penindasan dan penganiayaan. Di antara hikmah Rasulullah (s.a.w) semasa penindasan dan penganiaan penduduk Makkah terhadap usahanya, ialah tindakan Rasulullah keluar di tengah-tengah malam buta untuk bertemu dengan qabilah-qabilah yang datang dari luar dengan tujuan supaya tidak diganggu oleh musyrikin Makkah.

Di suatu malam Rasulullah keluar bersama-sama Abu Bakr dan Ali, Baginda melawat kemah Zahl dan Syaiban bin Tha'labah, sempat Rasulullah memperkenalkan Islam kepada mereka, kiranya berlaku satu perbincangan di antara Abu Bakr dan salah seorang keturunannya, Zahl dengan jawapan yang baik manakala Banu Syaiban pula member! jawapan yang amat memuaskan, namun mereka menangguhkan penerimaan Islam.

Selepas itu Rasul berjalan di al-Aqabah Mina dan Baginda terdengar suara sekumpulan lelaki sedang berbual-bual sesama mereka, segera Rasulullah menemui dan berbicara dengan mereka, ketua mereka di situ adalah enam orang dari pemuda Yathrib dari qabilah al-Khazraj;

1. ' Asa'd bin Zurarah - Banu Najar

2. Awf bin al-Harith bin Rifa'ah bin Afra' - Banu Najar

3. Rafi bin Malik bin al-Ijlan - Banu Zuraiq

4. Qatbah bin Amir bin Hadidah - Banu Salamah

5. Aqabah bin Amir bin Naabi - Banu Hiram bin Ka'b

6. Jabir bin Abdillah bin Riaad - Banu Abidbin Ghanam.

Di antara kebahagiaan yang dikecapi oleh penduduk Yathrib itu, di mana dahulunya mereka pernah mendengar dari kaum Yahudi yang menceritakan kepada mereka bahawa seorang nabi utusan akan muncul di zaman itu, bila sahaja ianya dibangkitkan mereka akan menjadi pengikut setianya, di masa itu kaum Yahudi akan membinasakan penduduk Yathrib, seperti pemusnahan kaum 'Ad dan Iram.

Ketika Rasulullah bersama mereka, Baginda bertanya, siapa kamu? Jawab mereka kami adalah di antara orang al-Khazraj, kata Rasulullah: Jadi kamu adalah sekutu Yahudi? Jawab mereka: Ya! Kata Rasulullah: Boleh tak kamu beri sedikit masa untuk ku, hingga dapat ku bercakap dengan kamu? Kata mereka: Ya boleh, dengan itu mereka pun duduk bersama Rasulullah di mana Baginda menerangkan kepada mereka hakikat Islam dan seruannya, seterusnya Baginda menyeru mereka kepada Allah Azawajalla dan membaca ayat-ayat al-Quran, hingga dengan itu sesetengah dari mereka berkata: Tahu tak, demi Allah inilah nabi yang pernah diceritakan kepada kamu oleh Yahudi Madinah, ayuh jangan biarkan mereka mendahului kamu, maka mereka pun terus memeluk Islam.

Enam orang al-Khazraj ini merupakan di antara penduduk Yathrib berfikiran matang, mereka terasa keletihan dek perang saudara yang berlarutan hingga ke saat terakhir ini, di mana api perseteruan masih terasa bahangnya, justeru itu semua mengharapkan suatu takdir yang boleh menamatkan peperangan itu, mereka melepaskan keluhan mereka kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah kami tinggalkan kaum kami di sana dalam persengketaan yang amat teruk, kami harapkan semoga Allah mencantumkan kami semua dengan perantaraan engkau wahai Rasulullah, tidak lama lagi kami akan sampai di kalangan mereka, kami akan menyeru mereka kepada seruanmu ini, kami akan bentangkan kepada mereka agama yang telah kamu anuti ini, sekiranya mereka menyahut dan menerima maka tidak ada orang yang mulia selain dari engkau.

Setelah sampai ke Madinah dengan risalah Islam yang mereka bawa itu terus disebarnya di sana hingga tidak ada satu keluarga pun yang tidak memeluk Islam dan kesemua mereka' menyebut-nyebut nama Rasulullah (s.a.w).

ISRA' DAN MI'RAJ

Di dalam tempoh dakwah Rasulullah yang terus bergerak dan mencapai kejayaan di samping penindasan-penindasan, namun kemenangan sayup-sayup sudah dapat didengar, di saat ini berlakulah peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Penentuan masa terjadinya peristiwa bersejarah ini berlaku sedikit ikhtilaf, di antara pendapat-pendapat ialah:

1. Al-Tabari menentukan berlakukannya di tahun Baginda dibangkitkan.

2. Al-Nawawi dan al-Qurtubi mentarjihkan di tahun kelima kebangkitan Baginda.

3. Al-'Alamah al-Mansurfuri menetapkan pada malam dua puluh tujuh di bulan Rejab tahun kesepuluh kebangkitan Baginda.

4. Pendapat lain mengatakan enam belas tahun sebelum hijrah iaitu di bulan Ramadhan tahun dua belas kebangkitan Baginda.

5. Ada pendapat mengatakan setahun dua bulan sebelum hij rah iaitu di bulan Muharam tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah.

