Rahsia pemilihan semenanjung 'arab sebagai tapak pancaran agama islam


SEJARAH R1NGKAS SEBELUM KEBANGK1TAN



Yüklə 1,2 Mb.
səhifə6/36
tarix17.01.2019
ölçüsü1,2 Mb.
#99555
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   36

SEJARAH R1NGKAS SEBELUM KEBANGK1TAN


Diri Rasulullah merupakan jambangan yang tersusun padanya seluruh keistimewaan dan kebaikan yang terdapat pada manusia, Baginda adalah contoh pemikiran unggul lagi jitu, dengan pandangan yang waras, kecerdikan dan kebijaksanaan tersendiri, ketepatan mencari jalan dan sasaran, urusan Baginda digarapkan melalui sifat berdiam yang panjang disokong dengan pengamatan dan keseriusan berfikir serta sentiasa berpihakkan kebenaran. Kesuburan berfikir dan keheningan naluri semulajadi memampukan Baginda membaca dan mencerakinkan pita-pita hidup, pergolakan manusia dan arus-arus perjalanan jamaah-jamaah. Baginda menolak segala bentuk khurafat dan menghindar diri darinya, namun Baginda tetap berinteraksi dengan manusia ramai dengan kewaspadaan dan basirah terhadap sebarang tindakan Baginda dan tindakan mereka.

Sekiranya didapati kebaikan tanpa teragak-agak Baginda menyertai mereka, kalau tidak Baginda akan menyusur suasana uzlahnya. Tidak pernah Baginda menjamah khamar, tidak pernah memakan sembelihan berhala. Tidak pernah menyertai perayaan-perayaan berhala atau eksponya, sejak awal-awal lagi Baginda memang membencikan penyembahan-penyembahan yang karut dan batil ini, hingga tidak ada suatu pun yang paling dibenci Baginda selain dari berhala-berhala. Baginda tidak dapat menahan kesabarannya untuk mendengar orang bersumpah dengan berhala al-Lata dan al-Uzza.

Tidak syak lagi kuasa takdir Allah memagar Rasulullah dengan inayah jagaanNya, diketika mana naluri keinginan kemanusiaan Baginda merangsang Baginda dari dalam untuk mengambil habuannya dari kelazatan duniawi. Jika perasaan Baginda senang menerima sebahagian dari resam-resam yang tercela, di ketika itu pula penjagaan Ilahi akan berperanan menghalang perasaan tadi, mengikut riwayat Ibn al-Athir "Sabda Baginda: Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yang dilakukan oleh orang jahiliah selain dua kali sahaja, namun kesemuanya Allah s.w.t menghalang daku dari meneruskannya, lepas itu tidak pernah aku idam-idamkan lagi, hinggalah Allah mengurniakan daku dengan risalahNya. Di suatu malam ku telah berkata kepada budak suruhan yang mengembala ternakan bersama ku di pinggir Makkah: Boleh tak kalau kamu tolong menjaga kambing-kambingku ini, sehingga dapat ku masuk ke kota Makkah dan berjaga malam seperti pemuda-pemuda lain. Jawab budak itu, Ya! kau boleh pergi. Daku pun keluar sehingga apabila aku sampai ke rumah pertama ku pun mendengar alunan alat permainan, ku bertanya orang di situ: Apa keramaian semua itu? Jawab mereka itulah keramaian majlis perkahwinan Si Fulan dengan perempuan Fulan. Daku pun duduk mendengarnya, tetapi Allah telah menutupkan telingaku dan daku pun terlena. Kepanasan matahari telah mengejutkan ku dari tidur tadi. Bila ku pulang menemui teman ku, di mana beliau bertanya apa ceritanya, ku pun mencerita segala-galanya, hal yang sama ku cuba di suatu malam yang lain, namun setelah ku sampai ke Kota Makkah hal yang sama terjadi pada ku selepas itu daku tidak pernah mencuba lagi.

Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah dengan katanya: Ketika pembinaan semula Kaabah, Rasulullah telah turut serta bersama al-Abbas, kerja mereka mengangkut batu-batu. Al-Abbas berkata kepada Rasulullah: Sangkutkan kain kau itu ke tengkok supaya dapat menghindar dari terkena batu-batu, bila Baginda berbuat demikian Baginda terus pengsan dan jatuh ke tanah, dua matanya terjegil ke langit, setelah sedar terus Baginda melaung, kain ku! kain ku! lalu dipakaikan kainnya ke badannya, dalam satu riwayat lain mengatakan: Selepas kejadian itu tidak lagi dilihat aurat Baginda.

Rasulullah mempunyai keistimewaan di kalangan kaumnya, dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat terpuji. Baginda tokoh termulia di kalangan bangsanya, elok perangai, tinggi sikap kejiranan, lapang kesabarannya, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, bersih jiwa, murah pemberian, mulia pekerjaan, menepati janji, beramanah dan bertanggungjawab hingga mereka menggelarnya sebagai "al-Amin " kerana Baginda memiliki pekerti dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda adalah sepertimana yang disifatkan oleh Khadijah sebagai:

"Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan, memberi makan kepada tetamu dan menolong menegak kebenaran ".




SEMASA KERASULAN

Turunnya wahyu pertama merupakan detik paling bersejarah dalam kehidupan Muhammad S.A.W, bermulanya tugas mencabar sebagai Rasul Allah yang bertanggungjawab menyelamatkan manusia dari kesesatan. Ia lebih mencabar apabila wahyu yang diterimanya itu menjadi bahan pertikaian di kalangan Quraisy Mekah yang selama ini memuji-muji keperibadian Muhammad bin Abdullah.


DIBAWAH NAUNGAN AL- NUBUWAH DAN AL-RISALAH

Dl GUA HIRA


Bila usia Baginda meningkat empat puluh tahun, renungan dan pengamatan Baginda di masanya yang silam, membawa Baginda semakin jauh lagi jurang dan cara pemikiran Baginda dari kaumnya, membawa Baginda gemar untuk mengasingkan diri berikhtila', untuk itu Baginda membawa bekalan dan air untuk maksud ke gua Hira di bukit al-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah, ianya adalah sebuah gua yang selesa (panjangnya empat hasta).

Turut bersama, keluarga Baginda, di sana Baginda tinggal selama sebulan Ramadhan. Baginda memberi jamuan kepada fakir miskin yang menziarahinya, di samping Baginda menghabiskan masanya di sana untuk beribadat dan berfikir mengenai alam semesta sekelilingnya, kudrat disebalik penciptaannya, Baginda tidak senang dengan akidah pegangan syirik kaumnya, yang terlalu rapuh dan reput itu, serta tasawurnya yang tidak bertunjang. Baginda mempunyai satujalan keluar yang jelas, atau satu program yang padu dan haluan arah-tuju yang boleh Baginda berpuas hati dengannya. Pemilihan Baginda untuk beruzlah itu merupakan sebahagian dari program yang disusun oleh Allah s.w.t untuk Baginda sebagai persiapan untuk menangani persoalan agung. Malah ianya suatu yang tidak dapat tidak bagi mana-manajiwa agung untuk berperanan membentuk perjalanan hidup manusia. Jiwa seperti ini hams berikhtila' dan beruzlah untuk beberapa ketika memutus hubungan dari kesibukan bumi, kebisingan hidup dan kegawatan manusia yang memilih perjalanan hidup duniawi.

Demikian Allah menyusun program untuk Muhammad sebagai persiapan untuk memikul amanah agung di muka bumi ini, dalam rangka untuk merombak dan merubah sistem yang sedemikian lama bermaharaja di bumi ini dan demi untuk membetulkan landasan sejarah yang diselewengkan. Allah menyusun program al-Uzlah ini, tiga tahun sebelum Baginda memikul amanah dan risalah Ilahi ini, di dalam beruzlah ini Baginda mengambil masa selama beberapa bulan, menghayati kehadiran bayu maya pada yang serba bebas dan merdeka. Di sampingnya Baginda mengamati alam di sebalik maya pada ini, sehingga tiba masanya untuk bermuamalah dan berinteraksi dengan alam ghaib itu, iaitu pada ketika yang dikehendaki Allah.


Yüklə 1,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   36




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin