بسم الله الرحمن الرحيم
ALUAN GURU BESAR
(TN HJ CHE MOHD SHAMSHUDIN B YUSOFF)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi, selawat dan salam ke atas junjungan besar NabiMuhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda. Syabas dan terima kasih kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Tumpat yang telah pun bersiapsiaga untuk berkhidmat bagi menghadapi cabaran yang kita hadapi bagi sesi 2015 untuk kesempurnaan sesi persekolahan 2016.
Marilah kita sama-sama menerima dan menghayati serta melaksanakan setiap intipati yang terkandung dalam Buku Pengurusan ini. Fahamilah apa-apa yang tersurat dan selamilah di sebalik yang tersirat. Kesemuanya dapat memandu arah dan menjadi landasan kerja buat kita sepanjang tahun 2016 ini. Ianya juga boleh dijadikan sebagai plan tindakan dalam menterjemahkan tugasan kita secara yang lebih efisyen dan teratur.
Bersama niat dan tekad yang tulus ikhlas, kita juga berazam untuk mereka cipta sejarah kegemilangan kita sendiri yang berfokuskan kepada visi dan misi yang telah kita sama-sama ciptakan. Sikap jujur, amanah, bersungguh-sungguh, komited dengan tugas, serta pupukan semangat bekerja berpasukan dan bergerak kerana Allah adalah ciri-ciri budaya kerja Islam yang bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.Rasa kesepunyaan dan kebertanggung jawaban dalam setiap pelaksanaan program harus tersemat di hati setiap warga sekolah. Yakinlah kejayaan dan kemenjadian murid nanti adalah milik kita bersama.
Haruslah kita sedar, kejayaan kita sentiasa ditunggu malahan ada yang terlalu mengharapkan. Jika kita dapat memenuhi harapan ini, kita bukan sahaja mencipta rekod kecemerlangan sekolah bahkan juga dapat kita tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai hamba Allah.
Sekian,terima kasih.
Salam hormat.
(HJ CHE MOHD SHAMSHUDIN YUSOFF)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tumpat
16200 Tumpat,Kelantan
Dostları ilə paylaş: |