6. Satu lagi pendapat menyebut berlakunya setahun sebelum hijrah iaitu di dalam bulan Rabiulawal tahun ketiga belas kebangkitan Baginda.

Ketiga pendapat yang pertama menyebut bahawa Khadijah (r.a) telah wafat di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh kebangkitan Baginda, kewafatan beliau adalah sebelum sembahyang lima waktu difardukan, dan tiada khilaf bahawa sembahyang itu memang difardukan di malam berlakunya Isra' dan Mikraj itu, manakala tiga pendapat terakhir saya sendiri tidak dapat mentarjihkan mana-mana satu pun. Namun gaya bahasa surah al-Isra' itu menunjukkan Isra' itu berlaku di ketika masa-masa yang akhir sebelum hijrah.

Para Imam al-Hadith meriwayatkan huraian lanjut mengenai peristiwa ini "berdasarkan hadith sahih", di sini kami memuatkan ringkasannya: Ibnu al-Qayim telah menyebut: Rasulullah telah diisra'kan dengan jasadnya dari masjid al-Haram ke Baitui Maqdis dengan menunggang buraq, ditemani oleh Jibril (a.s), Rasulullah turun ke Baitui Maqdis dengan mengimami sembahyang, bersama para Anbiya' yang terdahulu, buraq ditambat di halaman masjid al-Aqsa.

Setelah itu Rasulullah dimi'rajkan di malam yang sama dari Baitui Maqdis ke langit terdekat, lalu Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibukanya, di sana Rasulullah telah melihat Adam (a.s) bapa sekalian manusia, Baginda pun memberi salam kepadanya, Baginda dialu-alukan dan membalas salam dan Baginda diperakukan dengan kenabiannya. Allah memperlihatkan kepada Baginda roh-roh para syuhada' di sebelah kanannya dan roh-roh yang terseksa di sebelah kirinya.

Kemudian Baginda dibawa naik ke langit kedua, Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibuka mereka memasukinya di sana didapati nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam, diberinya salam lalu dijawab satam dan dialu-alukan mereka, di samping memperakui kenabian Muhammad (s.a.w).

Setelah itu Jibril membawa Rasulullah ke langit ketiga di sana mereka bertemu dengan Nabi Yusuf, setelah salam diberi dan disambut Baginda dialu-alukan dan diperakui kenabiannya.

Seterusnya Rasulullah dibawa ke langit keempat di sana Baginda berjumpa dengan Nabi Idris (a.s), Rasulullah memberi salam kapadanya dan beliau menjawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabian Baginda.

Lepas itu Baginda dibawa ke langit kelima di sana Baginda bertemu dengan nabi Harun bin Imran, Baginda menjawab salam yang diberi, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya.

Kemudian Baginda dimi'rajkan ke langit keenam di sana Baginda bertemu dengan Musa bin Imran, Baginda memberi salam dan dijawab maka dialu-alukan dan diperakui kenabiannya. Setelah Rasulullah berlepas dari Musa, Musa pun menangis, lalu ditanya Musa apa yang membawa kau menangis? Jawab Musa: Aku menangis kerana orang yang diutuskan selepasku, umatnya memasuki Syurga lebih ramai dari umatku.

Seterusnya Rasulullah dimi'rajkan ke langit ketujuh, padanya Baginda menemui Ibrahim (a.s), setelah salam diberi dan dijawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya. Sesudah itu Baginda dimi'rajkan ke Sidrah al-Muntaha dan dibawa ke al-Bait al-Ma'mur.

Akhirnya Baginda dimi'rajkan ke hadapan Allah al-Jabbar Jalla Jalaluh, Baginda menghampiriNya paling terdekat, maka difirman dan diwahyukan kepada hambaNya Muhammad segala sesuatu, difardukan ke atas Baginda kelima puluh waktu, dengan itu Baginda pun turunlah untuk pulang ditengah jalan Baginda melalui Musa bin Imran yang bertanyakan kepada Rasulullah:

Dengan apa kau diperintahkan? Jawab Baginda: Daku difardukan dengan lima puluh waktu solat, jawab Musa: Umat kau tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan pohon kepadaNya pengurangan, demi untuk umat engkau, Baginda berpaling kepada Jibril bagaikan untuk mendapat pandangan, maka Jibril pun memberi persetujuan dengan pendapat Musa itu, dengan itu Jibril membawa semula hingga ke hadapan Tuhan Rabul Jalil, justeru itu Allah pun mengurangkan hingga tinggal sepuluh waktu sahaja, maka Baginda turun, semasa itu sekali lagi Baginda melewati Musa (a.s), Baginda mencerita apa yang berlaku, maka kata Musa sekali lagi sebagai menasihati, Ayuh pulang semula kepada Tuhanmu mintakan agar dikurangkan lagi, demikianlah Rasulullah berulang-alik di antara Allah Rabul Jalil dan Musa, dengan itu Allah perkurangkan, hingga tinggal menjadi lima waktu solat sahaja, masih lagi Musa menyuruh Rasulullah memohon pengurangan lagi, kemudian Rasulullah mengatakan:


Yüklə 1,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   36




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin