Ancaman kepada keselamatan Negara
Hubungan langsung antara kelompok ajaran sesat dengan gerakan subversif dan antinasional yang cuba menimbulkan huru-hara dalam negara dapat dikesan oleh pihak berkuasa sejak akhir tahun 1970-an lagi. Di samping meluasnya kesesatan akidah dan penyelewengan syariah Islamiah di kalangan orang Islam, ajaran sesat juga membawa perpecahan serta pertumpahan darah dalam masyarakat .
Antara insiden yang pernah berlaku berkaitan dengan aliran kepercayaan (ajaran sesat ) adalah pada 19 Oktober 1974, apabila seorang daripada ajaran sesat Empat Sahabat pimpinan Syed Mutalib di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. Begitu juga pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi telah mencederakan Tuan Hj. Damanhuri b. Hj. Abdul Wahab, Imam Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak. Pada tanggal 19 Ogos 1979, seramai empat orang pengikut Ajaran Ilmu Kasyaf pimpinan Hj. Kamaruddin @ Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor.
Seterusnya kumpulan tarekat Noor Zaman Imam Mahdi yang diketuai Muhammad Ariffin bin Muhammad Jailani atau lebih dikenali sebagai Muhammad Nasir Ismail (yang berasal dari Kampuchea) telah mengetuai kumpulan menyerang balai polis Batu Bahat pada hari Khamis 16 Oktober 1980. Akibatnya, seramai 15 orang pengikut ajaran sesat ini ditembak mati oleh polis dalam tragedi berdarah itu. Begitu juga dengan kumpulan al-Arqam yang sebelum diharamkan, giat menyediakan tentera Imam Mahdi untuk menggulingkan kerajaan.
Sementara kumpulan al-Maunah selain melakukan pencerobohan di Kem Batalion 304 Askar Wataniah Grik, Perak pada 6 Julai 2000, kumpulan ini juga melakukan keganasan dan kekejaman dengan membunuh dua orang anggota keselamatan. Sewajarnya semua peristiwa ini membuka mata pihak berkuasa dan masyarakat bahawa sekiranya ajaran sesat ini dibiarkan beroperasi tanpa sebarang tindakan, mereka mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
ISU IDEOLOGI
Mengetahui ideologi-ideologi yang lahir dari Barat dan menular ke negara-negara Islam adalah sesuatu yang amat penting. Ajaran-ajaran baru itu tidak lagi dinamakan agama tetapi mereka menamakan dengan ideologi atau teori. Ia bermaksud fahaman-fahaman, cita-cita, haluan dan aliran pemikiran. Aliran ini berasal dari Eropah yang memisahkan kehidupan mereka daripada agama.
Ajaran-ajaran ini dibawa masuk ke negara-negara Islam dan menjadi senjata serangan pemikiran yang berkesan pada masa kini. Ia dapat menjauhkan mereka daripada Islam dengan cara dan hujah tidak menolak Islam dan masih mengaku sebagai penganut Islam. Ia berjaya menyesatkan akidah atau sekurang-kurangnya memecahkan umat Islam kepada pelbagai ideologi dan kumpulan yang memperjuangkan ideologi itu sehingga berlaku pertarungan sesama sendiri dan hanyut jauh daripada Islam.
Aliran ideologi, falsafah dan teori-teori itu mengenai urusan negara, ekonomi atau kemasyarakatan dengan memakai pelbagai nama seperti sekularisme, kapitalisme, sosialisme, nasionalisme, pragmatisme dan sebagainya.
Mereka mengambil ideologi-ideologi itu dalam perkara-perkara pemerintahan dan ekonomi atau dengan lain perkataan dalam perkara dunia. Ada antara mereka yang berani menuduh Islam dengan tuduhan-tuduhan jahat dan fitnah-fitnah seperti mendakwa Islam tidak sesuai lagi pada zaman ini atau Islam mesti disesuaikan dengan ideologi itu dengan membuat perubahan-perubahan yang berani sehingga menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mereka sebenarnya orang-orang yang sesat pada zaman ini dan memecah-belahkan masyarakat Islam daripada tali agama Allah.
Islam ialah cara hidup yang meliputi segala-galanya, maka haram kita membahagi-bahagikan Islam seperti menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Contohnya, beribadah secara Islam, berkahwin secara Islam, melakukan urusan kematian secara Islam tetapi dari sudut pemerintahan, ekonomi dan urusan-urusan duniawi yang lain menolak hukum Islam. Mengingkari salah satu daripada ajaran Islam boleh menyebabkan terkeluar agama walaupun masih sembahyang, puasa, haji dan mengerjakan ibadah-ibadah yang lain. Ini adalah bahaya yang menimpa Islam masa kini. Oleh itu, kita perlu mengetahui dan memahami ideologi-ideologi baru ini di samping mengenali musuh-musuh baru ini supaya kita dapat menyelamatkan akidah dan iman.
Umat Islam kini berada dalam keadaan kritikal kerana penganutnya terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Walaupun mereka mengaku beragama Islam dan melakukan atas dasar sayang pada Islam namun usaha mereka tetap sia-sia.
Masyarakat muslim di negara ini sudah lama dilanda serapan ideologi asing menular secara halus sehingga tidak disedari. Ideologi ini mengancam akidah masyarakat muslim dan melemahkan ummah. Perbincangan tentang ideologi dalam tajuk ini akan berkisar pada takrif ideologi, konsep ideologi, sejarah kemunculan penyebaran ideologi dan kesan terhadap masyarakat Islam.
Jika diteliti dalam beberapa kamus popular masa kini, takrif ideologi dapat diberikan kepada beberapa pengertian. Antaranya, ideologi ditakrifkan sebagai visi yang bersifat komprehensif. Ideologi juga bermaksud menawarkan perubahan melalui proses pemikiran normatif. Jika dilihat takrif ideologi dalam bentuk yang lebih luas, ianya bermaksud suatu sistem pemikiran abstrak (tidak hanya sekadar pembentukan idea) yang diterapkan pada masalah umum sehingga mampu membuat konsep. Contoh, ideologi dalam politik. Pemikiran yang tidak bersumberkan Islam dalam konteks ini dipanggil pemikiran asing yang merujuk kepada apa-apa fahaman, falsafah, prinsip, kepercayaan dan adicita yang bersumberkan pemikiran barat.
Konsep ideologi dalam pemikiran barat ialah (Kerana terms ideologi berasal usul dari barat) - Fahaman humanisme adalah suatu ideologi yang membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep theologi (ketuhanan). Ideologi ini lebih kepada budaya penganutnya mementingkan diri sendiri. Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya melahirkan berbagai-bagai isme seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sebagainya.
Fahaman ini kini menular ke dalam masyarakat Islam melalui pelbagai saluran. Kesannya umat Islam terpisah daripada agama dan intima
pobialisme
demokrasi
pluralisasi
globalisasi
liberalisme
HUMANISME
sosialisme
sekularisme
saintisme
pragmatisme
kapitalisme
Fahaman humanisme juga dikenali sebagai fahaman materialisme kini telah berjaya menguasai sebahagian besar kelompok sosial dengan pelbagai jenama. Secara ringkasnya, fahaman humanisme dapat digambarkan pada Jadual Rangkaian Ideologi Humanisme di atas. 1
Materialisme, pragmatisme, liberalisme dan globalisasi semuanya lahir daripara kefahaman humanisme. Jika dilihat dari aspek istilah nampak berbeza, tetapi sebenarnya fahaman dan ideologi itu mempunyai persamaan iaitu bertentangan dengan ajaran Islam. Semuanya lahir daripara revolusi tindakan kejam gereja dan golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman Feudal Eropah. Penolakan yang amat ekstrim terhadap agama membawa Eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri. Kecintaan dan ketaksuban yang keterlaluan boleh membawa kepada bentuk penyembahan diri yang jelas bertentangan dengan konsep al-Qur`an dan Hadith Nabi.
Demokrasi pada asasnya lahir daripada sistem yang diguna pakai oleh golongan sosialis dan golongan kapitalis. Dasar demokrasi adalah lebih kepada sistem pemerintahan sesebuah negara. Sistem ini mengasingkan penguasaan sultan / raja ke atas pentadbiran dan pengurusan negara. Demokrasi memperkenalkan Lembaga Perwakilan Rakyat (Parlimen) mencakupi legislatif (perundangan), fungsi pengawasan ke atas pentabdiran negeri di bawahnya dan fungsi pentadbiran yang bertanggung-jawab dalam melaksanakan sistem, struktur dan organisasi pentadbiran.
Kapitalisme amat mementingkan keuntungan dan menafikan hak orang lain khususnya dalam aspek perniagaan. Contoh, amalan riba / interest berkonsepkan keuntungan dan penindasan terhadap golongan miskin secara tidak langsung. Di samping itu memberi keuntungan kepada orang kaya raya. Pada dasarnya persaingan dalam perniagaan adalah diharuskan. Namun, konsep kapitalisme membawa jurang yang amat jauh dalam struktur masyarakat. Amalan riba dan sistem monopoli menjadi asas kapitalisme yang dilihat berat sebelah.
Komunisme mungkin dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada semua manusia. Nampak jauh berbeza dengan kapitalisme tetapi sebenarnya sama dari sudut penyembahan kepada kehendak manusia; cuma dengan cara yang berbeza, iaitu dengan menyamakan kehendak agar semua kehendak dipenuhi. Contoh, penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah dadah untuk dirinya sendiri. Melebihi had itu baru dikira salah. Anda boleh menagih dadah di mana-mana sahaja kerana itu kehendak mereka yang perlu dipenuhi. Kerajaan hanyalah mampu menyediakan tong sampah khas untuk picagari dadah agar tidak mengganggu orang lain yang tidak terlibat dengan dadah.
Sekularisme,_sosialisme_dan_pluralisasi'>Sekularisme, sosialisme dan pluralisasi mengakui bahawa arak dan judi bukan suatu yang baik untuk manusia. Arak dan judi juga merupakan kepala segala kejahatan. Tetapi apa yang Barat lakukan untuk mengelakkan rakyatnya daripada dicemari oleh najis arak dan judi? Kehendak manusia mengatasi segala kebaikan dan maslahah. Seks bebas dianggap sebagai keinginan hawa nafsu manusia yang perlu dipenuhi. Bukan itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa batasan agama dan berakhlak mulia. Merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang dirancang oleh orentalis Barat. (al-Jamil, t.t.) Sementara itu, jika dilihat ancaman ideologi ini di Malaysia, didapati globalisasi berjaya melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya. Akibatnya mereka hilang jatidiri sebagai anak Melayu serta kurang berpegang teguh kepada agama. Globalisasi juga menjadikan sesuatu bangsa itu seringkali tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain.
Hegemoni, konsep yang terkandung dalam globalisasi iaitu hegemoni atau kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain. Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah menguasai aspek nilai, budaya, termasuk jugalah agama. (Ghazali, 1998).
Sekularisme merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual dalam masyarakat masa kini. Dalam konsep ajaran Islam, agama tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan hidup dan kenegaraan, (Harusani, 2009). Justeru itu, konsep sekularisme secara terang-terang memusuhi Islam. Istilah-istilah sekularisme, sekularisasi, sekular tidak boleh dihubung-kaitkan dengan Islam. ( al-Attas 1978; al-Qaradawi 1977). Dalam konteks di Malaysia, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Dalam aspek yang lain, ia bertindak sebagai perlindungan terhadap undang-undang Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan, lambat laun akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini lemah dan penduduk Islam bukan kelompok majoriti, sudah tentu kedudukan Islam dan bangsa Melayu akan tergugat.
Kesan ideologi asing pada pemikiran masyarakat muslim.
i) Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini dibawa masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesannya ia dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam dengan mudah. Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan wahabi dan sebagainya berjaya memecah belahkan umat Islam. Mereka saling mempertahankan ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan hujah.
ii) Kesan buruk ini terkena pada 3 kumpulan utama iaitu Pertama, mereka yang mengkaji dan mengamalkan Islam. Kedua, mereka yang tidak faham langsung dan jahil tentang Islam, dan ketiga, mereka yang jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil) tetapi mahu bercakap mengenai Islam.
Terhadap golongan kedua dan ketiga, kesan pemikiran dan ideologi amat merbahaya untuk masyarakat Islam. Mereka seringkali dilihat sebagai golongan perosak agama serta memecah belahkan umat Islam kerana jahil murakkab yang menebal. Selain itu, kesan daripada ideologi sesat ini meresap masuk ke dalam urusan kehidupan umat Islam seharian. Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan urusan keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan. Urusan pentadbiran dipisahkan dalam Islam. Sepatutnya, Islam itu satu cara hidup yang lengkap dalam seluruh aspek kehidupan manusia.
iii. Kesan Ideologi Sekularisme - Memisahkan Islam dan politik. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersih dan politik adalah kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak boleh dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Dari pandangan Islam, Islam membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap, amanah,
|
|
Jabatan Agama Islam Selangor
|
toleransi, telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang kekotoran, penindasan dan sebarang bentuk penipuan. Sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam atau Syariah.
iv. Kesan ideologi yang lain dihuraikan seperti berikut: Kesan Ideologi Komunisme - Fahaman komunisme bercanggah dengan akidah Islam yang boleh membawa umat Islam ke arah kemunduran. Mereka mengingkari kewujudan Allah, perkara ghaib serta hari kiamat. Ideologi komunis ini bersifat tidak berperikemanusiaan. Pemimpin ideologi ini memeras keringat rakyat dan merampas harta milik mereka. Pemimpin masyarakat membuat peraturan dan rakyat dikehendaki mengikut tanpa pertikaian. Rakyat bekerja untuk kepentingan negara sahaja.
Kesan Ideologi Sosialisme - Menjadikan kebendaan sebagai matlamat utama dalam hidup serta menjauhkan agama Islam daripada terlibat secara aktif. Tidak wujud persoalan halal dan haram, yang wujud hanyalah untung dan rugi. Merampas hak-hak orang perseorangan dan mempertikaikan kebebasan mereka, malah seringkali berlaku penipuan dan salahguna kuasa dalam urusan mengendalikan hak milik umum. Menghapuskan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. Dalam konteks akidah, mereka menerapkan bahawa mempercayai semua alam semesta, manusia dan kehidupan merupakan material yang sifatnya berkembang melalui evolusi masing-masing. Contoh, adanya hubungan jenis antara lelaki dan wanita melahirkan anak. Golongan ini menafikan ciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makluk. Keperluan agama hanyalah bersifat hiasan/tampalan hidup semata-mata, bukan sebagai suatu cara hidup.
Kesan Ideologi dari aspek demokrasi - Rakyat berhak menentukan corak politik dan pemerintahan negara. Rakyat juga berhak menurunkan kembali kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan kepimpinan baru termasuk mengubah peraturan yang sesuai dengan kehendak rakyat.
Rakyat bebas memilih agama masing-masing, bebas memiliki hak kepunyaan harta, bebas dalam tingkah laku dan bebas bersuara. Ideologi ini dilihat seringkali mencampur aduk antara ideologi kapitalis dan ideologi sosialisme sebagai usaha untuk menutup beberapa kelemahan yang ada pada sistem itu. Contoh, mewujudkan sistem keadilan sosial atau sistem kesejahteraan negara agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat.
v. TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM - Dalam konteks akidah Islam, penganutnya hendaklah mengesakan Allah, mengagungkan Allah sebagai pencipta alam ini, menyembah Allah yang menguasai langit dan bumi, memuji Allah yang menguasai serta mengetahui alam ghaib dan alam nyata, pentadbir semesta alam dan pengatur bagi sesuatu yang dicipta-Nya.
Orang-orang yang diberikan pemikiran yang sihat diminta supaya memperhati dan memikirkan kejadian alam yang indah, lautan yang terbentang luas, gunung-ganang yang tersergam indah, langit biru tanpa tiang yang kukuh, edaran bulan dan matahari mengikut orbitnya 12 jam siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang sesuai dengan suhu kepanasannya dan sebagainya. Semuanya ini menunjukkan kekuasaan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.
Bolehkah manusia berbuat sesuatu tanpa bantuan dari Allah? Bolehkah manusia membina bangunan pencakar langit tanpa adanya ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi melaksanakan-nya tanpa adanya pertolongan dari Allah? Semuanya tidak akan berjaya tanpa sifat pemurah Allah ke atas hamba-Nya yang cukup lemah dalam segala hal. Dari sekecil-kecil urusan hinggalah kepada urusan yang sebesar-besar urusan, manusia tidak dapat mengurus tadbir tanpa kudrat dan iradah Allah.
Jadi, adalah mustahil manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak mengakui dan mengesakan Penciptanya. Ideologi yang mereka cipta itu adalah bersifat sementara sahaja. Kenapa tidak memilih ideologi Islam yang lengkap untuk seluruh hidup manusia.
Manusia boleh menggubal atau meminda ndang-undang yang berkaitan peraturan semasa seperti menentukan peraturan trafik sama ada di jalan raya atau sebagainya. Namun, undang-undang yang berkaitan hukum syarak, hanya Allah sahajalah yang mengetahui baik buruknya terhadap keperluan manusia. Justeru itu, manusia tiada berhak untuk mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya atau sesuaikah hukum Allah dilaksanakan dalam masyarakat masa kini yang sangat meruncing.
vi. Oleh itu dapatlah difahami bahawa kini terdapat berbagai ideologi dan sistem yang wujud berasaskan fikiran dan nafsu manusia yang menebal dalam masyarakat masa kini. Semua ideologi tersebut dilihat tidak membawa kebaikan kepada semua pihak kerana terdapat pelbagai kelemahan. Sebaliknya jika dilihat dari ideologi Islam, ianya membawa kesejahteraan kepada semua orang. Kerana matlamat hidup manusia ialah untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan. Jadi, sebagai pilihan terbaik, ideologi Islam adalah amat sesuai dan releven untuk semua lapisan masyarakat.
Kesimpulan
Demikian huraian akidah yang perlu diketahui oleh setiap orang yang beriman. Bermula dari pendahuluan memahami akidah, pelajar-pelajar dapat mengkaji huraian mengenai mazhab-mazhab, fahaman-fahaman, ideologi dan sebagainya agar tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan.
Iman yang sebenar mesti menolak semua ajaran, fahaman ataupun ideologi dan teori yang melampaui batas-batas Allah. Ia merangkumi semua fahaman yang dicipta pada zaman dahulu, kini dan akan datang.
Oleh itu, semua fahaman ini diperkenalkan supaya pembaca khususnya pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran PIM 3112 Pengajian Akidah ini dapat mengenali yang benar daripada al-Quran dan Sunnah di samping mengenali fahaman-fahaman yang tidak benar dan sesat daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Ada manusia yang menerima akidah secara membuta tuli bukan secara mengkaji. Adakala mereka berhujah berdasarkan pegangan nenek moyang semata-mata tanpa mengkaji sumber yang sebenar.
Isu akidah tidak boleh dicuba-cuba atau diagak-agak. Ia tidak boleh dipilih sesuka hati kerana ia bergantung pada nasib yang memerlukan petunjuk Allah dan wahyunya. Ia juga menentukan nasib mereka di akhirat sama ada ke syurga atau neraka. Ia adalah keputusan yang tidak boleh dipertikai dan diminta supaya kembali ke dunia.
Semoga Allah mengurniakan iman dan kekuatannya serta bersikap yang tegas pada perkara-perkara yang bercanggah dengan iman. Fahaman yang bercanggah meliputi fahaman yang pupus, yang masih berselerakan dalam masyarakat atau yang bakal tercetus. Mudah-mudahan, kita semua dimantapkan akidah dan harapan penulis agar kita berjuang menegakkan kebenaran dan mendokong Islam sehingga ke akhirat hayat. Jangan sekali-kali menentang Islam kerana akibatnya kita memilih jalan yang silap. Pilihlah jalan yang lurus dan syurga adalah impian kita.
|
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya!
.
|
Dostları ilə paylaş: |