Rahsia pemilihan semenanjung 'arab sebagai tapak pancaran agama islam



Yüklə 1,2 Mb.
səhifə9/36
tarix17.01.2019
ölçüsü1,2 Mb.
#99555
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   36

Daku pada masa itu sedang menyaksi tindakan nakal itu. Daku tak boleh berbuat apa-apa, kalauku boleh menahannya nescaya ku lakukan, kata Ibnu Mas'ud lagi: Dengan itu mereka tertawa sesama mereka dan menghayun badan mereka ke kiri dan ke kanan kerana terlalu suka, dan Rasulullah masih dengan sujudnya, Baginda tidak mengangkatkannya hinggalah Baginda didatangi anak perempuannya Fatimah, mencampak buang benda itu dari belakang Baginda, kemudian barulah Baginda mengangkat kepalanya dan terus berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku, binasakanlah Quraisy sebanyak tiga kali, pihak Quraisy terasa berat dengan doa Rasulullah tadi, kata Ibnu Mas'ud: Mereka terasa begini kerana mereka mengetahui bahawa doa di tempat ini adalah mustajab dan makbul. Setelah itu Baginda menyebut dengan katanya: Binasalah Abu Jahal Utbah bin Rabi'ah, Shaibah bin Rabiah Al-Walid bin Utbah, Umaiah bin Khalaf dan Utbah bin Abi Muit, (yang ketujuh itu beliau tidak mengingatinya) demi Allah yang jiwaku ditangannya daku telah menyaksi orang yang disebutkan Rasulullah di dalam doanya itu terbunuh dan dicampak ke dalam parit penanaman mayat, iaitu parit Badar.

Umaiyyah bin Khalaf ini bila-bila sahaja melihat Rasulullah, beliau pasti mencela dan memaki hamun Baginda, mengenai ini Allah menyebut di dalam firmanNya:

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji"

(al-Humazah: 1)

Kata Ibnu Hisham: al-Humazah: ialah memaki seseorang itu dengan terang-terangan, sambil memejam sedikit matanya dan menjeling. Manakala al-Lumazah ialah mencela seseorang dengan cara berselindung dan menyakitinya. Manakala saudaranya Ubai bin Khilaf adalah berkawan rapat dengan Uqbah bin Abi al-'Aas. Suatu hari Uqbah telah menghampiri Rasulullah dan mendengar dari Baginda kata-katanya, tapi bila di ketahuinya Ubai, beliau memarahi Uqbah dan mengkritik tindakan itu. Seterusnya Ubai meminta supaya Uqbah meludah ke muka Rasulullah dan beliau lakukannya, di suatu ketika Ibnu Khalaf sendiri telah menghancurkan tulang-tulang reput lalu di tiupnya di angin yang lalu ke muka Rasulullah (s.a.w). Al-Akhnas Ibn Syuraiq al-Thaqafi juga adalah di antara tokoh musyrikin yang menyakiti Rasulullah. al-Quran telah menyifatkannya dengan tujuh gelaran sebagaimana firman Allah:

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, danjangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untiik memecah belahkan orang ramai), Yang sangat-sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan, agama, lagi yang sangat-sangat berdosa, Yangjahatkejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

(al-Qalam: 10-13)

Abu Jahal di suatu masa beliau pernah mendatangi Rasulullah (s.a.w) dan mendengar ayat-ayat al-Quran, kemudian beredar dari situ, tanpa mempercayai atau menyahutnya, malah penuh biadab dan tidak takut menyakiti Rasulullah dengan kata-katanya, menghalang Rasulullah dan merasa sombong dengan tindakannya yang biadab itu, berasa bangga dengan kemungkarannya, seolah-olah beliau melakukan sesuatu yang patut disanjung, perangainya ini telah disebut oleh Allah di dalam firmannya:

Maka ia tidak mengakui kebenaran dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)

(al-Qiyaamah: 31)

