Politik
Kedudukan Malaysia yang pernah dijajah oleh Inggeris suatu masa dahulu telah menzahirkan peninggalannya. Polisi penjajah yang lebih berorientasikan agama Kristian dan sekular telah mendoktrinasi pemikiran pemimpin yang kebanyakannya mendapat pendidikan dari negara Barat. Kedudukan ini secara langsung menghalang masyarakat mempraktikkan Islam sebagai satu cara hidup.
Selain itu, kesilapan yang dilakukan oleh para pemerintah Islam juga dikenal pasti sebagai salah satu faktor penyumbang kepada timbulnya sesuatu ajaran sesat. Kebanyakan pemimpin gagal menjadi contoh ikutan kepada rakyat dan mereka lebih suka bertelagah sesama barisan kepimpinan, mengamalkan rasuah bahkan berlaku kronisme dan nepotisme dalam pemerintahan. Implikasinya akan timbul perasaan hasad, tindas menindas antara satu sama lain bagi memperoleh pangkat dan kedudukan hingga membawa kepada permusuhan, seperti yang berlaku dalam kes pembunuhan Dato’ Mazlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, kawasan Ulu Dong) yang membabitkan bomoh Mona Fendey.
Daripada beberapa tinjauan yang dilakukan didapati pihak pemerintah akan mengambil tindakan tegas sekiranya ajaran sesat tersebut mengancam keselamatan negara dan menggugat kedudukan parti politik mereka. Namun jika sebaliknya, aliran tersebut hanya disenaraihitamkan tanpa sebarang tindakan diambil sebagaimana yang dilakukan terhadap golongan Anti Hadis atau Jamaah al-Quran Malaysia yang dipimpin oleh Kassim Ahmad.
Sekularisme dan Orientalis Barat
Fahaman Sekularisme bukan suatu yang asing bagi umat Islam. Dalam bidang ekonomi, fahaman ini dipratikkan untuk menguatkan kapitalisme. Dalam bidang politik, fahaman sekularisme digunakan bagi menguatkan demokrasi dan dalam bidang kemasyarakatan fahaman ini bagi membebaskan individu. Kesemua ini disuburkan melalui bidang pendidikan, media massa dan atas nama pembebasan wanita. Kebangkitan dan kemajuan Eropah selepas era kegelapannya sering kali dikaitkan dengan sekularisme. Kononnya sekularisme adalah pintu kepada kebebasan, kebangkitan dan kemajuan. Sekularisme juga dianggap sebagai penyelamat umat manusia daripada kemunduran, fanatik dan jauh daripada tamadun dan kemajuan.
Antara fahaman yang lahir daripada sekularisme ialah fahaman modernisme. Modernisme di sisi pemikiran sekularisme dinisbahkan kepada pemikiran yang berpendapat bahawa segala yang baru (moden) dianggap lebih baik secara umumnya daripada yang lama. Sebahagian daripada umat Islam terpengaruh dengan fahaman modernisme yang menanamkan sikap terbuka kepada semua agama dan ajaran sesat dengan mendakwa semua agama dan aliran kepercayaan itu baik dan benar sedangkan Allah swt telah berfirman :
¨bÎ) úïÏe$!$# yYÏã «!$# ÞO»n=óM}$# 3 $tBur y#n=tF÷z$# úïÏ%©!$# (#qè?ré& |=»tGÅ3ø9$# wÎ) .`ÏB Ï÷èt/ $tB ãNèduä!%y` ÞOù=Ïèø9$# $Jøót/ óOßgoY÷t/ 3 `tBur öàÿõ3t ÏM»t$t«Î/ «!$# cÎ*sù ©!$# ßìÎ| É>$|¡Ïtø:$# ÇÊÒÈ
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.
(Surah Ali ’Imran 3: 19)
Sekularisme pada dasarnya menjauhkan individu serta masyarakat Islam daripada kehidupan beragamanya. Fahaman ini membuatkan seseorang merasakan agama suatu yang tidak penting dan bukan perkara yang wajib ada bagi setiap individu. Sekularisme menjanjikan ’ketenangan ’ jiwa dalam bentuk kebendaan, hiburan yang melalaikan serta kepuasan yang tunduk kepada nafsu syahwat semata-mata bertopengkan agama. Akibatnya wujud istilah ’nikah batin’ (yang sebenarnya adalah zina), menghina guru-guru agama yang bertauliah, para ulama dan memandang rendah kepada institusi pengajian agama.
Fahaman ini juga berjaya memisahkan kehidupan agama dalam diri umat Islam dengan bertopengkan aliran kepercayaan seta kemajuan sains dan teknologi. Kejayaan sekularisme menyingkirkan kehidupan beragama dalam diri umat Islam terbukti dengan berleluasanya gejala tidak sihat dan kebejatan moral yang berlaku pada hari ini.
Sejak zaman Nabi Adam as hingga Nabi Muhammad saw, manusia mengakui kepentingan kerohanian dan kewujudan naluri bertuhan. Naluri bertuhan ini hilang sekiranya tidak dipelihara, misalnya apabila manusia mula memfokus diri mereka kepada nilai kebendaan yang menjadi salah satu teras sekularisme. Apabila keadaan ini berlaku, akibatnya manusia akan berusaha mengikut naluri dan nafsu mereka lalu membentuk suatu ideologi atau ajaran yang sesat dengan menghalalkan segala macam cara untuk sampai kepada matlamatnya.
Begitu juga dengan Orientalis Barat yang sentiasa memburukkan Islam serta berusaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan hadis Rasulullah saw dan seterusnya menimbulkan keraguan dalam diri umat Islam tentang sumber ini. Orientalis Barat beranggapan bahawa cara yang paling baik bagi menghancurkan umat Islam ialah melalui ajaran Islam itu sendiri.
Oleh yang demikian, Orientalis Barat telah memainkan peranan yang aktif dalam memesatkan lagi penyebaran ajaran sesat. Maka lahirlah golongan Anti Hadis dan Atheis. Orientalis juga memesongkan pengertian jihad pada diri umat Islam supaya umat Islam bersikap malas, jumud dan lebih menumpukan perhatian pada ibadat khusus sahaja.
Walaupun kerajaan Malaysia mewartakan bahawa hanya iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia, namun penguatkuasaan undang-undang yang menjurus kepada pelaksanaannya masih kabur. Justeru tidak hairanlah mengapa masih terdapat ajaran sesat yang bergerak aktif di Malaysia mengaku mereka di pihak yang benar selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang didakwa oleh Syiah, Ahmadiah Qadiani mahupun al-Arqam sedangkan ajaran mereka telah diwartakan sesat lagi menyesatkan.
Tektik dan taktik penyebaran
Terdapat kecenderungan pihak tertentu yang tidak suka melihat Islam berkembang dan ingin melemahkannya. Dengan berkembangnya ajaran sesat, maka dengan mudah umat Islam dapat dipengaruhi dan diperalatkan oleh golongan yang anti-Islam. Perkembangan ajaran sesat yang begitu ketara pada hari ini berkait rapat dengan taktik dan teknik yang digunakan. Teknik penyebaran ini boleh dibahagikan dengan dua cara, iaitu cara lama dan cara baru. Antara yang termasuk dengan taktik dan teknik lama ialah usaha mentafsirkan semula al-Quran dan Islam dengan berlebihan menurut kemahuan hawa nafsu sehingga menghilangkan kewujudan ajaran serta nilainya yang sebenar. Contoh paling jelas berkenan ini ialah apa yang dilakukan oleh golongan Anti Hadis yang menerbitkan buku Bacaan dalam usaha mentafsir semula al-Quran tanpa merujuk kepada ulama yang muktabar.
Terdapat beberapa ajaran sesat yang menggunakan tarekat yang masyur, seperti Naqsyabandiah, Ahmadiah dan Qadiriah bagi mendapatkan pengikut. Walau bagaimanapun, isi kandungan ajarannya tidak memberi tumpuan kepada penyucian jiwa dan pembentukan akhlak yang mulia. Sebaliknya, isi kandungan ajarannya lebih kepada perubatan secara tradisional dan mengindoktrinasi pengikut melalui konsep rabitah, tawassul, tahdir al-arwah dan kashf dan lain-lain lagi. Antara kumpulan ajaran sesat yang menggunakan cara ini ialah Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan Tarekat Zikrullah Hasan Anak Rimau.
Begitu juga dengan penggunaan nama ulama dan wali dalam aliran kepercayaan mereka, contohnya Sheikh ’Abd al-Qadir al-Jilani, Sheikh Suhaimi dan sebagainya. Penggunaan nama-nama ini bertujuan untuk meyakinkan pengikut bahawa aliran yang dibawa adalah benar menurut pandangan Islam. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan perhatian masyarakat atau pengikut bukan lagi tertumpu pada ajaran yang dibawa oleh ulama atau wali terbabit tetapi tumpuan beralih kepada karamah dan ma’unah yang ada para para wali tersebut. Setelah para wali ini meninggal, maka makamnya dijadikan tempat pemujaan oleh pengikut ajaran sesat ini untuk memperoleh hajat yang lazimnya hajat keduniaan.
Sering kali teknik pujian dan pujukan digunakan bagi mempengaruhi masyarakat agar menyertai ajaran sesat seumpama ini. Teknik bukan sahaja digunakan oleh ajaran sesat dalam masyarakat Islam bahkan juga ajaran sesat yang wujud dalam masyarakat bukan Islam. Hal ini dikaji dan diakui oleh pakar psikologi Barat.
Selain itu, segelintir masyarakat terpengaruh dengan sesuatu ajaran sesat dengan penonjolan imej akhlak dan peribadi tuan guru yang terpuji. Berdasarkan tutur bicara hingga kepada cara makannya seolah-olah menggambarkan bahawa gurunya seorang yang alim dan warak. Akhirnya beberapa gelaran diberikan kepada guru tersebut bermula dengan gelaran Ustaz, Tuan Guru, Sheikh, Imam, Abuya sehingga kepada Ayatullah sebagaimana yang berlaku dalam ajaran Syiah dan al-Arqam.
Begitu juga dengan penggunaan gaya bahasa retorik. Seseorang penyebar ajaran sesat mampu menimbulkan minat dan rasa ingin tahu kepada golongan sasarannya untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam terutamanya perkara yang berkaitan dengan zat Allah swt dan perkara ghaib dengan menggunakan teknik ini.
Taktik dan teknik baru pula ialah penggunaan alat telekomunikasi dan maklumat terkini termasuklah internet, telefon mudah alih dan media massa lain. Dengan hanya melayari beberapa laman web, maka masyarakat dapat mengetahui dan mudah dipengaruhi oleh ajaran sesat sama ada di dalam dan di luar negara. Melalui teknik ini, masyarakat lebih mudah dipengaruhi kerana mereka mampu berinteraksi secara langsung di samping mengetahui sesuatu perkara itu dengan cepat dan pantas.
Sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Ghazali (m. 505 H) menggariskan lapan teknik yang sering digunakan oleh penyebar ajaran sesat dalam memikat mangsanya, iaitu al-Dhawq wa al-Tafarrus (tilik dan perhati), al-Ta’nis (beramah mesra), al-Tashkik (keraguan), al-Ta’liq (gantung tidak bertali), al-Ribt (ikat), al-Tadlis (tipuan),al-Talbis (kesamaran) dan al-Salkh wa al-Kha’u (membuang segala taklif dan menyelewengkan iktikad). Kemungkinan teknik yang sama digunakan di Malaysia bagi menarik orang ramai kepada ajaran Batiniah ini.
Oleh yang demikian, umat Islam di negara ini perlu peka dalam mengawasi perkembangan ajaran sesat ini. Jika ternyata sesuatu ajaran itu menyimpang daripada kemurniaan ajaran Islam, maka setiap umat Islam berkewajipan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa agama agar akidah golongan ini dapat dipulihkan merebak.
Sumber Pemikiran
Sumber ajaran sesat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh tasawuf falsafah, batiniah, khurafat dalam amalan perbomohan dan kebebasan akal tanpa batasan. Walau bagaimanapun, kebanyakan bukti menunjukkan bahawa ajaran batiniah dan tasawuf falsafah yang terdapat di negara ini banyak dipengaruhi oleh doktrin Syiah. Oleh yang demikian, aliran Batiniah yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada lima, iaitu Batiniah Bahai, Batiniah Qadiani, Batiniah Kod 19, Batiniah Arqam dan Batiniah Malaysia yang didasari oleh beberapa buah buku seperti Hakikat Insan dan kashf al-Asrar. Batiniah Malaysia didapati cuba menyerapkan ajaran Wahdat al-Wujud dengan ajaran Batiniah.
Ajaran Wahdat al-Wujud bertapak di Nusantara sejak lebih 400 tahun lalu. Hal ini terbukti dengan penemuan kitab al-Tuhfat al-Mursalah karangan Muhammad Burhanpuri yang meninggal dunia pada 1025 H disusuli oleh kitab tasawuf dalam Bahasa Melayu seperti karya Hamzah Fansuri dan buku karangan Sayyid Husayn Nasr dan Khan Sahib Khaja Khan.
Ajaran Wahdat al-Wujud Batiniah di Malaysia mula diperkatakan sejak sebelum kemerdekaan lagi. Walaupun kewujudan ajaran Wahdat al-Wujud ini telah lama, tetapi kajian dan perbicaraannya amat sedikit. Bahkan ajaran Wahdat al-Wujud tidak dapat berkembang dengan pesat kerana ilmu agama dipegang dengan kuat oleh ulama lepasan Mekah dan al-Azhar mengikut metodologi ilmu Islam yang sebenarnya. Namun mulai tahun 1970-an hinggalah sekarang, teraju pengajian ilmu Islam bukan hanya dipegang oleh ulama lepasan Mekah dan al-Azhar tetapi dari segenap penjuru alam termasuk Barat. Justeru, ajaran Wahdat al-Wujud yang selama ini tidak mendapat tempat dalam masyarakat Islam Malaysia akhirnya secara perlahan-lahan dapat diterima.
Menurut Adulfatah Haron, doktrin ajaran Wahdat al-Wujud yang telah bertapak di Malaysia selama 40 tahun ini bukan sahaja dipengaruhi oleh doktrin Syiah Batiniah tetapi sedikit sebanyak turut mengandungi unsur Kebatinan Jawa terutama Kebatinan Ranggawarsita. Contohnya ajaran Agama Taslim, Aurad Muhammadiah pegangan al-Arqam, ajaran Tok Ayah Pin dan lain-lain lagi.
Ajaran Wahdat al-Wujud dan Batiniah ini menyerapkan empat sifat utama. Pertama, mencaci alim ulama dan fuqaha’ Islam dengan tujuan menolak kerasulan Nabi Muhammad saw. Kedua, Islam mempunyai zahir dan batin. Ketiga, talam dua muka dan keempat, gerakan sulit dan rahsia.
Ajaran Wahdat al-Wujud dalam Islam lahir daripada penggunaan pemikiran ahli fikir yang terpengaruh dengan teori eminasi falsafah Hinduisme dan Neoplatonisme dalam membicarakan soal metafizik. Dalam mitos Hindu, Tuhan digambarkan sebagai lelaki dan perempuan yang sedang berpelukan dan terbelah dua. Hasil persetubuhan kedua-duanya, maka lahirlah keturunan manusia. Dengan tiba-tiba si isteri menjelma menjadi lembu betina dan si suami menjelma menjadi lembu jantan, maka lahirlah keturunan binatang. Keadaan ini berterusan sehinggalah lahir sekalian makhluk yang ada dalam alam ini. Fahaman ini menggambarkan seolah-olah Tuhan (Khaliq) dan makhluk adalah satu.
Manakala falsafah Neoplatonisme diasaskan oleh seorang Yahudi bernama Philo (20 S.M). Beliau ialah orang pertama yang membuat takwilan kerana hendak menyesuaikan wahyu dengan akal atau Taurat dengan falsafah. Falsafah Plato mengatakan hakikat wujud ini terdiri daripada alam mithal dan itulah yang sebenarnya dan alam benda hanyalah bayangan dari alam mithal. Alam mithal menepati akal dan alam benda menepati pancaindera. Lalu datang Philo dengan Kitab Tauratnya. Dalam Taurat diceritakan Adam, Hawa dan ular. Ini ditakwilkan oleh Philo dengan katanya Adam itu akal, Hawa itu pancaindera dan ular itu keseronokan. Secara tidak langsung, meresaplah pengaruh Hinduisme dan Neoplatonisme ke dalam tasawuf.
Sebanyak mana sekalipun cabang Batiniah di Malaysia, ternyata ciri utama Batiniah ialah cuba membalut kebatilan dengan takwilan ayat-ayat al-Quran yang bukan-bukan, di samping penggunaan ungkapan yang didakwanya hadis Rasulullah saw tetapi sebenarnya tidak.
Dengan demikian, didapati semua aliran kepercayaan yang menyeleweng ini berpusat kepada doktrin Batiniah dan tasawuf falsafah. Sumbernya kembali kepada pelbagai doktrin falsafah dan tradisi keagamaan, bukan kepada al-Quran dan Sunnah. Contohnya, konsep Imam merupakan konsep yang lahir daripada Syiah Isma’iliyyah Batiniah yang kemudiannya menghasilkan konsep guru mursyid, pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi. Begitu juga dengan konsep batin dan takwil yang jelas daripada Syiah Batiniah dengan mentakwilkan sesuatu perkara dengan menggunakan akal fikiran dan menghuraikannya dengan huraian batin.
Konsep gnosis pula yang berselindung dengan kalimah kashshaf, laduni, ilham mahupun ma’rifat amat luas penggunaannya di kalangan Syaih Batiniah. Begitu juga dengan konsep emanasi dan wujudiah. Keempat-empat unsur ini tidak terlepas daripada didomonasi oleh Batiniah.
Kesan daripada ajaran sesat
Daripada perbincangan yang dibuat, didapati bahawa ajaran sesat mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Ajaran sesat ini merosakkan akidah dan ibadat umat Islam hingga mendorong mereka kepada syirik, kufur dan murtad, sesat dalam beragama, perpecahan dalam masyarakat dan ancaman kepada keselamatan negara.
Pemujaan kubur yang dianggap keramat, mempercayai kesaktian yang ada pada para wali serta bomoh merupakan perkara khurafat yang sering diamalkan dalam aliran kepercayaan akan mengheret pengikutnya menyekutukan Allah swt. Al-Quran telah menggariskan bahawa syirik besar ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu syirik dalam memberikan kasih sayang, syirik dalam memberikan ketaatan, syirik dalam niat dan kehendak serta syirik dalam permintaan, pertolongan dan doa. Keempat-empat bahagian syirik jelas wujud dalam kesemua ajaran sesat yang ada dari dulu dari sekarang.
Allah swt mengingatkan manusia agar tidak menyekutukan-Nya sama ada dari sudut zat, sifat, nama mahupun perbuatan-Nya kerana Allah swt tidak akan mengampunkan dosa golongan ini sebagaimana yang dinyatakan dalam firman-Nya :
¨bÎ) ©!$# w ãÏÿøót br& x8uô³ç ¾ÏmÎ/ ãÏÿøótur $tB crß Ï9ºs `yJÏ9 âä!$t±o 4 `tBur õ8Îô³ç «!$$Î/ ôs)sù ¨@|Ê Kx»n=|Ê #´Ïèt/ ÇÊÊÏÈ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(surah al-Nisa’ : 116)
Peringatan Allah swt dalam al-Quran perihal menyekutukannya adalah jelas. Barangsiapa yang mensyirikkan-Nya nescaya akan terhapus segala amalannya. Tidak ada satu kuasa yang mampu mengatasi kuasa Allah swt dan segala amalan yang dilakukan hendaklah untuk Allah swt semata-mata sebagaimana firman-Nya :
ö@è% ¨bÎ) ÎAx|¹ Å5Ý¡èSur y$uøtxCur ÎA$yJtBur ¬! Éb>u tûüÏHs>»yèø9$# ÇÊÏËÈ w y7ΰ ¼çms9 ( y7Ï9ºxÎ/ur ßNöÏBé& O$tRr&ur ãA¨rr& tûüÏHÍ>ó¡çRùQ$# ÇÊÏÌÈ
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)".
(Surah al-An’am, 6 : 162-163)
Besar kemungkinan seseorang itu boleh tergelincir akidahnya menjadi murtad disebabnya mensyirikkan Allah swt mahupun menyalahi prinsip utama ajaran Islam.
Kufur pula lawan kepada iman, iaitu berpaling daripada kebenaran dan melakukan maksiat setelah melakukan ketaatan dan beriman. Kufur juga boleh disimpulkan sebagai penafian dan keingkaran terhadap apa-apa sahaja yang datang daripada Allah swt melalui rasulnya-Nya tanpa sebarang keraguan.
Seseorang itu akan menjadi kafir jika dia ingkar kepada perintah Allah swt dan taat kepada perintah taghut dalam keadaan dirinya sedar (tidak lupa atau gila). Walau bagaimanapun, sekiranya ia seorang yang jahil;tidak mengetahui bahawa perbuatannya mengingkari perintah Allah swt dan menyalahi rukun Islam serta rukun iman, maka ia tidak digolongkan sebagai kafir.
Begitu juga seseorang akan menjadi murtad jika dia kembali kepada kekufuran setelah dia menerima Islam sebagai pegangannya. Terdapat pengikut ajaran sesat yang menganut kepercayaan lain sebelum Isalam kemudian memeluk Islam seterusnya berpaling tadah kepada agama asal mereka (tanpa sebarang paksaan) akibat terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Firman Allah swt :
`tB txÿ2 «!$$Î/ .`ÏB Ï÷èt/ ÿ¾ÏmÏZ»yJÎ) wÎ) ô`tB onÌò2é& ¼çmç6ù=s%ur BûÈõyJôÜãB Ç`»yJM}$$Î/ `Å3»s9ur `¨B yyu° Ìøÿä3ø9$$Î/ #Yô|¹ óOÎgøn=yèsù Ò=Òxî ÆÏiB «!$# óOßgs9ur ëU#xtã ÒOÏàtã ÇÊÉÏÈ
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.
(Surah al-Nahl, 16: 106 )
Kesesatan yang mendasari akidah atau keimanan terutamanya menyentuh kepercayaan kepada Allah swt dengan mempercampuradukkan dengan pemikiran falsafah Neoplatonisme, Batiniah, Hinduisme mahupun Kristian bahkan ada antaranya mengaku dirinya Tuhan dan rasul yang diutuskan bukan sekadar sesat tetapi kufur kepada Allah swt.
Kedudukan golongan ini lebih bahaya daripada gerakan Kristianisasi kerana mereka bergerak atas nama Islam, berpakaian dan melaksanakan cara hidup sebagaimana umat Islam yang lain, hanya akidah mereka sahaja yang mempengaruhi terpesong. Oleh itu, mereka lebih mudah untuk mempengaruhi masyarakat agar sama-sama menyertai kumpulan mereka.
Sesat dalam beragama
Sesat dalam beragama termasuklah cenderung melaksanakan sesuatu amalan atau doktrin ajaran yang nyata bertentangan dengan Islam. Antara perkara yang membawa umat Islam sesat dalam beragama termasuklah meyakini dan mengamalkan sesuatu ajaran yang difatwakan sesat.
Perkara seumpama ini berlaku disebabkan pemujaan yang keterlaluan kepada pemimpin dengan memberikan segala ketaatan kepada ketua dengan membuta tuli tanpa sebarang pertanyaan, komentar mahupun kritikan. Secara tidak langsung, keadaan ini membuka peluang kepada golongan tertentu untuk mendapatkan kepentingan tertentu dalam dunia ini. Selain itu, perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh keghairahan para pengikut meramalkan perkara ghaib yang berkaitan dengan Kiamat. Dari aspek akidah, walaupun penyelewengan akidah yang dilakukan hanya sedikit tetapi penyelewengan itu tetap dianggap sesat. Dalam kata lain, iman seseorang akan runtuh walaupun seseorang itu mengingkari hanya satu huruf daripada keseluruhan al-Quran.
Sering kali golongan yang terlibat dengan ajaran sesat ini bukan hanya sesat dari segi syariat tetapi sesat juga dari segi akidah. Walau bagaimanapun, kesesatan dari segi pengamalan syariat seperti melakukan nikah batin (berzina), minum arak dan lain-lain akan membawa kepada sesat dari sudut akidah sekiranya pengikut aliran ini beriktikad bahawa perbuatan ini adalah sebahagian daripada syariat Islam. Firman Allah swt :
¨bÎ) tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. y÷èt/ öNÎgÏY»yJÎ) ¢OèO (#rß#yø$# #\øÿä. `©9 @t6ø)è? óOßgçGt/öqs? y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd tbq9!$Ò9$# ÇÒÉÈ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat.
(Surah al-‘Imran, 3 : 90)
Fenomena ini seolah-olah menggalakkan kehidupan yang berteraskan hawa nafsu sehingga melahirkan gejala anak luar nikah dan seks bebas dalam masyarakat. Firman Allah swt dalam Surah al-Kahf, ayat ke-103 dan 104 :
ö@è% ö@yd Lälã¤Îm7t^çR tûïÎy£÷zF{$$Î/ ¸x»uHùår& ÇÊÉÌÈ tûïÏ%©!$# ¨@|Ê öNåkß÷èy Îû Ío4quptø:$# $u÷R9$# öNèdur tbqç7|¡øts öNåk¨Xr& tbqãZÅ¡øtä $·è÷Yß¹ ÇÊÉÍÈ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
Perpecahan dalam masyarakat
Ajaran sesat memberi banyak impak negatif terhadap masyarakat. Kehadiran ajaran sesat mewujudkan perbalahan, kehidupan berpuak-puak sehingga membawa kepada perpecahan bangsa dan agama. Setiap kumpulan atau puak merasakan mereka berada di jalan yang benar hingga sanggup mengkafirkan orang lain. Akibatnya terbit perasaan benci-membenci antara satu golongan dengan golongan yang lain.
Contoh paling dekat dengan masyarakat Islam di Malaysia ialah al-Arqam. Sama ada disedari atau tidak, kelahiran al-Arqam pada masa dahulu dan kini lebih dikenali dengan Rufaqa’ atau Tarekat Aurad Muhammadiah pernah mendirikan perkampungannya sendiri. Hidup dalam komuniti tersendiri dan jauh dengan pengaruh arus perdana. Secara tidak langsung, al-Arqam telah mewujudkan ‘masyarakat dalam masyarakat’. Peristiwa penculikan Azura (salah seorang wanita Arqam) di Singapura suatu ketika dahulu yang pada masa itu masih lagi menjadi isteri Mashaal, warganegara Sweeden berbangsa Arab adalah di dalam perancangan Abdul Halim Abbas, orang nombr dua dalam Arqam.
Selain itu, seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Noh telah membuat laporan bahawa isterinya mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya kerana taksub dengan satu aliran kepercayaan. Fenomena ini telah meruntuhkan institusi kekeluargaan sekali gus menyebabkan wujudnya gejala yang tidak sihat dalam masyarakat.
Propaganda yang sering dimainkan oleh golongan ini ialah mengecam, mencaci seterusnya memfitnah tokoh pemimpin dan para ulama. Secara tidak langsung mereka mempertikaikan kewibawaan ulama sehingga menimbulkan kesangsian masyarakat terhadap institusi agama.
Manakala golongan yang lebih fanatik sanggup menindas anak-anak dan ahli keluarga semata-mata untuk taat kepada perintah guru. Mereka sanggup membenarkan guru memuaskan hawa nafsu dengan isteri dan anak gadis mereka bagi memperoleh generasi yang saleh.
Sering kali kelompok ajaran sesat ini mengasingkan diri mereka bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Mereka tidak menyertai program-program yang dirancang oleh masyarakat setempat dan jauh tersisisih daripada arus pembangunan jasmani dan rohani yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Mereka turut melakukan pemulauan, memulakan bibit perbalahan sehingga membangkitkan perasaan benci-membenci antara satu golongan dengan golongan yang lain. Sekali gus memberikan gelaran tertentu tertentu seperti ‘ahli neraka’ atau ‘kumpulan Enam Jahanam’ kepada mana-mana ahli kumpulan yang telah keluar daripada ajaran mereka dan bertindak mendedahkan penyelewengan yang berlaku.
Dostları ilə paylaş: |