بسم الله الرحمن الرحيم
Sekapur Sireh Daripada PK Pentadbiran
(EN.AHMAD BIN LOME)
Alhamdulillah! Segala puji ke hadrat Ilahi yang menganugerahkan idea dan
fikiran kepada kita insan yang lemah. Sesungguhnya kita dikurniakan akal untuk
mencari jalan yang terbaik dalam mempertingkatkan kecemerlangan.
Kecemerlangan akademik menjadi KPI (Key Performance Indicator) atau
penanda aras kepada sesebuah sekolah. Dari situ pelanggan akan menilai maju atau
mundurnya sesebuah sekolah bagi mereka membuat pilihan untuk
menyerahkan anak- anak yang menjadi harapan besar mereka kepada kita.
Justeru, saya ingin menyeru kepada seluruh warga SKT supaya berganding
bahu menggembleng tenaga mengangkat martabat sekolah ini selaras dengan
visi kita,
‘ ” Sekolah Kebangsaan Tumpat cemerlang dalam semua bidang dalam
PPD Tumpat.” Kita juga telah diperkenalkan dengan moto baharu oleh Guru Besar ,
’Sederap memacu kecemerlangan.’
Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh impian tidak akan menjadi kenyataan.
Allah berfirman yang bermaksud, ‘ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum sehingga mereka sendiri sanggup merobahnya.”Marilah kita muhasabah diri
masing-masing. Ayuh, jangan lena lagi dibuai mimpi-mimpi indah yang belum menjadi
kenyataan.
Setiap kita memikul tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap Allah yang menjadikan kita,
Tanggungjawab terhadap diri kita dan tanggungjawab terhadap ahli kita(keluarga,murid-
murid dsb ). Biarlah kita bergembira di akhirat bukan berdukacita kerana azab Allah.
Marilah kita tingkatkan usaha yang telah kita lakukan sebelum ini. Nawaitu kita
yang tulus kerana Allah, insya-Allah akan menjadi modal perjuangan kita kaum pendidik. Dengan itu, sudah semestinya Allah akan mengalungkan pahala yang berlipat ganda di akhirat nanti. Syukurlah, kita seorang guru. Jagalah marwah guru yang menjadi sanjungan masyarakat semenjak zaman berzaman.
.
Sekian, terima kasih. Wassalam !
Salam hormat daripada,
(EN AHMAD B LOME) 30 NOVEMBER 2016.
Penolong Kanan Pentadbiran
SK.Tumpat
TAKWIM
TAHUN
2017
Dostları ilə paylaş: |