Rancangan pengajaran

Sizin üçün oyun:

Google Play'də əldə edin


Yüklə 37.6 Kb.
tarix18.04.2018
ölçüsü37.6 Kb.

RANCANGAN PENGAJARAN

Nama Guru : Ratnadumilah bte Kasiman


Tarikh :
Kelas : Kbm 1
Bilangan Murid :
Masa : ( 45 minit )
Subjek : AQIDAH ( unit 1 )
Tajuk : Definasi , kepentingan dan sumber rujukan.

Pengetahuan Sedia Ada :

Pelajar sudah tahu dan boleh menyebut rukun Islam.




Objektif Pelajaran :
Diakhir pelajaran , murid-murid akan dapat :

  1. Tahu dan faham definasi Aqidah dari segi istilah dan bahasa.

  2. Menyenaraikan kepentingan aqidah dalam kehidupan individu.

  3. Tahu tentang perkara samiyyat dan faham tentang sumber aqidah yang muktamad.



Alat Bantu Mengajar :


  1. Papan tulis

  2. Teks

  3. Kertas Majong

  4. Buku Teks

LANGKAH

MASA


( MINIT )

ISI PELAJARAN DAN KEGIATAN

PENILAIAN / CATATAN

SET INDUKSI

2 minit

Guru cuba mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan soalan: Berapa rukun Iman ? Guru cuba mengaitkan jawaban tersebut dengan tajuk pelajaran.




1

6 minit


Guru meminta pelajar membacakan teks dan guru memberi keterangan tentang definasi Aqidah dari sudut Bahasa dan Istilah.



Buku Teks


2

15 minit

Guru membawakan cerita Nabi Ibrahim a.s sebagai contoh orang yang mempunyai Aqidah yang mantap.

Guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan dan senaraikan kekuatan Aqidah Nabi Ibrahim.

Contoh : Kekuatan Nabi Ibrahim menjadikan beliau



    1. seorang yang berani mencari keberanian.

    2. Tidak takut menegakkan kepercayaannya.

    3. Mencerdaskan akalnya. Dll.

Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan.

Kertas Majong


3

5 minit


Guru menyimpulkan pembentangan pelajar dan menjelaskan kepentingan Aqidah dalam hidup individu dengan memberi contoh insan-insan yang muttaqin seperti Bilal , Salman al Farisi dan Nabi Muhammad s.a.w





4

7 minit

Guru meminta seorang pelajar membacakan teks di muka surat 3. ( Sumber Aqidah )

Guru memberi penerangan tentang perkara samiyyat. Seperti kewujudan Allah , syurga dan neraka.

Guru meminta pelajar memikirkan perkara-perkara lain yang tidak dapat dilihat tapi didengar.

Contoh : Kejadian Malapetaka diluar negara – perkara ini tidak dilihat Cuma didengar ( sumbernya daripada suratkhabar )


Buku Teks


5

5 minit

Guru menjelaskan pula tentang Sumber Aqidah yang muktamad iaitu :



  1. Al quran

  2. Hadis

  3. Ijmak

  4. Logik

dengan memberi contoh –contoh yang relevan agar murid mudah faham secara ringkas.

Papan Tulis


6

5 minit

Guru meminta pendapat dari satu atau dua pelajar tentang kenapa orang Islam kini tidak mengambil berat tentang Aqidah Islam dan berikan cadangan bagaimana hendak mengatasi masalah ini ?

Guru meminta pelajar memberi kesimpulan tentang pelajaran hari ini.








PENILAIAN KENDIRI: ( Bulatkan mana yang perlu )

  1. Semua / Sebahagian pelajar faham pelajaran pada hari ini.

  2. Pelajaran pada hari ini akan dikekalkan / dipindahkan

  3. Semua / Sebahagian pelajar faham membuat latihan



RANCANGAN PENGAJARAN

Nama Guru : Ratnadumilah bte Kasiman


Tarikh :
Kelas : Kbm 1
Bilangan Murid :
Masa : ( 45 minit )
Subjek : AQIDAH ( sambungan unit 1 )
Tajuk : Sumber-sumber Aqidah yang muktamad.

Pengetahuan Sedia Ada :

Pelajar tahu dan faham makna Aqidah dan kepentingannya.



Objektif Pelajaran :
Diakhir pelajaran , murid-murid akan dapat :

  1. Tahu sumber –sumber Aqidah yang sahih.

  2. Menyenaraikan sumber-sumber tersebut.

  3. Menjelaskan apa itu sumber-sumber Aqidah yang sahih.

  4. Tahu pentingnya sumber-sumber Aqidah dan dapat meningkatkan ketaatan dan keimanan kepada Allah s.w.t.



Alat Bantu Mengajar :


  1. Papan tulis

  2. Teks

  3. Kertas Majong

  4. Buku Teks

LANGKAH

MASA


( MINIT )

ISI PELAJARAN DAN KEGIATAN

PENILAIAN / CATATAN

SET INDUKSI

3 minit

Guru mengimbas kembali pelajaran lalu untuk dikaitkan dengan pelajaran hari ini. Guru melontarkan soalan-soalan :


  1. Apa itu Aqidah?

  2. Kenapa Aqidah penting dalam kehidupan kita ?




Papan Tulis


1

10 minit


Guru meminta pelajar membacakan teks secara senyap di m.s 4. Kemudian guru memberikan penerangan tentang sumber yang pertama iaitu Al quran dengan menyenaraikan mu’jizat-mu’jizat Al quran. Seperti :



  1. Al quran mengandungi pelbagai ilmu iaitu sastera, sejarah, sains dan undang-undang. Dll.

  2. Bagaimana ia diturunkan , kepada siapa dan berapa lama.

  3. Bacaan al quran dapat menyembuhkan penyakit dan menenangkan hati.

Buku Teks


2

10 minit

Guru menyoal pelajar tentang Nabi Muhammad s.a.w seperti : Dimana beliau dilahirkan ?

serba sedikit sejarah hidupnya.

Akhlak / sifat nabi yang diketahui .

( soalan –soalan ini untuk mengaitkan sumber aqidah yang kedua )



3

15 minit


Guru mengarahkan pelajar membaca teks di muka surat 5 secara senyap selama 2 min.

Guru memberi penerangan tentang sumber yang ke tiga dan keempat.

Guru mengarahkan pelajar duduk dalam kumpulan dan berbincang tentang:



    1. Bagaimana kita boleh menggunakan logik akal untuk membuktikan kewujudan Allah.

setiap kumpulan mesti memberi contoh yang meyakinkan dengan bukti-bukti yang jelas.

Guru meminta setiap kumpulan pelajar membentangkan hasil perbincangan mereka.



Buku Teks

kertas Majong

Papan Tulis


4

7 minit

Guru menerangkan cara umat terdahulu dan sumber Aqidah mereka.

Guru mengakhiri tajuk pelajaran dengan mengemukakan soalan-soalan untuk menilai kefahaman pelajar.

contoh soalan : Apakah sumber Aqidah para sahabat Nabi ?

Selepas Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia apakah sumber Aqidah yang digunakan ? kenapa ?

- Guru menyimpulkan jawapan yang diterima daripada pelajar.








PENILAIAN KENDIRI: ( Bulatkan mana yang perlu )

  1. Semua / Sebahagian pelajar faham pelajaran pada hari ini.

  2. Pelajaran pada hari ini akan dikekalkan / dipindahkan

  3. Semua / Sebahagian pelajar faham membuat latihan


Dostları ilə paylaş:
Orklarla döyüş:

Google Play'də əldə edin


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2017
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə