KESUDAHAN PEPERANGAN
Meskipun keberanian yang luar biasa dan kepahlawanan yang tiada tara bandingannya, namun ianya adalah suatu hal yang luar biasa juga, bagi sekumpulan tentera yang bilangannya kecil berbanding dengan tentera musuh yang ramai hingga menutupi bumi Mu'tah, memang luar biasa baginya untuk memenangi tentera Roman. Di dalam kegawatan suasana itu, Khalid bin al-Walid telah memperlihatkan kecekapannya malah kebijaksanaannya untuk keluar dari keadaan yang cemas di mana mereka tersepit di dalam kancah pertempuran yang tidak diduga.
Beberapa riwayat yang berbagai, telah menceritakan khusus mengenai kesudahan peperangan ini. Setelah kita meneliti kesemua riwayat ini, nampaknya Khalid bin al-Walid berjaya berhadapan dengan tentera Roman sepanjang hari. Sepanjang pengendalian, beliau merasakan amat perlu kepada satu taktik dan tipu helah peperangan guna untuk menimbulkan kegerunan di kalangan tentera Roman, supaya dengannya dapat beliau melepaskan dan membawa keluar tentera Islam dari kancah peperangan. Di masa yang sama tidak membiarkan tentera Roman memburu mereka. Sebenarnya beliau amat arif bahawa peluang untuk melepaskan tentera Islam dari suasana yang dihadapinya itu amat tipis, terutamanya dalam keadaan umat Islam berkecamuk malah pihak Roman pasti akan memburu mereka dari belakang.
Sebagai tindakan kepada rancangannya itu, sebaik sahaja subuh menjelang beliau menukar posisi tentera, dan menyusun semula kedudukan tentera Islam, dengan mengubah barisan hadapan ke belakang yang kiri ke kanan dan sebaliknya. Apabila tentera Roman melihat penyusunan baru mereka menyangka suatu keadaan lain, mereka menyangka bahawa tentera Islam mendapat bantuan, mereka mula merasa takut dan gerun, setelah mana kedua-dua .tentera berhadapan, pertempuran pun bermula, di sini Khalid bertindak berundur perlahan-perlahan ke belakang di samping mengekalkan sistem dan struktur tentera semasa mereka berundur, tentera Roman tidak pula memburu mereka kerana pada sangkaan mereka bahawa .tentera Islam mengunakan taktik untuk memerangkap mereka di gurun padang pasir luas saujana mata memandang itu.
Beginilah caranya hingga pihak musuh pulang ke negaranya tanpa memikir untuk memburu kaum muslimin, dengan itu berjayalah Khalid untuk melepaskan tentera Islam dari ancaman, cengkaman dan buruan tentera Roman, akhirnya selamat pula mereka pulang kc Madinah.
KORBAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK
Seramai dua belas (12) orang tentera Islam gugur syahid manakala bilangan tentera Roman tidak diketahui dengan sebenarnya, Walau macam mana pun dianggarkan angka kematian adalah tinggi.
KESAN PEPERANGAN
Meskipun tentera Islam tidak dapat menuntut bela, namun pergerakan ini telah menatijahkan kesan yang besar, dengannya kemasyhuran tentera Islam menjadi gah, membawa orang Arab secara menyeluiuh menjadi panik dan taajub, kerana Roman adalah kuasa besar dan gergasi bumi di masa itu. Pada mulanya orang Arab menyangka keberanian tentera Islam untuk berhadapan dengan tentera Roman itu adalah tindakan membunuh diri sendiri. Namun setelah tentera Islam dengan bilangannya yang kecil seramai tiga ribu (3,000) orang itu mencabar tentera Roman yang besar lagi gagah gerkasa seramai dua ratus ribu (200,000) orang itu, kemudian tentera Islam pulang ke Madinah tanpa mengalami kerugian yang berat, semuanya menjadi macam satu legenda, malah peristiwa ini, membuktikan bahawa tentera Islam adalah unik belum pernah bangsa Arab mengenali contoh umpama ini. Sesungguhnya mereka telah dibantu dan disokung oleh Allah (s.w.t), teladan mereka itu adalah Rasulullah yang sebenar, maka justeru itulah kita dapati qabilah-qabilah Arab yang menjadi musuh ketat Islam, yang memusuhi Islam hinggalah ke saat sebelum peristiwa bersejarah itu, telah mengubah pendiriannya, di mana Banu Salim, Asyja', Ghatafan, Zibyan, Fazarah dan lain-lain telah memeluk Islam.
Peperangan ini merupakan permulaan kepada pertarungan berdarah dengan Roman di masa-masa hadapan, malah ianya juga sebagai landasan dan pendahuluan kepada pembukaan-pembukaan Islam ke atas-atas negeri-negeri Roman seterusnya penaklukan Islam ke atas negeri-negeri di belakangnya yang terletak jauh di sebaliknya.
PEPERANGAN ZAT AL-SALASIL
Setelah Rasulullah mengenalpasti sikap qabilah-qabilah Arab yang mendiami perbatasan negeri al-Syam itu semasa peperangan Mu'tah, di mana mereka telah bersekutu dengan Roman melawan umat Islam, maka Rasulullah (s.a.w) merasa amat perlu sangat untuk bertindak penuh kebijaksanaan untuk memecahkan perpaduan di antara mereka dan Roman, dan seterusnya boleh membawa kepada perubahan sikap mereka untuk bersekutu dengan umat Islam supaya perpaduan mereka tidak berulang sekali lagi.
Bagi menjayakan perancangan Rasulullah itu dan untuk menarik mereka kepada Islam, Baginda memilih Amru bin al-Aas orang yang akan melaksanakan tindakan itu, kerana neneknya adalah dari qabilah Bila, Baginda mengutusnya di bulan Jamadilakhir tahun kelapail (8) Hijrah, selepas peperangan Mu'tah. Malah ada juga pendapat yang mengatakan bahawa: Telah sampai berita dari risikan Islam di mana sekumpulan banu Qudhaah telah berkumpul untuk menuju ke Madinah, justeru itulah maka Rasulullah mengutus Amru bin al-Aas, berkemungkinan dua sebab inilah yang mendorong Rasulullah menghantar unit ini.
Rasulullah (s.a.w) menyerah bendera putih kepada Amru bin al-Aas, dan bersama-samanya panji berwarna hijau, dengan kekuatan tiga ratus (300) orang dari kalangan Muhajirin dan al-Ansar, bersama mereka tiga puluh ekor kuda, Baginda ntenyuruh beliau meminta bantuan dengan mana-mana qabilah Arab yang beliau lewati Bila, Uzrah dan Balqin. Beliau bergerak di malam hari dan berselindung di siang hari, apabila beliau mendekati kediaman qabilah berkenaan, didapati mereka dalam ketumbukan yang besar jumlahnya. Justeru itu beliau mengutus permohonan tambahan bantuan kepada Rasulullah, dibawa oleh Rafie' bin Makith al-Juhani. Dengan itu Rasulullah pun mengirim satu unit tentera Islam di bawa pimpinan Abu Ubaidah Ibni al-Jarrah dengan kekuatan seramai dua ratus (200) orang tentera keseluruhannya adalah kaum Muhajirin dan al-Ansar turut bersama Abu Bakar dan Umar Ibni al-Khattab.
Rasulullah menyerah panji pimpinan kepada Amru Ibni al-Aas, Baginda mengarah mereka supaya menemui Amru, kedua unit harus bergabung dan sekali-kali jangan berpecah. Setibanya Abu Ubaidah di tempat Amru maka beliau hendak mengimami sembahyang jemaah, lantas Amru membantah tindakannya itu dengan katanya: Sebenarnya kau sampai di sini sebagai bantuan dan aku tetap scbagai Amir, dengan itu Abu Ubaidah pun mematuhi Amru bin al-Aas, di mana Amru mengimami sekalian yang hadir.
Sariyah Amru pun bergerak hingga memasuki negeri kediaman Qudhaah dan menawannya hingga kehujung perbatasan, di sana tentera Islam menemui himpunan musuh, dan terus mereka menyerang himpunan itu, kesudahannya mereka lari bertempiaran ke merata tempat.
Dari sana Amru mengutus Auf bin Malik al-Asyja'i untuk menyampaikan berita kepada Rasulullah tentang kepulangan dan keselamatan mereka serta laporan mengenai peperangan yang mereka harungi.
Zat al-Salasil adalah satu kawasan selepas Wadi al-Qura di antaranya dan Madinah sepuluh hari perjalanan. Ibnu Ishak menyebut bahawa tentera Islam singgah di perairan kawasan Banu Juzam dikenali sebagai al-Salasil, maka tempat itu dinamakan Zat al-Salasil.
PENGUTUSAN ABU QUTADAH KE KHUDRAH
Penghantaan sariyah ini pada bulan Syaaban tahun kelapan (8) Hijrah, kerana Banu Ghatafan sedang berkumpul di Khudrah, ianya kediaman Banu Maharib di Najd, Rasulullah mengutus Abu Qutadah bersama lima belas (15) orang tentera, di sana tentera Islam berjaya menghapus sebahagian dari tentera musuh di samping menawan dan merampas biri-biri musuh, Abu Qutadah berada di sana selama lima belas (15) malam.
PEPERANGAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Ibn al-Qaiyim telah menyebut:
"lanya satu pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakan agamanya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga Allah telah menyelamatkan negeri-negeriNya dan rumahNya yang telahpun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam, menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agamaNya, hingga denganNya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar".
SEBAB TERCETUSNYA PEPERANGAN
Telah kita sebutkan semasa memperkatakan mengenai peristiwa al-Hudaibiah, di antara syarat perjanjian ialah:
Sesiapa yang ingin menyertai Muhammad dan bersekutu dengannya, beliau berhak berbuat denikian dan sesiapa yang ingin berpihak dengan Quraisy dan bersekutu dengannya beliau berhak berbuat demikian. Mana-mana qabilah yang bersekutu dengan mana-mana kem maka ianya dianggap sebagai sebahagian dari kem itu, mana-mana pelanggaran ke atas qabilah yang menyertai kem-kem tadi adalah dianggap sebagai pelanggaran ke atas kem secara langsung.
Berdasarkan syarat ini maka Khuza'ah telah bersekutu dengan Rasulullah, manakala Banu Bakar pula menyertai Quraisy, dengan itu kedua-dua qabilah ini menikmati keamanan dan kesejahteraan, sedang sebelum ini kedua-duanya saling bermusuhan dan saling menuntut bela dan membalas dendam yang diwarisi sejak zaman jahiliah lagi. Dengan kedatangan Islam dan termeterainya perjanjian keamanan al-Hudaibiah maka tertebarlah benih keamanan di antara semua pihak, namun Banu Bakar masih tetap hendak membalas dendam kesumat lamanya, di mana Naufal bin Muawiyah al-Daily bersama jemaahnya banu Bakar telah keluar di Bulan Syaaban tahun kelapan (8) Hijrah, lantas menyerang Khuza'ah di malam hari, sedang di masa itu mereka sedang berada di kawasan berair yang dikenali sebagai "al-Watir" dalam kejadian berkenaan Banu Bakar telah berjaya membunuh orang-orang Khuza'ah dan sebagai lanjutan terjadilah pertarungan dan peperangan di antara keduanya dan seterusnya Quraisy menghulur bantuan senjata kepada sekutunya banu Bakar, malah beberapa tokoh Quraisy telah turut serta di dalam peperangan berkenaan berselindung di sebalik kegelapan malam, hingga mereka dapat membawa Khuza'ah ke dalam kawasan al-Haram Makkah. Oleh yang demikian maka berkatalah Banu Bakar:
"Wahai Naufal! sekarang kita telah memasuki kawasan al-Haram ingatlah, Tuhan kau, Tuhan kau, lantas al-Khuza'ah menjawab: Wahai Bakar tiada Tuhan di hari ini, kamu sudah pun membalas dendam kesumat kamu itu, ku bersumpah, sebenarnya kamu telah melakukan pencabulan di kawasan al-Haram ini, tidakkah di sini sudah terbayar dendam kamu itu?
Setelah Khuzaah melangkah masuk ke kawasan Makkah mereka terus mendapat perlindungan di rumah Budail bin Warqa' al-Khuza'i dan rumah kawan setia mereka yang dikenali sebagai Rafie'. Amru bin Salim al-Khuza'i terus meluru ke Madinah menemui Rasulullah. Sesampainya beliau di sana, beliau pun mempersembahkan kepada Rasul hasratnya melalui madahnya, sedang pada masa itu Rasulullah sedang duduk berbual di dalam masjid bersama-sama kaum muslimin. Amru pun bermadah:
Duhai Tuhan ku merayu Muhammad
Sekutu kita dan bapanya yang tertua
Semasa kamu kanak-kanak dan kami bcpa
Tangan erat bergenggaman
Bantulah sepenuh pertolongan
Serulah penyembah Allah menghulur bantuan
Pada mereka Rasul mulia
Semulia bulan purnama mengambang
Pabila marah mukanya bergelora
Dibelakangnya tentera seramai samudera
Mengajar Quraisy mengkhianati setia
Mengucap janji merubah kata
Di Kada' kami dibelasah
Kerana menyangka tiada pembela
Mereka terhina, terkecil angka
Namun dendam mereka menuntut
Kami bersembahyang kami di bunuh
Rasulullah terus menjawab: Kau dibela wahai Amru, kemudian Baginda diperlihatkan mendung merintangi langit, maka katanya lagi: Awan berarak itu, pembuka pertolongan kepada Banu Kaab.
Tidak berapa lama kemudian tiba pula Budail bin Warqa' al-Khuza'i bersama beberapa orang dari Khuza'ah, di mana mereka menemui Rasulullah melaporkan bilangan qurban peristiwa yang nahas itu dan penyertaan langsung oleh Quraisy membantu Banu Bakar, kemudian mereka pun pulang semula ke Makkah.
ABU SUFIAN KE MADINAH UNTUK MEMBAHARUI PERJANJIAN
Tidak syak lagi Quraisy dengan tindakannya bersama-sama dengan sekutunya itu merupakan pencerobohan kepada perjanjian dan pengkhianatan terang-terangan kepada perdamaian yang dimeterai bersama itu, tanpa alasan yang boleh dimaafkan, kini Quraisy sudah pun menyedari kesalahan yang mereka lakukan itu, sekaligus merasai buruk padah dari tindakannya di luar batasan, dengan itu mereka memanggil permesyuaratan untuk sidang tergempar. Keputusannya menghantar pimpinan mereka Abu Sufian pada masa itu, untuk ke Madinah buat memperbaharui perdamaian.
Rasulullah (s.a.w) memberitahu kepada sekalian sahabatnya apa yang akan dilakukan oleh Quraisy dalam usaha mengatasi pengkhianatan mereka itu dengan sabdanya:
Kamu akan didatangi Abu Sufian untuk mengemaskan perjanjian al-Hudaibiah itu, malah memohon untuk dilanjutkan lagi tempohnya. Abu Sufian terus bergerak ke Madinah sebagaimana keputusan yang mereka persetujui, beliau bertemu dengan Budail bin Warqa' dalam perjalanan pulang dari Madinah ke Makkah. Abu Sufian terus bertanya Budail: Kamu ini dari mana? Abu Sufian mengesyaki yang beliau ini datang menemui Rasulullah (s.a.w). Jawab Budail: Aku bersiar-siar dengan Khuza'ah di sekitar pantai tadi dan di sekeliling lembah-lembah ini. Tanya Abu Sufian yang penuh meragui: Bukankah kamu datang menemui Muhammad ? Kata beliau: Tidaklah. Setelah Budail berlepas ke Makkah, Abu Sufian berkata kepada teman yang mengiringiriya: Kalaulah Budail ini datang dari Madinah pasti tunggangannya memakan makanannya ('alaf) yang mengandungi biji-biji al-Madinah, dengan itu beliau terus ke tempat najis unta dipecahkannya, memang beliau dapati bijian al-Madinah di dalam kandungan najis, maka kata Abu Sufian: Aku bersumpah demi Allah, Budail telah menemui Muhammad.
Walau macam mana pun Abu Sufian terus ke Madinah, pertama beliau datang menemui anak perempuannya, Ummu Habibah, setibanya di hadapan Ummu Habibah beliau pun mengayakan diri untuk duduk di atas hamparan Rasulullah (s.a.w), apa lagi Ummu Habibah pun menggulung hamparan tadi, maka kata Abu Sufian: "Kenapa wahai anakku apakah kau membencikan daku?" Maka jawab Ummu al-Mukminin: "Itu adalah hamparan Rasulullah, kau ini musyrik najis". Jawab Abu Sufian: "Selepas kau berpisah dari ku, kau telah terkena sihir".
Dengan itu beliau keluar dari situ, dan terus menemui Rasulullah (s.a.w), Abu Sufian menegur Baginda, tetapi Rasulullah tidak menjawab sepatah apa bun, kemudian beliau menemui Abu Ba-kar, meminta jasa baik beliau untuk menyampai hasratnya kepada Rasulullah (s.a.w) tapi jawab Abu Bakar: "Aku tidak boleh berbuat apa pun", lantas beliau pergi menemui Umar dan beliau meminta Umar menolongnya dalam hal ini, maka jawab Umar: "Apakah aku ini yang akan menjadi orang tengah untuk kamu? Demi Allah, kalaulah aku tidak mempunyai apa pun selain debu-debu, namun dengannya pun cukup untuk ku tentangi kamu, pasti aku lakukan", kemudian beliau datang menemui Ali bin Abi Talib di masa itu Fatimah sedang duduk di sampingnya, manakala anaknya Hasan sedang merangkak di hadapannya, kata Abu Sufian: "Wahai Ali, sebenarnya kaulah orang paling mengasihi daku, di hari ini aku datang memerlukan pertolonganmu, janganlah membiarkan daku pulang dengan hampa sahaja, daku memerlukan kau menjadi orang tengah, untuk menyampaikan hasrat ku kepada Muhammad", kata Ali pula: "Bangsat kau Abu Sufian, sebenarnya Rasulullah sudah berazam hendak melakukan sesuatu di mana kami tidak berhak untuk berbicara dengannya" lalu beliau berpaling ke arah Fatimah dengan berkata: "Boleh tak engkau menyuruh anak engkau ini melindungi manusia ramai, maka dengan itu beliau akan menjadi penghulu seluruh bangsa Arab hingga ke akhir zaman?" Jawab Fatimah: "Demi Allah mana boleh anak ku ini berbuat demikian, malah tiada siapa yang boleh menghalang Rasulullah (s.a.w) dari bertindak".
Di masa itu Abu Sufian terasa dunia menjadi gelap dan berkata kepada Ali bin Abi Talib dalam keadaan serba kebingungan dan putus asa: "Wahai Abu al-Hasan, aku mendapati keadaan semakin meruncing, cuba kau nasihatkan daku". Jawab Ali: "Demi Allah, aku tak tahulah apa nasihat yang baik untuk kau, kerana kau sendiri adalah pemimpin Banu Kinanah, ayuh pergilah pinta perlindungan dari orang ramai, kemudian pulanglah ke tanah airmu". Tanya Abu Sufian: "Apakah itu boleh memberi sesuatu yang baik untuk ku?" Jawab Ali: "Demi Allah, aku tidak menyangka demikian, cuma aku tidak ada nasihat selain dari itu". Lantas Abu Sufian pun beredar dari situ menuju ke masjid, di sana beliau melaung: "Wahai kalian, daku memohon perlindungan kalian, kemudian dia terus memecut untanya dan beredar.
Setibanya di pangkuan Quraisy, beliau terus disoal dengan kata mereka: "Apa yang kau capai". Jawab beliau: "Ku menemui Muhammad untuk berbicara dengannya, demi Allah tak sepatah yang dijawabnya, setelah itu aku menemui Ibnu Abi Quhafah, beliau pun sama, tidak suatu pun yang ku perolehi, kemudian terus kepada Umar Ibni al-Khattab: Ku dapati beliau musuh yang rendah profail, kemudian ku temui Ali Ibni Abi Talib, beliau adalah yang terlembut di antara kesemua, beliau telah menasihati ku melakukan sesuatu, namun demikian aku pun tak pasti apakah pendapatnya itu boleh memberi sesuatu kebaikan?" Tanya mereka: "Apakah nasihat beliau kepada kamu?" Kata Abu Sufian: "Beliau menyuruh aku meminta perlindungan dari orang ramai, maka aku pun buatlah seperti yang beliau syorkan itu". Tanya hadirin: "Apakah Muhammad telah mempersetujuinya?" Jawab Abu Sufian: "Tidak". Kata hadirin: "Celaka kau, penasihat kau itu tak lebih dari menambahkan cemuhan orang terhadap kau". Jawab Abu Sufian: "Tidak! Demi Allah sebenarnya aku tak ada pilihan kecuali itu sahaja".
PERSIAPAN UNTUK PEPERANGAN DAN IKHTIAR MERAHSIAKANNYA
Satu petikan dari riwayat al-Tabrani mengatakan bahawa Rasulullah telah mengarah Aisyah (r.a) mempersiapkan kelengkapan dan pera(atan, iaitu tiga hari lebih awal, sebelum Rasulullah menerima berita pelanggaran terhadap perjanjian perdamaian. Persiapan Rasulullah ini tak siapa pun mengetahuinya, cuma di suatu hari Abu Bakar telah datang menemui anaknya dengan bertanya: "Anakku! Apa semua persiapan ini?" Jawab Aisyah: "Demi Allah! Saya pun tidak tahu". Kata Abu Bakar: "Demi Allah, sebenarnya ini bukan masa untuk memerangi bangsa kulit kuning itu (yakni Roman), ke mana Rasulullah hendak tuju agaknya?" Jawab Aisyah: "Entahlah, demi Allah saya kurang pasti". Di subuh hari selepas persiapan itu, tibalah Amru bin Salim al-Khuza'i bersama dengan empat puluh (40) penunggang kenderaan, Amru terus berbicara dengan Rasulullah melalui madahnya, seperti yang kita sebutkan sebelum ini. Sekalian yang mendengarnya pun mengetahui peristiwa pelanggaran perjanjian. Selepas itu disusuli pula dengan kedatangan Abu Sufian, dengan itu sahihiah peristiwa berkenaan, Rasulullah mengarah mereka supaya bersiap sedia tanpa berahsia lagi, Rasulullah memberitahu mengenai pergerakannya ke Makkah, namun beritanya tetap dirahsiakan dan ditutup rapat dengan sabdanya: Rahsiakan berita ini agar tidak sampai ke pengetahuan Quraisy supaya dapat kita gempur dan kejutkan mereka dengan kedatangan kita ke sana secara mendadak.
Sebagai usaha menutup dan mengaburkan tindakan Baginda, Rasulullah mengutus satu unit sariyah yang terdiri lapan orang di bawah pimpinan Abu Qutadah bin Rabie' ke daerah kediaman Adham yang terletak di antara Zi al-Khasyab dan Zi al-Maruah, kira-kira sejauh tiga "Barad" dari al-Madinah. Kira-kira di awal bulan Ramadhan tahun kelapan (8) Hijrah, supaya disangka orang bahawa Rasulullah akan menuju ke sana, dan sebagai cara buat merahsiakan pergerakan yang sebenar, sariyah ini terus berjalan hinggalah sampai berita kemaraan Rasulullah ke Makkah, maka sariyah ini mengalih arahannya hingga bertemu dengan Rasulullah.
Di dalam suasana yang kritikal itu, seorang sahabat bernama Hatib bin Abi Baltaah telah mengutus risalah ke Makkah buat menceritakan pergerakan Rasulullah ke sana, beliau mengupah seorang perempuan untuk membawa risalah berkenaan. Beliau bertindak menyorok risalah berkenaan di dalam sanggulnya. Di masa itu Allah memberi tahu RasulullahNya tentang tindakan Hatib itu lantas Rasulullah mengutus Ali dan Miqdad dengan sabdanya: Ayuh kamu berdua ke sana hingga ke tempat bernama "Raudhah Khakh" kerana di sana ada seorang perempuan ya.ng membawa risalah untuk Qm-aisy. Mereka berdua terus bergerak ke sana, hingga sampai ke tempat seperti yang disebut oleh Rasulullah, setelah berhadapan dengan perempuan yang disebutkan itu, mereka meminta perempuan berkenaan turun dari kenderaannya dengan berkata: "Kamu membawa risalah?" Jawab perempuan itu: "Aku tidak ada sebarang .risalah pun". Ali dan Miqdad pun memeriksa kenderaannya dan tidak didapati sebarang apa pun; kemudian kata Ali: "Aku bersumpah dengan nama Allah, masakan Rasulullah berdusta dan membohongi kita, demi Allah kau mesti serahkan surat itu atau kalau tidak kami telanjangkan kau".
Setelah beliau melihat kesungguhan Ali maka katanya: "Ayuh berpaling dari sini", setelah beliau berpaling, perempuan itu pun merungkai sanggulnya dan dikeluarkan risalah berkenaan, serta diserahkan kepada Ali, dengan itu mereka berdua kembali membawanya kepada Rasulullah. Baginda mendapati surat berkenaan, bunyinya: (Dari Hatib bin Abi Baltaah ke hadapan Quraisy) memaklumkan mereka mengenai pergerakan Rasulullah, maka Rasulullah pun menjemput Hatib dengan bertanya: "Apakah motifnya yang membawa kamu menulis risalah kepada Quraisy?" Jawab Hatib: "Wahai Rasulullah janganlah segera menghukum ke atasku. Demi Allah daku ini tetap beiiman dengan Allah dan RasulNya, tidak sekali pun aku murtad atau menukar agama, tetapi daku ini seorang lelaki yang terikat dengan Quraisy namun bukanlah sebahagian dari mereka, cuma anak dan keluargaku sahaja berada di sana, malahan daku tidak ada sebarang ikatan kekeluargaan di sana yang boleh menjaga keselamatan di antara satu sama lain, maka di sini ku sukalah sebagai mengganti kekurangan ku tadi dengan menjadikan mereka sebagai pihak yang boleh menjaga keselamatan anak-anakku di sana.
Kata Umar: "Wahai Rasulullah serahkan sahaja si munafiq ini untuk ku penggal lehernya, orang ini sudahpun mengkhianati Allah dan RasulNya. Dia sudah menjadi munafiq." Jawab Rasulullah: "Beliau ini adalah peserta peperangan Badar, mana tahu, boleh jadi Allah telah membuka sesuatu kepada tentera Badar. Kemudian Rasulullah bersabda: Lakukanlah apa yang hendak kamu lakukan, sebenarnya aku mengampuni kamu. Di masa itu air mata beliau mengalir dipipinya dan berkata: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Demikian kehendak Allah untuk menjaga supaya tidak ada sebarang berita mengenai persiapan dan pergerakan kaum muslimin yang sampai ke pengetahuan Quraisy.
PERGERAKAN TENTERA ISLAM KE ARAH MAKKAH
Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan tahun lapan (8) Hijrah Rasulullah pun bergerak keluar dari al-Madinah menuju ke Makkah dengan bala tentera seramai sepuluh ribu orang yang kesemuanya dari kalangan para sahabat. Baginda melantik Abu Rahm al-Ghaffari sebagai Amir di Madinah.
Semasa Baginda di al-Juhfah atau selepasnya, Baginda telah bertemu dengan bapa saudaranya al-Abbas bin Abdul al-Mutalib yang telah keluar bersama-sama dengan anak keluarganya sebagai seorang muslim untuk berhijrah, dan semasa Baginda di "al-Abwa"' Rasulullah (s.a.w) bertemu dengan anak bapa saudaranya Abu Sufian bin al-Harith dan anak emak saudaranya Abdullah bin Abi Umaiyah, tetapi Rasulullah berpaling dari mereka berdua kerana sebelum ini mereka berdua merupakan di antara orang yang banyak menyakiti dan mencela Baginda, justeru itu maka kata Ummu Salamah kepadanya: "Kedua-dua anak saudara mu itu tidakkah lebih jahat dari orang lain". Manakala Ali pula menasihati Abu Sufian bin al-Harith dengan katanya: "Ayuh kamu datang sahaja ke hadapan Rasulullah dan katakanlah seperti mana katanya saudara-saudaraYusof kepada adik mereka:
Dostları ilə paylaş: |