Rahsia pemilihan semenanjung 'arab sebagai tapak pancaran agama islam



Yüklə 1,2 Mb.
səhifə5/36
tarix17.01.2019
ölçüsü1,2 Mb.
#99555
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   36

HIDUP PENUH KEPERITAN


Rasulullah (s.a.w) tidak mempunyai satu pekerjaan yang tetap dipermulaan mudanya, namun demikian beberapa riwayat sering mengaitkan kerja Rasulullah di permulaan usia remajanya, sebagai penternak, mengembala kambing keluarga Banu Sa'd, dan di Makkah pula mengambil upah dari penduduk Makkah dengan beberapa qirat, bila Baginda meningkat dua puluh lima tahun, Baginda keluar ke negeri Syam sebagai peniaga dengan modal Khadijah (r.a).

Ibn Ishak menceritakan: Khadijah binti Khuwailid, adalah seorang wanita peniaga, mempunyai kedudukan termulia dan pelbagai harta, biasanya beliau menawar peniaga-peniaga untuk berniaga dengan hartanya, dengan berkongsi keuntungan, terutamanya orang-orang Quraisy memang terkenal sebagai ahli perniagaan. Sebaik sahaja perkhabaran mengenai diri Rasululullah dengan keimanan dan kebenaran pertuturan Baginda, serta ketinggian akhlak mulia, tanpa berlengah beliau mengantar utusan, menawarkan kepada Baginda untuk keluar berniaga dengan hartanya ke negeri Syam, beliau menjanjikan Baginda untuk memberi kongsian lebih lumayan dari yang ,biasa diberi kepada peniaga-peniaga lain, untuk ke sana beliau telah menghantar budak suruhannya mengiringi Rasulullah, tawaran itu telah diterima oleh Rasulullah dengan baik. Baginda pun keluar ke sana bersama Maisarah budak suruhan Khadijah hingga tiba ke negeri Syam.


PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (R.A)


Sekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya, Khadijah mendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang diperhatinya di s'epanjang pergaulannya dengan Rasulullah di sana, dengan perangai-perangai yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya. Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat perihatin untuk mengawini beliau, namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak, kini hasrat dan cita-citanya itu didedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Manyah, Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah untuk merestui hasrat Khadijah kepada Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah pun mempersetujui hasrat Khadijah dan menerima untuk berkahwin dengannya. Baginda pun memberitahu persetujuan tadi kepada bapa-bapa saudaranya, dengan itu mereka semua telah datang menemui bapa-bapa saudara Khadijah dan terus meminang Khadijah untuk Rasulullah (s.a.w), tidak berapa lama upacara perkahwinan pun dilangsungkan, upacara akad nikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani Mudhar. Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulangan Baginda dari negeri Syam, Mahar perkahwinan ialah dua puluh ekor unta betina, usianya dimasa itu sudah meningkat empat puloh tahun namun di ketika itu beliaulah seafdal-afdal wanita pilihannya dari segi nasab keturunannya, harta dan pemikiran.

Beliau merupakan isteri pertama kepada Rasulullah. Dan Baginda tidak mengahwini mana-mana perempuan pun semasa hayatnya, hinggalah beliau meninggal.

Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim, dengannya Rasulullah digelar Abu al-Qasim, kemudian Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai al-Tayyib dan al-Tahir, anak lelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala anak-anak perempuannya kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan Baginda enam bulan kemudian.

PEMBINAAN SEMULA KAABAH DAN PERMASALAHAN AL-TAHKIM


Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya. Kaabah telah beberapa kali mengalami kerosakan kerana bangunannya terlalu usang, dindingnya sering retak dan pecah, lima tahun sebelum kebangkitan Rasulullah banjir besar melanda Makkah, airnya yang mengalir deras menuju ke Kaabah, hampir merobohkan bangunan Kaabah itu. Disebabkan oleh kejadian pihak Quraisy terpaksa memperbaharui bangunannya. Demi menjaga kedudukannya, maka mereka bersetuju untuk membangunkannya. Namun tugas tersebut hanya diserahkan kepada mereka yang hanya dikenali sebagai golongan baik, tidak memasukkan perbelanjaan haram, penjualan riba dan orang yang tidak menzalimi orang lain.