Dan beliau telah menghalang Rasulullah dari bersembahyang, di hari pertama beliau melihat Rasulullah bersembahyang di Kaabah. Suatu ketika beliau melintasi di situ dan terlihat Rasulullah bersembahyang di makam Ibrahim, maka beliau berkata kepada Muhammad (s.a.w): Wahai Muhammad (s.a.w) bukankah aku telah larang kau bersembahyang di sini. Beliau bertindak keras dan mengutuk Baginda penuh herdik dan menggertak: Wahai Muhammad dengan apa yang kau maksud hendak mengutuk daku? Demi Allah sesungguhnya akulah orang terbanyak penyokong di lembah ini, dengan itu Allah menurunkan firmanNya:

Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

(al-'Alaq: 17)

Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Rasulullah telah memegang leher bajunya dan menggoncang-goncangnya sambil berkata:

(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

(al-Qiyaamah: 34-35)

Maka jawab musuh Allah itu: Wahai Muhammad, kau hendak mengugut daku? Demi Allah, tidak kau dan tuhan kau berbuat apa-apa pun dengan daku, akulah orang yang termulia yang bergerak di antara bukit bukau bumi ini. Abu Jahal masih tidak sedar lagi dari keruntuhan dan kejatuhan maruahnya tadi, malah semakin menjadi-jadi kenakalannya. Al-Imam Muslim telah mengeluarkan hadith dari Abu Hurairah: Abu Jahal telah berkata: Muhammad boleh bersujud mukanya ke tanah di hadapan kamu? Jawab mereka! Ya! kata Abu Jahal: Demi al-Lata dan al-Uzza sekali ini akan ku lanyak tengkoknya sekiranya aku lihat dia sedang sujud. Allah izinkan beliau masuk ke perkarangan Kaabah, beliau terlihat Rasulullah sedang bersembahyang, ianya terus meluru ke hadapan dengan sangkaan beliau dapat memijak tengkok Rasulullah semasa bersembahyang dan mengemparkan suasana, tapi tiba-tiba beliau berpatah balik dengan mengangkat kedua-dua tangannya seperti mempertahankan dirinya, bila ditanya! Kenapa wahai Abu al-Hakim? Jawab Abu Jahal: Sebenarnya terhalang di antara daku dan Muhammad satu parit api, dan yang itu pula dengan sayap-sayapnya. Ulas Rasulullah: Kalau dia hampiri daku nescaya para lalaikat itu akan mengoyak-ngoyaknya sendi demi sendi. Ini adalah pencerobohan ke atas diri Rasulullah yang keperibadian unggul itu, warak dan disegani orang ramai di samping kekebalan penjagaan Abu Talib tokoh yang hormati di Makkah.

Adapun kaum muslimin yang lain terutamanya golongan mah dan daif, pencerobohan ke atas mereka memang mengganas, malah setiap qabilah telah membentuk barisan menyiksanya yang tersendiri bertujuan untuk mendera dan menyiksa anggota qabilahnya yang memeluk Islam dan orang yang tidak mempunyai qabilah, pihak musyrikin telah mengerah agar golongan awam dan pemukanya untuk membelasah mereka dengan berbagai penyiksaan-penyiksaan yang ngeri ceritanya lagi menggerunkan.

Sekiranya Abu Jahal mendapat tahu ada seorang bangsawan memeluk Islam beliau mencemuh dan mengkritiknya seterusnya mengugut untuk menjadikan beliau seorang yang muflis dan hilang dudukannya, tapi kalau yang memeluk itu lemah dan daif beliau akan memukul-mukul dan memperdayakannya.

Bapa saudara Uthman bin Affan pernah membungkus beliau ke dalam tikar daun kurma kemudian melayurkannya dengan asap dari bawah. Ketika Ibnu Mus'ab bin Umair mengetahui penganutannya dengan Islam, beliau menahan dan menghalaunya luar dari rumah sedang sebelum ini beliau adalah di antara orang yang mewah, namun setelah menganut Islam kerana penyiksaan kulit beliau menjadi kerutu dan bersisik seperti kulit.

Bilal bin Rabah adalah hamba Umaiyah bin Khalaf Jumahi, Umaiyah bertindak di luar batasan kemanusiaan, menambat Bilal dengan tali ditengkoknya dan menyuruh budak-budak menariknya seperti menarik seekor binatang tali berikat dileher. Budak-budak ini menyeretnya mengelilingi merata kampung dan mengelilingi bukit-bukit Makkah, hingga berparut lehernya kesan dari jerutan tali. Umaiyah merentap tali di leher Bilal ke hadapan sekuat-kuat dan memukulnya dengan tongkat, memaksanya duduk di tengah panas matahari terik, menahan makanan dan yang dahsyat dari itu Umaiyah membawa Bilal di tengahari yang terik ke padang pasir Makkah dan membaringkannya di sana dengan meletakkan ketulan batu besar ke atas dadanya sambil berkata, aku akan angkat ketulan ini kecuali setelah kau mati atau kau kufur dengan agama Muhammad ini dan kembali menyembah al-Lata dan al-Uzza. Dalam keadaan begini Bilal tetap mengucap: Ahad, Ahad (Yang Esa, Yang Esa) dengan kehendak Allah di masa itu Abu Bakr lalu di situ sambil Bilal dengan keadaannya yang terbaring. Abu Bakr pun membeli Bilal di mana satu riwayat mengatakan dengan nilai seorang budak hamba lain, dan diriwayat lain mengatakan dengan harga tujuh Auqouaj atau lima perak. Kemudian beliau membebaskan Bilal.

Ammar bin Yasir (r.a) adalah hamba kepada Bani Makhzum, beliau memeluk Islam bersama-sama bapa dan ibunya, kafir musyrikin membawa mereka semua ke tengah padang pasir semasa tengahari panas membakar, di sana mereka disiksa, di suatu ketika semasa mereka sedang menghadapi penyiksaan, Rasulullah berlalu di situ dan Baginda berkata: Bersabarlah wahai keluarga Yasir janji kamu adalah syurga. Yasir mati kerana penyiksaan, ibunya Sumaiyah adalah Syahidah Pertama meninggal dunia, beliau telah dibunuh oleh Abu Jahal dengan menyula tombaknya melalui farajnya. Mereka menyiksa Ammar dengan berbagai cara yang ada pada mereka di ketika itu, sesekali menjemurnya di tengah panas matahari dan diketika yang lain dengan meletakkan batu-batu pejal ke atas dadanya. Sekali yang lain dengan mencampakkannya ke dalam air. Mereka berkata: Kami tidak akan melepaskan kamu kecuali setelah kau caci Muhammad atau kau puji sanjung al-Lata dan al-Uzza, akhirnya beliau bersetuju untuk berbuat demikian dengan terpaksa tapi setelah itu beliau datang menemui Rasulullah (s.a.w) menangis dan meminta maaf di atas perbuatannya itu, untuk itu Allah menurunkan firmanNya:

"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipciksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman"

(an-Nahl: 106)

Abu Fakihah, nama sebenarnya Aflah seorang hamba Bani Abdu al-Dar, beliau telah disiksa oleh tuannya dengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian menyeretnya ke atas tanah.

Manakala Khabab bin al-Arat hamba Ummu Anmar binti Siba' al-Khuza'iyah, pihak musyrikin menyiksanya dengan berbagai cara penyiksaan, sesekali mereka merentap rambut sekuat-kuatnya, memulas-mulas tengkoknya sehabis-habisnya, membaringkannya di atas batu-batu panas dan menghempas dengan batu-batu lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau bangun.

Nasib Zinnirah Ummu 'Ais al-Nahdiyah dan anaknya adalah hamba-hamba yang memeluk Islam, tidak kurang dari nasib orang lain. Kaum musyrikun menyiksa mereka dengan berbagai-bagai cara sepertimana yang diperbuat ke atas orang-orang lain. Seorang lagi ialah hamba perempuan Bani Mu'ammil dari Qabilah Bani 'Adi. Umar bin al-Khattab semasa kufurya bertanggungjawab menyebatnya sampai jemu beliau memukulnya, dan berkata aku tak akan tinggalnya kecuali setelah berasa jemu. Kesemua hamba-hamba ini telah dibeli dan dibebaskan mereka oleh Abu Bakr sebagaimana beliau memerdekakan Bilal dan Amir bin Fahirah. Sesetengah sahabat yang lain yang baru memeluk Islam di siksa oleh musyrikin dengan membalutkan mereka ke dalam belulang lembu dan unta untuk dijemur dipanas matahari terik, yang lain disarungkan ke dalam baju besi dijemur di atas batu-batu yang membakar di padang pasir.

Senarai mereka yang disiksa kerana mentauhidkan Allah panjang dan menyayat hati, tak seorang pun bila diketahui kelslamannya akan terlepas dari siksaan musyrikin.

PEMBOIKOTAN RAMAI

 

Dalam tempoh empat minggu terjadi empat peristiwa besar mengenai kaum musyrikin. Pertama, Hamzah memeluk Islam, kedua Umar memeluk Islam, ketiga penolakan Rasulullah terhadap tawaran yang diajukan kepadanya, keempat persetujuan Banu al-Muttalib dam Banu Hasyim, muslim dan kafimya secara bersama untuk memberi perlindungan dan pertahanan terhadap Muhammad, peristiwa-peristiwa ini menjadikan kaum musyrikin kebingungan dan memang sewajarnya mereka kebingungan. Mereka tahu bahawajika sekiranya mereka bertindak membunuh Muhammad akibatnya buruk di mana lembah Makkah akan mengalir dengan darah-darah mereka sendiri, malah mungkin akan membawa kepada kemusnahan mereka ke akar umbi, mereka pasti kesemuanya ini, untuk itu mereka bertindak menindas dan bukan membunuh, namun ianya lebih berat dan perit dari masa-masa yang lalu.



 

PIAGAM PENYIKSAAN DAN KEZALIMAN

Musyrikin Quraisy dan penyokong-penyokongnya berkumpul dan bermesyuarat di halaman Banu Kinanah di Lembah al-Makhsab, mereka bersumpah setia untuk memusuhi Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib, untuk tidak berkahwin, bermesyuarat, berkomunikasi, berziarah dan mencampuri mereka, kecuali setelah mereka menyerah Muhammad untuk dibunuh. Supaya piagam yang mereka sepakati itu direalisasikan maka mereka buktikannya sekeping watikah yang membawa maksud:

"Supaya mereka tidak menerima dari Banu Hasyim sebarang perdamaian selama-lamanya dan tidak akan berkasihan belas dengan mereka kecuali apabila mereka menyerah Muhammad untuk dibunuh"

Mengenai perkara ini Ibnu al-Qayyim menyebut: Piagam ini telah ditulis oleh Mansur bin Ikramah bin Amir bin Hasyim, tapi ada pendapat mengatakan tulisan itu dibuat oleh Nadhr bin al-Harith, namun pendapat yang sahih ialah Baghidh bin Amir bin Hasyim di mana Rasulullah berdoa dan bersumpah ke atasnya dengan takdir Allah tangannya yang menul is piagam itu lumpuh.

Piagam selesai ditulis, kemudian dibawa ke dalam Kaabah dan digantung di dalamnya. Dengan itu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib muslim dan kafirnya kecuali Abu Lahab sahaja, kesemua mereka terkurung di lorong Abi Talib mulai malam awal Muharam tahun ke tujuh kebangkitan Rasulullah.

 

TIGA TAHUN DI LORONG ABU TALIB



Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan yang masuk ke Makkah pihak musyrikin Quraisy tidak memberi lalu langsung untuk sampai ke tangan kaum muslimm. Mereka membeli kesemuanya, kaum muslimin mengalami kemuncak kesengsaraan, hingga terpaksa memakan daun-daun dan belulang-belulang kering, hingga boleh didengar keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak yang kelaparan, kalau pun sampai itu pun secara rahsia mereka tidak keluar dari lorong itu untuk membeli keperluan kecuali di bulan Haram sahaja. Itu pun mereka membeli makanan yang datang dari luar Makkah dan pihak musyrikin terus menindas lagi, dengan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat ganda supaya kaum muslimin tidak terdaya membelinya.

Di suatu ketika Hakim bin Hizam membawa gandum untuk emak saudaranya iaitu Khadijah (r.a), diantaranya telah dihalang oleh Abu Jahal, beliau melarang dan mencegah hingga terpaksa pula Abu al-Bukhturi Tnasuk campurtangan dan membiarkan Hakim menyampaikan juga gandum berkenaan kepada Khadijah emak saudaranya itu.

Abu Talib amat prihatin tehadap Rasulullah, hinggakan apabila orang semua hendak tidur beliau menyuruh Rasulullah tidur di tempatnya, supaya dapat pula beliau melihat sesiapa sahaja yang cuba membunuh Rasulullah, dan apabila semua orang nyenyak tidur, sekali lagi Abu Talib menyuruh salah seorang anaknya atau saudaranya atau anak saudaranya tidur di tempat Rasulullah di samping menyuruh membawa kelengkapan tidur mereka.

Rasulullah bersama kaum muslimin akan keluar dari situ di musim haji, untuk menyeru orang ramai kepada Islam. Gelagat dan tindakan nakal Abu Lahab telahpun kita perkatakan sebelum ini.

 

PELANGGARAN PIAGAM



Tiga tahun berlalu keadaan tetap seperti itu juga, walau macam manapun pada bulan Muharam tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah berlaku pelanggarart dan pencerobohan ke atas piagam perjanjian musyrikin kerana di kalangan Quraisy sendiri ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan piagam itu malah membangkangnya, lantaran itulah di antara mereka ada yang berusaha mencerobohi dan melanggar piagam berkenaan.

Orang pertama yang berusaha ke arah itu ialah Hisyam bin Amru dari qabilah Banu Amir bin Luai, beliau sering berhubung secara rahsia di malam hari dengan Banu Hasyim dengan membawa makanan, beliau selalunya menemui Zuhair bin Abi Umaiyah al-Makhzumi, sedang ibunya adalah Atikah binti Abdul al-Muttalib, suatu hari beliau telah bercakap dengan Zuhair bin Abi Umaiyah katanya: Wahai Zuhair! Kamu boleh rela had untuk memakan dan meminum sedang bapa-bapa saudara kamu, seperti kau tahulah. Jawab Zuhair: Baiklah, apa aku boleh buat, aku seorang sahaja, demi Allah kalau ada orang lain bersama ku, dah lama ku langgar piagam itu. Kata Hisham: Aku ada orang kedua? Tanya Zuhair: Siapa orangnnya? Jawab Hisham: Aku! kata Zuhair: Kita perlu orang ketiga.

Dengan itu beliau terus pergi menemui al-Mut'am bin 'Adi, beliau menyebut kepada al-Mut'am mengenai anak cucu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib. Kedua-duanya adalah keturunan Abdul Manaf, dan beliau mengecamnya di atas persetujuannya dengan Quraisy dan dengan piagam yang zaiim lagi menindas itu. Kata al-Mut'am: Baiklah, apa aku nak buat, kan aku ini seorang diri sahaja. Kata Hasyim: Aku dah ketemu dengan orang kedua. Kata Mut'am: Siapa? Jawab Hasyim: Aku sendiri. Kata al-Mut'am: Kita perlu orang ketiga. Kata Hasyim: Pun sudah aku ketemuinya. Kata al-Mut'am; Siapa orangnya? Jawab Hasyim: Zuhair bin Abi Umaiyah. Kata al-Mut'am: Kita perlukan orang keempat.

Kali ini Hasyim pergi bertemu Abi al-Bukhturi bin Hisyam, beliau menyuarakan pendapatnya seperti dikemukakan kepada al-Mufam, kata al-Mut'am: Ada tak orang lain yang boleh membantu usaha kita ini, jawab Hasyim, Tanya al-Bukhturi; Siapa-siapa, mereka itu, jawab Hisyam: Zuhair bin Abi Umaiyah, al-Mutam bin Adi dan aku tetap bersama kau, kata al-Bukhturi aku orang kelima.

Hisyam berkejar ke rumah Zama'ah bin al-Aswad bin al-Muttalib bin Asad, beliau mengemukakkan cadangannya itu kepada Zum'ah: Ada tak orang lain yang menyetujui perkara ini? kata Hisyam: memanglah ada orangnya, kemudian beliau membilang dengan menyebut nama-nama mereka, kemudian mereka semua bermesyuarat di al-Hujun, di mana mereka berjanji untuk memecah dan melanggar piagam yang zaiim itu, kata Zuhair: Biar aku orang yang pertama menyuarakan perkara ini.

Sebaik sahaja subuh menjelang mereka pun segera ke kelab pertemuan, Zuhair dengan pakaian istimewanya, bertawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali kemudian beliau terus berhadapan orang ramai di situ dan melaung dengan katanya: Wahai penduduk Makkah, apakah kita memakan makanan dan memakai pakaian, sedang Banu Hasyim susah kelaparan, tidak dibenar berjual beli dengan mereka? Demi Allah aku tidak akan berdiam diri aku pecah dan langgar piagam yang zaiim itu.

Kata Abu Jahal yang sedang berada di penjuru masjid. Itu adalah dusta dari mu, demi Allah kau tidak akan melanggar piagam yang kita persetujui itu. Kata Zam'ah: Kerana kami tidak setuju piagam yang amat berdusta, kerana kami tidak setuju piagam itu dituliskan cuma kamu yang beria-ia sangat seperti yang tertulis itu, kata Abu al-Bukhturi: Memang kau benar wahai Zam'ah, sesungguhnya kami tidak rela dengan penulisannya itu dan kami tidak mengakuinya.

Kata al-Mufam bin 'Adi pula: Kaniu berdua memang benar yang lain-lain itu dusta belaka, kami adalah bebas dihadapan Allah dengan segala apa yang tertulis. Hisyam pun berkata pula, sama seperti yang dibicarakan oleh kawannya yang lain. Kata Abu Jahal: perkara ini sudah diatur dalam satu malam, di mana kamu bermesyuarat bukan di tempat ini.

Ketika perdebatan sedang berlaku, Abu Talib berada di suatu penjuru masjid, beliau datang ke sini kerana Allah telah memberi tahu kepada RasulNya mengenai piagam yang mereka tulisnya itu, di mana Allah telah memusnahkannya dengan menghantar anai-anai memakannya, segala yang tertulis habis digeritnya, mana-mana sebutan zaiim, penganiayaan dan penindasan dimakannya, kecuali sebutan nama Allah sahaja yang ditinggalkannya, hal ini diceritakan kepada bapa saudaranya, untuk itu Abu Talib keluar menemui Quraisy, dan terus beliau menceritakan kepada mereka seperti apa yang telah dikisahkan oleh anak saudaranya Muhammad (s.a.w), sekiranya beliau berdusta aku beri laluan untuk kamu bertindak terhadapnya, tapi kalau beliau benar hendaklah kamu tarik balik tindakan kamu itu. Kata mereka: Ya! itulah yang adil dan wajar.

Setelah berlaku perbicaraan hangat di antara orang ramai dan Abu Jahal, akhirnya al-Mut'am bangun dan pergi mengambil lambaran piagam untuk dimusnahkannya, tiba-tiba didapati anai-anai telahpun menggeritnya kecuali lafaz Bismika Allahhumma dan mana-mana lafaz yang tersebut nama Allah sahaja yang tidak dimakannya.

Dengan itu selesai pemecahan dan pelanggaran ke atas piagam, dengannya Rasulullah dan orang-orang yang bersama-samanya keluar dari lorong penempatan mereka, dengan itujuga pihak musyrikin dapat menyaksi sebahagian tanda keagungan kenabian, walaupun demikian mereka tetap sebagaimana yang dikisahkan Allah mengenainya:

Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata

"(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku".

(al-Qamar: 2)

Malah mereka terus berpaling tadah dari tanda-tanda dan ayat-ayat Allah ini dan mereka semakin kufur.

PERWAKILAN QURAISY MENEMUI ABU TALIB UNTUK KALI TERAKHIR

Rasulullah telahpun keluar dari lorong Abu Talib namun baginda tetap menjalankan tugasnya seperti biasa, dan Quraisy pula walaupun telah meninggal pemboikotan namun mereka masih juga dengan sikap penindasan ke atas orang-orang Islam dan menghalang kerja-kerja dakwah kejalan Allah, sedemikian dengan Abu Talib dengan sikapnya yang amat prihatin dan penjagaan rapi terhadap diri Rasulullah, usia Abu Talib kini sudah pun melewati lapan puluh tahun, kesengsaraan dan peristiwa-peristiwa besar yang silih berganti itu, terutamanya pemulauan ekonomi telah menyebabkan sendi-sendi tulangnya semakin lemah, tulang belakangnya bagai terpatah, tidak selang berapa bulan selepas mereka keluar dari pengurungan tiba-tiba beliau telah diserang penyakit yang berat dan menekan, pihak musyrikin pun curiga akan terjejas nama baik mereka di kalangan bangsa Arab, sekiranya suatu yang buruk tidak diingini akan terjadi ke atas anak saudaranya itu, selepas kematiannya nanti, untuk itu mereka mencuba sekali lagi untuk berbincang dengan Muhammad dengan kehadirannya sekali, dan mereka akan bertolak ansur dengan syarat yang mereka berkeras dengannya dimasa-masa yang lalu, dengan itu Quraisy telah mengutus perwakilannya menemui Abu Talib Ibnu Ishak dan yang lain-lain meriwayatkan dengan katanya: Setelah Abu Talib mengadu hal kesakitannya, dan beritanya ini telah sampai kepengetahuan Quraisy, maka mereka bermesyuarat sesama mereka.

Kini Hamzah dan Umar sudah pun menganut Islam, cerita mengenai Muhammad dan usahanya semakin berkembang di kalangan kabilah-kabilah Quraisy, kata mereka: Ayuh kita menemui Abu Talib, kita pinta supaya beliau menekan anak saudaranya itu untuk menerima syarat-syarat kita, demi Allah kita curiga mereka (kaum muslimin) akan meriguasai kita. Riwayat dalam lafaz lain berbunyi: Sebenarnya kita takut, nanti orang tua itu akan mati dan Muhammad pula dapat menguasai suasana, habislah kewibawaan kita, hingga seluruh bangsa Arab memperlecehkan kita, dan mereka akan mengatakan: Dulu mereka membiarkannya hingga apabila bapa saudaranya mati baru mereka kerjakannya. Dengan itu mereka pergi menemui Abu Talib dan berbincang dengannya, mereka semua adalah pemuka-pemuka kaum yang terdiri dari: Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Abu Jahal bin Hisyam, Umaiyah bin Khalaf dan Abu Sufian bin Harb adalah tokoh yang mengepalai rombongan seramai dua puluh lima orang ini, kata mereka: Wahai Abu Talib kau sebenarnya adalah sebahagian dari kami, sebagaimana yang diketahui, kita semua sudah pun lanjut usia, kami pun takut juga hal yang akan menemui kau itu, sebagaimana yang kau tahu hal yang terjadi di antara kami dan anak saudaramu itu, cuba kau pinta kepadanya, dan beliau boleh membuat syarat kepada kami dan beliau pula hams menerima sesuatu dari kami, supaya beliau berhenti mengecam kami dan kami pun boleh berhenti menentangnya, dan hendaklah beliau membiarkan kami dengan agama kami, dan disebaliknya kami akan membiarkan beliau dengan agamanya. Lalu Abu Talib menjemput Rasulullah, dan Rasulullah pun segera tiba, terus beliau berkata: Wahai anak saudaraku ini semua adalah pembesar-pembesar kaum kau, mereka berkumpul kemari, semata-mata untuk kau untuk menawarkan kau sesuatu dan untuk menerima sesuatu darimu.

Kemudian Abu Talib menyampaikan hal yang dikemukakan oleh mereka tadi, iaitu untuk sama-sama tidak mengganggu pihak yang lain. Jawab Rasulullah: Apa pendapat kamu sekiranya aku kemukakan kepada kamu satu perkataan yang apabila kamu ucapkannya kamu akan menguasai seluruh bangsa Arab, dan bangsa-bangsa lain akan tunduk kepada kamu. Dalam perkataan yang lain pula bahawa, Baginda berbicara kepada Abu Talib dengan katanya: Daku mahu, semua mereka berada dalam kalimah yang satu, yang apabila mereka ucapkan kalimah itu seluruh bangsa Arab akan tunduk kepada mereka dan bangsa asing akan membayar ufti kepada mereka. Dan dalam lafaz yang lain pula, kata Baginda: Wahai bapa saudaraku, boleh tak ayahnda serukan mereka kepada suatu yang lebih baik untuk mereka, kata Abu Talib: Sebutlah apa yang hendak kau serukan mereka itu? Jawab Baginda: Aku mengajak mereka untuk melafazkan satu kalimah yang apabila mereka lakukan seluruh bangsa Arab akan tunduk akur kepada mereka, malah mereka akan menguasai seluruh bangsa-bangsa asing.


Yüklə 1,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   36




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin