ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH: ADAB MEMELIHARA ALAM
Aras 1
-
Menyatakan maksud alam.
-
Menyatakan kepentingan memelihara kejadian alam.
-
Menerangkan kepentingan memelihara alam adalah tuntutan Islam.
-
Mengamalkan cara-cara penjagaan dan pemeliharaan alam.
Aras 2
-
Menjelaskan punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar.
-
Menghuraikan langkah-langkah untuk mengatasi kerosakan alam dan haiwan.
Aras 3
-
Menerangkan akibat jika kita tidak menjaga alam semulajadi kepada haiwan, manusia, masyarakat dan negara.
-
Menerangkan tentang kebaikan menjaga alam semulajadi dan haiwan.
|
Perbincangan Kumpulan:
Maksud alam dan kepentingan memelihara alam, cara-cara penjagaan dan pemeliharaan kejadian alam.
Perbincangan:
Kumpulan 1:
Punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar.
Kumpulan 2:
Pencemaran sungai dan kesannya.
Kumpulan 3:
Langkah-langkah untuk mengatasi kerosakan alam dan cara-cara mengatasinya.
Projek Sekolah:
Taman rekreasi, kebun sayur, ternakan, gotong-royong.
Pertandingan Kebersihan:
Antara kelas.
|
Mencintai dan menghargai alam ciptaan Allah.
Memelihara alam sekeliling supaya bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
Mensyukuri nikmat Allah yang menjadikan alam semulajadi untuk semua insan.
|
|
16/7 – 21/7 CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI
|
|
29
22/7 – 24/7
|
SIRAH NABAWIYYAH DAN TAMADUN ISLAM: SYEIKH MUHAMMAD ABDUH TOKOH ISLAH AGUNG
|
Aras 1
-
Menerangkan riwayat hidup, pendidikan dan sifat peribadi Syeikh Muhammad Abduh.
-
Menyatakan sumbangan dan jasa-jasa terhadap pembangunan umat Islam.
-
Menerangkan saranan-saranan utama Syeikh Muhammad Abduh dalam bidang ilmu dan pendidikan.
Aras 2
-
Menjelaskan faktor-faktor yang mendorong usaha beliau melakukan gerakan pembaharuan.
-
Menjelaskan idea-idea dalam bidang ilmu, pendidikan dan sahsiah.
Aras 3
-
Menghuraikan cara pembaharuan yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh kepada dunia Islam.
-
Membincangkan kesan pembaharuan yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh kepada pembangunan umat Islam.
|
Melukis Peta Minda:
Mengenai riwayat hidup Syeikh Muhammad Abduh dalam tulisan jawi.
Kajian Perpustakaan:
Tentang Gerakan Ikhwanul Muslimin.
Menulis Rencana Ringkas:
‘Kepentingan Hidup Secara Bermasyarakat’
Kuiz:
Menyenaraikan ciri-ciri seorang pejuang Islam.
Melayari Laman Web:
Maklumat tentang Syeikh Muhammad Abduh.
|
Mengambil iktibar daripada riwayat hidup, jasa dan buah fikiran Syeikh Muhammad Abduh.
Mengambil iktibar cara meningkatkan kualiti hidup.
Sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dan berani.
|
|
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH: ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH DAN SEDEKAH.
|
Aras 1
-
Menyatakan pengertian memberi dan menerima sedekah dan hadiah.
-
Menyatakan adab-adab memberi sedekah dan hadiah.
-
Menyatakan kepentingan memberi sedekah dan menerima hadiah.
-
Menjelaskan jenis-jenis sedekah dan hadiah.
Aras 2
-
Menjelaskan bersedekah dan memberi hadiah adalah digalakkan oleh Islam.
-
Menghuraikan kesan-kesan bersedekah dan memberi hadiah kepada pemberi dan penerimanya.
Aras 3
-
Menghuraikan perbezaan di antara amalan bersedekah dengan memberi hadiah.
-
Merumuskan orang-orang yang berhak menerima sedekah dan hadiah.
|
Perbincangan Kumpulan:
Kumpulan 1:
Kesan-kesan bersedekah dan memberi hadiah kepada pemberi dan penerimanya.
Kumpulan 2:
Jenis-jenis sedekah dan hadiah.
Kumpulan 3:
Orang-orang yang berhak menerima sedekah dan hadiah.
Karangan Dalam Tulisan Jawi:
Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Projek Kemasyarakatan:
Mengumpul barang-barang terpakai untuk golongan yang memerlukan dan memberi penghargaan kepada pelajar yang banyak memberi sumbangan kepada sekolah.
|
Ikhlas apabila bersedekah dan memberi hadiah.
Mengamalkan bersedekah dan memberi hadiah dengan penuh keikhlasan.
Berterima kasih apabila menerima sesuatu pemberian daripada seseorang.
|
|
30
27/7 – 31/7
|
IBADAT: UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
|
Aras 1
-
Menyatakan secara ringkas mengenai akta kekeluargaan dan penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia.
-
Menyatakan matlamat dan keperluan penubuhan Mahkamah Syariah yang berkaitan Enakmen Keluarga Islam di Malaysia.
Aras 2
-
Menjelaskan bidang-bidang kuasa Mahkamah Syariah secara umum.
-
Menjelaskan peranan Mahkamah Syariah dan akta kekeluargaan Islam yang berkuatkuasa hari ini.
Aras 3
-
Membezakan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil.
-
Mengetahu enakmen dan akta kekeluargaan yang terdapat di Malaysia.
|
Sumbang Saran:
Mahkamah di Malaysia, Peranan Mahkamah Syariah di Malaysia.
Penerangan dan Perbincangan:
Bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, enakmen dan akta kekeluargaan yang diperuntukkan kepada mahkamah di Malaysia.
Lawatan :
Ke Mahkamah Syariah berhampiran dan membuat laporan.
Menulis Rencana Ringkas:
Peranan Mahkamah Syariah di Malaysia dalam tulisan jawi.
|
Bersikap amanah tanpa mengira kedudukan.
Rela berkorban tanpa mengira masa dan tenaga.
Berusaha membentuk keluarga bahagia.
|
|
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH: ADAB BERNIAGA
|
Aras 1
-
Menyatakan pengertian adab berjual beli.
-
Menyatakan keperluan menjaga adab-adab semasa berjual beli.
-
Menerangkan adab-adab berniaga yang disyariatkan oleh Islam.
Aras 2
Aras 3
-
Menerangkan perbezaan di antara adab-adab jual beli secara Islam dan bukan Islam.
-
Menghuraikan faedah jual beli yang beradab.
-
Menghuraikan bentuk-bentuk perniagaan yang dilarang oleh Islam.
|
Sumbang Saran:
Pengertian adab berjual beli, adab-adab berniaga yang disyariatkan oleh Islam.
Menceritakan Pengalaman:
Pelajar menceritakan pengalaman berniaga melalui persatuan semasa Hari Ko-Kurikulum.
Perbincangan Kumpulan:
Sebab-sebab Islam menggalakkan jual beli, tatacara jual beli menurut Islam, perbezaan di antara adab-adab jual beli secara Islam dan bukan Islam.
|
Mengamalkan sifat jujur dan amanah dalam perniagaan.
Menghormati pelanggan-pelanggan dengan penuh kesopanan dan mesra.
|
|
31
3/8 – 7/8
|
KEFAHAMAN AL-QURAN:
KEMULIAAN AL-QURAN ; SURAH AL-HASYR AYAT 21 HINGGA 24
|
Aras 1
-
Menyatakan maksud ayat secara keseluruhan.
-
Menyatakan maksud perbandingan antara sifat bukit dan sikap keingkaran manusia menerima Al-Quran.
-
Menyatakan sifat-sifat Allah yang terdapat dalam Al-Quran.
Aras 2
-
Menyatakan keistimewaan-keistimewaan Al-Quran.
-
Menghuraikan sebab-sebab Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia.
-
Menjelaskan bahawa makhluk selain daripada manusia tunduk dan patuh kepada Allah.
Aras 3
-
Menghuraikan Al-Asmaul Husna dan kesempurnaan Allah berdasarkan kepada ayat.
-
Menjelaskan perkara yang dapat diambil iktibar daripada perumpamaan kesan penurunan Al-Quran ke atas bukit.
-
Menyenaraikan langkah-langkah untuk menjadi orang yang menghayati Al-Quran.
|
Bacaan Ayat:
Secara beramai-ramai.
Penerangan;
Pengertian dan maksud ayat.
Tayangan VCD:
Benda-benda ciptaan Allah, sains dan Al-Quran.
Perbincangan Kumpulan:
Bukti kasih sayang Allah kepada manusia, perkara-perkara alam ghaib dan perkara alam syahadah.
Menulis Esei:
‘Al-Quran Kitab Panduan Umat’ dalam tulisan jawi.
Tugasan Lanjutan:
Menulis nama-nama Allah semasa aktiviti persatuan dan membaca Al-Asmaul Husna sebelum memulakan pengajaran.
Membuat Buku Skrap:
Al-Asmaul Husna.
|
Takut siksaan Allah dengan meninggalkan maksiat.
Yakin, akur dan insaf bahawa ilmu Allah tanpa sempadan.
|
IBADAT: ANAK AMANAH ALLAH S.W.T.
|
Aras 1
-
Menyatakan pengertian anak angkat menurut Islam.
-
Menyatakan hukum mengambil anak angkat.
-
Menyatakan peraturan yang berkaitan dengan mengambil anak angkat.
Aras 2
-
Menghuraikan tanggungjawab ibu terhadap anak angkat.
-
Menjelaskan hikmah-hikmah diharuskan mengambil anak angkat.
Aras 3
-
Menghuraikan masalah yang timbul akibat menasabkan anak angkat kepada ayah angkat.
|
Perbincangan:
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak angkat, hikmah pengambilan anak angkat, keberkesanan dalam menangani masalah kekeluargaan, kesan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat.
Sumbang Saran:
Anak angkat dan pengertiannya, hukum mengambil anak angkat.
|
Sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan.
Berusaha dan beriltizam memberi pendidikan terhadap anak-anak.
Menjaga hubungan baik kekeluargaan.
|
32
10/8 – 14/8
|
SIRAH NABAWIYYAH DAN TAMADUN ISLAM: SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAH AIR.
|
Aras 1
-
Menerangkan riwayat hidup, pendidikan dan sifat peribadi Syeikh Tahir Jalaluddin.
-
Menyatakan sumbangannya dalam bidang ilmu dan pemikiran terhadap kesusasteraan, ilmu falak dan pendidikan Islam.
-
Mengambil iktibar daripada riwayat hidup, jasa dan idea-idea Syeikh Tahir Jalaluddin.
Aras 2
-
Menjelaskan bentuk pemikiran Syeikh Tahir Jalaluddin di nusantara.
-
Menjelaskan cara Syeikh Tahir Jalaluddin menyalurkan pemikiran pembaharuan kepada masyarakat Islam.
-
Menjelaskan kegigihan dan semangat juang yang tinggi perlu dalam menegakkan syiar Islam.
Aras 3
-
Menghuraikan kesan-kesan peninggalan beliau terhadap masyarakat Islam dalam mengekalkan tamadun Islam.
|
Perbincangan Kumpulan:
Sejarah hidup, asas pemikiran Syeikh Tahir Jalaluddin.
Kajian Perpustakaan:
Tentang Syeikh Tahir Jalaluddin.
Menulis Rencana:
Tentang peninggalan dan pengaruh Syeikh Tahir Jalaluddin dalam pemikiran Islam di nusantara.
|
|
MINGGU 33 -35 (17/8 – 28/8) – ULANGKAJI PELAJARAN
|
MINGGU 36 (7/9 – 11/9) – PEEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
|
MINGGU 37 – 38 (14/9 – 25/9) – CUTI HARI RAYA KORBAN
|
MINGGU 39 – 43 (28/9 – 30/10) – GERAK GEMPUR SPM
|
MINGGU 44 (2/11 - ......) PEPERIKSAAN SEBENAR SPM
|