Mereka takut merobohnya, namun al-Walid bin al-Mughirah al-Mukhzumi memulakan dan setelah mereka melihat beliau tidak terkena sebarang bala, barulah orang-orang lain berani bertindak merobohkannya, dan terus mereka merobohkan bangunan yang lama ini hinggalah sampai ke asas yang dibina oleh Saidina Ibrahim, setelah itu mereka memulakan pembinaan Kaabah, di mana mereka membahagikan ruang-ruang kepada setiap qabilah, setiap qabilah bertanggungjawab membereskan pembinaan bahagian yang dipertanggungjawab kepadannya, semua kerja adalah di bawah seliaan seorang arkitek berbangsa Rom bernama Baqum, setelah bangunan selesai disiapkan ke peringkat "Hajar al-Aswad", sekali lagi mereka berselisih pendapat siapa orangnya yang berkeistimewaan untuk mengangkat dan meletakkannya ke tempatnya, perbalahan berlarutan hingga ke malam keempat atau kelima, hampir-hampir membawa kepada pertumpahan darah dan peperangan sengit di bumi haram itu, hinggalah Abu Umaiyah bin al-Mughirah al-Makhzumi mengemukakan cadangan kepada mereka, iaitu untuk menerima penyelesaian dari orang yang pertama memasuki ke dalam masjid, melalui pintu besar dan beliaulah orang yang akan menjadi hakim, dengan itu mereka yang terlibat pun bersetuju dengan cadangan itu, dengan kehendak Allah, Rasulullahlah orang yang pertama memasuki masjid menerusi pintunya itu, mereka pun melaung itu pun al-Amin, kami semua bersetuju dengan penyelesaian Muhammad.

Setibanya Baginda ke majlis mereka, mereka pun menceritakan peristiwa sebenarnya yang terjadi lantas Baginda meminta sehelai kain, lalu diletaknya "Hajar al-Aswad" di atas hamparan kain dan meminta setiap kepala qabilah memegang hujung kain seterusnya meminta mereka mengangkatnya, sehingga apabila sampai ke tempatnya maka Baginda sendiri sekali lagi meletakkan dengan tangan Baginda ke tempatnya yang asal, demikianlah penyelesaian masalah dengan cara yang bijak yang dapat diterima oleh semua kaum.

Kerana kesuntukan perbelanjaan pihak Quraisy terpaksa menangguhkan pembinaan yang disebelah utara, lebih kurang enam hasta, kawasan yang dikenali sebagai "Hijr" dan "al-Hutaim" buat sementara dipasang pintu disitu supaya tidak ada orang memasuki ke dalamnya, kecuali yang berhajat, setelah bangunan mencecah lima belas hasta maka di dirikan enam tiang untuk meletak atapnya. Apabila selesai pembinaan Kaabah, maka kelihatanlah bentuknya yang seakan-akan empat segi padu dengan ketinggian lima belas meter, panjang sudut di mana terletaknya Hajar al-Aswad dan yang setentang dengannya lalah sepuluh meter kali sepuluh meter ketinggian aras letaknya Hajar al-Aswad dari dataran bertawaf setinggi satu perpuluhan lima puluh meter (1.50 meter) manakala lawang pintu setinggi dua betas meter, samalah dengan pintu berukuran dua belas meter ianya dilingkungi dengan tembok dari bawah purata tingginya perpuluhan dua puluh lima meter, lebarnya perpuluhan tiga puluh lima meter, tembok berkenaan dikenali sebagai al-Shazarwan yang merupakan dasar asal al-Kaabah, tetapi Quraisy mengabaikannya.

 


Yüklə 1,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   36




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin